You are on page 1of 24

AMALI 10

Nama Pensyarah : Puan Mariani Binti Abdullah


Disediakan oleh :
Loh Li Yi Shangkari A/P Sivabalan Mohd Kamil Bin Deroni

Muhammad Akid Bin Suhaimi

SOALAN
Write a lesson plan to introduce decimal computation (for an operation of your choice) by linking this topic to fraction computation.

Aktiviti Pengajaran Tajuk : Nombor Perpuluhan


Matapelajaran
Kelas

: Matematik
: 4 Berlian

Tarikh
Bilangan murid

: 12 Mac 2014
: 30 orang

Masa

: 10.05 - 10.45 pagi

Tema
Tajuk

: Nombor perpuluhan
: Operasi bahagi nombor perpuluhan

Hasil pembelajaran
Diakhir P & P murid-murid dapat :

a) Membahagi nombor perpuluhan dengan


nombor bulat hingga 10 b) Meningkatkan kebolehan menjanakan kemungkinan

Bahan Bantu Mengajar : Model kertas, garis nombor, blok Dienes


Nilai : Bekerjasama, mematuhi arahan, memberi perhatian, bertanggungjawab, yakin dan berani.

KBKK : Menjana idea, mengingat, memahami Pengetahuan sedia ada : Murid-murid mempunyai pengetahuan konsep asas nombor perpuluhan

Set Induksi ( 5 minit )

1. Guru menunjukkan carta nilai tempat


untuk nombor perpuluhan.

2. Murid diminta menghuraikan setiap


nilai tempat serta menghayati makna nombor perpuluhan berpandukan

carta nilai tempat seperti di bawah :

3. Guru menerangkan kepada murid, selain pembacaan nama nombor perpuluhan

mengikut nama pecahan perpuluhannya


dipermudahkan jika ditulis dalam carta

nilai tempat.

Langkah 2 ( 10 minit )

1. Guru memberi murid kepingan kertas segi


empat tepat atau segi empat sama yang mewakili satu unit ( 0.1 ). 2. Guru menyediakan 10 jalur kertas yang jumlah luasnya sama dengan kepingan kertas.

3. Guru meminta murid menyusun jalur kertas di


atas kertas itu dan mengesahkan sama ada 10

jalur kertas itu sepadan dengan luas kepingan


kertas seperti contoh di bawah :

0.1

4. Guru menyoal murid-murid a) Apakah nilai yang diwakili oleh setiap jalur

kertas itu ?
Jawapan murid : 0.1 atau 1/10

5. Murid dibimbing untuk membuat kesimpulan


bahawa setiap jalur adalah 1/10 daripada kepingan kertas.

6. Guru menyoal murid : a) Apakah nilai 2 jalur kertas itu ? Jawapan : 2/10 7. Guru meneruskan soalan hingga untuk 9 jalur kertas. 8. Guru menerangkan bahawa cara lain untuk menulis 1/10 ialah 0.1, untuk menulis 2/10 ialah 0.2 dan seterusnya hingga 9/10 yang ditulis sebagai 0.9

9. Guru membimbing murid-murid membuat kesimpulan


bahawa 0.1 ialah bentuk lain bagi 1/10, 0.2 ialah bentuk lain bagi 2/10 sehinggalah 0.9 ialah bentuk lain bagi 9/10

Langkah 3 ( 10 minit )

1.Guru menyediakan gambarajah yang


dilukis di atas kad manila dan ditampal di

papan putih dan memanggil murid secara


rawak tampil kehadapan kelas dan cuba menjawab soalan, sementara murid lain cuba membuat latihan tersebut di dalam kertas masing-masing.

2. Murid diminta melorek atau mewarnakan bahagian pada setiap gambar rajah berpandukan nombor perpuluhan yang diberikan oleh guru. Contoh : 0.2

3. Guru dan murid membuat semakan bersama sambil guru

memberi penerangan kepada


murid.

Langkah 4 ( 10 minit )

1. Murid diagihkan kepada 5 kumpulan, setiap kumpulan akan diberikan jalur pecahanperpuluhan yang ditandakan dengan unit, pecahan persepuluh dan perpuluhan seperti contoh di bawah.

2. Murid dikehendaki meneliti jalur pecahanperpuluhan yang diberikan pada setiap kumpulan dan melihat bahawa satu unit telah dibahagikan kepada 10 bahagian yang sama saiz. 3. Berdasarkan pengetahuan tentang pecahan yang telah dipelajari, murid diminta menulis angka perpuluhan bagi pecahan persepuluh yang diberikan. Contohnya : Bentuk lain bagi 6/10 ialah ____________ 4. Guru meminta salah seorang ahli kumpulan tampil dan mempamerkan jawapan masing-masing dan membandingkan dengan jawapan dari kumpulan yang lain.

Penutup ( 5 minit )

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid sebagai latihan pengukuhan dan meminta murid cuba menjawab di dalam kelas sambil dibimbing oleh guru.

You might also like