You are on page 1of 30

TAJUK 11 PENGAJARAN SAINS UNTUK

SEMUA KANAK-KANAK:
BERBILANG BUDAYA DAN BERBEZA JANTINA

HASIL PEMBELAJARAN
1. Mendefinisikan Kepelbagaian Budaya dan perbezaan jantina

2. Mencadangkan strategi yang sesuai untuk pengajaran sains


kepada kanak-kanak yang berbezaan budaya. 3. Menyenaraikan teknik mengajar sains kepada murid-murid

yang tidak boleh bertutur Bahasa Inggeris


4. Menjelaskan strategi bagi membantu mengelakkan bias jantina dalam bilik darjah sains.

11.0 Berbilang Budaya Dan Berbeza Jantina

Masyarakat Malaysia berbilang kaum dan budaya sekolah merupakan entiti utama dan sumber pendidikan yang bersifat pelbagai budaya dalam masyarakat dan sistem sosial budaya

Diharapkan bahawa prinsip pendidikan pelbagai budaya dapat menggalakkan pemahaman dan komunikasi antara pelbagai budaya dan penerimaan perubahan oleh setiap kaum. kepelbagaian budaya penting untuk didedahkan kepada murid kerana mereka bukan sahaja perlu mengetahui tetapi juga menghargai asal-usul kebudayaan tempatan, jati diri dan identiti negara mereka juga perlu mengetahui budaya dan agama kaum-kaum lain.

Pengajaran sains dalam kalangan murid yang berbilang budaya dapat mempengaruhi beberapa aspek diri mereka terutamanya pemikiran, bahasa dan cara kehidupan

Terdapat beberapa strategi bagaimana kepelbagaian


budaya dapat dikesan wujud di dalam kelas anda, antaranya ialah :

Mendekati ibubapa murid dan wujudkan silaturahim


dengan mereka. Meneliti rekod-rekod murid. Meminta murid menulis jurnal tentang latar belakang keluarga dan ciri-ciri istimewa yang mereka miliki. Mendekati dan mengenali murid-murid dengan lebih dekat lagi.

Perbezaan Jantina
Persepsi jantina berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat lain mengikut waktu. contoh : 50 tahun yang lalu permainan bola sepak dikuasai oleh golongan lelaki sahaja namun pada waktu ini kaum wanita turut sama bermain dalam sukan ini. Contoh : Pada suatu ketika dahulu pekerjaan sebagai jururawat hanya dimonopoli oleh golongan wanita tetapi dewasa ini ia juga turut dijawat oleh kaum lelaki.

Dasar boleh bertindak balas sama ada terhadap stereotaip jantina dan peranan tradisi jantina Contoh: menganggap bahawa hanya lelaki yang boleh menjadi ketua isi rumah Contoh : halangan kepada wanita dan gadis untuk mengikut kursus latihan yang bukan berbentuk tradisional

11.1 Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains Kanak-Kanak Berbeza Budaya


11.1.1 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai digunakan bagi murid yang berbilang budaya. KARTUN sebagai BBM. - kartun dapat menghiburkan murid dan menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan. - pembelajaran akan berlangsung dalam suasana yang ceria dan secara

tidak langsung dapat menyampaikan mesej yang berguna dengan


berkesan kepada murid. - Tambahan pula, aspek kebudayaan boleh dipaparkan secara jelas dalam sesebuah lukisan kartun. - penggunaan komik terutamanya komik hasil karya tempatan amat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran berkaitan kebudayaan masyarakat Malaysia.

11.1 Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains Kanak-Kanak Berbeza Budaya


11.1.2 Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Setiap murid bukan sahaja berbeza dari segi individu seperti dari segi jantina, keistimewaan dan cara pembelajaran yang tertentu, tetapi mereka juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masing-masing. Guru harus peka kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan ketidakprihatinan terhadap keperluan mereka.

11.1.2 Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya


Peralatan asas seperti papan tulis, papan kenyataan, ruang

yang selesa, meja dan kerusi murid, almari, bahan bacaan,


bahan bantuan mengajar perlulah berada di dalam keadaan bersih dan berfungsi untuk semua murid tanpa mengira latar belakang budaya mereka. Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan yang melibatkan semua murid.

11.1.2 Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan laman web, komputer dan CD serta LCD. Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan dan kehidupan yang berkualiti

11.1.2 Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan suasana pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus. Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan mencorakkan tingkahlaku dan disipilin murid. Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik dan bukannya menghukum.

11.1.3 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran


Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek terpenting yang perlu diberi perhatian serius agar pembaziran

waktu tidak akan berlaku.


Guru perlu bijaksana dan teliti dalam perancangan,

pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan rekfleksi.

Guru juga perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian


sukatan, buku teks, rujukan tambahan dan maklumat tambahan termasuk laman web.

Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti


dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilannya.

11.1.3 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran


Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis

bagi mengembangkan minda murid dan diperluas kepada


kemahiran komunikasi, penyesuaian diri, kemahiran bersosial dan perkembangan tingkahlaku.

Pembelajaran perlulah selaras objektif iaitu apa yang hendak


dikuasai oleh murid dan mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan potensi mereka.

Objektif yang dirancang perlulah tepat,jelas dan mampu


dicapai oleh murid berbilang budaya dan latar belakang.

11.1.3 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menjayakan proses penyampaian ilmu pengetahuan,kemahiran,nilai dan sikap yang membawa kepada perubahan kepada tingkahlaku murid. Teknik dan kaedah mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran; isi dan aktiviti perlulah melibatkan interaksi murid berbilang budaya. Pengesanan dan penilaian perlu dijalankan untuk memastikan penambahbaikan dijalankan dalam pengajaran berikutnya.

11.1.3 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi peringkat pelaksanaan, penyampaian pengajaran berdasarkan objektif yang dirancang perlulah dipatuhi, motivasi yang bersesuaian supaya mereka memahami perbezaan diantara mereka. Aplikasi sumber yang hendak digunakan mestilah selaras dengan kaedah dan teknik yang dipilih.

11.1.3 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran


Murid digalakkan bertanya dan bersoal jawab serta melahirkan perasaan ingin tahu mereka. Interaksi yang aktif dikalangan murid hendaklah dijalankan. Guru perlu menjadi role model kepada pelajar.Guru harus menjadi pengerak kepada pembelajaran berpusatkan murid.

Perbezaan budaya harus menjadi pencetus minda dan motivasi


kearah pembelajaran aktif, interaktif dan konstruktif. Guru boleh membantu menyediakan bahan berasaskan teknologi, eletronik, bukan elektronik atau sumber lain.

11.1.3 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran


Pengurusan pengajaran pembelajaran perlu

dirancang supaya murid saling bergantung antara

satu sama lain secara positif, saling berinteraksi


secara bersemuka dan memupuk semangat

tanggungjawab individu ke arah pemprosesan berpasukan. Ini membolehkan murid menjadi lebih berani, yakin dan berwibawa dan melahirkan murid yang lebih rasional, beretika, hormat-menghormati, bantu membantu diantara satu sama lain.

Sekian Sahaja Untuk hari Ini

THANKS for you TIME and PATIENT

11.1.4 Penilaian Berasaskan Budaya


Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan. Antara perkara yang perlu di beri perhatian adalah aturan dan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. Murid perlu diberi peluang melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza, boleh memperkenalkan adat dan

kaum yang ada; penerapan nilai kerjasama dalam


subjek sains akan memudahkan proses penilaian terhadap murid.

11.1.4 Penilaian Berasaskan Budaya


Nilai mencakupi satu dimensi tingkahlaku sosial yang luas dan memberi kesan kepada hubungan suasana bilik

darjah, sikap dan tanggungjawab, dorongan kejayaan


dan lain-lain. Penilaian terhadap aspek disiplin boleh mempengaruhi

suasana dan persekitaran bilik darjah yang efektif


mencerminkan adanya disiplin dalam kalangan guru dan murid.

11.1.4 Penilaian Berasaskan Budaya


Budaya belajar murid yang dinamik akan meluaskan ruang ekspresi, perbincangan, penyelidikan, pembacaan, penyelesaian masalah, mengasah pemikiran kritikal dan mencorakkan murid bersifat kreatif

dan seronok di samping dapat menguasai kemahiran tertentu.


Bilik darjah yang berkesan menawarkan pelbagai peluang

pembelajaran untuk membantu setiap murid mengembangkan potensi, minat dan bakat yang berbeza. Penilaian terhadap aspek psikologi murid meliputi kesan pelbagai pengaruh budaya keatas perkembangan dimensi mental, sosial, moral dan psikologi bilik darjah. Psikologi yang membina keyakinan dan keberanian boleh mendorong satu pembentukan sahsiah dan tingkah laku yang baik di bilik darjah.

11.1.4 Penilaian Berasaskan Budaya


Guru diminta membentuk sikap murid terhadap overdependency atau terlalu bergantung kepada guru atau orang lain untuk belajar dan mendapatkan maklumat. Orientasi sosial bilik darjah akan menentukan apa yang patut diamalkan dan apakah yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Ini termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi

penyesuaian serta pergaulan mereka.


Orientasi akan menentukan iklim bilik darjah yang akan mempengaruhi pembelajaran murid.

Fungsi organisasi ialah meningkatkan pengawalan sosial dengan mementingkan kepada keseragaman, kestabilan dan kepatuhan. Keadaan yang tidak kondusif seperti sesak, memberi kesan seperti tidak selesa dan bising, kurang perhatian individu, pengabaian terhadap murid lemah dan iklim dan suasana

bilik darjah yang tegang.


Faktor streaming mengikut kebolehan boleh memberi impak psikologi yang luas terutama ke atas harga diri, keyakinan

dan rasa kejayaan dalam kalangan murid.

11.1.5 Pedagogi Relevan Budaya


Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid.

Konsep kebudayaan dalam sosiologi dikatakan cara hidup yang


dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai

proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak


masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis.

Diantara teknik dan kaedah yang boleh di gunakan adalah

..\..\..\Rajah 11 perbezaan jantina dan budaya.doc

11.2 Teknik Pengajaran Sains Kepada KanakKanak Yang Tidak Pandai Berbahasa Inggeris
Gunakan alat bantuan visual seperti gambar, poster, carta untuk berkomunikasi dengan murid di dalam bilik darjah. Gunakan kaedah pengajaran hands on di dalam bilik darjah. Dapatkan murid yang dapat menguasai kedua-dua bahasa untuk membuat terjemahan petikan/tugasan dalam Bahasa Inggeris

yang diberikan di dalam bilik darjah.


Pelajari bahasa tersebut. Gunakan Bahasa Inggeris di dalam aktiviti ko kurikulum sains

11.3

Berikut adalah di antara strategi yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan kesan diskriminasi jantina yang mungkin berlaku di dalam kelas sains: 1. Pertingkatkan persediaan untuk pengajaran sains contoh membuat kumpulan eksperimen yang terdiri daripada kumpulan homogenus dan heterogenus dan bandingkan keputusan 2. Menjadikan sains sebagai subjek gender free di mana prinsip kesamarataan diamalkan di dalam bilik darjah kerana setiap murid tanpa mengira apa sekalipun jantinanya mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Strategi Mengelakkan Bias Jantina Dalam Kelas Sains

11.3

Strategi Mengelakkan Bias Jantina Dalam Kelas Sains

3. Guru boleh membantu murid perempuan mengendalikan peralatan/radas sains yang tidak biasa digunakan meraka. 4. Gunakan kaedah pengajaran koperatif di mana

murid lelaki dan perempuan diletakkan di dalam kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti di dalam kelas sains 5. Membuat ekspektasi yang tinggi dan adil tetapi

realistik terhadap semua murid Nota: Buat bacaan tambahan tentang Pembelajaran Inklusif ..\..\..\PEMBELAJARAN INKLUSIF.doc

You might also like