You are on page 1of 82

SISTEM RANGKA

PENGENALAN
Kebolehan bergerak merupakan suatu ciri istimewa yang terdapat pada organisma khususnya manusia dan haiwan. Manusia perlu bergerak untuk mencari makanan, pasangan, tempat perlindungan serta melarikan diri daripada musuh. Manusia yang bergerak perlu mengatasi masalah daya tarikan graviti(berat), rintangan dan geseran. Sistem rangka adalah penting untuk memberi sokongan serta membolehkan manusia bergerak.

Manusia mempunyai rangka dalam yang dibentuk oleh tulang-tulang yang mempunyai pelbagai saiz dan bentuk.

Tulang merupakan organ yang terbina daripada beberapa jenis tisu termasuk tisu tulang, tisu rawan dan tisu penghubung yang lain. Selain memberikan bentuk kepada badan, tulang juga mempunyai pelbagai fungsi yang penting. Antaranya:

KOMPONEN SISTEM RANGKA


Tulang Ligamen Kartilej (Rawan) Tendon Sendi

LIGAMEN
Merupakan tisu bergentian yang berwarna putih atau

kuning pucat
Tisu ini adalah liat dan kuat Ligamen menghubungkan tulang-tulang yang bersendi Ia merupakan tisu yang menghubung satu tulang dengan tulang yang lain

Ia memberi sokongan dan kekuatan kepada sendi.

Ligamen:
Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang.

Kartilej
Tisu yang keras dan lebih fleksibel daripada tulang. Ia menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi.

Tulang
Tulang mempunyai lapisan luaran yang kuat,keras dan tebal Bahagian tengah berongga yang mengandungi sum-sum Terdiri daripada 206 ketul tulang

PANDANGAN HADAPAN

PANDANGAN BELAKANG

atlas

Serviks

toraks

lumbar sakrum

Pelvis

Femur

Fibula

Kaki

Tangan

humerus

Lutut

Skapula

Ulna

Radius

FUNGSI PENTING TULANG


a) Sokongan: tulang membentuk rangka keras yang menyokong badan dan membendung organ lembut seperti peparu. b) Perlindungan: tengkorak melindungi otak, tulang vertebra melindungi saraf tunjang dan sangkar toraks pula melindungi organ penting dalam toraks.

c) Pergerakan: otot rangka dilekatkan kepada tulang oleh tendon dan tulang digunakan sebagai tuas dalam menghasilkan pergerakan bahagian badan.

d)

Menyimpan bahan mineral: tulang berfungsi sebagai takungan yang menyimpan bahan mineral terutamanya kalsium dan fosfat. Bahan mineral simpanan ini boleh dibebaskan semula ke dalam aliran darah dan diagihkan ke bahagian badan yang memerlukannya. Membentuk sel darah: kebanyakan sel darah dibentuk di dalam sumsum tulang tertentu, iaitu di bahagian berspan pada hujung tulang panjang dan di bahagian tengah tulang pipih.

e)

SISTEM RANGKA MANUSIA


Sistem rangka manusia boleh dibahagikan kepada rangka paksi dan rangka apendaj. Rangka paksi terdapat di bahagian tengah badan yang terdiri daripada: a) b) c) d) Tengkorak Turus vertebra Sternum Tulang rusuk

Rangka apendaj terdiri daripada: a) Lengkungan pektoral: klavikel dan skapula b) Tulang lengan: humerus, ulna dan radius

c) Tulang tangan: karpus, metakarpus dan falanks


d) Lengkungan pelvis: ilium, iskium dan pubis e) Tulang kaki: femur, tibia, fibula, patela, tarsus, metatarsus dan falanks

RANGKA PAKSI
Kranium

Tengkorak

Tulang Muka

Terdiri daripada tulang kranium dan tulang muka. a) Tulang kranium yang sangat keras melindungi otak dan mengekalkan bentuk kepala. b) Terdapat 8 keping tulang kranium yang bercantum secara kukuh melalui sendi tak bergerak.(sutur) c) Tulang muka terdiri daripada 14 keping tulang termasuk rahang atas dan rahang bawah. d) Tulang rahang bawah merupakan satu-satunya tulang pada tengkorak yang boleh bergerak. e) Tulang muka mempunyai lesung atau soket untuk menempatkan mata, hidung, telinga dan gigi.

Turus tulang Belakang / vertebra


(7)

(12)

(5)

(5) (4)

Terdiri daripada 33 ruas tulang kecil atau vertebra.


JENIS VERTEBRA (5 jenis) Vertebra serviks Vertebra toraks Vertebra lumbar Sakrum Koksik BILANGAN VERTEBRA 7 12 5 5 4

Setiap jenis vertebra dibezakan dari segi struktur dan kedudukan pada turus vertebra.

Bahagian Vertebra
Salur saraf

Ciri Binaan dan Fungsi


-Satu rongga di bahagian tengah vertebra -Berterusan dalam ruas-ruas vertebra yang lain -Menempatkan saraf tunjang -Lengkuk yang mengelilingi salur saraf -Melindungi saraf tunjang -Satu cuaran yang memanjang ke belakang -Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot -Sepasang struktur yang terjulur ke sisi -Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot -Struktur pejal dan tegar -Memberi sokongan dan menaham mampatan -Permukaan untuk persendian dengan tulang yang lain

Lengkuk saraf

Cuaran spina

Cuaran melintang

Sentrum

Muka sendi

Struktur am bagi semua vertebra

Vertebra serviks mudah dibezakan kerana mempunyai sepasang lubang yang merupakan laluan salur darah pada bahagian sisinya. 3 jenis vertebra serviks: (a) 1 vertebra atlas vertebra serviks yang pertama, kedudukannya di bawah tengkorak (b) 1 vertebra aksis vertebra serviks yang kedua, di bawah vertebra atlas (c) 5 vertebra serviks yang lain

Vertebra atlas

Ciri-ciri vertebra atlas:


(a) Mempunyai salur saraf yang besar, cuaran spina yang amat kecil dan tiada sentrum (b) Pada anteriornya, terdapat satu lekuk yang bersendi dengan sepasang bonggol di dasar kranium. Sendi ini menyokong tengkorak dan membenarkan kita mengangguk. (c) Pada posteriornya, terdapat 2 poszigaposis (muka sendi) untuk bersendi dengan vertebra aksis.

Vertebra Aksis

Ciri-ciri vertebra aksis:


(a) Mempunyai sentrum dan cuaran melintang yang kecil tetapi cuaran spina yang besar (b) Terdapat 1 cuaran yang disebut cuaran odontoid pada hujung anterior tulang ini. Cuaran ini menjulur ke dalam salur saraf vertebra atlas dan membenarkan kita memusing kepala.

(c) Vertebra ini bersendi dengan vertebra serviks ketiga pada muka sendi(poszigapofisis).

5 vertebra serviks yang lain mempunyai sentrum yang pipih, cuaran spina yang pendek dan cuaran melintang yang lebar. Tulang ini membentuk leher kita.

Vertebra toraks
Terdapat di kawasan toraks badan Mempunyai struktur yang sama, iaitu: (a) Sentrum yang tebal dan besar

(b) Cuaran spina panjang dan meruncing ke bawah menyediakan permukaan bagi pelekatan otot yang menyokong kepala dan leher (c) Terdapat muka sendi pada cuaran melintang untuk bersendi dengan tulang rusuk. Muka sendi ini tidak wujud pada vertebra toraks ke-11 dan ke12.

Vertebra toraks

Vertebra lumbar
Vertebra yang paling besar dan terdapat di kawasan pinggang. Ciri-ciri vertebra lumbar adalah: (a) Cuaran spina yang pendek serta cuaran melintang yang lebar dan pipih. Cuaran spina dan cuaran melintangnya merupakan tempat pelekatan otot belakang. (b) Sentrum yang besar dan tebal (c) Muka sendi di bahagian anterior dan posterior untuk bersendi dengan vertebra yang lain.

Vertebra lumbar

Sakrum
5 vertebra yang bertaup untuk membentuk satu tulang tunggal yang berbentuk segitiga Kelima-lima tulang ini mempunyai: (a) Cuaran spina yang pendek dan bersambung (b) 4 pasang bukaan untuk membolehkan salur darah dan saraf melaluinya (c) Muka sendi pada sisinya untuk bersendi dengan ilium lengkungan pelvis.

Sakrum dan Koksik

Koksik terdiri daripada 4 tulang yang bertaup untuk membentuk struktur segi tiga dan meruncing pada satu hujung. Vertebra ini terletak di bahagian posterior sakrum dan melekat padanya. Saiz vertebra koksik adalah kecil dan tidak mempunyai fungsi tertentu.

Tulang rusuk dan Sternum


Sangkar toraks terdiri daripada 12 pasang tulang rusuk yang bersendi dengan vertebra toraks di bahagian belakang dan sternum di bahagian hadapan. Bukan semua tulang rusuk bersendi dengan sternum.

(a) Pasangan pertama hingga ke-7 merupakan tulang rusuk sebenar yang bersambung dengan sternum, manakala pasangan yang lain dikenali sebagai tulang rusuk palsu.
(b) Pasangan ke-8 hingga ke-10 tidak bersambung terus dengan sternum tetapi bercantum dengan tulang rusuk ke-7. (c) Pasangan tulang rusuk ke-11 dan ke-12 tidak bertaup dengan sternum atau pasangan tulang rusuk yang lain dan wujud secara terapung. Sternum berbentuk ceper dan terdiri daripada 3 keping tulang, manubrium, badan, dan unjuran xifoid yang bercantum bersama.

RANGKA APENDAJ
Lengkungan pektoral

Menghubungkan tulang lengan kepada rangka paksi

Terdiri daripada 2 tulang: (a) Klavikel di bahagian hadapan (b) Skapula di bahagian belakang

Tulang klavikel merupakan sabatang tulang berbentuk rod yang terletak secara mengufuk di bawah leher. Klavikel bersendi dengan bahagian manubrium sternum pada satu hujung manakala hujung yang satu lagi bersendi dengan skapula.
Skapula merupakan satu tulang yang leper dan berbentuk segi tiga. Skapula mempunyai permukaan dan cuaran untuk pelekatan otot-otot serta lesung glenoid untuk membentuk sendi lesung dengan kepala humerus di tulang lengan.

Tulang lengan dan tangan


(a) (b) (c) (d) (e) Terdiri daripada: Humerus Radius-ulna Karpus Metakarpus Falanks

Humerus: Satu tulang panjang pada bahagian lengan atas. Kepala humerus bersendi dengan skapula serta mempunyai bonggol untuk pelekatan otot dan ligamen. Hujung posterior humerus membentuk sendi engsel dengan tulang radius-ulna.
Radius-ulna: Tulang lengan bawah, terdiri daripad 2 batang tulang, iaitu radius dan ulna yang terletak hampir selari dan berpaut pada kedua-dua hujungnya. Ulna adalah lebih panjang sedikit daripada radius. Bahagian atas tulang ulna bersendi dengan humerus dan hujung bawah radius-ulna bersendi dengan tulang-tulang karpus.

Karpus: Tulang pergelangan tangan dan terdiri daripada 8 tulang kecil yang disusun dalam dua baris. Metakarpus: Tulang tapak tangan yang terdiri daripada 5 tulang. Kepala metakarpus membentuk buku lima tangan kita. Metakarpus bersendi dengan tulang jari atau falanks.

Falanks: Terdiri daripada 14 batang. Ibu jari mempunyai 2 tulang falanks manakala jari yang lain mempunyai 3 tulang falanks.

Lengkungan pelvis

Menghubungkan anggota balakang kepada rangka paksi.

Terbina daripada sepasang tulang punggung yang bercantum bersama oleh simfasis pubis di bahagian hadapan dan bersambung kepada sakrum di bahagian belakang. Setiap tulang punggung terdiri daripada 3 bahagian, iaitu ilium, iskium dan pubis yang terasing di peringkat kanak-kanak, tetapi bercantum dengan baik pada peringkat dewasa. Ilium mempunyai muka sendi yang bersendi dengan sakrum dan permukaan yang luas untuk pelekatan otot. Iskium dan pubis mengurungi satu bukaan, iaitu oburator foramen pada setiap tulang punggung yang memberi laluan kepada salur darah dan saraf. Pada setiap sisi lengkung pelvis, terdapat suatu lekuk atau lesung asetabulum yang membentuk sendi lesung dengan tulang femur.

Tulang kaki
Terdiri daripada: (a) Femur (b) Tibia-fibula (c) Tarsus (d) Metatarsus (e) Falanks

Femur: Tulang terpanjang, terberat dan terkuat dalam badan. Merupakan tulang bahagian paha anggota belakang. Kepala femur berbentuk bebola dan bersendi dengan asetabulum pada tulang punggung. Trokanter yang berdekatan dengan kepala femur menyebabkan terdapat pelekatan otot punggung dan otot paha. Bahagian bawah femur berbentuk seperti takal bersendi dengan tibia. Sendi ini ditutup oleh suatu tulang kecil yang leper yang dinamakan patela atau tempurung lutut.

Tibia-fibula: Tulang kaki bawah atau betis yang terdiri daripada tulang tibia dan tulang fibula. Tibia adalah bersaiz lebih besar daripada fibula. Hujung atas tibia-fibula bersendi dengan femur untuk membentuk sendi lutut manakala hujung bawah tibiafibula bersendi dengan tarsus.
Tarsus: Tulang pergelangan kaki, terdiri daripada 7 tulang tetapi hanya satu tulang bersendi dengan tibia-fibula.

Metatarsus: Terdiri daripada 5 tulang untuk membentuk tapak kaki. Bersendi dengan tarsus pada satu hujung dan bersendi dengan falanks pada hujung yang lain. Falanks: Terdiri daripada 14 tulang kecil. Ibu jari kaki dibentuk oleh 2 tulang falanks manakala jari yang lain dibentuk oleh 3 tulang.

Rangka manusia

Rangka paksi

Rangka apendaj

Tengkorak
Sternum

Lengkungan pektoral

Tulang Lengan dan tangan

Tulang vertebra

Tulang rusuk

Lengkungan pelvis

Tulang kaki

KLASIFIKASI TULANG

Tulang Leper/pipih

Tulang Panjang

Tulang Tak Sama Bentuk Tulang Pendek

Tulang Panjang (Long Bone)


Berbentuk panjang dan lurus

Kedua-dua hujung membengkak (epiphysis) .


Contoh : humerus, femurus, radius, ulna dan tibula.

Tulang Pendek (Short Bone)


Berbentuk kiub dengan panjang dan lebar hampir sama. Contoh : tarsals carpals, meta tarsal phalanges.

Tulang Leper (Flat bone)


Mempunyai permukaan yang lebar Contoh : scull, scapula, sternum, pelvis.

Tulang tidak tentu bentuk (Irregular Bone)


Mempunyai berbagai bentuk. Bercantum dengan tulang-tulang yang lain Contoh Veterbrae

Tulang bulat (Round Bone) Bersaiz kecil


Contoh : patella

STRUKTUR TULANG PANJANG


Kartilej Epifisis Proksimal Garisan epifisal

Endosteum
Periosteum Tulang berongga Tulang mampat Kaviti medulari Sum-sum kuning

Diafisis

Arteri nutrien

Epifisis Distal

PEMBENTUKAN TULANG
Sel-sel pembentuk tulang (osteoblas)
Rembes fiber yg memerangkap mineral

Osteosit
Osteoklas
Sel-sel yang melarutkan tulang

Osifikasi tulang
Kartilej
OsteoblasMenyaluti kartilej

Tulang di luar Kartilej di dalam


Osteoklas Melarutkan Kartilej di dalam

Medula kaviti

Pembentukan Tulang
Sel-sel tulang Tulang terdiri dari sel tulang fiber-fiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat. Sel-sel pembentuk tulang yang dikenali sebagai osteoblas merembes fiber-fiber yang memerangkap mineral. Sel-sel tulang yang dilingkari mendapan mineral ini kemudiannya menjadi sel-sel matang yang dikenali sebagai osteosit.

Tulang juga mempunyai osteoklas iaitu sel-sel yang melarutkan tulang. Osteoblas dan osteoklas bersama-sama bertindak untuk sentiasa mengubah ketumpatan dan bentuk tulang. Osteoblas lebih aktif pada mereka yang muda sementara osteoklas pula lebih aktif pada mereka yang berumur.

Osifikasi tulang
Tulang dibina dari kartilej dan tulang. Pada embrio, kebanyakan daripada tulang-tulang rangka terbina dari kartilej hialin. Kartilej hialin ini kemudiannya digantikan dengan tulang pada kanak-kanak.

Proses pembentukan tulang atau osifikasi bagi kebanyakan tulang rangka melibatkan dua peringkat. Peringkat Pertama Osteoblas menyaluti sepenuhnya model kartilej hialin dengan bahan matriks bermineral. Ini mewujudkan tulang-tulang yang berkartilej di sebelah dalam dan bertulang sebenar di sebelah luar.

Pada peringkat yang berikutnya: Model kartilej hialin di sebelah dalam tulang tersebut dilarutkan oleh osteoklas untuk membentuk kaviti medulasi. Kebanyakan dari model kartilej hialin telahpun digantikan dengan tulang sewaktu bayi dilahirkan. Kecuali dua kawasan pada tulang iaitu kartilej artikular yang menutup kedua-dua hujung tulang dan plat epifiseal.

KEPERLUAN UNTUK TUMBESARAN TULANG SECARA NORMAL


1. Garam

Mineral - Kalsium dan fosfat

2. Vitamin - Vitamin A, D dan C 3. Hormon - Hormon tiriod, hormon tumbesaran dan hormon seks

Sendi:
Tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan. Sendi boleh dibahagikan kepada 3 kategori: (a) sendi tanpa gerak (sinarthrosis) (b) sendi terhad (amphiarthrosis) (c) sendi bebas (diarthrosis)

JENIS-JENIS SENDI
Tidak bergerak ( synarthroses)

Gerakan terhad (amphiathroses)

Gerakan bebas (diathroses)

JENIS-JENIS SENDI (PERGERAKAN)

1. Gelungsur

3. Sirkumduksi

2. Bersudut

4. Putaran

JENIS-JENIS SENDI (STRUKTUR)


Sendi Fibrous

Sendi Cartilaginous

Sendi Synovial

JENIS JENIS SENDI


Sendi Bahu - Sendi Lesung Sendi Siku Sendi Engsel Sendi Tapak Tangan & Jari Sendi Pelana Sendi Pergelangan Tangan Sendi Bonggol Sendi Antara Atlas Sendi Paksi Sendi Pergelangan kaki Sendi Telangsar

JENIS-JENIS SENDI SINOVIAL

Sendi gelungsur

Sendi kondil (Condyloid joint)

Sendi Engsel (hinge joint)

Sendi Pelana

Sendi paksi (pivot joint)

Sendi lesung

FUNGSI SENDI
Sinarthrosis Dua tulang akan rapat tetapi tiada pergerakan . contoh : tengkorak (skull) Diarthrosis Pergerakan pelbagai arah contoh : sendi lutut, sendi bahu Amphiarthrosis Pergerakan yang sedikit contoh : vetebra (tulang belakang)

GERAKAN SENDI
Sendi Bahu Ekstensi , Fleksi , rotasi, hiperekstensi Sendi Siku Ekstensi , Fleksi Sendi Pelana Fleksi , Ekstensi Sendi Bonggo Fleksi , Ekstensi , Hiperekstensi Sendi Paksi Fleksi , Ekstensi , Hiperekstensi Sendi Telangsa Dorsi Fleksi , Plantar Fleksi.

Masalah Berkaitan Dengan Pergerakan dan Sokongan serta Cara Mengatasi


Osteoporosis pengambilan kalsium yang cukup meminum air yang mengandungi fluorin senaman Distrofi otot melalui kejuruteraan genetik Artritis Osteoartritis: penggunaan aspirin, terapi magnet Artritis gout: pengambilan kolkisin dan allopurinal

You might also like