You are on page 1of 15

OUMM3202

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2013 KOD KURSUS TAJUK KURSUS : OUMM3203 : PROFESSIONAL ETHICS

NAMA PELAJAR NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

MOHAMAD ASRI B A BAKAR 810110025001001 810110-02-5001 019- 4638452 asrimaznah@gmail.com

TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: : OUM KAMPUS UTARA

MOHAMAD ASRI B A BAKAR

OUMM3202

Pengenalan Pembentangan rang undang-undang suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 bacaan pertama di Dewan Rakyat bagi menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1997 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membuka mata semua pihak di negara ini bahawa rasuah bukanlah perkara remeh yang boleh kita pandang sebelah mata. Rasuah di negara in bukanlah satu isu baru, bahkan kanak-kanak seusia tujuh tahun pun tahu menggunakan perkataan rasuah. Dari segi makna, Kamus Dewan Edisi 3 mendefinisikan rasuah atau corruption dalam bahasa latin sebagai kata kerja melibatkan perbuatan menyogok, menyuap (wang, material atau perkhidmatan) untuk tujuan kepentingan individu atau bertujuan memperoleh kejayaan dengan mudah dan segera. Umpamanya seorang penguasa kerajaan tempatan yang menerima sogokan wang yang banyak dan sebagai imbalannya dia memberikan pula lesen perniagaan kepada pihak lain. Dengan kata lain rasuah merupakan satu tingkahlaku tidak beretika yang merupakan penyakit dalam masyarakat. Rasuah merupakan perilaku yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat korperat, para pegawai bahkan segelintir ahli politik yang secara tidak wajar atau menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkayakan keluarga dan sahabat handai sehingga menggugat kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Nama-nama besar seperti Tan Sri Eric Chia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk V. K Linggam adalah antara besar nama-nama yang pernah menggemparkan Negara dengan tuduhan rasuah ke atas mereka. Sejauh mana kebenarannya ? Adakah hanya satu fitnah ? Apa yang pasti, rasuah bukan perkara kecil tetapi api yang bisa membakar negara.

Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi : Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan Penyalahgunaan harta negara Merugikan negara Memperkaya diri sendiri dan kerabat. Pada masa ini, hampir semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti terdapat perilaku rasuah, sama ada secara sedar atau sebaliknya, berat atau ringan. Sama ada dalam bentuk penggunaan pengaruh atau sokongan untuk memberi dan menerima sehingga rasuah sudah dianggap satu
2 MOHAMAD ASRI B A BAKAR

OUMM3202

prosedur rasmi. .Amat dikhuatiri pada satu tahap kita akan tiba pada keadaan yang digelar kleptorasi atau secara tersiratnya pemerintahan oleh pencuri; iaitu berpura-pura jujur. Rasuah adalah musuh pembangunan. Rasuah dalam dunia politik pula boleh meruntuhkan demokrasi. Manakala rasuah dalam badan perundangan dan kehakiman akan mencabul ketinggian undang-undang dan rasuah dalam pentadbiran awam akan menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Jenayah rasuah ini akan meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan yang akhirnya memberi kesan kepada pengguna. Bukan itu sahaja, rasuah juga akan menyebabkan barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan tidak memenuhi spesifikasi atau mutu yang sepatutnya. Ini sekaligus menghapuskan persaingan terbuka dan sihat. Persaingan terbuka ini amat penting dalam sistem ekonomi bebas kerana ianya akan meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, sedangkan amalan rasuah tidak mengambil kira aspek kualiti asalkan barangannya dibeli atau pun projeknya diluluskan. Gejala rasuah juga menimbulkan rasa tidak senang hati pada sesetengah pihak kepada pihak lain kerana mereka percaya bahawamereka tidak mendapat layanan yang adil dalam sesuatu urusan yang telah dijalankan. Jelasnya dari segi ekonomi rasuah mempersulit kemajuan ekonomi . Misalnya, pelabur asing perlukan kos yang lebih untuk memulakan perniagaan di Malaysia. Hal ini kerana terdapat kos yang terlindung iaitu rasuah atau duit kopi yang perlu diberikan kepada individu berkepentingan untuk memulakan perniagaan. Oleh itu, ia telah mendatangkan fenomena negetif kepada para pelabur sehingga mereka tidak berminat untuk melabur di Malaysia. Pakar ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika berpendapat kelembapan ekonomi negara Asia dan Afrika adalah berpunca daripada amalan tidak beretika iaitu rasuah. Ke mana hendak kita bawa negara kita ini ? Menuju kejayaan atau kemusnahan. Isu ini perlu dianalisa . Justeru itu, esei ini akan membincangkan tentang peri pentingnya Pengajaran Dan Pembelajaran Etika dalam usaha menangani amalanamalan yang tidak sihat . Sebagaimana pandangan seorang saintis sosial yang mencadangkan pengajaran dan pembelajaran etika diajar dari bangku sekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi dan seterusnya apabila seseorang individu mula menyertai pasaran kerja.

MOHAMAD ASRI B A BAKAR

OUMM3202

2.0 Pengajaran dan Pembelajaran Etika 2.1 Definisi etika, Pengajaran dan Pembelajaran Beretika Etika dari segi didefinisikan sebagai prinsip-prinsip kelakuan seseorang individu yang dapat diterima secara moral melibatkan kepercayaan tentang betul atau salah sesuatu tingkah laku atau perbuatan. Bermakna etika merupakan amalan-amalan murni yang menjadi pegangan seseorang individu, kumpulan, persatuan, pekerjaan dan sebagainya yang diterima masyarakat dan berupaya membentuk akhlak dan sahsiah diri serta kumpulan atau organisasi dengan cemerlang. Amalan etika yang baik akan menjadi amalan kakitangan organisasi yang bekerja dengan jujur, amanah, menepati masa, cekap, berhemah dan produktif Etika yang baik memberi gambaran atau imej positif kepada organisasi, syarikat dan jabatan Etika ini juga mempunyai hubungan rapat dengan tingkah laku kakitangan organisasi tersebut. Etika yang bersih, menggambarkan kecekapan sesuatu organisasi dan begitu juga jika sebaliknya yang berlaku. Etika kerja sering kali dibincangkan dalam konteks nilai, kepercayaan, norma dan sifat peribadi seseorang kakitangan dalam menyempurnakan tanggungjawab mereka terhadap organisasi. Terdapat beberapa teori yang menjelaskan tentang etika. Teori etika telah mula diperkatakan sejak zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah memberikan tumpuan kepada kebaikan moral. Socrates (469 399 B.C) dan anak muridnya Plato (428-348 B.C) umpamanya menggunakan pendekatan yang mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya berfikir tentang kebaikan (virture) dan kesihatan roh (health of soul). Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan meyakinkan orang agar berakhlak mulia (virtuous). Socrates berpandangan adalah mustahil seseorang dapat merasai kebahagiaan tanpa memiliki etika atau moral yang baik. Manakala tindakan tidak beretika akan memberi kesan mengganggu orang lain. Malah beliau juga menganggap individu yang tidak beretika sebagai tidak mempunyai psikologi yang sihat. Manakala Plato berpandangan kebaikan sejati hanya dapat dicapai melalui pembelajaran falsafah dan peringkat pengetahuan yang tinggi. Oleh itu mengikut Plato kebaikan moral adalah berada di bahagian dalaman intelektual. Walaupun pandangan Socrates dan Plato disanggah oleh Aristotle (384 322 B.C) yang melihat kebaikan moral mempunyai hubungan yang sedikit dengan intelektual . Aristotle melihat etika bergantung kepada sifat bukan perbuatan dan sifat itu dibentuk oleh setiap tindakan yang dipamerkan oleh individu. Walaupun terdapat perbezaan pandangan terhadap etika, namun sesiapa pun tidak dapat menolak peranannya dan pengaruhnya dalam menentukan tingkah laku dan tindakan seseorang individu. Sebagai contoh, dalam
4 MOHAMAD ASRI B A BAKAR

OUMM3202

keadaan ketiadaan wang untuk membeli makanan seseorang telah terlihat seorang buta yang sedang mengambil wangnya yang terjatuh. Jika jiwa individu itu tidak memiliki iman dan etika yang kuat sudah pasti dia mengambil wang tersebut kerana si buta tidak mengetahuinya dan mendahulukan keperluan peribadinya. Sebaliknya dia tidak berbuat demikian malah membantu si buta mendapatkan wang yang terjatuh dan berasa puas kerana dapat membantu. Oleh yang demikian, sesuatu etika yang berasaskan kepada kebaikan adalah bergantung kepada penilaian daripada beberapa tret sifat yang terpilih dan seharusnya tidak terkeliru dengan prinsip atau kenyataan tentang apa yang sepatutnya dilakukan. Dengan kata lain, kebaikan adalah berhubung dengan kualiti dalaman yang dimiliki oleh seseorang dan dilihat menerusi aktiviti dan tindakan dalam kehidupan hariannya. Masalah-masalah etika dalam pengurusan sama ada dalam sektor awam atau sektor swasta adalah kompleks disebabkan oleh kesan yang berpanjangan, pilihan penyelesaian yang berganda, hasil yang bercampurcampur, kejadian tidak menentu serta implikasi-implikasi peribadi. Jelasnya, masalah etika terdapat di semua peringkat apabila adanya individu yang mengambil tindakan bersifat mengutamakan kepentingan diri sehingga memberi kesan negatif kepada orang lain. Sebagai contoh, rasuah umpamanya telah mula meyusup ke peringkat pentadbiran negara. Berita Harian pada 15 September 2007, menyiarkan laporan statistik oleh Bahagian Siasatan Jenayah dan Nakotik Bukit Amam melaporkan 167 penjawat awam terlibat dengan kesalahan mengedar dan memiliki dadah. Turut dilaporkan 39 daripada 167 penjawat awam terbabit adalah kakitangan Kementerian Pelajaran. Manakala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada tahun 2007 dalam statistik beliau melaporkan pada tahun 2007 seramai 217 kes rasuah adalah di kalangan anggota polis. Inilah yang dikatakan Harapkan sokong, sokong membawa rebah .Implikasi yang berterusan tanpa sebarang analisa akan meruntuhkan sistem pentadbiran dan kepercayaan rakyat kepada pentadbir dan sistem yang ada. Berpegang kepada prinsip mencegah lebih baik daripada merawat , maka amat tepat jika memilih saluran pendidikan sebagai ajen merubah etika masyarakat yang kian hancur pada hari ini. Menteri Pelajaran Malaysia, dalam Perutusan Sempena Sambutan Hari Guru 2005 mengatakan ..guru merupakan golongan di barisan paling hadapan dan merupakan pemangkin untuk memastikan sesuatu hasrat itu menjadi kenyataan . Justeru memilih proses pemulihan menerusi bidang pendidikan adalah satu langkah bijak mengekang kemerosotan etika generasi hari ini dan pada masa hadapan. Oleh itu, Pengajaran dan Pembelajaran etika penting diberi bermula dari peringkat awal lagi .
5 MOHAMAD ASRI B A BAKAR

OUMM3202

2.2 Kepentingan Pengajaran Dan Pembelajaran Etika Di Peringkat Pendidikan Rendah, Menengah Dan Tinggi. Satu kajian yang diperolehi oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM), 31peratus para pelajar sanggup menerima rasuah sekiranya mereka mempunyai kuasa dan peluang untuk melakukannya. Menurut Presiden Institut IntergritiMalaysia (IIM) Datuk Sulaiman Mahbob, laporan ini diperoleh berdasarkansatu kajian persepsi awam terhadap amalan rasuah. Jika kita halusi, persepsiini menggambarkan kecerdikan intelek sahaja tidak dapat mengekang amalan rasuah. Oleh itu, amat jelas akan kepentingan pengajaran dan pembelajaran etika dalam pendidikan sabagai salah satu usaha terbaik membendungpermasalahan ini. 2.2.1 Di peringkat persekolahan: 2.2.2.1 Asas kukuh terhadap etika dan moral di awal usia Pengajaran dan latihan etika seharusnya didedahkah sejak dari rumah hingga ke bangku sekolah sesuai pendangan Slavin (1997) bahawa perkembangan manusia adalah sepanjang hayat dan bermula dari peringkat awal kanakkanak. Oleh itu, pendidikan etika di negara ini harus dimulakan dari peringkat prasekolah sebagai landasan kukuh terhadapat kehidupan beretika. Mengapa pendidikan etika perlu bermula dari peringkat kanak-kanak? Kanak-kanak ibarat kain putih, ibu bapa berperanan untuk mencorakkannya. Menerusi penerapan nilai-nilai agama dan teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa sendiri dan guru-guru di sekolah akan secara langsung menerapkan nilai moral dan etika kepada anak-anak. Hasilnya, akan lahir golongan pelajar yang berbudi pekerti mulia. Anak-anak ini akan terdidik agar menjauhi segala perbuatan yang negatif dan mengamalkan amalan yang positif. Kurangnya pendidikan agama dan moral akan menjerumuskan mereka kepada tingkah laku tidak beretika. Malah hal ini dapat dikukuhkan melalui pendapat seorang ahli akedemik negara iaitu, Prof. Hussien Al-Attas yang mengatakanKelemahan agama menjadi punca utama pelbagai tingkah laku yang menyalahi etika seperti gejala rasuah" . Dalam sistem pendidikan pada hari ini, nilai etika diserapkan secara pengabung jalinan melalui penerapan nilai yang disampaikan secara langsung atau tidak langsung di dalam bilik darjah oleh golongan pendidik. Proses penerapan yang berterusan diharap dapat mengukuhkan nilai kepada pelajar dalam menentukan betul atau salah dalam membuat sesuatu tindakan. Melalui pendidikan Agama, Moral serta Sivik dan Kewarganegaraan di peringkat sekolah rendah dan menengah, para pelajar di dedahkan tentang nilai dan etika yang patut mereka amalkan mengikut perspektif agama dan Moral, tentang dosa, pahala, halal dan
6 MOHAMAD ASRI B A BAKAR

OUMM3202

haram sebagi usaha menanam asas diri yang kukuh dalam melawan arus pembangunan di mana nilai-nilai moral dan etika semakin terpinggir. Namun, segala usaha seolah-olah mencurah air ke daun keladi. Gejala tidak beretika seperti ponteng sekolah, merokok, peras ugut malahan rogol masih berlaku. Adakah ini berlaku kerana kita tidak serius dalam mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika? Subjek Sivik dan Kewarganegaraan sebenarnya merupakan satu medium yang paling tepat dalam menerapkan nilai dan etika. Namun, subjek ini dianggap remeh dan tidak penting oleh ibu bapa, pelajar mahupun guru. Hal ini berlaku ekoran sistem pendidikan muktahir yang berorentasikan peperiksaan. Pelajar malah guru dan pentadbir sekolah hanya mementingkan subjek yang dinilai di dalam peperiksaan peringkat perdana. Hasilnya hasrat kerajaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ke arah membangunkan modal insan yang cemerlang akan terpinggir. Adakah sistem pendidikan hari ini terlalu menjurus kepada peperiksaan sehingga mengabaikan unsur nilai dan etika? Perkara ini sebenarnya perlukan analisa yang analitik oleh semua pihak yang berkenaan. Kelemahan agama menjadi punca utama pelbagai tingkah laku yang menyalahi etika seperti gejala rasuah" . Dalam sistem pendidikan pada hari ini, nilai etika diserapkan secara pengabungjalinan melalui penerapan nilai yang disampaikan secara langsung atau tidak langsung di dalam bilik darjah oleh golongan pendidik. Proses penerapan yang berterusan diharap dapat mengukuhkan nilai kepada pelajar dalam menentukan betul atau salah dalam membuat sesuatu tindakan. Melalui pendidikan Agama, Moral serta Sivik dan Kewarganegaraan di peringkat sekolah rendah dan menengah, para pelajar di dedahkan tentang nilai dan etika yang patut mereka amalkan mengikut perspektif agama dan Moral, tentang dosa, pahala, halal dan haram sebagi usaha menanam asas diri yang kukuh dalam melawan arus pembangunan di mana nilai-nilai moral dan etika semakin terpinggir. Namun, segala usaha seolah-olah mencurah air ke daun keladi. Gejala tidak beretika seperti ponteng sekolah, merokok, peras ugut malahan rogol masih berlaku. Adakah ini berlaku kerana kita tidak serius dalam mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika? Subjek Sivik dan Kewarganegaraan sebenarnya merupakan satu medium yang paling tepat dalam menerapkan nilai dan etika. Namun, subjek ini dianggap remeh dan tidak penting oleh ibu bapa, pelajar mahupun guru. Hal ini berlaku ekoran sistem pendidikan muktahir yang berorentasikan peperiksaan. Pelajar malah guru dan pentadbir sekolah hanya mementingkan subjek yang dinilai di dalam peperiksaan peringkat perdana. Hasilnya hasrat kerajaan melalui Pelan Induk
7 MOHAMAD ASRI B A BAKAR

OUMM3202

Pembangunan Pendidikan (PIPP) ke arah membangunkan modal insan yang cemerlang akan terpinggir. Adakah sistem pendidikan hari ini terlalu menjurus kepada peperiksaan sehingga mengabaikan unsur nilai dan etika? Perkara ini sebenarnya perlukan analisa yang analitik oleh semua pihak yang berkenaan. Menyedari kepentingan ini, salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu UiTM telah menjadikan subjek Profesional Ehtics sebagai subjek wajib di peringkat diploma. Usaha ini perlu dipuji dan seharusnya dicontohi oleh semua IPTA dan IPTS.

2.2.3.2 Persediaan ke alam pekerjaan Pada peringkat universiti juga pengajaran dan pembelajaran etika penting sebagai satu persediaan menyediakan pelajar dengan situasi sebenar pekerjaan dan seterusnya penerapan nilai-nilai beretika. Melalui ilmu etika yang dipelajari dan difahami, para penuntut akan didedahkan dengan sebarang bentuk konflik dunia pekerjaan yang akhirnya menuntut kejujuran dalam melaksanakan tanggungjawab. Kepentingan ini juga diperkukuhkandengan kajian Institut Integriti Malaysia oleh Datuk Dr. Sulaiman Mahbob bahawa 31 peratus pelajar IPTA sanggup menerima rasuah sekiranya mereka mempunyai kuasa dan peluang. Hal ini bermakna pendidikan rendah dan menengah masih belum sepenuhnya dapat menghasilakan insan yang beretika. Oleh sebab itu, usaha seperti ini patut diteruskan dan diberi keutamaan jika kita ingin melihat negara maju dan seterusnya melahirkan modal insane yang cemerlang.

2.2.4 Peringkat pasaran kerja: 2.2.4.1 Melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan cemerlang Pembelajaran dan latihan etika dapat memandu individu mengikut garis panduan yang dikehendaki oleh agama dan kehendak sosial yang menuntut mereka bertingkah laku sesuai dengan tahap akademik mereka. Individu yang beretika dalam bidang pekerjaan akan menolak segala bentuk amalan yang menyalahi etika seperti amalan rasuah. Tidak dapat dinafikan dalam scenario negara yang pesat membangun, amalan seperti rasuah amat mudah menggoda. Ramai yang gagal dalam usaha menolak godaan rasuah. Apatah lagi amalan rasuah dianggap jalan pintas dalam mengecap kemewahan. Hanya segolongan kecil yang dapat menepis dugaan ini. Bayangkan jika golongan kecil ini juga gagal menepis amalan tidak beretika ini? Pekara yang pasti sudah tentulah organisasi semakin goyah dan produktiviti yang tidak menepati piawai dan

MOHAMAD ASRI B A BAKAR

OUMM3202

standart kualiti . Rentetan hal ini, jelas dilihat betapa pentingnya pengajaran dan pembelajaran etika dalam bidang pendidikan.

2.2.5 Peringkat Nasional : 2.2.5.1 Merealisasikan dasar kerajaan (wawasan 2020) Dalam usaha mewujudkan sebuah negara maju menjelang tahun 2020, bekas Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah memperkenalkan Wawasan 2020 yang merangkumi 9 cabaran utama ke arah bergelar negara maju. Salah satu cabaran yang perlu diatasi oleh rakyat Malaysia berdasarkan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dangan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Maka jelaslah keperluan pembelajaran dan pembelajaran etika disemua peringkat pendidikan sama ada di peringkat rendah, menengah dan universiti amat perlu . Jika dilihat daripada keperluan etika di dalam sesuatu profesion dan juga kehidupan sosial. Maka dapatlah dirumuskan pengajaran dan pembelajaran etika perlu bermula dari awal dan seterusnya diperkukuh lagi sebelum individu tersebut keluar bekerja dan menghadapi realiti kehidupan yang sebenarnya. Ini bersesuaian dengan pendapat Lieberman dlam Sufean (1993) bahawa kesediaan dan latihan khusus amat perlu di dalam menyediakan individu yang berjaya, yakin diri dan mempunyai kebolehan dalam melaksanakan tugas.

2.3 Melahirkan individu beretika sebelum menceburi bidang kerjaya 2.3 1 Pegangan Agama Yang Kukuh Pegangan agama adalah benteng bagi segala perbuatan yang keji dan mungkar . Kekuatan iman akan dapat mengekang individu daripada perbuatan tidak beretika serta menjadi panduan dalam menentukan sesuatu perbuatan dan tingkah laku. Penghayataan terhadap agama mewujudkan budaya mencintai kebenaran dan kesaksamaan. Dalam Islam, kefahaman dan keyakinan adalah dua perkara yang berlainan tetapi saling memerlukan. Sebagai contohnya, kita memahami bahawa ibadat solat adalah wajib, namum kita seolah tidak yakin aka balasan tuhan ke atas kita, maka seolah kita pincang dalam salah satu dualisme kefahaman dan keyakinan . Ada juga orang yang faham bahawa rasuah adalah berdosa, boleh dikenakan azab akibat perbuatannya. Namun demikian, mereka berani menerima dan member rasuah kerana tidak sampai lagi tahap
9 MOHAMAD ASRI B A BAKAR

OUMM3202

keyakinan mereka akan balasan yang bakal diterima sekirannya mereka tetap merasuah dam bakal mendapat ganjaran dan pujian sekiranya bertahan untuk tidak menerima rasuah. Kefahaman dalam agama perlu disertai dengan keyakinan yang mendalam. Jelaslah dengan pegangan agama yang kuat segala perbuatan tidak beretika dapat dielakkan apabila mereka mula menceburi bidang pekerjaan.

2.3.2 Ketinggian Peribadi Keberanian dan ketegasan mengatakan tidak kepada sesuatu yang salah di sisi agama dan masyarakat merupakan elemen penting dalam disiplin diri malah hal ini juga dapat menjadi perisai diri sebelum menceburi bidang pekerjaan. Seseorang individu tidak perlu berasa takut terhadap pandangan masyarakat seandainya yakin tindakan yang dipilih dan keputusan yang dibuat adalah betul berlandaskan etika dan norma masyarakat

2.3.3 Memilih Kerjaya Yang Diminati / Keseronokan Bekerja Seseorang individu perlu memilih bidang yang disukai. Demikian juga halnya di dalam bidang pekerjaan. Perasaan cinta dan menghargai kerjaya yang dipilih dapat mengelakkan diri dari melakukan pelanggaran etika seperti rasuah , ponteng kerja, pecah amanah dan sebagainya kerana sedar implikasi yang akan diterima jika didapati melakukan kesalahan etika.

3.0 Etika dan rasuah Malaysia kini menitik beratkan penghasilan modal insan yang berkualiti, berdaya-saing dan juga memiliki etika dan berintergriti tinggi. Namun begitu, masih terdapat kes-kes rasuah dan pecah amanah yang berlaku. Menurut laporan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) terdapat sebanyak 580 tangkapan kes rasuah sepanjang bulan Januari sehingga November 2008. Hal Ini menunjukkan kes rasuah masih besar dan adakah ini juga menunjukkan rakyat Malaysia masih belum memiliki etika dan nilai intergriti yang tinggi. Jika di lihat pada statistik negara maju jelas menunjukkan jumlahnya lebih kecil jika di bandingkan dengan negara membangun. Contohnya laporan daripada Ireland Bisness News, Malaysia berada berada ditangga ke- 43 manakala Singapura berada pada tangga ke- 4. Senario ini jelas menunjukkan pendidikan etika adalah seiring dengan pendidikan pencegahan rasuah. Hal ini kerana jika individu tersebut terlah tersedia untuk menghadapi cabaran semasa bekerja, atau mempunyai keyakinan dan juga nilai-nilai norma
10 MOHAMAD ASRI B A BAKAR

OUMM3202

kehidupan serta kemasyarakatan sebarang rintangan dan godaan yang mendatang tidak akan member sebarang implikasi kepada individu tersebut. Sebagai contohnya, seseorang yang telah di terapkan dengan nilai agama yang baik akan mempunyai nilai dan etika yang baik di dalam kehidupannya. Oleh itu, jika ia melaksanakan tugasannya maka tidaklah berlaku urusan rasuah. Selain itu juga boleh dikatakan semua ajaran agama menolak rasuah. Secara keseluruhannya, rasuah dan Pengajaran Pembelajaran Beretika tidak dapat dipisahkan kerana jika pendidikan etika dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamat diharapkan kegiatan rasuah akan berkurangan.

3.1 Strategi Menangani Rasuah Peranan pencegahan rasuah tidak terletak pada tanggungjawab kepada kerajaan sahaja, tetapi juga melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) masyarakat dan juga individu itu sendiri.Kerajaan telah menjalankan beberapa kaedah antaranya ialah melalui Pelan Intergriti Nasional (PIN). Pelaksanaan lapan strategi PIN yang merangkumi institusi keluarga, komuniti, masyarakat sivil, sosiobudaya, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran akan dipergiat. Dalam fasa pertamapelaksanaan PIN, penekanan akan diberikan kepada lima bidang keutamaan, iaitu mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa; menambah baik kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam; menambah baik tadbir urus korporat dan etika perniagaan; memantapkan institusi keluarga dan komuniti; serta menambah baik kesejahteraan masyarakat. Seterusnya, melalui penubuhan satu badan suruhan jaya iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Penubuhan SPRM kerana tugas tugas membanteras rasuah tidak mudah dan sarat dengan prasangka serta persepsi biarpun BPR telah berusaha ke titik terakhir untuk memerangi gejala rasuah. Paling penting SPRM bukan sekadar mengulangi perkaraperkara yang melingkari BPR sebelum ini, kerana untuk menjadi lebih berkesan semestinya perlu ada kelainan yang ditonjolkan supaya SPRM benar-benar membawa pembaharuan untuk membasmi rasuah. Atas dasar tersebut lah maka SPRM ditubuhkan bagi membentras gejala rasuah sehingga keperingkat akar umbi lagi. Selain itu juga dicadangkan agar kakitangan kerajaan atau pekerja sesuatu agensi perlulah di gerakan setiap lima tahun sekali bertujuanmengelakkan kaki tangan tersebut bertindak sebagai dominan dan seterus mengakibatkan rasuah senang berlaku. Sebgai contohnya anggota polis hendaklah berkhidmat di
11 MOHAMAD ASRI B A BAKAR

OUMM3202

setiap balai atau daerah hanya dalam masa 5 tahun sahaja dan akan bertugas di tempat lain. Terdapat juga beberapa cadangan untuk pencegahan rasuah melalui memberikan gaji yang lebih tinggi kepada kakitangan yang berisiko untuk melalakukan rasuah dan juga memperketatkan undang-undang serta mengiatkan lagi penguat-kuasaan terhadap rasuah. Badan bukan kerajaan (NGO) pula bolehlah melaksanakan kempen kesedaran dikalangan masyarakat terhadap rasuah melalui kaedah promosi , kempen kesedaran dan lain-lain lagi. Selain itu , masyarakat dan individu itu sendiri perlu sedar supaya tidak melakukan atau memberi peluang terhadap rasuah. Ini kerana rasuah hanya akan berlaku jika melibatkan kedua-dua pihak.

4.0 Konklusi

Dapat dirumuskan bahawa pengajaran dan latihan etika tidak cukup jika hanya berlaku di dalam
bilik darjah sebalinya perlu di terapkan secara bijaksana selaras dengan perkembangan globalisasi melalui pendekatan yang kreatif dan menarik . Usaha sama antara Kementerian Pelajaran dan badan-badan penguatkuasaan dan undang-undang perlu diterusan secara terangcang. Pada peringkat kementerian pembelajaran dan latihan etika perlu dirancang dan disampaikan secara menarik dan berkesan atau wujudnya keperluan menjadikan etika sebagai satu mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah. Pendidikan dan latihan dalam etika sememangnya diperlukan dalam menangani segala bentuk pelanggaran etika seperti amalan rasuah. Malah, ilmu pendidikan ini juga perlu dilaksanakan seawal mungkin kerana lebih awal nilai-nilai itu diterapkan lebih hasil yang akan diterima . ini diperlukan kerana rasuah ini memberikan pelbagai kesan negatif, malahan mampu meruntuhkan negara dan juga sesebuah organisasi. Diharapkan apabila modal insan yang dihasilkan beretika maka hasrat negara dalam membangunkan negara ke arah negara maju akan terlaksana. Jika dilihat kejayaan Nabi Muhammad menyampai ajaran-Nya adalah disebabkan baginda seorang yang beretika tinggi dan meletakkan dirinya jauh dari rasuah. Ketika Rasulullah S.A.W ditawarkan dengan pelbagai kesenangan hidup, harta dan takhta oleh kaum Quraish mereka telah menetapkan beberapa syarat iaitu Rasulullah S.A.W mestilah meninggalkan perjuangan untuk mendaulatkan idealisme Islam, meninggalkan jihad, meninggalkan dakwah dan meninggalkan wawasan baginda Rasulullah untuk membina masyarakat rabbani. Walau bagaimanapun, Rasulullah S.A.W tidak tunduk dengan tawaran rasuah itu dan tidak berganjak seinci pun dengan komitmen Baginda meskipun
12 MOHAMAD ASRI B A BAKAR

OUMM3202

merekameminta bapa saudara Rasulullah, Abu Talib untuk memujuk namun Rasulullah tetap masih dengan pendiriannya dan bersabda:"Sekiranya bulan diletakkan di tangan kananku dan
matahari di tangan kiriku nescayaaku tidak akan sekali-kali meninggalkan tugas menyebarkan Islam ini."Berdasar cerita ini, seorang yang beretika tidak akan mengamalkan perbuatan yang

menyalahi etika seperti perbuatan menerima atau member irasuah dan seterusnya akan mendapat segala yang dikehendakinya dan jugayang dihasratkan. Sesungguhnya, sebaik-baik pekerjaan ialah ikhlas dalam mencari keredaan-Nya, diperoleh dari hasil usaha sendiri dan tidak mengkhianati orang lain.

13

MOHAMAD ASRI B A BAKAR

OUMM3202

Rujukan: 1. Leonard J. B (2006). Business & Professional Ethics for Directors, Executives & Accountants, (4th Edition) ,Toronto,: Thomson Higher Education. 2. Dr. Muhammad Diah Jurini (2008). OUM320 Professional Ethics, (cetakan kelapan) Seri Kembangan Selangor: Open University Malaysia (OUM). 3. Mok Soon Sang (2005),Siri Pendidikan PTK (Teras Dan Profesional),Kuala Lumpur: Multimedia ES Resources Sdn Bhd. 4. Abdul Rahim M. (2001) Ilmu Pendidikan Untuk KPLI,. Sungai Besi, Selangor: Sanon Printing Corporation Sdn Bhd. 5. Dewan Bahasa Dan Pustaka. (1992) Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran (cetakan kedua). Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn Bhd.. 6. Mok Soon Sang (2005), Siri Pendidikan PTK (Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran), Kuala Lumpur: Multimedia ES Resources Sdn Bhd. 7. Pelan Induk Pembangunan Persekutuan 2006 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia. 8. Perutusan Khas Hari Guru 2007 YB. Dato Sri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Pelajaran Malaysia.

14

MOHAMAD ASRI B A BAKAR

OUMM3202

Sumber dari internet: 1. Akhbar Sinar Harian (2008) http://www.Sinar 2. Akhbar Utusan Malaysia (2008) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1211&pub=Utu 3. Sarenne Benchimol Sutton (2007). Principle of Ethics http://www.asha.org/about/ethics/2007seea2.htm

4. MyLMS Open University Malaysia http://lms.oum.edu.my/modules/groupforum/showmesg.php?new=1

15

MOHAMAD ASRI B A BAKAR

You might also like