You are on page 1of 32

GARIS PANDUAN LATIHAN MENGAJAR PPG UPSI 2014

1.0 Matlamat Latihan Mengajar Guru PPG


Amalan Profesional Program Pensiswazahan Guru KPM merujuk kepada latihan yang memberi peluang kepada pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) mengaplikasikan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Apa yang di maksudkan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran?

http://gerbangkualiti.blogspot.com/2013/03/sullam-suur-inovasiguru-sk-tanjung.html

http://zazolnizam.blogspot.com/

2.0 Skop Inovasi


Inovasi adalah usaha terancang untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang meliputi elemen-elemen berikut :
i. Bahan, kaedah dan strategi (Telah dikuliahkan dalam subjek KPD)

atau
ii. Pengintegrasian teknologi atau

iii. Kemahiran berfikir aras tinggi.

Skop Inovasi
Bahan, Kaedah & Strategi Bahan pengajaran Konstruktivisme , pembelajaran koloborasi, explorasi Berpusatkan pelajar (SCL) Berdasarkan buku/modul di dalam subjek KPD Pengintegrasian Teknologi Inovasi dalam penggunaan Internet di dalam P&P
Blog, Facebook, YouTube, Blendspace, Skype, Google

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Penerapan HOTS di dalam pengajaran yang menggunakan aras Analisis, Sintesis & Evaluasi

Penggunaan SmartBoard, Tablet, Mobile

Berfikir di luar kotak (out of box) Menterjemahkan pengajaran sedia ada dalam bentuk yang lebih kreatif & inovatif

3.0 Objektif
i. Mengorganisasi pengetahuan dan kemahiran pengajaran pembelajaran dalam menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian ii. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pembelajaran dan pengajaran dalam konteks sebenar. iii.Mengenal pasti dan menilai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.

iv. Mempamerkan inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran.

v. Mempamerkan sahsiah guru profesional.

4.0 Jangka masa LM

9/10 Mac 2014

11/12 Mei 2014

8 Minggu

5.0 Lokasi Berdasarkan Kategori Pelajar


Sekolah yang ditetapkan oleh Pusat Latihan Mengajar & Industri. Pelajar mengajar subjek major pengajian.

6.0 Jumlah Waktu Mengajar

DUA WAKTU subjek major dalam seminggu di samping tugas hakiki.

7.0 Tugas Pelajar semasa LM


Penyediaan RPH selama 8 minggu Penyediaan dan Penghantaran RPH untuk tugasan video. Penyediaan Video Inovasi P&P Penglibatan dalam forum Menghantar Laporan Intitusi

8.0 Pelaksanaan
8.1 Pelaksanaan Penulisan RPH (Ruangan Assigment MyGuru3)
Penyediaan RPH setiap subjek yang diajar dengan lengkap Penghantaran RPH pada setiap minggu pada tapak RPH MyGuru 3. Penyediaan RPH tugasan video dan dihantar pada minggu ke 4

8.2 Pelaksanaan Forum (Tapak forum disediakan oleh ICT) Minggu Forum 1 Topik dan Objektif 1
2 Perkembangan Minggu Forum (Kaedah, Strategi, Penilaian ) 2 dan Inovasi

Minggu Forum 3 Bahan bantu mengajar dan Inovasi 3

Pelaksanaan forum bagi Tugasan Video (Ruangan Forum)

Minggu 4 Minggu 5-7 Minggu 8

Hantar RPH (pilih RPH yang akan divideokan) Forum 4 (pelaksanaan P&P penyediaan video)
Penghantaran video melalui video uploader dalam MyGuru3.

Senarai Tarikh Pelaksanaan LM PJJ


Title Penghantaran RPH Minggu 1 Semester ID A132PJJ Date Published 09 March 2014 Deadline 15 March 2014

Penghantaran RPH Minggu 2 Penghantaran RPH Minggu 3


Penghantaran RPH yang divideokan Penghantaran RPH Minggu 4 Penghantaran Video Inovasi Penghantaran RPH Minggu 5 Penghantaran RPH Minggu 6 Penghantaran RPH Minggu 7

A132PJJ A132PJJ
A132PJJ A132PJJ A132PJJ A132PJJ A132PJJ A132PJJ

16 March 2014 30 March 2014


06 April 2014 06 April 2014 13 April 2014 13 April 2014 20 April 2014 27 April 2014

22 March 2014 05 April 2014


12 April 2014 12 April 2014 10 May 2014 19 April 2014 26 April 2014 03 May 2014

Penghantaran RPH Minggu 8


Laporan Institusi

A132PJJ
A132PJJ

04 May 2014
04 May 2014

10 May 2014
10 May 2014

8.3 Pelaksanaan Rakaman Video


Rakaman video berlangsung antara 20 35 minit yang meliputi:

Segmen permulaan pengajaran. (5 minit)

Segmen perkembangan pengajaran meliputi aktiviti langkahlangkah pengajaran. (20 minit)

Nota: i. Format video: MP4, MOV, MPEG4, WMV. ii. Nama fail video : nombor matrik pelajar.

Segmen penutup. (5 minit)

Segmen refleksi secara lisan selepas pengajaran. (5 minit)

Pelaksanaan Rakaman Video (Format File)


Contoh: Format nama file video

a b c

Segmen permulaan pengajaran: D20102045491_1 Segmen perkembangan pengajaran : D20102045491_2

Segmen penutup : D20102045491_3


Segmen refleksi secara lisan selepas pengajaran :D20102045491_4

Contoh Video Inovatif


MENGHAFAL SURAH LAZIM MENGGUNAKAN INOVASI DADU http://www.youtube.com/watch?v=OGGSQfTgtVo
BTPN Pahang 2011 | Guru Inovatif Matematik : Cikgu Shahril http://www.youtube.com/watch?v=4bowdRoaL8U PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME DALAM MATEMATIK http://www.youtube.com/watch?v=__EGX6HV_7g Student UPSI on Constructivism PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME (TOPIK PURATA) http://www.youtube.com/watch?v=kSPRHWsNUxY Students Video on Reading YouTube TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN http://www.youtube.com/watch?v=wMAGoEobSx0

8.4 Syarat Rakaman Video


Menampakkan wajah guru Wujud interaksi guru dan murid Mempamerkan aktiviti P&P Kualiti suara dan rakaman jelas Mempamerkan Inovasi

8.5 Penghantaran Laporan Institusi


Laporan Institusi perlu dihantar bersama Tugasan Rakaman Video Laporan hendaklah dihantar di tapak Assignment Borang Laporan Institusi boleh dimuat turun dalam MyGuru 3

9.0 Pentaksiran
Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pelaksanaan Pembelajaran, Pengajaran dan Inovasi (Video) Sahsiah/Profesionalisme Jumlah 25 % 65% 10% -------100% =====

9.1 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) (Markah: 25 %) 9.1.1 Penulisan RPH meliputi:
Hasil pembelajaran.
Perancangan meliputi isi kandungan, strategi, penerapan nilai. Alat/ bahan bantu pengajaran. Pentaksiran. Laporan pengintegrasian inovasi.

9.1.2 Catatan

Pelajar mengenal pasti elemen inovasi dalam penyediaan RPH dan pelaksanaannya dalam pembelajaran dan pengajaran. Elemen inovasi boleh diterapkan di mana-mana bahagian RPH dan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran.

9.2 Pelaksanaan Pembelajaran, Pengajaran dan

Inovasi (Markah: 65%) Rujuk kepada iii) pelaksanaan rakaman video.


9.3 Sahsiah/Profesionalisme ( Markah: 10%)

Penilaian berterusan meliputi komitmen, kesungguhan, ketepatan masa dan lain-lain perkara yang terkandung dalam etika profesion perguruan.

Penilaian Sahsiah/Profesionalisme akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti forum, penyediaan RPH dan video.

10.0 Syarat Lulus Latihan Mengajar

Telah menjalani latihan mengajar selama 8 minggu dengan mengajar minimum dua waktu subjek major dalam seminggu di samping tugas hakiki sepanjang tempoh yang ditetapkan oleh Universiti.

Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dan diluluskan oleh Senat Universiti.

Guru pelatih didapati GAGAL jika semasa tempoh latihan mengajar:


i) Tidak menghantar tugasan RPH dan rakaman video, atau

ii) Tidak hadir melebihi 3 hari tanpa kebenaran, atau

iii) Melakukan plagiat tugasan.

Bagi guru pelatih yang GAGAL (memperolehi Gred B- dan ke bawah) hanya boleh mengulang latihan mengajar sebanyak satu (1) kali. Sekiranya masih gagal, guru pelatih diberhentikan daripada pengajian.

Guru pelatih yang diberhentikan kerana gagal dalam latihan mengajar boleh memohon rayuan kepada Senat. Keputusan Senat adalah muktamad.

11.0 Penangguhan LM
Guru pelatih perlu menangguh latihan mengajar ke semester berikutnya sekiranya tidak hadir melebihi tiga (3) hari tanpa sebarang alasan yang kukuh atau terlibat dalam aktiviti/masalah kesihatan/bersalin yang melebihi dua (2) minggu.

Guru pelatih perlu mengemukakan permohonan bertulis kepada Bahagian Akademik UPSI sekiranya ingin menangguhkan latihan mengajar.

12.0 Cuti
Guru pelatih tidak diperuntukkan sebarang cuti rehat sepanjang menjalani latihan mengajar.

Sekiranya guru pelatih bercuti kerana sakit atau kecemasan, guru pelatih hendaklah memaklumkannya kepada institusi dan pensyarah penyelia. Dokumen sokongan perlu diserahkan kepada institusi.

Guru pelatih yang memperoleh cuti kecemasan atau cuti yang dibenarkan perlu menambah tempoh latihan mengajar berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh universiti

PENUTUP
Maklumat lanjut sila rujuk laman web http://praktikum.upsi.edu.my/ Penempatan LM: 015-48117213 (Puan Azrina) 015-48117210 (En. Hafriz) Penangguhan LM: 05-4506932 (Bahagian Akademik)

You might also like