You are on page 1of 19

PENGENALAN

Dengan kekalahan Jerman dan Jepun pada tahun 1945, The Big Three Alliance iaitu Britain, Russia, dan Amerika Syarikat telah turut mengalami impak dan impak ini seterusnya telah dikaitkan dan dilabelkan oleh Walter Lippman sebagai perang dingin pada tahun 19471. Perang dingin adalah perang dalam bentuk ketegangan sebagai perwujudan dari konflikkonflik berkenaan kepentingan negara, kekuasaan, perbezaan ideologi dan lain-lain antara Blok Barat yang dipimpin oleh Amerika Serikat dan Blok Timur yang dipimpin oleh Uni Soviet. Perang dingin merupakan perang yang berkaitan dengan penggunaan ideologi dan bukannya perang yang bertempur secara lansung. Ianya telah berlaku diantara dua pihak yang memegang ideologi yang berbeza iaitu pihak komunis dan pihak kapitalis. Persoalannya, bagaimana Perang Dingin ini boleh belaku atau muncul. Persoalan ini dapat dijawab melalui pengkajian terhadap sejarah yang telah menyebabkan berlakunya Perang Dingin. Sempadan tradisional Empayar Rusia secara kasarnya disepanjang timur Baltik hingga ke Laut Hitam (Black sea) dan manakala di bahagian barat pula terdiri daripada negara-negara benteng (Buffer States) iaitu Finland, Estonia, Latvia, Lithuania, Poland, dan Balkan yang sememanganya tidak senang terhadap Rusia 2 . Melalui sejarah juga empayar gergasi ini telah pun di bendung dan diseimbangkan oleh pihak barat samada secara senegara atau bergabung. Pada abad ke-20, kuasa yang telah menyeimbangi kuasa Rusia ialah Jerman yang menyebabkan berlakunya keseimbangan kuasa (Balance of power). Namun demikian, selepas tahun 1945, setelah Perang Dunia Ke-2 tamat Jerman telah ditundukkan dan kebanyakkan tentera Soviet Union berada di hampir keseluruhan negara benteng, dalam kata lain tentera Soviet hampir menawan kesemua negara Eropah Timur.

1 2

Thomas G. Paterson, The Origin Of Cold War, London, D. C. Heath and Company, 1974, p. 1. Louis J. Halle, The Cold War As History, London, Chatto & Windus, 1967, p. 1.

Maka melalui hal ini, timbul persoalan pihak yang mana pula yang mampu untuk menyeimbangi kekuatan kuasa Rusia setelah tumpasnya Jerman. Apa yang nyata Eropah disepanjang tahun 1945 hingga 1947 telah mengalami krisis keseimbangan kuasa dan ini merupakan krisis yang ke-4 yang telah Eropah hadapi dalam 150 tahun sejak abad ke-183. Jika kita melihat kepada Perang Dunia yang telah berlaku samada Perang Dunia Pertama dan Kedua, Eropah telah mencuba untuk mengekalkan Status quo ketika berhadapan dengan musuhnya dengan meminta bantuan terhadap Amerika Syarikat. Oleh hal yang demikian, setelah berakhirnya Perang Dunia ke-2, Eropah Barat berada dalam keadaan yang kurang kuat, maka sekali lagi Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa yang kuat yang telah menyeimbangi kuasa Rusia.

Runtuhnya Tembok Berlin telah menjadi simbolik berakhirnya Perang Dingin pada tahun 1991. Namun demikian terdapat pandangan yang berbeza-beza mengenai tahun sebenar runtuhnya empayar Soviet Union sekaligus mengakhiri Perang Dingin, namun peristiwa ini menamatkan persaingan ideologi dan militari yang berlaku selama ini. Tarikh 8 Disember 1991 menjadi titik tolak bermulanya era baru dalam dunia antarabangsa apabila Soviet Union tidak lagi mampu untuk mempertahankan empayar agungnya kerana faktor-faktor seperti kekurangan dana kewangan untuk menambah keperluan militari, ketidakstabilan ekonomi Soviet Union serta timbulnya keraguan terhadap kredibiliti sistem komunisme yang diamalkan oleh negara Soviet Union.

Ibid, p. 2.

IMPAK PERANG DINGIN

Dengan berakhirnya Perang Dingin, keadaan dunia menjadi satu bentuk yang dapat digambarkan dengan kelainannya berbanding sebelum tamatnya Perang Dingin ini. Kelainan ini dapat diukur melalui sejarah mengenai peperangan yang telah berlaku seperti Perang Dunia Pertama dan Kedua yang membawa pelbagai jenis bentuk perubahan terhadap sistem dunia termasuklah sistem politik, ekonomi dan sosial. Jika dilihat selepas berakhirnya perangperang yang terdahulu, banyak tempat menjadi ranap dan musnah dan jumlah jiwa yang terkorban juga sangat tinggi yang menyebabkan negara-negara yang terlibat mengalami gangguan dari segi tahap pembangunannya. Namun, jika kita lihat selepas berakhirnya Perang Dingin ataupun ianya dikenali sebagai pasca Perang Dingin ini, ianya membawa impak yang berbeza daripada perang yang sebelumnya. Antara impaknya ialah :

Kewujudan Kuasa Unipolar Kemunculan kuasa unipolar merupakan kesan daripada berakhirnya Perang Dingin ini dan ianya boleh dianggap sebagai kesan yang pertama pasca Perang Dingin. Unipolar bermaksud pengagihan kuasa antarabangsa yang hanya didominasi oleh satu kuasa 4. Sebelum berakhirnya Perang Dingin ini, kuasa dunia berbentuk dwipolar iaitu kuasa Amerika Syarikat yang diimbangi oleh Soviet Union, namun selepas kekalahan dan runtuhnya empayar kemegahan Kesatuan Soviet Union telah menjadikan Amerika Syarikat sebagai satu-satunya kuasa yang mempunyai kawalan dalam hubungan antarabangsa. Amerika Syarikat telah bertindak sebagai satu kuasa yang boleh dianggap sebagai kuasa hegemoni dalam pelbagai dimensi termasuklah politik, ekonomi dan ketenteraan

John Baylis and Steve Smith, The globalization of world politics, Oxford University Press. P. 730

Pembentukan Blok Dunia Semasa Perang Dingin, dunia telah terbahagi kepada dua blok iaitu blok barat dan timur. Blok barat kebanyakannya mengamalkan ideologi yang berlandaskan Liberal Demokrasi dan mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas. Blok timur mengamalkan

ideologi yang berlandaskan komunis dan mengamalkan sistem ekonomi perancangan pusat atau sosialis. Dasar Luar kedua dua negara pelopor ini adalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing keseluruhan dunia terutamanya negara yang berdekatan mereka. Selepas berakhirnya Perang Dingin, walaupun blok timur telah dianggap kalah, namun pengaruh yang ditinggalkannya masih kekal hingga ke hari ini.

Perlumbaan Senjata Perang Dingin sangat berkait rapat dengan perang atau perlumbaan senjata. Seperti kita sedia maklum, Ianya berlaku diantara Kesatuan Soviet Union dan Amerika Syarikat. Perlumbaan senjata ini terjadi dalam pelbagai aspek teknologi termasuklah ketenteraan yang banyak menghasilkan penemuan saintifik. Antara perlumbaan senjata yang berlaku ialah senjata atom dan peluru berpandu balistik. Sebagai contoh, Sebelum ini, Soviet Union telah membekalkan senjata kepada Syria untuk menguasai Timur Tengah manakala AS turut membekalkan senjata kepada Arab Saudi tetapi senjata terbabit tidak berupaya untuk menentang Israel5.

Penubuhan Pakatan-pakatan Keselamatan Semasa perang Dingin berlaku dua kuasa utama iaitu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet Union rancak untuk menubuhkan pakatan ketenteraan masing-masing. Amerika Syarikat telah menubuhkan North Atlantic Treaty Organization (NATO) atau pertubuhan perjanjian Atlantik Utara yang telah ditubuhkan pada 1949 yang melibatkan negara seperti
5

John T. Rourke., International Politics on The World Stage, California, Cole Publishing Company Montery, 1986, P. 156.

Perancis dan lain-lain. Kesatuan Soviet Union pula telah menubuhkan pakatan ketenteraan yang dikenali sebagai WARSAW dan kebanyakan ahli pakatan ini berasal dari eropah timur seperti Poland dan lain-lain.

PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP KAJIAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

Proses gobalisasi (penduniaan) yang dikatakan sinonim dengan era pasca Perang Dingin itu telah memengaruhi seluruh aspek kehidupan di hampir semua lapisan masyarakat dunia, baik pada masyarakat di negara-negara maju mahupun berkembang. Proses globalisasi ini merangkumi lintas bangsa yang dipengaruhi oleh berkembangnya ideologi kapitalisme yang mampu mengalahkan ideologi komunisme dan sosialisme, kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi (terutama teknologi informasi dan komunikasi), serta berkembangnya ekonomi liberal yang menghasilkan pasaran secara bebas. Pada perbincangan berikutnya, perkara yang akan dibahas ialah kesan globalisasi dalam bidang ekonomi, sosial budaya, serta tentang kewujudan teori-teori yang berkesinambungan dengan pasca Perang Dingin.

Kesan Globalisasi dalam Bidang Ekonomi

Bagi golongan yang sangat optimis terhadap globalisasi, seperti Thomas L. Friedman dan beberapa tokoh yang lain, globalisasi adalah satu-satunya jalan yang dapat digunakan manusia untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik. Bagi Ronald Inglehart pula, seorang pakar modenisasi melihat globalisasi sebagai pembangunan ekonomi seolah-olah membawa perubahan budaya secara beransur-ansur yang membuatkan orang awam semakin menginginkan institusi demokrasi dan memberi sokongan kepada organisasi tersebut. 6

Kuo-yang Tang, From philosophy of history to political philosophy : an ideological investigation of globalization, International Reviem of Sociology, Revue Internationale de Sociologie, 2008, 18;2, 197-209.

Runtuhnya berbagai sistem ekonomi yang menjadi musuh kapitalisme, telah meyakinkan sebahagian daripada golongan ini bahawa globalisasi dan liberalisasi pasar telah menawarkan alternatif bagi pencapaian taraf hidup yang lebih tinggi, kehidupan yang lebih baik, dan efisiensi ekonomi, sesuatu yang tidak dapat diberikan oleh sosialisme mahupun komunisme.

Namun begitu, pandangan-pandangan daripada golongan ini tidak dapat memberi penjelasan yang cukup mengenai peningkatan dalam kelemahan dari segi sumbangan pendapatan antara negara-negara kaya dengan negara-negara miskin. Bahkan, seiring dengan globalisasi, pendapatan di negara-negara Dunia Ketiga atau negara-negara yang kurang berkembang jauh lebih menurun dibandingkan dengan era tahun 1960-an dan 1970-an. Sebaliknya, negara-negara industri maju semakin menikmati lebihan pendapatan dan taraf hidup yang jauh lebih tinggi. Hal ini demikian kerana globalisasi dengan liberalisasi dan perdagangan bebas bukan sahaja menawarkan suatu alternatif jalan yang lebih mudah untuk meningkatkan taraf hidup dan efisiensi ekonomi, tetapi juga membuka peluang kepada penumpukan kekayaan, monopoli usaha, dan kekuasaan politik kepada segelintir orang atau kelompok yang sering disebut sebagai elit-elit internasional.

Kejayaan kapitalisme di Barat dalam era globalisasi ini telah didukung pula oleh lembaga-lembaga ekonomi dunia, seperti Bank Dunia (World Bank), Dana Moneter Internasional (International Monetery Fund/IMF), Organisasi Perdagangan Dunia (World Trade Organization/WTO), kelompok negara-negara G-8, serta perusahaan-perusahaan multinasional dan transnasional. Organisasi-organisasi tersebut mempunyai peranan penting dalam mnjana ekonomi kapitalis yang diperlukan oleh banyak negara, terutama sekali oleh negara yang sedang menghadapi masalah ekonomi, seperti Indonesia, Argentina, Afghanistan, Irak, Brazil, dan Kamboja.

Bahkan menurut Joseph E. Stiglitz, pemenang Nobel Ekonomi 2001, dalam bukunya Globalization and Its Discontent ada menyebutkan bahawa IMF dan Bank Dunia bekerjasama dalam membangunkan neoliberalisme dan neokolonialisme di muka bumi. Kritik Stiglitz yang pernah menjadi Wakil Presiden Bank Dunia ini menyatakan pendapatnya tentang kebijakan IMF, terutama di negara-negara miskin telah dibuat tanpa memerhatikan persiapan dari aspek kostal, politik, dan kelembagaan sebuah negara.

Kecenderungan-kecenderungan globalisasi dalam bidang ekonomi juga dapat dilihat melalui kemunculan perusahaan-perusahaan multinasional dan transnasional. Perusahaanperusahaan tersebut tidak hanya dimiliki oleh individu, tetapi juga oleh masyarakat di seluruh dunia melalui penjualan saham dan bursa efek. Kegiatan operasi sesebuah perusahaan juga tersebar di merata-rata kawasan Junta. Cotohnya, perusahaan minuman Coca-cola dan restoran fast food (makanan siapsaji) McDonalds yang berpusat di Amerika Syarikat telah membuka cawangannya di berbagai-bagai negara, termasuklah di Indonesia. Hal yang sama turut dilakukan oleh perusahaan perusahaan besar lainnya, seperti IBM, General Motors, Shell, British Petroleum, Freeport, Sony, dan Honda. Perusahaan-perusahaan ini mempunyai banyak cawangan di luar negeri. Mereka mempunyai sumber kewangan, teknologi, dan kemampuan lobi yang hampir tiada bandingnya. Kedudukan perusahaan multinasional dan transnasional tersebut beserta pelaburan mereka telah menjadi harapan banyak negara, baik miskin mahupun kaya. Pelaburan yang mereke keluarkan sangat diharapkan untuk melakukan pembangunan dan memacu pertumbuhan ekonomi, menyediakan peluang pekerjaan, dan sekaligus dapat membantu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Kesan Globalisasi dalam Bidang Sosial Budaya

Melalui arus informasi dan komunikasi, telah membuat makin globalnya berbagai nilai budaya kaum kapitalis dalam masyarakat dunia. Gaya berpakaian warga kota-kota besar di negara-negara berkembang tidak dapat dibedakan dengan gaya berpakaian warga kota di Amerika Serikat dan Eropa. Celana jeans dan potongan rambut, misalnya, telah menunjukkan betapa globalisasi telah memengaruhi warga dunia. Demikian pula jenis musik jazz dan rock, turut pula menjadi budaya dunia. Di samping jenis makanan Italia (seperti pizza), Amerika Serikat (seperti kentucky fried chicken) dan Eropa lainnya, tumbuh pula budaya lain seperti chopstick (sumpit), sushi (jenis makanan Jepang), noodle (mi), yang tadinya jenis makanan yang sangat lokal (nasional), sekarang telah menjadi budaya dunia. Hal yang sama juga terjadi dalam hiburan, di mana film-film Hollywood (seperti Mickey Mouse dan Donald Duck, dan James Bond) dapat dinikmati oleh warga masyarakat di berbagai dunia, termasuk negara-negara yang tadinya anti-Barat, seperti Afghanistan setelah rezim Taliban terguling.sebagai tambahan, produksi film dan muzik dalam bentuk kepingan CD/VCD atau DVD di berbagai kota di dunia, telah menunjukkan gaya hidup yang diciptakan oleh kaum kapitalis menjadi gaya hidup global. Kehidupan seks bebas (free sex), sekuralisme, individualisme, konsumerisme, gaya hidup mewah, sudah menjadi gaya hidup global pula. Oleh karena itu, kita harus bersikap waspada dan selektif dalam menghadapi keragaman budaya dunia tersebut.

Kesan Globalisai Terhadap Teori-Teori Dalam Hubungan Antarabangsa

Bagi penjelasan yang lebih dalam lagi tentang proses globalisasi terhadap pengajian hubungan antarabangsa, kita seharusnya mengetahui tentang pelbagai cabaran-cabaran yang dihadapi dunia antarabangsa berkaitan dengan teori yang sedia wujud. Jika kta tekitikan, era pasca Perang Dingin telah menyuburkan kembali beberapa teori klasik dalam pengajian hubungan antarabangsa berikutan kegagalan-kegagalan yang tidak dapat diungkaikan melalui pemikiran yang terlalu idealistik atau realistik. Selain itu, selepas perang dingin juga telah munculnya pelbagai isu-isu yang baharu berkenaan isu alam sekitar, isu hak asasi manusia, isu makanan, isu demokratisasi, isu peningkatan kerjasama ekonomi atau regionalisme, dan isu sebagainya yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi pengajian hubungan antarabangsa kerana keadaan ini sangat berbeza dengan keadaan dan situasi semasa perang dingin. Oleh hal yang demikian, persoalan yang baru telah muncul sekaligus menjadi suatu cabaran bagi ahliahli sarjana hubungan antarabangsa yang kebiasaannya merujuk kepada teori yang dominan dalam menjawab masalah yang timbul di peringkat antarabangsa. Teori klasik seperti Idealisme telah mengalami perubahan berikutan timbulnya peristiwa dan kejadian baru yang berlaku dalam hubungan antarabangsa selepas Perang Dingin berakhir dan masih tetap relevan dan berpengaruh pada masa sekarang ini. Teori Idealisme atau Liberalis sebenarnya menjadi penyokong kuat kepada proses globalisasi yang sangat positif dengan kerjasama seperti kerjasama ekonomi, politik dan sosial antara negara dan percaya bahawa keamanan dan keselamatan serta kemajuan sosial yang mampu diwujudkan melalui kerjasama di peringkat antarabangsa 7 . Keamanan dan keselamatan bersama dapat diwujudkan dengan mewujudkan kerjasama dan membentuk undang-undang antarabangsa dimana ianya boleh mengawal segala tindak tanduk negara di peringkat
7

Ranveig drolsum Flaten & Indra de Soysa, Globalization and Political Violence, 1970-2008, International Interactions: Empirical and Theoritical Research in International Relations , 2012, 38:5, 622-646.

antarabangsa serta apa yang dicadangkan oleh pemikir liberalis ini sepadan atau sesuai dengan konteks globalisasi8. Oleh hal yang demikian, era pasca Perang Dingin menyaksikan beberapa cabang teori liberalism ini telah diberi nafas baru seperti neo-liberal, neo-liberal institusionalisme, dan neo-liberal internasionalisme. Manakala, teori Realisme iaitu salah satu teori klasik yang dominan dilihat sebagai teori yang masih relevan dalam pengajian hubungan antarabangsa kerana mengikut para pendukung realist, mereka berpendapat bahawa dunia globalisasi ini merupakan era persaingan bagi setiap negara di dunia samada dari segi kedaulatan Negara dan kepentingan nasional tetap diutamakan dalam perhubungan dengan Negara-negara yang lain. Negara pula dilihat masih tetap pelaku utama dan kuasa merupakan alat untuk mencapai kepentingan mereka. Dunia pula dilihat masih bersifat anarki dimana masih wujud lagi konflik dan pertikaian yang wujud diperingkat antarabangsa, cabaran-cabaran seperti isu pengganasan, terorisme, dan isu lainnya. Secara keseluruhan Negara-negara di seluruh dunia menjalinkan hubungan dengan Negara lainnya hanya atas dasar kepentingan Negara mereka sahaja dan kuasa digunakan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan Negara mereka. Jika kita meneliti kembali apa yang telah berlaku semasa era pasca Perang Dingin, kita akan melihat telah bercambahnya beberapa teori hasil daripada reaksi terhadap teori yang terdahulu yang agak kesamaran dalam merungkaikan persoalan baru yang timbul selepas erakhirnya Perang Dingin. Antara teori yang dapat dikaitkan dengan percambahan ini ialah :

Teori Neo-Liberal Institutionalism Teori Neo-Liberal Institutionalisme merupakan sebuah bentuk teori yang sezaman dengan teori Functionalism dan Neo-Functionalism. Teori Neo-Liberal institutionalism ini sebenarnya berasaskan beberapa analisis dan pendapat mereka terhadap beberapa ciri-ciri yang diantaranya ialah untuk meningkatkan tahap kebergantungan yang mampu menjana
8Baylis,

John. & Smith, S. & Owens, The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relation(5th edition). Oxford University Press: UK, 2011.

10

peluang terhadap kerjasama antarabangsa dan juga kepada pembentukan institusi serta regim antarabangsa. Seperti yang diucapkan Robert Keohane tentang regionalisme ialah kerajaan menggalakkan institusi antarabangsa bagi mencapai kepentingan mereka melalui tindakan kolektif9. Teori Neo-Liberal Institutionalisme ini berkaitan dengan cara-cara yang mana Negara maksudkan sebagai sesuatu yang egois, tetapi ianya dapat membawa kepada kerjasama keserantauan. Terdapat motivasi Pelaku-pelaku dalam keserantauan ini dalam memperoleh barangan awam, mengelakkan kebergantungan kepada pihak luaran dan regionalisme boleh dipercepatkan melalui pembentukan suatu institusi dan regim supaya lebih memupuk penyelarasan dasar10. Mereka juga melihat wujudnya suatu institusi adalah sebagai perantara dan matlamat dalam mencapai suatu kerjasama dalam sistem antarabangsa dimana rejim dan institusi juga bersama-sama dalam membantu mengawal persaingan dan sistem antarabangsa yang anarki pada era globalisasi ini11.

Teori Neo-Realism Teori Realisme yang semakin tercabar prinsip-prinsipnya dalam menghadapi era pasca Perang Dingin yang seiring dengan cabaran globalisasi telah menyebabkan munculnya teori Neo-realisme bagi melengkapi teori klasiknya. Teori ini merupakan salah satu teori yang selalu diperkatakan pada era globalisasi dimana pakar dalam teori ini iaitu Kenneth Waltz. Teori neo-realis ini membincangkan isu tentang dunia ini masih lagi berada dalam keadaan anarki dan sistem Negara merupakan suatu yang sangat penting bagi menguatkan lagi sesebuah Negara. beliau sangat menekankan sistem struktur antarabangsa tersebut dimana ianya di maksudkan sebagai suatu sistem anarki di peringkat antarabangsa dan ianya
Fawcett, L., & Hurrell, A, Regionalism in World Politics. Oxford: Oxford University Press, 1995 Schulz, Michael, Regionalization in a Globalizing World; a comparative perspective on forms, actors and processes. St Martins Press, LLC, New York: USA, 2001. 11 Baylis, John. & Smith, S. & Owens, P.(2011), The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relation(5th edition). Oxford University Press: UK.
9 10

11

menentukan seluruh dasar luar Negara 12 . Kenneth Waltz pula telah menyatakan bahawa sistem anarki yang mengakibatkan sesebuah negara ingin memaksimumkan keselamatannya dan pembahagian kuasa yang paling stabil ialah sistem bipolar. Neo-realist mengatakan bahawa kuasa merupakan segalanya dibandingkan dengan akumulasi sumber ketenteraan. Mereka melihat kuasa sebagai gabungan keupayaan sesebuah negara dan yang membezakan negara dalam sistemnya itu ialah kuasa bukannya oleh fungsinya. Kuasa dapat memberikan tempat atau kedudukan dalam sistem antarabangsa serta ianya juga membentuk tingkah laku negara13.

Teori konstruktivisme Teori Konstruktivisme merupakan suatu teori yang sangat berpengaruh pada era globalisasi ini iaitu semasa tahun 1990-an dan awal tahun 2000. Teori konstruktivisme ini mula diketengahkan oleh ahli sarjana hubungan antarabangsa selepas tamatnya perang dingin serta ianya muncul disebabkan reaksi terhadap kegagalan teori-teori dominan seperti Realisme dan Liberalisme dalam pengajian hubungan antarabangsa. Price dan Reus-Smit (1998: 263-266) berpendapat konstruktivisme sepatutnya dilihat sebagai satu perkembangan biasa dalam teori hubungan antarabangsa, di mana sarjana yang mempelopori pendekatan ini secara eksplisit cuba menggunakan andaian-andaian penting dalam teori tersebut bagi menghuraikan pelbagai aspek politik dunia. Istilah Konstruktivisme merupakan istilah teori lebih kepada suatu pendekatan, ianya berdasarkan kepada perkataan Construct yang bermaksud membina semula. Teori ini juga merupakan teori yang menyetuh soal sosial yang juga membahas hal-hal yang berkaitan dengannya.d Antaranya ialah, konstruktivisme menekankan kepada identiti dan keinginan Negara iaitu dimana menurut mereka Negara bukanlah satu-satunya pelaku utama dalam Negara, namun terdapat juga pelaku-pelaku lain

Brooks, S, Dueling Realism (Realism in International Relation), International Organization , Vol. 51, 1997 Baylis, John. & Smith, S. & Owens, P.(2011), The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relation(5th edition). Oxford University Press: UK.
12 13

12

seperti pertubuhan antarabangsa yang bersifat transnasional dan juga pertubuhan antarabangsa seperti PBB, NATO, dan lain sebagainya.

Disamping itu juga teori konstruktivisme juga menekankan kepentingan perubahan subjektif dan intersubjektif serta tindakan yang diambil oleh manusia sebagai ejen kepada Negara dan pelaku bukan Negara
14

. Konstruktivisme berhujah bahawa identiti dan

kepentingan dalam politik antarabangsa adalah tidak stabil. Ini adalah benar untuk identiti berdaulat negara-bangsa kerana ia adalah untuk identiti anarki antarabangsa. Proses penting adalah untuk melihat bagaimana identiti dan kepentingan dibina dan bagaimana ia dibuat atau dikeluarkan di dalam dan melalui interaksi antarabangsa tertentu. Di smaping itu, konstruktivisme melihat dunia sebagai suatu projek yang selalunya dalam proses pembinaan dimana ianya selalu ada perubahan di dalam setiap masanya. Seterusnya, konstruktivisme menekankan isu yang berkaitan dengan ontologikal dan epistiomologikal dimana konstruktivisme ini tidak menafikan kemungkinan terhadap penjelasan dalam hubungan antarabangsa melainkan memberi penjelasan penyebab terhadap dominasi melalui undangundang15.

Teori Postmodernism

Pemikiran postmodernism merupakan satu idealisme alaf baru yang muncul di barat dalam arus modenisasi. Aliran pemikiran ini bermula sekitar tahun 1930-an dengan kemunculan seorang pengarang Belanda yang bernama Federio De Onis dalam penulisannya Antologia De La Poesia Espanola A Hispanoamericana pada tahun 1934 (Featherstone, 1998:202). Para sarjana berpendapat bahawa aliran pemikiran ini muncul atau ditandai dengan zaman enlightenment di Eropah yang mana pada masa itu masyarakat Eropah mula
14

Viotti, Paul R. dan Kauppii, Mark V. International Relations Theory, United States, Longman, Pearson, 2010, (4thed),hlm 277. 15 Ibid.

13

sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan dan pada masa itu juga wujudnya revolusi perindustrian yang menyebabkan pelbagai perubahan yang menjadi persoalan. Selepas itu, muncul pula beberapa pemikir- pemikir barat yang lain misalnya Jean Francois Lyotard, Micheal Foucault, Jacques Derida, Habermas dan Jean Baudrillard. Pascamoden adalah satu aliran pemikiran yang agak mengelirukan namun, pengaruhnya meresap masuk dan mencabar pelbagai bidang ilmu misalnya pemikiran, kerohanian, keagamaan, pendidikan, kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan. Apa itu fahaman dan pemikiran pascamoden? Menurut Kamus Dewan (1994:914), pasca bermaksud selepas, sesudah atau setelah. Moden pula bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara(kaedah) baru dan mutakhir. Menurut Jencks, C.H.(1995:478); Satu daripada anjakan utama ke arah dunia pascamoden ialah berlakunya perubahan dalam epistemologi, kefahaman terhadap pengetahuan itu berkembang dan dikaitkan dengan anggapan- anggapan lain. Falsafah postmodern ini telah membentuk beberapa pendekatan untuk mengkritik pemikiran barat seperti green approach dan feminism. Ia juga kadangkala digunakan untuk menjelaskan perubahan sosial yang berlaku yang mempunyai perkaitan dengan prinsip moral. Tiga unsur utama yang di ketengahkan dalam postmodern adalah; hubungan antara kuasa dan ilmu pengetahuan, performative nature of identity, dan various textual strategies yang digunakan oleh pemikir Postmodenist.

Pendekatan Feminisme Teoti Feminisme ini merupakan satu bentuk teori yang sangat berbeza dan jauh sekali dengan teori dominan. Fahaman Feminisme ini mula muncul dalam pengajian hubungan antarabangsa apabila kesedaran terhadap isu-isu gender yang kemudiannya telah mula diberi perhatian oleh sarjana-sarjana dalam pengajian hubungan antarabangsa. Pada peringkat awal, pendukung Femenist ini mempersoalkan tentang gender di dalam pengajian hubungan antarabangsa yang berkaitan tentang perbahasan terhadap ketidaksamarataan antara lelaki

14

dengan wanita dan kesan-kesan daripada ketidaksamarataan tersebut kepada politik dunia.16 Oleh hal yang demikian, golongan wanita telah menuntuk hak kesamarataan dan keistimewaan mereka sama ada dalam hal ekonomi, politik, sosiobudaya tanpa mengira bangsa, bahasa, agama dan negara. Semasa era globalisasi ini, pendekatan Feminisme semakin berkembang dalam pengajian hubungan antarabangsa dengan memperjuangkan hakhak wanita sebagai hak asasi manusia di bawah undang-undang antarabangsa. Pelbagai persidangan dan perjanjian telah dijalankan supaya dapat menjamin dan melindungi hak-hak wanita di peringkat antaranbangsa.

Teori environmentalism Selepas berakhirnya Perang Dingin, globalisasi turut mencipta ruang terhadap beberapa isu baru dalam agenda global serta diberikan peluang bagi memperjuangkan kepentingannya. Antara isu yang mendapat tempat dalam kumpulan masyarakat dunia kini ialah isu alam sekitar. Kesan daripada kemerosotan sumber asli dan dan kesedaran bahawa bumi ini dikongsi bersama. Senario sekarang menyaksikan banyak negara yang membawa isu-isu mengenai kelestarian alam sekitar dalam forum multilateral bagi memperoleh solusi antarabangsa secara kolektif. Isu-isu seperti pencemaran industri, penebangan hutan, pengurusan sumber, kemusnahan lapisan ozon di atmosfera dan kesan rumah hijau sering menjadi isu panas ketika ini.

16

Jackson, R., & Sorensen, G, Introduction to international relations: Theories and approaches (2nd ed.).

New York: Oxford University Press Inc, 2003, p. 274

15

Kemusnahan alam sekitar berpunca daripada pelbagai sumber seperti pelepasan karbon dioksida, pelepasan karbon dan juga klorofluorokarbon (CFC) dan gas metana akibat daripada aktiviti seharian seperti proses pengeluaran barangan industri, pertanian, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan di peringkat antarabangsa sebagai respon terhadap isu sejagat ini. pada Jun 1990, 98 buah negara telah menandatangani perjanjian untuk memberhentikan pengeluaran gas CFS secara total pada tahun 2000 17 .16 PBB juga mengadakan United Nations Enviroment Program (UNEP) pada tahun 1992 dengan objektif untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar. Sidang Kemuncak Bumi di Rio Di Jeneiro, Brazil merupakan sebuah persidangan yang sangat signifikan engan alam sekitar dan yang terbesar dengan dihadiri oleh semua pemimpin dunia dalam membincangkan dan menyelesaikan konflik alam sekitar. Pada tahun 1997, Protokol Kyoto yang mendapat sokongan kolektif daripada 141 buah negara, yang diadakan melalui Persidangan Rangka Kerja Kerja PBB tentang perubahan iklim (UNFCCC) yang diterima sejagat mengenai isu pemanasan global. Protokol tersebut telah dibuka pada 16 Mac 1998 dan ditutup pada 15 Mac 1999 dan telah berkuatkuasa pada 16 Februari 2005. Greenpeace dan World Wild Fund (WWF) adalah antara badan NGO dan aktivis alam sekitar yang aktif memperjuangkan isu alam sekitar dan banyak membantu memelihara dan memulihara alam sekitar daripada diancam kepupusan dan kemusnahan.

17

Sylvia Woodby & Martha K. Cottam, The changing agenda: The world politics since 1945 , United States: Westview Press, Inc, 1998, p.189.

16

KESIMPULAN

Selepas berakhirnya perang dunia yang telah berlaku dan menyebabkan banyak kesan yang negatif terhadap peradaban dunia secara tidak lansung telah melahirkan suatu bentuk perang yang mempunyai corak konflik yang berbeza daripada sebelumnya. Perang ini dikenali sebagai Perang Dingin (Cold War). Semasa perang ini berlansung, ianya telah membawa banyak perubahan kepada sistem kenegaraan dunia yang terpaksa menerima dua ideologi yang dijadikan perlumbaan oleh dua kuasa besar dunia atau kuasa dwipolar pada masa tersebut. Banyak strategistrategi yang telah diusahakan bagi mencapai matlamat yang disasarkan. Hasilnya, berlaku persaingan yang membawa kepada perang ideologi yang seterusnya telah melihat sejarah baru dalam peradaban manusia. Akhirnya, perang ini telah tamat dan telah memberi impak yang banyak terhadap hubungan antarabangsa terutamanya dari perspektif global. Proses globalisasi yang berlaku secara drastik selepas tamatnya Perang Dingin merupakan suatu perkara yang menjadi tanda tanya serta persoalan bagi pengakaji hubungan antarabangsa. Teori yang terdahulunya digunakan untuk menjawab persoalan fenomena antarabangsa kini tidak lagi relevan dalam menrungkaikan proses globalisasi yang telah merubah orientasi perhubungan di antara negara. Maka, muncullah teaori-teori yang menjadi reaksi kepada teori dominan ini dalam menjawab serta merungkai kejadian yang memungkinkan terjadinya proses globalisasi semasa era pasca Perang Dingin. Antara teori-teori ini termasuklah Neo-Liberalism Institionalism, Neo-Realism, Konstruktivism, dan Femenism.

17

BIBLIOGRAFI

Thomas G. Paterson, The Origin Of Cold War, London, D. C. Heath and Company. Louis J. Halle, The Cold War As History, London, Chatto & Windus, 1967. John Baylis and Steve Smith. The globalization of world politics. Oxford University Press. John T. Rourke, International Politics on The World Stage, California, Cole Publishing Company Montery, 1986. Kuo-yang Tang, From philosophy of history to political philosophy : an ideological investigation of globalization, International Reviem of Sociology, Revue Internationale de Sociologie, 2008 Ranveig drolsum Flaten & Indra de Soysa, Globalization and Political Violence, 1970-2008, International Interactions: Empirical and Theoritical Research in International Relations, 2012. Baylis, John. & Smith, S. & Owens, The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relation(5th edition). Oxford University Press: UK, 2011. Schulz, Michael, Regionalization in a Globalizing World; a comparative perspective on forms, actors and processes. St Martins Press, LLC, New York: USA, 2001. Brooks, S, Dueling Realism (Realism in International Relation), International Organization, Vol. 51, 1997. Viotti, Paul R. dan Kauppii, Mark V. International Relations Theory, United States, Longman, Pearson, 2010.

18

Jackson, R., & Sorensen, G, Introduction to international relations: Theories and approaches (2nd ed.). New York: Oxford University Press Inc, 2003. Sylvia Woodby & Martha K. Cottam, The changing agenda: The world politics since 1945, United States: Westview Press, Inc, 1998, p.189.

19

You might also like