You are on page 1of 4

TAJUK:

KISAH ASHABUL KAHFI


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .....
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana , guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan
sebuah kisah yang bertajuk : KISAH ASHABUL KAHFI

Hadirin sekalian..
Al-Kahf dalam bahasa Arab bermaksud gua Kisah ini mengisahkan 7 orang
pemuda yang mengasingkan diri mereka ke sebuah gua demi menjaga keimanan
mereka dan ketaqwaan kepada Allah Tujuan mereka hanya untuk berdakwah
..Mengapakah mereka mengasingkan diri?............
Tahukah hadirin sekalian .7 orang pemuda ini mengasingkan diri mengelakkan
diri daripada pimpinan seorang raja ketika itu Raja Daqyanus yang terkenal dengan
kekejamannya Demi menjaga keselamatan diri mereka dibunuh dan dipancung
maka bersembunyilah mereka di dalam gua.
Hadirin sekalian ,
Pemuda-pemuda itu berhenti melepaskan lelah.. Mereka sungguh letih. Tetapi mereka
tidak boleh berhenti lama. Musuh bila-bila masa sahaja akan dapat menghidu gerak
langkah mereka.. Akhirnya langkah mereka sampai ke gua. Akhirnya duduklah
pemuda-pemuda itu di dalam gua. Gua yang gelap menjadi pilihan Allah untuk
mereka. Boleh jadi ada kerahmatan dari sisi Allah untuk mereka di sini setelah seisi
kota memusuhi mereka malah ingin membunuh mereka. Jika mereka terus tinggal,
satu persatu nyawa mereka akan hilang sedangkan mereka masih muda. Mereka
masih baru. Mereka perlu selamatkan diri. Dakwah ini lebih panjang.
Firman Allah dalam Surah Al Kahfi ayat 10 :
( -O7 ) ! 4L -
/ 4> 4Lg>-47 }g` E l ^- ! LO4;OE>
^+>E-4 E4 ;}g` 4^@>^`
-4>E-4> ^
Ertunya : Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan
serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.
Hadiran sekalian,
Setiap perkara yang kita lakukan ada hikmah di sebaliknya. Oleh yang demikian,
pelbagai usaha dilakukan untuk mendapat kejayaan. Kita tidak boleh cepat berputus
asa, malah kita mesti berdoa agar usaha kita ini akan diberkati dan terpelihara.
Kawan-kawan
Akhirnya mereka bersandar di dinding gua, menghela nafas yang
panjang. Takut, waspada, redha dan syukur. Perasaan bercampur-baur.
Tetapi hati mereka tetap cemas. Bimbang dan cemas untuk menutup mata.
Bagaimanakah jika mereka tertidur musuh datang mengheret mereka?
Bagaimana jika mereka terlelap keselamatan saudara-saudara seperjuangan
akan terancam? Masing-masing memandang wajah-wajah saudara mereka
yang sudah keletihan. Mereka juga letih seperti dirinya. Tetapi mereka
masing-masing sanggup buat apa sahaja untuk menjaga keselamatan
sahabat-sahabat seperjuangan.
Tiba-tiba berkata seorang dari mereka Sepatutnya kaum kita yang
menyembah tuhan-tuhan yang banyak nyatakan hujah .
Ya, sepatutnya mereka boleh datangkan hujah dan bukti tentang tuhan yang
mereka sembah sahut seorang lagi.
Mereka zalim dan menzalimi diri sendiri ujar yang lain pula.
Firman Allah Surah Al Kahfi Ayat 15 :
g7^E- E4N`O % ( -7>>+`- }g`
gOg^> LOE_g -47
Ertinya : Kaum kita itu, menyembah beberapa Tuhan Yang lain dari
Allah
Hadirin sekalian ,
Setiap perkara itu hendaklah dilaksanakan bukan mengikut emosi dan bukan
hanya mengikut sahaja cara hidup tradisi. Kita seharusnya berpandukan
kepada Al-Quran dan As Sunnah. Kita lihat sekarang ramai orang Islam
yang bijak pandai tak semuanya berpegang teguh kepada akidah. Ada yang
sanggup menyekutukan Allah semata-mata mencapai cita-cita mereka.
Kawan-kawan
Akhirnya Allah tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu.
Hari berganti hari, minggu bertukar, musim berubahBiarpun matahari
terbit dan memacar cahaya menembusi gua di sebelah kanan dan tenggelam
di sebelah kiri mereka. Mereka terus lena. Sesekali posisi badan mereka
berubah, anggota mereka bergerak-gerak. Mata mereka tidak rapat tertutup
lantaran cemas dan waspada. Tetapi mereka tidur bertahun-tahun dalam
jagaan Allah dengan seekor anjing serigala penjaga di pintu gua yang
menimbulkan rasa gerun jika ada manusia yang hampir. Surah Al Kahfi ayat
18:
_+ : gg = ) +^4 =-> -g4>^ -
=->4 Eg]= - ( _+ : = E . 4
[OO4 / gO^>4N-4>g> g>>g4O^
) /
Erttinya : Dan Kami balik-balikkan mereka Dalam tidurnya ke sebelah
kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki
depannya dekat pintu gua

Kawan-kawan...
Allah sentisa memelihara hambanya yang taat akan perintahNya dan
meninggalkan laranganNya. Apa jua malapetaka dan bahaya menimpa ada
hikmahnya. Yang penting adalah keikhlasan kita. Pada hari ini kita lihat
ramai pendakwah tumbuh bagaikan cendawan untuk berdakwah. Ada yang
dikutuk dan dicaci apabila masyarakat tidak mahu menerima kebaikan.
Kawan kawan,
Beberapa kemudian Allah bangkitkan mereka dari tidurnya, dan
membuatkan mereka tertanya-tanya sesama sendiri.
Berapa lama kita tidur?
Mungkin kita tertidur seharian atau separuh hari
Allah jua yang lebih mengetahui
Firman Allah dalam Surah Al Kahfi ayat :
( -O1) : 4 >) )_g;_E . E ] = l
O> ( g` >--gL>
Ertinya : ..dan mereka telah tinggal tidur Dalam gua mereka: tiga ratus
tahun
Mereka perlu makan, jika tidak makin mudarat jadinya nanti. Jika ada
seorang yang sakit seluruh langkah usaha mereka akan perlahan atau
lumpuh dengan gangguan itu. Tiba-tiba berkata salah seorang
mereka Bawa wang perak kamu ke bandar dan pilihlah makanan yang baik
dan halal. Pesan mereka lagi Bawalah pulang ke sini makanan dari kota,
tetapi ingat saudara perlu berhati-hati dalam semua segi dan perlakuan.
Tambah mereka lagi , Jika tidak, mereka akan merejam dan bunuh atau
mereka akan paksa kamu meninggalkan akidah ini
Kawan kawan ...
Allah menyatakan mereka kepada orang ramai supaya manusia mengetahui
bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar.
Mungkin bagi kita , tidur hanya perkara yang kecil. Tetapi ia adalah suatu
rahsia dari Allah yang amat besar.Allah membuatkan kita tertanya-tanya
agar kita tidak berhenti untuk mencari-cari rahsia dan kemukjizatanNya.
Agar jiwa kita hidup, tidak buntu dan sentiasa berfikir.
Sampai sini sahaja kisah saya pada kali ini . Sekian, wabillahi taufik wal hidaya
wassallamu alaikum warah matullahi wabarakatuh.

You might also like