Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
10Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sidek Saniff : Menelusuri Strukturalisme Genetik dalam Bukan Binatang Buruan

Sidek Saniff : Menelusuri Strukturalisme Genetik dalam Bukan Binatang Buruan

Ratings: (0)|Views: 442|Likes:

More info:

Published by: Muhammad Jailani Abu Talib on Oct 19, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2011

pdf

text

original

 
Sidek Saniff : Menelusuri Struktur Genetik dalam
 Bukan Binatang Buruan
Muhammad Jailani Abu TalibAkademi Pengajian Melayu
 Abstrak 
 Puisi memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuahmasyarakat. Turut tidak terkecuali daripada fenomena tersebut adalahmasyarakat Melayu yang mempunyai tradisi puisi yang kaya. Antara puisi-puisi yang turut merupakan kebanggaan masyarakat Melayuadalah sajak yang memantulkan nilai-nilai keintelektualan dan sosio-budaya sesebuah zaman. Namun begitu, apakah peranan penyair- penyair yang kurang prolifik berbanding dengan penyair-penyair lain? Kertas kerja ini akan membincangkan karya-karya puisi Sidek Saniff, seorang penyair dan politikus Melayu Singapura. Dengan menggunakanteori Strukturalisme Genetik, yakni salah satu daripada aliran teoriMarxisme, puisi-puisi tersebut akan dikupas dengan pemerhatianterhadap sosio-ekonomi, sentimen khalayak, ideologi masyarakat dankelas sosial dalam sesebuah masyarakat. Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan, pengkaji turut telah menghasilkan sebuah model yang dapat digunakan bagi memahami struktur genetik budaya MelayuSingapura. Di bahagian akhir kertas kerja ini, pengkaji turut telahmenghuraikan tiga sumbangan besar Sidek Saniff dalam dunia penyairan lewat puisi-puisi tulisannya yang dimuatkan dalam kumpulan sajak Bukan Binatang Jalang.
1.0Pengenalan
Puisi memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat. Tidak terkecuali daripada fenomena tersebut adalah puisi Melayu yang sejak berkurun lamanyamempunyai tempat yang istimewa dalam budaya alam Melayu. Bahkan, Tenas Effendy(2004:v) berpendapat bahawa orang Melayu mempunyai tradisi syair yang begitu kentalsehinggakan tiada satu pun suku mahupun kaum lain di bumi Nusantara yang mempunyaitradisi kepenyairan seperti suku kaum orang Melayu.Tradisi kepenyairan Melayu telah bermula sejak berabad dahulu dengan kehadiran pantun, nazam, mantera, gurindam, sesomba, peribahasa, karmina dan sebagainya. Namun begitu, dalam perbincangan tentang puisi moden Melayu, sajak merupakan satu-satunya1
 
 bentuk puisi moden Melayu. Namun itu, selaras dengan perawakan puisi-puisi sebelumnya,sajak memantulkan nilai-nilai keintelektualan dan sosio-budaya sesebuah zaman. MenurutSahlan Mohd. Saman (2005:117) :“Sajak telah membentuk suatu genre baharu yang membawa ciri-ciri global,namun perisian dan pemikirannya tetap bertunjang pada tradisi dan lokalMelayu Nusantara.”Senada dengan gagasan di atas, dapat dirumuskan bahawa pola pemikiran sesebuahmasyarakat dalam sesebuah zaman turut dapat ditelusuri dalam karya-karya kesusasteraan.Dalam erti kata yang lain, penelitian terhadap puisi sesebuah zaman dapat memberikangambaran status pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Hakikatnya, puisi, sebagaisebuah karya seni yang bersifat intelektual tidak pernah hadir dalam ruang kekosongan tetapi bertitik tolak daripada desakan naluri sang penyair.Dalam hal ini, Tuan Haji Sidek Sanif merupakan seorang insan yang menepati ciri-cirisajak sebagaimana yang telah ditafsirkan Sahlan Mohd. Saman. Namun begitu, menariknya,ciri-ciri tersebut sebenarnya lebih jelas terpancar pada diri Haji Sidek Saniff sebagaiseseorang yang berfikiran global namun berjiwa lokal. Dalam erti kata yang lain, beliaumengabadikan ciri-ciri seorang insan yang bersifat glokal.Kertas kerja ini akan membincangkan karya-karya puisi tulisan Tuan Haji Sidek Sanif serta menghuraikan sumbangannya terhadap khazanah kepenyairan Melayu. Selain daripadaitu, kertas kerja ini akan menggunakan pendekatan teori Marxisme, khususnya denganmenggunakan teori Strukturalisme Genetik untuk menghuraikan falsafah yang tersirat dalam puisi-puisi tulisan Sidek Saniff.2
 
2.0Latar Belakang Kajian
Sidek Saniff merupakan sebuah nama yang sinonim dengan perkembangan bahasa Melayu diSingapura. Mentelah lagi, beliau pernah menerima jawatan sebagai Menteri NegaraPendidikan dan Menteri Negara Kanan Pendidikan. Sebagai seolah ahli politikus, Sidek Saniff merupakan seseorang yang amat disegani dan dihormati di Singapura. Namun begitu,sumbangannya terhadap dunia kepenyairan dan kesusasteraan sering diketepikan sama sekalioleh khalayak sastera mahupun masyarakat am. Malah, dalam sebarang perbincangan tentangkesusasteraan, khususnya dalam genre puisi, nama beliau jarang sekali diketengahkan sebagaiseorang penyair biarpun beliau pernah menerbitkan sebuah kumpulan puisi sendiri yang berjudul
 Bukan Binatang Buruan
. Dalam keterbatasan ruang penerbitan di Singapura,kejayaan Sidek Saniff untuk menghasilkan sebuah kumpulan puisinya sendiri merupakansuatu kejayaan yang wajar diambil perhatian oleh masyarakat sastera setempat. Apatah lagi,dalam ruang perbincangan tentang perkembangan sastera dan bahasa, beliau banyamenyumbang terhadap khazanah keintelektualan dan kreativiti bangsa.Kajian ini bertitik tolak daripada kesedaran bahawa Sidek Saniff merupakan antaranama yang sering terpinggir daripada alam kepenyairan. Hal tersebut mungkin disebabkankebarangkalian bakat puisinya ditenggelamkan oleh kejayaan-kejayaan beliau dalam pelbagai bidang lain, khususnya dalam bidang politik. Selain daripada itu, kajian ini turut diusahakanatas kesedaran bahawa puisi-puisi Sidek Saniff masih belum dikaji secara eksplisit melainkankata-kata pandangan dan ulasan yang diberikan ke atasnya oleh beberapa individu. Namun begitu, kajian-kajian saintifik yang berlandaskan teori-teori tertentu masih belum pernahdijalankan ke atas puisi-puisi Sidek Saniff.3

Activity (10)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Amirah Mirae liked this
zalzal liked this
shideedoo liked this
Timor Merdeka liked this
azfaira4015 liked this
azfaira4015 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->