You are on page 1of 38

BMM 3104

Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur

Hafiez Azizan Bin Osman Nurmelda Binti Patric Nurul Alifah Binti Talibali Mohd Hafif Bin Ahmad Shukri

PENGENALAN
Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan

aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran


dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran

mendengar dan bertutur ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu


aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik darjah.

guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak


diajar dalam bilik darjah merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya.

guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur.

Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru sebenarnya


juga mengajar kemahiran bertutur.

Sehubungan dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.

PENDEKATAN PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR

PENDEKATAN PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR


Melibatkan dua jenis pendekatan:

-Pendekatan Situasi - pendekatan Komunikatif (a) Pendekatan Situasi Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan

penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada


dan intonasi tertentu.

pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu.

Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan

Pendekatan Situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut: (a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi; (b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat; (c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul;

(d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan muridmurid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini demikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah;

(e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid murid dalam latihan bertutur;

(f)

Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila muridmurid mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan merekamenghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu;

(g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul.

b) Pendekatan Komunikatif

Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran


bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsur-

unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi


bahasa.

pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut :

a) Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Dengan demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;

b) Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran

bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan


pembelajaran guru dalam bilik darjah;

c)

Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan

pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur.

- Dengan demikian, murid dapat menggunakan berbagai- bagai

strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur


tersebut. Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan;

d) Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan;

e) Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu

mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan


rakaman menjadi semakin perlu.

KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR

Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur


Kaedah ialah prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan

pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru.

Jenis-jenis kaedah :

Kaedah Terus
Kaedah Fonetik/Linguistik Kaedah Eklektik

Kaedah Audio-Lingual
Kaedah Komunikatif

Kaedah Terus
Pengajaran dan pembelajaran secara natural iaitu menggunakan
terus bahasa sasaran tanpa terjemahan dalam bahasa ibunda. Diajar secara konkrit.

Pengajaran suatu topik baharu berdasarkan topik yang telah diajar.


Kesalah dikurangkan kerana murid dibiasakan dengan cara berfikir dan bertutur dalam bahasa sasaran.

Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang


ketara (a) (b) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru (c) akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran,lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain; aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai (d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif, (e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul.

Langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut: (a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah

yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna.


(b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi.

(c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat
menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan

tersebut.

Kelebihan

boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik.


terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau

menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik


darjah.

Kelemahan kaedah terus lebih kompleks dalam menyampaikan makna perkataan terutama sekali perkataan-perkataan yang abstrak. memerlukan guru terlatih khas dalam menyampaikannya berlakunya penerimaan mesej yang kurang tepat memberi manfaat atau faedah kepada murid-murid yang cerdik namun tidak bagi murid-murid yang lemah.

Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik


Dikenali sebagai kaedah lisan @ reform. Pengajaran dimulakan dengan latihan pendengaran, kemudiannya sebutan. Latihan sebutan dimulakan dengan bunyi, perkataan, frasa dan ayat. Ayat-ayat dibina kemudian digabungkan menjadi dialog dan cerita. Menggunakan simbol fonetik. Nahu atau tatabahasa dikemukakan sebelum peraturan dan rumusrumus bahasa diajar.

kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampirsama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:

coffee - kopi school - sekolah radio - radio bicycle - basikal biscuit - biskut

Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama.


Subjek Saya I Dia He Kata kerja pergi go minum drinks Objek ke sekolah. to school. susu. milk.

Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut:

(a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran


(b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut (c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur

tatabahasa
(d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.

Kaedah Audio-Lingual
menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid

menjalankan latihan bahasa


Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan

(b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman


(c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan diajar tentang pengetahuan bahasa (d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif (e) Bahasa berbeza antara satu sama lain.

Kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa

Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut:

(a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing


(b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut (c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog

(d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru


memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.

KAEDAH KOMUNIKATIF
Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk

berlandaskan teori interaksi.

Bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa

(tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur


bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.

Prinsip pengajaran menggunakan kaedah komunikatif

(a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. - Pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif.

(b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. - Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.

(c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. - Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat

tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.


(d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya.

- Pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada


aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut. (d) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR


Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah

pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan


bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. Guru boleh menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan.

Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat

Antara lain ialah teknik:


(a) Latih tubi (b) Bercerita; (c) Bersoal jawab (d) Perbualan / dialog/ wawancara (e) Perbincangan (h) Sumbang saran (i) Drama atau lakonan (j) Melapor berita (k) Permainan bahasa (l) Pengajaran puisi

(f) Berbahas/ debat


(g) Main peranan dan simulasi

(m) Penyelesaian masalah


(n) Tunjuk cara

video

AKTIVITI
Arahan:

1.
2.

Bilang nombor 1 dan nombor 2.


Individu yang nombor 1 akan bergerak ke kanan dan individu nombor 2 akan bergerak ke kiri.

3.
4.

Kumpulan 1 akan menjadi pembangkang dan kumpulan 2 akan


menjadi kerajaan. Bahaskan topik yang diberikan.

Peraturan 1. Ketika pihak lawan memberikan hujan, pihak berikutnya tidak

dibenarkan mencelah sebelum mengangkat tangan dan diizinkan


oleh pihak lawan. 2. 3. 4. Ahli kumpulan yang berhujah tidak dibenarkan membuat bising ketika wakilnya berhujah. Setiap ahli perlu berhujah maksimum selama 1 minit. Perbahasan ini adalah berbentuk TIDAK FORMAL.

TOPIK
Penggunaan telefon bimbit di sekolah

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like