You are on page 1of 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun

: 4 Nilam

Bilangan murid : 30 orang Masa Tema Tajuk Fokus utama : 7.30-8.30 pagi : Keluargaku sayang : Keluarga Bahagia : 5.1 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan intonasi yang betul

Fokus sampingan : 8.1 majmuk.

Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat

Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.

Objektif : Akhir pembelajaran, murid dapat : i) membaca kuat teks Keluarga Bahagia dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii) menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan. iii) membina ayat tunggal berdasarkan kata kerja dengan betul.

SISTEM BAHASA Tatabahasa Kata panggilan dan kata ganti nama diri Pengisian kurikulum Ilmu : Pendidikan Moral Nilai : Kasih sayang

Kemahiran bernilai tambah Kemahiran berfikir - menjana idea, mengkategori ALAT BANTU MENGAJAR Video Lagu Keluarga Bahagia-Saujana Teks cerita Keluarga Bahagia Komputer LCD PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid mampu bercerita tentang keluarga mereka. Murid telah dapat menguasai kemahiran membaca berdasarkan pembelajaran sebelumnya.

ISI PELAJARAN Video Lagu Keluarga BahagiaSaujana. Soalan : Apakah keluarga? Keluarga terdiri daripada?

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan Set Induksi (5 minit) Murid menonton tayangan video Lagu Keluarga Bahagia Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan video dan lirik lagu tersebut. Kemahiran berfikir Nilai : Kasih sayang BBM : Klik di bawah untuk paparan video "Lagu Keluarga Bahagia" Video "Lagu Keluarga Bahagia"

Rujuk LAMPIRAN 1 Teks Keluarga Bahagia Soalan : Apakah peranan ayah? Apakah sifat ibu? Langkah 1 (20 min): Murid membaca kuat teks tentang Keluarga Bahagia secara kelas, kumpulan dan individu. Murid dan guru bersoal jawab tentang petikan yang dibaca. Kemahiran membaca BBM Klik di bawah untuk paparan teks "Keluarga Bahagia" Teks Keluarga Bahagia Penggunaan kata panggilan dan kata ganti nama Langkah 2 (20 min): Guru menerangkan kegunaan kata panggilan dan kata ganti nama diri. Kemahiran lisan

diri

Murid mengeluarkan kata panggilan dan kata ganti nama yang terdapat dalam petikan. Murid melakonkan satu situasi yang diberikan oleh guru dengan menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama yang betul.

Ayat tunggal Kata kerja Contoh : Ibu memasak di dapur. Abang bermain bola dengan adik. Rumusan pengajaran

Langkah 3 (10 min) Murid dikehendaki membina ayat tunggal berdasarkan kata kerja yang diberikan oleh guru dengan menyelitkan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang telah dikenal pasti daripada petikan tadi.

Penutup (6 min): Guru bersoal jawab dengan murid tentang dapatan pengajaran pada hari tersebut. Menekankan kembali isi pelajaran

LAMPIRAN 1 Keluarga Bahagia Oleh: Saujana

Sedamai taman firdausi Limpahan kasih sayang sejati Seharum semerbak kasturi Mengharumi hidup insani Indahnya damainya Keluarga yang bahagia Itulah idaman impian setiap insan Yang dahagakan belaian Serta kasih dan sayang Ketika insan lain berbahagia Bersama keluarga Namun kita masih meniti Titian rapuh perhubungan Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya Mungkinkah kita sering kali melupakan-Nya

Ayuhlah bina semula Keluarga diredhai Allah Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan Dan luahan hatiku yang dahaga kasih Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu Marilah kita bina bersama-sama Keluarga bahagia Ayah ibu Luangkanlah sedikit masa bersamaku Ku rindukan kemesraan Dan belaianmu

You might also like