You are on page 1of 2

CINCIN KESAYANGAN DATIN Datin Rafidah seorang yang sangat kaya. Kehidupannya sering dipenuhi kemewahan barangan perhiasan.

Kemana sahaja dia pergi, kebanyakkan pandangan tertumpu kepada sebentuk cincin bertatahkan permata berlian di jari manisnya. Datin Rafidah mempunyai seorang anak perempuan, Rina. Walaupun baru berusia 13 tahun, kehidupannya sudah dipenuhi kemewahan. Kini, Rina telah mengikuti jejak ibunya yang suka akan barang perhiasan. Rina juga sering mencuba-cuba menggayakan cincin keramat ibunya yang kebiasaannya diletakkan diatas peti televisyen diruang tamu rumahnya. Pada suatu petang, orang gajinya datang berjumpa Datin Rafidah. Dia ingin meminjam wang untuk berkahwin. Tetapi malangnya Datin Rafidah tidak mahu meminjamkan wangnya kepada orang gajinya. Selepas itu, tukang kebunnya pula menghadapi masalah kewangan. Dia ingin meminjam wang untuk membayar kos pembedahan anaknya. Namun begitu, harapannya hampar kerana Datin Rafidah memberi jawapan yang sama. Dalam pada itu, televisyen di ruang tamu rumah Datin Rafidah telah rosak. Datin Rafidah terpaksa menelefon mekanik untuk membaikinya. Mekanik tersebut tiba dan mengambil masa selama satu jam untuk membaik pulih televisyen tersebut. Pada malam itu, barulah Datin teringat akan cincin berlian yang sering diletakkan di atas peti televisyen tersebut. Alangkah terperanjatnya beliau kerana mendapati cincin tersebut telah hilang. Siapakah yang mengambil cincin kesayangan Datin? Pada mulanya Datin mengesyaki orang-orang yang terdapat didalam rumah itu kerana semuanya mempunyai masalah kewangan. Tetapi, setelah disiasat, tidak ada bukti yang menunjukkan mereka mencuri. Pada petang itu, Rina pulang ke rumah dan memulangkan cincin Datin. Barulah Datin menyedari bahawa cincinnya itu dipinjam oleh anaknya. Dia berasa bersyukur kerana cincinnya tidak hilang. CINCIN KESAYANGAN DATIN Datin Rafidah seorang yang sangat kaya. Kehidupannya sering dipenuhi kemewahan barangan perhiasan. Kemana sahaja dia pergi, kebanyakkan pandangan tertumpu kepada sebentuk cincin bertatahkan permata berlian di jari manisnya. Datin Rafidah mempunyai seorang anak perempuan, Rina. Walaupun baru berusia 13 tahun, kehidupannya sudah dipenuhi kemewahan. Kini, Rina telah mengikuti jejak ibunya yang suka akan barang perhiasan. Rina juga sering mencuba-cuba menggayakan cincin keramat ibunya yang kebiasaannya diletakkan diatas peti televisyen diruang tamu rumahnya. Pada suatu petang, orang gajinya datang berjumpa Datin Rafidah. Dia ingin meminjam wang untuk berkahwin. Tetapi malangnya Datin Rafidah tidak mahu meminjamkan wangnya kepada orang gajinya. Selepas itu, tukang kebunnya pula menghadapi masalah kewangan. Dia ingin meminjam wang untuk membayar kos pembedahan anaknya. Namun begitu, harapannya hampar kerana Datin Rafidah memberi jawapan yang sama. Dalam pada itu, televisyen di ruang tamu rumah Datin Rafidah telah rosak. Datin Rafidah terpaksa menelefon mekanik untuk membaikinya. Mekanik tersebut tiba dan mengambil masa selama satu jam untuk membaik pulih televisyen tersebut. Pada malam itu, barulah Datin teringat akan cincin berlian yang sering diletakkan di atas peti televisyen tersebut. Alangkah terperanjatnya beliau kerana mendapati cincin tersebut telah hilang. Siapakah yang mengambil cincin kesayangan Datin? Pada mulanya Datin mengesyaki orang-orang yang terdapat didalam rumah itu kerana semuanya mempunyai masalah kewangan. Tetapi, setelah disiasat, tidak ada bukti yang menunjukkan mereka mencuri. Pada petang itu, Rina pulang ke rumah dan memulangkan cincin Datin. Barulah Datin menyedari bahawa cincinnya itu dipinjam oleh anaknya. Dia berasa bersyukur kerana

cincinnya tidak hilang.

You might also like