You are on page 1of 11

ANALISIS SAHSIAH RASULULLAH

PENDAPAT ROBERT L. GULLICK JR. DALAM BUKUNYA MUHAMMAD, THE EDUCATOR Muhammad merupakan seorang pendidik yang membimbing manusia menuju kemerdekaan dan kebahagiaan yang lebih besar. Tidak dapat dibantah lagi bahwa Muhammad sungguh telah melahirkan ketertiban dan stabilitas yang mendorong perkembangan Islam, suatu revolusi sejati yang memiliki tempo yang tidak tertandingi dan gairah yang menantang Hanya konsep pendidikan yang paling dangkallah yang berani menolak keabsahan meletakkan Muhammad diantara pendidik-pendidik besar sepanjang masa, karena -dari sudut pragmatis- seorang yang mengangkat perilaku manusia adalah seorang pangeran di antara pendidik

MICHAEL HART DALAM BUKUNYA 100 TOKOH DUNIA Meletakkan Rasulullah Muhammad di posisi pertama sebagai sosok paling berhasil dan tak tergantikan oleh sosok lainnya berkaitan dengan memimpin dan mendidik umat dalam kurun waktu singkat sehingga terwujud kehidupan yang mulia.

SAHSIAH DIRI RASULULLAH S.A.W SEBAGAI SEORANG PENDIDIK KASIH SAYANG

menyentuh hingga ke kalbu. Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang -orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka (QS.Al-Fath : 29)

SABAR kemampuan memahami apa yang yang hendak dimiliki oleh anak didik menjadi cabaran bagi pendidik. Terutama bagi anak didik yang lembam dalam memahami materi memerlukan kesabaran yang lebih dari pendidik untuk terus mencari cara agar si anak didik boleh setara pemahamannya dengan yang lainnya. Antara contoh sifat sabar rasulullah dalam berdakwah ialah kisah nabi dengan perempuan tua yang buta Maksud firman allah taala : Hai orang-orang yang beriman, Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar (QS.Al-Baqoroh : 153).

CERDAS Seorang pendidik harus mampu menganalisis setiap masalah yang muncul dan memberikan solusi yang tepat untuk mengembangkan anak didiknya . Kecerdasan yang diperlukan tidak cuma intelektual namun juga emosi dan spiritual

TAWADHU Rasulullah mencontohkan sifat tawadhu kepada siapa saja baik kepada yang tua maupun yang lebih muda dari beliau. Sehingga tidak ada jurang yang renggang antara pendidik dengan anak didik dan akan memudahkan pembelajaran dan memperkuat pengaruh baik pendidik kepada anak didik karana penghormatan. Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tandatanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud[1406].

BIJAKSANA Seorang pendidik umat tidak boleh mudah terpengaruh dengan kesalahan bahkan oleh keburukan yang dihadapinya tetapi perlu bijaksana dan lapang dada sehingga akan mempermudah baginya menyelesaikan sebab-sebab permasalahan tersebut PEMBERI MAAF Anak didik yang ditangani oleh pendidik tentunya tidak boleh lari dari kesalahan maupun sikap-sikap yang tidak terpuji. Maka dari itu pendidik dituntut untuk mudah memberikan maaf kepada anak didiknya

KEPRIBADIAN YANG KUAT Hukuman boleh jadi tidak diperlukan dalam mengedukasi anak didik jika seorang pendidik memiliki keperibadian yang kuat (kewibawaan, tidak cacat moral, dan tidak diragukan kemampuannya) Sehingga secara automatik boleh mengelakkan berlakunya banyak kesalahan dan mampu menanamkan keyakinan dalam diri anak didik

YAKIN TERHADAP TUGAS PENDIDIKAN Rasulullah dalam menjalankan tugas menguruskan umat selalu optimis dan penuh keyakinan terhadap tugas yang diamanahkannya. Patutlah jika pendidik umat juga mempunyai sifat ini iaitu yakin usaha, kerana Allah SWT akan mempercepatkan pemberian terhadap manusia yang memiilki keyakinan tinggi terhadap kejayaan setiap tugas yang dilakukan. Sesuai dengan hadis Qudsi bahawa Allah sesuai dengan prasangka hamba-Nya.

CARA DAN KAEDAH PENYAMPAIAN RASULULLAH S.A.W SEBAGAI SEORANG PENDIDIK

SPIRITUAL-MENTALITY BUILDING Rasulullah meletakkan kedudukan mental berlandaskan aqidah yang kuat terhadap kaum muslimin semasa itu. Karena jika pendidikan tidak bermula dari dalam diri, maka apapun manifestasi pendidikan tersebut hanyalah manipulatiif. Pembentukan mental Islam yang kuat akan menghindarkan anak didik dari penyakit hati seperti benci, dengki, buruk sangka, sombong, bohong, dll. Jika seseorang telah mampu mengatasi penyakit hati, maka orang tersebut berpotensi besar untuk berjaya

APPLICABLE Allah SWT tidak pernah memerintahkan keimanan kecuali disertai dengan tindakan nyata. Maka dari kenyataan ini, Rasulullah SWT melakukan penguatan pengetahuan teori dengan aplikasi praktis Manfaat hakiki akan lahir dari aplikasi praktis terhadap pengetahuan teori Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik (QS.Ar-Rad : 29)

BALANCE IN CAPACITY Ertinya sebagai seorang pendidik yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW adalah memberikan tugasan dan menjelaskan sesuatu sesuai dengan kemampuan dan pemahaman yang dimiliki oleh anak didik.

Metode ini sesuai dengan hadits Rasulullah jika aku memerintahkan sesuatu kepada kalian, maka tunaikanlah sesuai dengan kemampuan kalian (yang paling maksimal ). (HR.Muslim no. 1307) Kamu sekali-kali janganlah memberi

penjelasan kepada suatu kaum, penjelasan yang tidak bisa dijangkau oleh akan mereka, kecuali ia akan menjadi fitnah bagi sebagian diantara mereka.(HR.Muslim)

RIGHT TREATMENT FOR DIVERSITY

Kepelbagaian tersebut boleh diklasifikasi berdasarkan demografi.

antara orang badwi dengan orang bandar, antara orang yang baru masuk Islam dengan yang sudah lama memeluk Islam.

apa yang disebut adil akan terwujud dari pendidik kepada anak didik.

PRIORITY & THING FIRST THING

yang penting sangat diperlukan pendidik.

bermaksud menanamkan kebiasaan kepada anak didik bertindak efektif dan efisien.

melakukan sesuatu dengan betul. Manfaatkan lima perkara sebelum (datang) lima perkara : masa hidupmu sebelum (datang) matimu, masa sehatmu sebelum (datang) masa sakitmu, masa

senggangmu sebelum (datang) masa sempitmu, masa mudamu sebelum (datang) masa tuamu, dan masa kayamu sebelum (datang) masa miskinmu . (GR. Tirmidzi)

GOOD ADVICE FOR GOOD TIME

sedang dilanda masalah ataupun berbuat kesalahan fatal tanpa disedarinya. Ada yang perlu diperhatikan dalam pemberian nasihat / advice kepada anak didik iaitu kuantiti dan timing. Kuantiti maksudnya nasihat yang diberikan tidak banyak namun terkawal dalam pelaksanaan pada anak didiknya.

nasihat yang selanjutnya dan lebih berat. Lantas, mengenai masa / timing penyampaian nasihat harus tepat. asihat akan memberikan kesan perubahan yang luar biasa kepada anak didik

ACHIEVEMENT MOTIVATION

mengandungi dorongan positif yang kuat dari dalam pengaruh manusia pada sikap dan tindakan mengarah pada hal-hal positif juga. Sehingga kebajikan lebih dominan dan mampu melenyapkan kejahatan sesuai dengan ayat Al-Quran: "....

Sesungguhnya perbuatan baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan buruk ..".( QS.Huud: 114)

COERCIVE AND REWARD

menginginkan mendapat pujian dari gurunya.

penghargaan berbanding hukuman kerana Allah SWT mengutamakan menerima kerana suka daripada kerana takut. Menerima kerana suka akan memunculkan kerinduan untuk melakukan apa yang diperintahkan dengan lapang dada.

SELF-EVALUATION pada kaum muslimin waktu itu dalam kaedah pendidikan yang beliau jalankan adalah penilaian diri (muhasabah).

dalam proses pendidikan islami akan memacu diri anak didik untuk melakukan penambahbaikan sehingga akan peningkatan prestasi yang lebih baik lagi

SUSTAINABLE TRANSFER

diperolehi dalam masa sekejap. Perlu kesinambungan proses baik pemindahan mahupun kawalan terhadap hasilnya. Proses pendidikan yang dilakukan oleh Rasulullah juga berjalan dalam jangka waktu yang tidak singkat. Waktu 13 tahun dihabiskan selama di Makkah dan dilanjutkan di Madinah di sisa usia beliau hingga kembali ke pangkuan tidak pernah berhenti untuk terus dan terus mendidik umat

TOKOH ILMUAN ISLAM DALAM PENDIDIKAN

Sejarah telah membuktikan bahawa peranan ulama terhadap ketinggian peradaban umat Islam begitu bernilai sekali. Mereka adalah golongan yang melakukan pelbagai tajdid (pembaharuan) bagi memastikan umat Islam bergerak seiring dengan tuntutan semasa. Tokoh-tokoh ulama silam seperti Imam Abu Hanifah (699-767 Masihi) telah menjelaskan kepada umat Islam waktu itu perlunya kurikulum pendidikan yang relevan dengan keadaan semasa bagi membolehkan para pelajar menangani persoalan zamannya.

Beliau tidak mahu terikat dengan kurikulum yang jumud (statik). Para pelajar mestilah diberikan persiapan yang membolehkan mereka menyahut cabaran semasa. Tetapi implikasinya, Abu Hanifah telah dikecam dan dikritik hebat oleh ulama lain yang menganggap beliau cuba mengada-adakan sesuatu yang belum pernah dilakukan pada zaman sahabat Rasulullah.

Namun Imam Abu Hanifah mempunyai alasan yang cukup positif untuk memperbaharui sukatan kurikulum pendidikan. Menurut beliau, realiti zamannya waktu itu sudah berbeza dengan persoalan zaman para sahabat. Beliau melontarkan idea-ideanya ke arah mereformasikan metod pengajaran agar intipati al-Quran dan Sunnah dapat diaplikasikan dengan sebaik mungkin dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat.

Walhal ramai ulama sezaman dengan beliau hanya menanggapi al-Quran dan Sunnah dari segi literalnya sahaja, tanpa sebarang wacana pemikiran, percambahan pendapat dan pemugaran ijtihad. Tajdid (pembaharuan) dalam kurikulum pendidikan dilaksanakan oleh Abu Hanifah demi memastikan ilmu pengetahuan yang dipelajari oleh para pelajar berkait rapat dengan realiti kehidupan semasa.

Menurut beliau, syariat Islam bertujuan menyelesaikan masalah masyarakat, bukannya terasing dari masyarakat. Maka kaedah Qiyas, Ijtihad dan Istihsan menjadi sumber-sumber bagi mengistinbat (mengeluarkan rumusan) hukum dalam mazhab Hanafi yang dipimpin oleh Abu Hanifah dan muridnya Muhammad Ibn al-

Hasan kerana mereka mahu hukum Islam yang terhasil adalah berasaskan kemaslahatan (kepentingan) dan realiti tuntutan semasa masyarakat. Imam Syafii (767-854 Masihi) juga turut melaksanakan reformasi pendidikan agar lebih progresif dan berkesan. Beliau tidak mahu membataskan pengajaran ilmu kepada bidang Akidah dan Syariah sahaja. Malah beliau menyarankan agar ilmu sains dimasukkan ke dalam silibus pendidikan. Dalam buku biografinya Manaqib al-Syafii, diceritakan bahawa Imam Syafii amat dukacita atas kecuaian umat Islam pada zaman itu yang meninggalkan pengajian ilmu perubatan dan menyerahkan ilmu tersebut kepada orang-orang Yahudi dan Kristian. Ini terjadi akibat salah faham umat Islam yang merasakan bahawa ilmu perubatan adalah ilmu keduniaan (sekular) yang tidak perlu dikuasai kerana tidak ada kaitan dengan keagamaan. Walaupun Imam Syafii lebih dikenali sebagai ulama fiqh, namun beliau memberi sumbangan yang tidak kurang hebatnya dalam bidang perubatan, astronomi, sastera dan sejarah. Dalam kurikulum pengajarannya, beliau telah memasukkan ilmu kemahiran memanah dan menunggang kuda, malah kemahiran beliau sendiri dalam memanah dan menunggang kuda amat dikagumi.

Imam Malik (714-798 Masihi) sebelum itu pun telah berinisiatif menghubungkan di antara kesesuaian kurikulum dengan keperluan semasa masyarakat Madinah. Oleh sebab itu, apabila Khalifah Abu Jaafar al-Mansur mengarahkan supaya kitabnya alMuwatta dijadikan rujukan utama dalam masalah fiqh dan hukum di seluruh wilayah pemerintahan baginda, maka Imam Malik tidak dapat menyetujuinya atas alasan bahawa setiap negeri-negeri Islam wajar mengambil kira persoalan tempatan dan kondisi semasa seperti keadaan iklim, geografi, adat tradisi (budaya), sosial masyarakat dan sebagainya.

Gerakan intelektualisme mencapai kegemilangannya pada akhir abad ketiga dan awal abad keempat Hijrah. Ketika itu muncul para ulama akidah dan ilmu kalam seperti Abu Ali al-Jubbai (235-303H), Abu al-Hasan al-Ashari (meninggal 330H) dan al-Tahawi (meninggal 322H). Di bidang tafsir dan sejarah, muncul Imam al-

Tabari (meninggal 310H) dan ramai lagi sehingga tempoh ini (abad ke-3 hingga ke-4 Hijrah) dianggap sebagai zaman emas tamadun Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Daripada kalangan tokoh-tokoh pemikir dan reformis pendidikan, lahir Muhammad Ibn Sahnun (m. 256H), Muhammad Ibn Husayn al-Ujurri (m. 360H) dan Ali Ibn Muhammad al-Qabisi (m. 403H). Mereka membicarakan tentang teori-teori pendidikan yang patut dijelmakan dalam proses pendidikan.

Di samping itu, ahli-ahli falsafah pendidikan seperti al-Farabi (339H), Ibn Sina (m. 428H), Ibn Maskawih (m. 421H), Imam al-Ghazali (450-505H) dan Ibn Khaldun (m. 808H) muncul dengan melontarkan pandangan benas mereka terhadap nilai-nilai yang diperlukan dalam pendidikan agar gagasan, rangka kerja dan matlamat pendidikan dapat dicapai.

Sebagai contoh yang ideal, Imam al-Ghazali adalah antara ulama pembaharu yang mendalami pelbagai bidang sama ada akademik, agama, politik, sosial dan tamadun zamannya. Beliau bangun mengkritik pengaruh falsafah Greek yang begitu mempengaruhi umat Islam ketika itu. Beliau menulis karya-karya agung dan membongkar faktor penyelewengan teori falsafah itu sambil mengajak umat Islam kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

Antara ulama kontemporari yang melaksanakan tajdid berorientasikan pendidikan dan ilmu pengetahuan ialah Jamaluddin al-Afghani (1838-1897M), Muhammad Abduh, Badiuzzaman Said Nursi (m. 1960), Abu al-Hasan Ali al-Nadwi (19141999M), Hasan al-Banna, Malik bin Nabi, Muhammad Iqbal, Sayyid Qutb, Abu Ala al-Maududi, Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradhawi dan ramai lagi.

Di Malaysia, lahir ulama pemikir yang berkecimpung dalam bidang pendidikan, antaranya ialah Syed Muhammad Naquib al-Attas, Muhammad Kamal Hassan, Ahmad Ibrahim dan Muhammad Uthman El-Muhammady (sekadar menyebut beberapa nama sahaja).

Sesungguhnya umat Islam amat memerlukan ulama yang dedikasi dengan tugas, amanah terhadap ilmu dan bergerak aktif dalam masyarakat. Umat Islam tidak perlukan ulama yang meminggirkan diri dan terasing dari tanggungjawab sosial.

Imam-imam mazhab boleh dijadikan contoh dalam mewujudkan ulama yang mampu membawa perubahan terhadap masyarakat. Mereka berupaya memugar pemikiran umat dengan menjadikan ijtihad sebagai landasan tajdid dan mendidik umat supaya beradab dalam perselisihan pendapat (adab al-ikhtilaf), sehingga kesyumulan (kesejagatan) Islam dapat diaplikasikan tanpa batasan tempat dan waktu.

Mereka tidak menjadikan pemikiran umat Islam terkurung di sebalik tembok-tembok masjid serta ilmu-ilmu Islam tersimpan rapi dalam kitab-kitab fiqh, akidah, usuluddin, tasawuf, tafsir, hadis dan sebagainya. Sebaliknya, merekalah pelopor kepada pelbagai perubahan positif dengan mencairkan kebekuan minda yang melanda umat Islam di zaman mereka. Mereka berjaya mencetuskan suatu perubahan yang bernilai kerana mereka memahami realiti masyarakatnya dan sangat mengerti bahawa Islam itu relevan untuk sepanjang zaman.

Bagaimana pula sumbangan ulama pada hari ini? Apakah sumbangan utama yang perlu mereka mainkan dalam mengangkat kewibawaan umat Islam kini? Menurut pendapat penulis, antara inisiatif yang wajar diusahakan ialah keperluan membina semula masyarakat yang sudah banyak dijangkiti unsur negatif dari positifnya, serta mengembalikan kesatuan umat Islam berlandaskan kekuatan ilmu, iman dan amal

You might also like