You are on page 1of 2

Bermulanya bunyi menjadi aksara, daripada aksara terbentuklah kata, kata membuka bicara, membentuk ilmu melalui bicara,

tinta dan pena, membina tamadun bersama. Dari situ muncullah perpaduan yang nyata. Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara itulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi yang berbahagia ini. Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan kehakiman yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Selamat pagi, salam sejahtera dan salam Satu Malaysia. Sebelum saya memulakan bicara, Izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan saya. Menurut Kamus Dewan perpaduan membawa maksud perihal berpadu yakni bergabung menjadi satu manakala kecemerlangan negara pula lebih menjurus kepada tahap kemajuan sesebuah Negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Saudara saudari yang dihormati sekalian. 'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Saudara-saudari yang dihormati sekalian, Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapatdipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di sampingmewujudkan suasana politik yang stabil.Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara. Dengan wujudnya perpaduan dan negara yang aman damai, kita mampumencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Kejayaan yang dicapaimembolehkan kita menjadi bangsa yang bermaruah dan berdikari. Saudara-saudari yang dihormati,

Di samping itu, perpaduan jga dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan masalah. Rakyat yang berpecah-belah dan tidak bersatu-padu akan menyebabkan huru-hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya. Keadaan ini pasti akan menjejaskan kedaulatan, ekonomi sertakestabilan negara. Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara .Sebagai warganegara Malaysia yang


tercinta, kita harus menjadikan perpaduan rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di Negara ini.Negara ini adalah tanggungjawab kita. Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Maka itu, kita harus sentiasa bersatu-padudan hidup dalam berharmoni.Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan pantun berikut. Memasang jerat disuluh pelita, Pelita dipasang sekeliling desa, Demi rakyat negara tercinta, Perpaduan tonggak Satu Malaysia.

http://rapidgator.net/file/c7f2ac786c7239b4ee2702f4fd77cb31/xcornerz.com-ch0053_02.wmv.part1.rar.html

You might also like