You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: Ke - 1 : Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 27 Januari 2014 hingga 30 Januari 2014 Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK Sri Langat (Integ), Banting

Pada hari pertama, saya bersama 5 orang lagi rakan praktikum melaporkan diri kepada Tuan Haji Rosman bin Painudy, Guru Besar, SKSL (Integ) Banting, Selangor. Setelah memperkenalkan diri, kami diberikan taklimat tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah oleh Tuan Guru Besar sendiri. Antara perkara yang dibincangkan ialah : a) Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah; b) Latar belakang murid dan masyarakat setempat c) Pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Selepas sesi taklimat tersebut, kami diperkenalkan kepada guru-guru di sekolah tersebut dan kemudiannya kami guru praktikum dibawa mengelilingi, melawat dan mengenali persekitaran sekolah tersebut.

Waktu persekolahan SK Sri Langat (Integ) hanya satu sesi sahaja, iaitu di sebelah pagi. Ini bermakna kelas pemulihan khas SKSL (Integ) ini diadakan berdasarkan waktu persekolahan. Setelah taklimat bersama dengan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran diadakan, saya telah dibawa berjumpa dan diperkenalkan dengan guru pembimbing saya oleh GPK Pentadbiran sendiri. Sesi suai kenal berlangsung selama beberapa minit dan kemudian saya dibawa melihat bilik pemulihan khas.

Pada hari kedua, sesi perbincangan mengenai jadual pengajaran guru praktikum telah diadakan. Sesi perbincangan ini melibatkan GPK Pentadbiran, guru penggubal jadual, guru-guru pembimbing dan guru-guru praktikum. Sesi ini bertujuan untuk menentukan jumlah masa yang akan diambil dan diberikan oleh pihak pentadbiran kepada guru-guru praktikum. Masa pengajaran meliputi subjek major dan minor. Sesi ini juga turut membincangkan tentang peranan guru pembimbing dalam proses membimbing dan menyelia guru-guru praktikum masing-masing.

Pada hari ketiga, saya berusaha untuk menyiapkan serta melengkapkan fail Rancangan Pengajaran Harian serta portfolio praktikum kerana pensyarah pembimbing saya ingin datang untuk melakukan penyeliaan ke atas kedua-dua fail berkenaan bersama dengan guru pembimbing saya.

Pada hari keempat, saya bertemu dengan guru pembimbing saya. Saya telah membincangkan beberapa perkara berkaitan praktikum dan kelas pemulihan khas. Antara perkara yang dibincangkan kami ialah berkaitan maklumat sekolah, jadual dan tugas-tugas saya di sekolah. Selain itu, kami turut membincangkan tentang latar belakang murid, sesi PDP yang telah dilalui murid dan kemudahan kelas pemulihan khas SKSL (Integ). Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : : Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan Nama Tarikh : : :

You might also like