2
JUNJUNG TRADISI, ZAHIRKAN PERUBAHAN
Teks ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razaksempena Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Dewan Merdeka, PusatDagangan Dunia Putra, pada 15 Oktober 2009 bersamaan 27 Syawal 1430Hijrah.
SEAWALNYA saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayatyang ke-4:
“Sesungguhnya Allah menyukai orang
-orang yang berjuang di jalan-Nya,dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka se
perti satu „bun
-ya-nun-
marsus‟ yakni bangunan yang tersusun kukuh.”
Kemudiannya pesan daripada Saidina Ali bahawasanya: ―Sesuatu yang benar dan
hak namun tidak tersusun akan dikalahkan oleh yang batil dan salah, tetapi diatur
dengan tersusun.‖
Pertama sekali, seperti lazimnya, marilah kita mengangkat rasa syukur yang tidakterhingga ke hadrat Allah SWT, Tuhan seru sekalian alam, yang mana dengankeredaan-Nya jualah, dapat kita sekali lagi berhimpun pada pagi yang mulia ini.Sesungguhnya Dewan Merdeka ini telah beberapa dekad menjadi saksi kepadapelbagai peristiwa, silih berganti, perjalanan suka duka, pahit maung dan manisnyasebuah parti keramat yakni
UMNO
, parti kita semua ini.Perhimpunan pada pagi ini juga penuh bermakna dan bertuah, kerana di bawahbumbung
UMNO
, hadir mantan Presiden yang kita kasihi. Marilah kita sambut danraikan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad dan YAB Tun Dr. SitiHasmah Mohd Ali.Demikianlah contoh semangat juang dalam jiwa pemimpin
UMNO
yang tidak pernahpudar. Bahkan terus mekar, terus bersedia untuk bersama-sama dalam sebuahperjuangan yang belum selesai, demi membina bangsa yang cemerlang, gemilangdan terbilang. Dengan semangat dan kekuatan inilah, kita akan bangkit kembalimembina keagungan bangsa yang sungguh banyak jasanya pada negara tercinta.Perhimpunan Agung kali ini mencatat beberapa mercu tanda. Pertamanya, satusejarah secara peribadi kerana inilah ucapan dasar sulung saya, selaku Presiden
UMNO
sejak mengambil alih pucuk pimpinan, secara rasmi pada bulan Mac lalu.Syukur, peralihan kuasa yang tertib, lagi licin bersandarkan tradisi mulia
UMNO
,telah berlangsung dan dimungkinkan oleh YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi.Keduanya, perhimpunan kali ini hanya dalam jangka masa enam bulan dari tarikhperhimpunan yang lalu, menyaksikan
satu langkah berani UMNO membuatpindaan besar terhadap perlembagaan parti seraya membuktikan UMNO tidakjumud dan bukanlah parti yang lapuk. Sebaliknya, dengan pindaan ini, jelas