You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM AGENSI KERAJAAN, AGENSI BUKAN KERAJAAN DAN KRS

SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH HULU LANGAT TAHUN 2013

TEKS UCAPAN PERASMIAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM AGENSI KERAJAAN, AGENSI BUKAN KERAJAAN DAN KRS SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH DAERAH HULU LANGAT

Terima kasih saudari pengacara majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia. Yang Berbahagia DATIN KAMARIAH BINTI MOHAMAD, Pengetua SMK DESA SERDANG merangkap pengerusi

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Agensi Kerajaan, Agensi Bukan Kerajaan dan KRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Hulu Langat bagi tahun 2013. Yang Berusaha, Tn Komandan Penjara Kajang, Yang Berusaha, PN KAMARIAH BT CHE NGAH, Penolong Kanan Kokurikulum selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana.

Beruniform Agensi Kerajaan, Agensi Bukan Kerajaan dan KRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Hulu Langat bagi tahun 2013. Sekian, Terima Kasih.

Yang Dihormati pengetua-pengetua dan barisan kepimpinan sekolah, Yang dihormati jawatankuasa pelaksana pertandingan, para hakim yang bijaksana, para jurulatih yang dedikasi, guru-guru yang sentiasa memberikan komiten tinggi dan para peserta pertandingan kawad kaki yang sentiasa bersemangat tinggi. Bersyukur saya ke hadhrat Ilahi kerana dengan limpah

kurniaNya dapat kita berkumpul pada hari ini bagi menyempurnakan hasrat murni untuk mencungkil bakat para pelajar di Daerah Hulu Langat ini dalam pertandingan kawad kaki. Pertandingan seumpama ini amat bermanfaat kepada para pelajar kerana acara ini menguji keupayaan fizikal dan mental peserta. Selain itu, semangat berpasukan yang kental dapat menjalin kekuatan ukhwah antara ahli pasukan malah mengukuhkan

semangat kekitaan sesama ahli kumpulan. Pertandingan seperti ini juga dapat menjadi agen pelengkap kepada pencapaian akademik pelajar dalam usaha melahirkan pelajar yang seimbang. Selain itu, hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan yang berkualiti juga dapat dilihat melalui keberhasilan melahirkan Sekolah

Berperstasi Tinggi. Semua sekolah sama ada sekolah berasrama penuh ataupun sekolah harian, sekolah bandar, sekolah luar bandar bahkan sekolah di pedalaman mempunyai hak yang sama untuk bersaing kerana penilaian ini tidak berasaskan akedemik semata-mata tetapi berasaskan Standard Kualiti Pendidikan

penglibatan murid-murid secara aktif dalam kokurikulum mampu mencetuskan daya fikir yang kritis dalam kalangan mereka. Selain itu, semangat perpaduan antara kaum juga dapat disuburkan. Muridmurid dididik dan diasuh untuk saling bekerjasama dan bertoleransi tanpa prejudis sejak di alam persekolahan lagi. Dengan ini semangat perpaduan, persefahaman dan keharmonian ini akan terus subur dan menjadi tunjang dalam menjalani kehidupan seharian. Hadirin yang dihormati, Sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua SMK DESA SERDANG dan jawatankuasa pelaksana yang sudi mengundang saya untuk bersama-sama merasai kemeriahan pertandingan ini. Tahniah dan syabas juga kepada pasukan-pasukan yang berjaya mengungguli pertandingan pada hari ini. Kepada pasukan yang kurang bernasib baik janganlah berputus asa tetapi teruskan usaha anda agar kejayaan dan kemenangan akan menjadi milik anda nanti. Dengan lafaz kalimah BISMILLAH saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Kawad Kaki Badan

Malaysia (SKPM) yang turut mengambil kira kejayaan dalam kokurikulum, kebitaraan dalam pasukan beruniform dan kemampuan mereka dalam pelbagai aktiviti. Hadirin yang saya hormati, Semua pihak perlu berganding bahu dan memberikan komitmen padu untuk memperkasa kegiatan kokurikulum di sekolahsekolah kerana ternyata aktiviti ini banyak manfaat dan impak positifnya. Kegiatan kokurikulum dapat membina sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai-nilai murni di samping menjadi medan untuk mencungkil bakat dan potensi murid-murid. Pertandingan kawad kaki yang diadakan pada hari ini umpama menyuntik semangat persaingan antara pasukan untuk memperlihatkan langkah, gerakan dan formasi yang terbaik malah

You might also like