You are on page 1of 7

Aktiviti Sains : "Telur tenggelam timbul" Pengenalan Adakah anda sedar bahawa kita lebih mudah terapung di laut

berbanding dengan air sungai? Ini berkait rapat dengan ketumpatan air yang berbeza di antara kedua-duanya. Cubalah eksperimen mudah ini dan ketahuilah dengan lebih mendalam tentang konsep ketumpatan.

Apakah yang diperlukan? Gelas besar Telur Air Sudu Garam

Apakah yang perlu dibuat? 1. Penuhkan gelas dengan air. 2. Masukkan sebiji telur. Adakah ia tenggelam? Catatkan pemerhatian anda. 3. Keluarkan telur dan masukkan garam sebanyak 2 sudu besar. Kacau sehingga garam itu larut. 4. Masukkan telur sekali lagi. Lihatlah gelagat telur yang tidak mahu tenggelam lagi! 5. Buang kesemua air di dalam gelas itu dan gantikannya dengan air biasa. Masukkan telur itu semula. Cuba ramalkan sama ada ia akan tenggelam ataupun timbul. Catatkan pemerhatian anda. 6. Berikan para pelajar masa lebih kurang 5 minit untuk berbincang tentang pemerhatian mereka.

Apakah yang berlaku? / Pengisian Sains

Telur lebih tumpat dari air biasa dan akan tenggelam ke dasar gelas. Apabila kita larutkan garam ke dalam air, larutan di dalam gelas menjadi lebih tumpat dari telur. Sebab itulah telur itu timbul.

Bahan berlainan dengan isi padu yang sama tidak mempunyai jisim yang sama. Sebagai contoh, bagi isi padu yang sama, besi mempunyai jisim yang lebih berbanding kayu. Oleh itu, besi dikatakan mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi berbanding kayu.

Ketumpatan ialah jisim per unit isi padu sesuatu bahan. Unit ketumpatan ialah gram per sentimeter padu. Bagi bahan yang mempunyai isi padu yang sama (air di dalam cawan), air yang dilarutkan garam lebih berat daripada air biasa. Oleh itu air bergaram adalah lebih tumpat daripada air biasa.

Ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada jisim bahan tersebut dan juga susunan zarah-zarah atau isi padu bahan tersebut.

Bahan yang lebih tumpat akan tenggelam di dalam cecair yang kurang tumpat daripadanya. Sebab itulah telur itu tenggelam pada mulanya kerana ia lebih tumpat daripada air biasa.

Bahan yang kurang tumpat akan timbul atau terapung di dalam cecair yang lebih tumpat daripadanya. Sebab itulah telur itu timbul kerana ia kurang tumpat daripada air yang telah dilarutkan dengan garam.

CONTOH MODEL OLD PAPER

CONTOH TELUR MELEKAT

Tahukah anda?

Mengapa air laut masin? Apabila air mengalir melalui sungai, sedikit demi sedikit garam galian dari batu dan dasar sungai terlarut dengannya. Air yang `masin sedikit ini mengalir ke laut. Melalui proses Kitaran Air, air di laut sentiasa tersejat manakala di kutub yang sejuk pula ia membeku. Tinggallah `garam galian terlarut di dalam laut. Selepas peredaran masa yang lama, air laut masin kerana sentiasa ada garam terlarut di dalamnya!

Cubalah!

Cuba anda masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam gelas untuk mengurangkan ketumpatan air garam tadi. Cuba dapatkan telur yang tidak

tenggelam tetapi tidak mahu pula timbul! Untuk lebih menarik lagi, guru boleh adakan pertandingan di dalam kelas untuk menentukan siapa ayang berjaya mendapatkan telur yang akan terapung betulbetul ditengah-tengah; tidak timbul dan tidak pula tenggelam!

Kurikulum Sekolah

Year 1 / Float or Sink? Year 2 / Mixing Things Year 3 / Mixing Substances Form 1 Science / Matter (Jirim) / Concept of Density (Konsep Ketumpatan) Form 2 Science / Water and Solution (Air dan Larutan)

Selamat mencuba! nnt jap aku share krts kerja minggu sains ya..blh di edit ikut kesesuaian

You might also like