You are on page 1of 15

Takrif Morfologi Dan Proses Pembentukan Kata

Takrif Morfologi: Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Takrif Morfologi berdasarkan beberapa sumber rujukan:

Menurut Abdullah Hassan di dalam buku Morfologi bagi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, 2006:1-2, morfologi ialah salah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Unsur-unsur bahasa dicantum-cantumkan bagi membentuk perkataan dan ayat dan unsur bahasa itu ialah morfem dan kata. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia.

Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am, 2007:117, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Manakala Ramli Md. Salleh juga mendefinisikan morfologi di dalam bukunya iaitu buku Linguistik Melayu Edisi Kedua, 2007:63, morfologi ialah bidang yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata termasuk proses-proses pembentukan kata dan hasil pembentukan kata. Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan-rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

Selain itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan), 1996:17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal-soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata. Morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu. Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem-morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985:152 bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya. O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000:121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan-rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

Tambahan pula Habibah Bt. Mohd. Samin dan Hasnah Bt Awang menerusi buku Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk Ppismp, 2010:41 pula memberi pendapat secara am iaitu morfologi ialah bidang ilmu bahasa seperti kajian mengenai struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk ujaran bunyi atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna manakala bentuk kata ialah unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan . Takrifan morfologi menurut buku Siri Pendidikan Guru dalam tajuk Morfologi, 2008:133 karangan Siti Hajar Abdul Aziz, ialah bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa Melayu. Morfologi juga berkaitan dengan morfem iaitu unit terkecil yang berperanan membentuk perkataan.

Bidang kajian morfologi: a) Bentuk kata b) Proses pembentukan kata c) Golongan kata

Berdasarkan takrif, kajian morfologi tertumpu kepada kata. Kata terbentuk daripada unsur yang dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa dan berperanan untuk membentuk perkataan. Ianya juga tidak dapat dipecah-pecahkan lagi. Morfem bebas : morfem atau kata yang dapat berdiri sendiri dalam ayat. Contoh: jatuh, makan dll Kata dasar ialah morfem bebas dan mengandungi makna. Morfem terikat: morfem atau kata yang tidak dapat berdiri sendiri dalam ayat. Contoh: men-jatuh-kan, pe-makan-an dll. Imbuhan merupakan morfem terikat. Ianya akan mengandungi makna apabila digunakan dengan morfem bebas iaitu kata dasar. Alomorf: variasi yang terdapat dalam morfem terikat.

Morf: elemen dalam bentuk kata yang kita dengar dalam pertuturan dan satuan gramatikal yang terkecil yang didengar dalam pengucapan.

Contoh: -Perjalanan itu memakan masa bertahun lamanya. -terdiri daripada 11 morfem iaitu per, jalan, an, itu, me, makan, masa, ber, tahun, lama dan nya. -memakan : morfemnya ialah me + makan.

Contoh: -morfem awalan di- : satu alomorf. -morfem me- : enam alomorf, iaitu me-, men-, mem-, meng-, men-, dan menge-.

Proses Pembentukan Kata

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.

Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

Pemajmukan

Penggandaan

Akronim

Rajah 1: Proses pembentukan kata.

Proses Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Awalan Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil, Akhiran Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i. Apitan Imbuhan yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i, Sisipan Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,er- dalam s+er+uling dan em-, dalam g+em+uruh. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.

Imbuhan (Awalan) PemMemper-isme -i Peng-.....-an Men-.....-i Ke-...-an Ber-....-an -er-embawa kuat

Kata dasar

Kata terbitan pembawa memperkuat nasionalisme dekati pengisytiharan mengikuti kesihatan berlarian gerigi gemilang

nasional dekat isytihar ikut sihat lari gigi gilang

Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa ( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ). Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang

menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Berikut ialah beberapa contoh lain :

Kata Dasar libat lanjur balik sambung terlibat terlanjur terbalik

Imbuhan

Kata Terbitan keterlibatan keterlanjuran menterbalikkan kesinambungan

sinambung

Proses Pemajmukan Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas. a) Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu : Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran, ejaannya tetap terpisah. Contohnya : urus niaga cari gali reka bentuk daya serap berurus niaga mencari gali direka bentuk daya serapan

Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya :

lipat ganda surat khabar urus niaga ibu bapa b) Penggandaan Kata Majmuk

melipatgandakan persuratkhabaran diurusniagakan keibubapaan

Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja. Contohnya :

rumah sakit guru besar Raja Muda

rumah-rumah sakit guru-guru besar Raja-raja Muda Timbalan-timbalan Naib Canselor

Timbalan Naib Canselor -

Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan. Contohnya:

setiausaha jawatankuasa tanggungjawab

setiausaha-setiausaha jawatankuasa-jawatankuasa tanggungjawab-tanggungjawab

Proses Penggandaan

Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ; 1. Penggandaan penuh, 2. Penggandaan separa, dan 3. Penggandaan berentak. a) Penggandaan penuh Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu : Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan. Contohnya : Sekolah makan besar baju

sekolah-sekolah makan-makan besar-besar baju-baju

Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan. pelari perbualan kekasih kejadian

pelari-pelari perbualan-perbualan kekasih-kekasih kejadian-kejadian

b) Penggandaan separa Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu:

pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut :

jari siku sungut pohon laki

jejari sisiku susungut popohon lalaki

jejari sesiku sesungut pepohon lelaki

pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan.

Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar. Kata Dasar Berimbuhan tersenyum bercakap setinggi Imbuhan tersenyum-senyum bercakap-cakap setinggi-tinggi

membantu mencuit menari mengejar

bantu-membantu cuit-mencuit tari-menari kejar-mengejar

c) Penggandaan Berentak Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu : 1) Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal 2) Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan 3) Penggandaan Berentak Bebas

Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal, Contohnya : sayur ramah cerai sayur-mayur ramah-tamah cerai-berai

Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu, Contohnya: kayu tanah simpang kayu-kayan tanah-tanih simpang-siur

Proses Pengakroniman Pembentukan kata melalui akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkannya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis tau dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Proses ini banyak berlaku dalam bahasa Melayu pada hari ini. Contohnya:JAIS Jabatan Agama Islam Selangor IPBA Institut Perguruan Bahasa bahasa Antarabangsa IPG Institu Pendidikan Guru UPSI Universiti Sultan Idris Pembentukan kata juga terbentuk hasil daripada proses-proses tersebut :

1) Analogi Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata yang telah sedia ada yang telah digunakan sejak dahulu. Misalnya, perkataan tatabahasa memang telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan pula bentuk-bentuk seperti tatatertib, tatacara, dan tatahias. Contoh perkataan lain yang dibentuk melalui proses ini adalah seperti berikut:

Prasangka prasarana, prasekolah, prauniversiti Jurunikah juruwang, juruaudit, juruacara, juruhebah Lelabah gegelang, jejari, rerambut 2) Peleburan Fonem Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan cara menggabungkan perkataan agar menjadi suku kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonemfonem tertentu. Misalnya perkataan benda + alir menjadi bendalir terbentuk setelah satu fonem vokal / a / digugurkan. 3) Peluasan Makna Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Misalnya, perkataan , family dalam bahasa Inggeris bermakna keluarga tetapi perkataan i i telah diperluaskan maknanya menjadi famili yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada haiwan juga. 4) Pemberian Makna khusus Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Misalnya, perkataan surih pada asalnya bermaksud bekas atau nkesan yang dilalui oleh sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun pisang. Melalui pemberian itu makna khusus, surih juga membawa maksud meniru atau melukis peta. 5) Peminjaman Kata Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Ingggeris dan bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku salam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contoh peminjaman kata daripada bahasa lain:

element elemen magistrate majistret diplomat diplomat 6) Penambahan Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada kata akar suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya, kata akar satu suku kata bu merujuk kepada benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk menunjukkan benda-benda tertentu yang berbentuk bulat seperti contoh yang berikut: bu + kit bukit bu + lan bulan bu + luh buluh 7) Penciptaan Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau dihasilkan tanpa disandarkan kepada perbendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini, perkataan dicipta berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau dikiaskan kepada sesuatu benda. Misalnya , perkataan kiwi merujuk kepada nama sejenis burung di New Zealand. Daripada makna tersebut, dicipta pula perkataan mengiwi yang bermaksud perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas. 8) Penggemblengan

Pembentukan dilakukan dengan cara menggabungkan dua perkataan atau lebih, di samping menggugurkan bahagian yang lain daripada perkataan tersebut.

Kugiran - Kumpulan Gitar Rancak Bernama - Berita Nasional Malaysia

9) Penyempitan Makna Pembentukan kata jenis ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Misalnya, perkataan tuan puteri mempunyai makna yang khusus, iaitu panggilan bagi wanita bangsawan atau wanita keturunan raja. Sebaliknya , pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk kepada lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika panggilan ini digunakan dalam urusan surat - menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan. 10) Penyingkatan Melalui proses penyingkatan ini, perkataan- perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut: tv televisyen Dr. Doktor Prof. Profesor

You might also like