You are on page 1of 2

PENGURUSAN BUKU STOK

Nota Buku Stok Skim Pinjaman Buku Teks 1. Buku stok SPBT merupakan rekod rasmi tentang bilangan pakej buku teks SPBT di sekolah. Sekolah hendaklah menyediakan buku stok SPBT mengikut format yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan 7 buah buku stok SPBT:

2.

3.

Sekolah Rendah Tahun 1 hingga Tahun 6 Sekolah Menengah Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5 1 buah buku stok Buku Panduan Guru (BPG) 1 buah buku stok untuk CD

Pengemaskinian maklumat dalam buku stok SPBT perlu mengambil kira perkara berikut: 3.1 3.2 3.3 Semua maklumat buku teks SPBT hendaklah direkodkan dengan lengkap dalam buku stok SPBT. Semua buku teks hendaklah direkodkan dengan tepat dan betul. Baki buku teks yang tercatat dalam stok mestilah sama bilangannya dengan jumlah yang ada di dalam Bilik Operasi SPBT Sekolah. Manakala bilangan buku rosak dicatatkan dalam ruangan catatan. Sekiranya buku teks dikeluarkan dari atau dimasukkan ke dalam Bilik Operasi SPBT Sekolah, segala perubahan maklumat mestilah direkodkan dengan tepat dalam buku stok dengan serta-merta. Buku stok perlu dikemaskini oleh guru SPBT, diperiksa dan disahkan dari semasa ke semasa oleh Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan HEM/Penyelia Petang. Buku stok hendaklah disimpan di dalam Bilik Operasi SPBT Sekolah supaya mudah dirujuk pada bila-bila masa. Buku stok disediakan mengikut tahun/tingkatan. Buku stok khas juga disediakan untuk merekodkan penerimaan BPG. Maklumat tentang keluar/masuk buku teks SPBT hendaklah direkodkan mengikut kelas. Buku stok hendaklah ditutup selewat-lewatnya pada 31 Disember setiap tahun dan disemak serta disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan HEM/Penyelia Petang

3.4

3.5

3.6 3.7 3.8 3.9

Latihan Pengisian Buku Stok SPBT 1. Berdasarkan semakan buku stok pada 7.11.2011, kedudukan buku adalah seperti berikut : Kimia tingkatan 5 berjumlah 77 naskhah dengan harga RM 14.10 senaskhah. Kod buku tersebut ialah F 165033. Empat naskhah didapati rosak. Pada 31.12.2011, Pengetua sekolah menandatangani buku stok. Pada 4.1.2012 anda mengedarkan 30 naskhah Kimia Tingkatan 5 kepada Tingkatan 5 Sains 1.(Rujuk SPBT G/12) Pada hari yang sama anda juga mengeluarkan 28 naskhah kepada Tingkatan 5 Sains 2. ( Rujuk SPBT G/12 ) Pada 20.1.2012 anda diarahkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah untuk agihkan 15 naskhah Kimia Tingkatan 5 kepada SMK Padang Temu. ( Rujukan ialah PPD/MT/40/1). Pada 5.5.2012 anda telah menerima kelulusan pelupusan bagi 4 naskhah yang anda pohon pada 3.3.12. ( RujuK Fail 007/12 ). GPK HEM telah menyemak buku stok pada 1.6.2012. Pada 22.8.2012 Pengetua menerima bekalan buku teks kegunaan Tahun 2013 sebanyak 6 naskhah dari pihak penerbit Zeti Ent. Nombor Invois 1234.(Rujuk Fail 003/12 ) Sebelum cuti akhir tahun anda mengutip balik buku-buku yang telah diedarkan kepada murid. Pada 6.11.12 anda mengutip balik 30 naskhah Kimia Tingkatan 5 dari Kelas Tahun 5 Sains 1.(Rujuk SPBT G/12 ). Kemudian anda mengutip balik buku dari 5 Sains 2, sebanyak 27 naskhah sahaja. Senaskhah dihilangkan oleh seorang murid bernama Peter.( Rujukan 008/12) Pengetua sekolah menandatangani buku stok pada 31.12.2012. Pada 3.1.2013 anda keluarkan 30 naskhah kepada Tingkatan 5 Sains 1. (Rujuk SPBT G/13 ). Pada hari yang sama anda juga mengeluarkan 30 naskhah kepada Tingkatan 5 Sains 2. ( RujukSPBT G/13).

2. 3.

4.

5.

6.

7. 8.

9.

10.

11. 12.

13.

You might also like