You are on page 1of 3

UMRAH DAN JEJAK SAHABAT SYRIA, JORDAN DAN

ISTANBUL 2010

ATURCARA PERJALANAN

HARI 01 27.5.2010(KHAMIS) KUALA LUMPUR/ABU DHABI


Jemaah dikehendaki berada di Lapangan Terbang LCCT 3 jam sebelum berlepas. Pasport, tiket dan boarding
pass akan diserahkan setelah urusan ‘check in’ selesai. Pesawat akan berlepas dari LCCT pada jam 0500
petang menuju ke Abu Dhabi dan Insha` ALLAH dijangka tiba di Abu Dhabi jam 800 malam . Transit di
airport Abu Dhabi dan bermalam di hotel apartment.

HARI 02 28.5.2010(JUMAAT) ABU DHABI/JEDDAH/MADINAH


Bertolak dari airport Abu Dhabi ke Jeddah dengan Ittihad Airways jam 1.45 petang dan tiba di Jeddah jam 3.30
petang.Dijangka tiba di Madinah sebelah malam . Setibanya di Madinah terus ke tempat
penginapan untuk check-in. Sekiranya masjid dibuka jemaah akan dibawa ke Rawdah dan
ziarah makam rasullullah s.a.w.

HARI 03 29.5.2010(SABTU) MADINAH


Jemaah dibawa melawat Perkuburan Baqi selepas solat subuh.

HARI 04 30.5.2010(AHAD) MADINAH


Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba’, Masjid Qiblatain,
Jabal Uhud dan lain-lain lagi. Jemaah juga akan dibawa ke ladang kurma.

HARI 05 31.5.2010(ISNIN) MADINAH/MAKKAH

Jemaah dibawa ke Miqat Bir Ali seterusnya ke Makkah untuk mengerjakan umrah.Sebelum ke
Miqat jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel tanpa berniat kerana niat umrah
dilakukan di Miqat.

HARI 06 1.6.2010(SELASA) MAKKAH


Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat.

HARI 07 2.6.2010 (RABU) MAKKAH


Ziarah Muzium Makkah (tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan Muzium), ladang
ternakan unta dan Hudaybiah, tempat berlakunya perjanjian Hudaybiah yang bersejarah. Di
Hudaybiah jemaah boleh berniat umrah sekiranya ingin mengerjakan umrah.

HARI 08 3.6.2010 (KHAMIS) MAKKAH


Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Makkah seperti Jabal
Thur, Padang Arafah, Muzdalifah, Mina, Jabal Nur dan akhir sekali ke Ji’aranah sebelum
kembali semula ke Makkah. Di Ji’aranah jemaah boleh berniat umrah sekiranya ingin
mengerjakan umrah.

HARI 09 4.6.2010(JUMAAT) MAKKAH/JEDDAH


Sebelah malam jemaah akan melakukan tawaf widak selepas solat Isyak dan seterusnya terus
ke airport Jeddah

HARI 10 05.6.2010(SABTU) - JEDDAH-AMMAN-DAMSYIK


Bertolak dari Jeddah ke Amman dengan Royal Jordanian jam 7.00 pagi dan dijangka tiba di
Amman jam 9.00 pagi. Jemaah dijangka bertolak ke Damsyik selepas zohor
HARI 11 06.06.2010(AHAD) DAMSYIK-HIMS-HAMAH-HALAB-DAMSYIK
Lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti makam Khalid bin Al-Walid, kincir air Hamah
dan lain-lain.

HARI 12 07.06.2010(ISNIN) DAMSYIK/AMMAN


Lawatan sekitar Damsyik seperti Maqam Salahuddin al-Ayyubi, Masjid Umawi , Maqam Abu al-
Darda’, membeli belah di Bazar Hamidiyyah, Maqam Bilal bin Rabah dan lain-lain . Jemaah di
jangka bertolak ke Amman sebelah petang.

HARI 13 08-06.2010(SELASA) AMMAN/JORDAN


Aktiviti bebas/lawatan sekitar Jordan seperti Laut Mati, Maqam sahabat di Ahgwar seperti Abu
Ubaidah bin al-Jarrah salah seorang sahabat nabi yang dijamin masuk syurga, Syurhabil salah
seorang penulis wahyu, Amir bin abi Waqqas, Muaz bin Jabal, medan pertempuran Ain Jalut,
Ajlun dan Mu’tah dan bermalam di Karak.

HARI 14 09.06.2010(RABU) AMMAN/ISTANBUL


Bertolak dari Karak jam 5.00 pagi dan lawatan sekitar Amman seperti Roman Teater, Gua
Ashabul Kahfi dan terus ke Airport Queen Alia untuk bertolak ke Istanbul menaiki Royal
Jordanian jam 11.20 pagi dan tiba di Istanbul jam 1.45 petang

HARI 15-16 10-1106.2010(KHAMIS-JUMAAT) ISTANBUL


Lawatan Roman Hippodrome, Masjid Biru, Topkapi Palace dan Camlica Hill untuk melihat panaroma di
Istanbul dan lain-lain

HARI 17 12.06.2010(SABTU) ISTANBUL/ABU DHABI


Bertolak pulang dari Istanbul ke Abu Dhabi dengan Ittihad Airways jam 8.25 malam dan tiba
di airport Abu Dhabi pada jam 1.50 pagi Ahad.

HARI 18/19 13-14.06.2010(AHAD-ISNIN) ABU DHABI/KUALA LUMPUR


Membeli belah di Abu Dhabi sebelum bertolak pulang dari airport Abu Dhabi jam 9.25 malam
dan dijangka tiba di LCCT pada jam 9.55 pagi Isnin.
Harga Termasuk

1. Tiket Penerbangan kelas ekonomi pergi/balik.


2. Airport tax, takaful Kembara dan Insuran penerbangan.
3. Penginapan di Makkah dan Madinah (Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, air panas dan sejuk di
sediakan 24 jam ).
4. Ziarah di Madinah/Makkah. Pengangkutan dalam atur cara lawatan.
5. Beg besar, beg kecil, buku panduan umrah dan air zam-zam 10 Liter.
6. Kos khidmat visa umrah/muassasah.
7. Wang upah angkat barang di hotel.

Harga Tidak Termasuk

1. Barang yang melebihi had 20 kilo.


2. Panggilan talipon, dobi pakaian dan telegram peribadi.
3. Makan/minum selain dari yang disediakan dalam aturcara.
4. Wang perbelanjaan yang diluar aturcara pakej.
5. Sijil kesihatan dan suntikan.
6. Pengangkutan ke Tan`im untuk berniat umrah pada acara bebas.
7. Tips di airport Jedah.

You might also like