You are on page 1of 18

Pendahuluan

Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang pada iktikad yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan ianya merupakan mazhab yang paling dominan dalam sejarah umat ini serta benar mengikut apa yang dikehendaki oleh ajaran dan amalan Islam. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dan apabila berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, ajaran Islam semakin luas dan bilangan umat Islam bertambah semakin ramai. Namun begitu, pertambahan umat Islam ini telah menimbulkan pelbagai ideologi bagi permasalahan yang terjadi. Berdasarkan ideologi-ideologi tersebut maka lahirlah fahaman-fahaman yang kebanyakannya bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini jelas dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a bahawa baginda s.a.w bersabda Sesungguhnya Bani Israil berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan. Dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi satu tujuh puluh tiga golongan al-Jamaah.

(firqah),semuanya

masuk

neraka

melainkan

golongan

iaitu

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w, golongan al-Jamaah merupakan puak yang berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah. Justeru, Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan golongan yang teguh berpegang dengan petunjuk yang tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab Allah, Sunnah Rasulullah s.a.w dan ijma para sahabat. Namun begitu, walaupun kebenaran telah terbukti berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w, gambaran-gambaran menyeleweng yang terkeluar dari landasan kebenaran terus berlaku di tengah masyarakat, khususnya berkaitan dengan akidah.

Penyudah bicaranya, walaupun kini kira-kira 90% umat Islam di seluruh dunia berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah, namun setakat manakah yang mengamalkan ajaran tersebut dengan sepenuhnya? Semoga dengan terhasil tugasan ini dapat memberi penjelasan yang benar tentang takrif dan latar belakang Ahli Sunnah wal Jamaah. Mudah-mudahan kaum muslimin akan terus berada di jalan yang benar dan tidak sesekali tergelincir ke dalam iktikad yang sesat lagi menyesatkan jiwa dan akidah Islam yang suci dan murni.

Definisi Ahli Sunnah wal Jamaah


Ahli Sunnah wal Jamaah atau dikenali sebagai Jamaah Muslimin merupakan kumpulan orang Islam yang berpegang dengan iktikad (ajaran, kepercayaan dan amalan) yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w mengikut al-Quran dan hadis. Penggunaan istilah Jama'ah Muslimin memang terdapat dalam hadis-hadis, terutamanya dua istilah iaitu "jamaah" dan "firqah" iaitu jamaknya "firaq". Dalam Sunan Ibn Majah riwayat dari Abu Hurairah r.a: Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan atau puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan". Sebuah hadis lagi diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa baginda s.a.w bersabda Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan. Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pula berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang dirl Muhammad berada dalam tangan kekuasaanNya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka' Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?". Jawab Baginda "Jamaah". Disini jelas dinyatakan oleh baginda s.a.w bahawa golongan yang selamat ialah Jamaah dan istilah Jamaah inilah yang diidentikkan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Maksud Ahli Sunnah wal Jamaah ialah mereka yang menurut jejak Nabi s.a.w dan para sahabat baginda. Mereka dinamakan ahli sunnah kerana pegangan mereka menepati sunnah Rasulullah s.a.w dan mereka dinamakan al-Jamaah kerana bersatu di atas prinsip kebenaran dan tidak berpecah belah dalam agama, mereka bersatu mendokong al-haq (kebenaran) yang dibawa oleh para imam kaum muslimun serta tidak sesekali menentangnya.
3

Pengasas mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah


Golongan Ahli Sunnah wal Jamaah diketuai oleh dua orang ulama' besar iaitu Syeikh Abu Hasan al-Ash'ari r.a dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi r.a. Abu Hasan al-Asy'ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah pada tahun 324 Hijrah. Pada mulanya beliau berpegang dengan fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i. Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayah daripada Allah. Antara kitab-kitab yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usuli'd-Diyanah, Maqalat al-Islamiyyin dan alMujaz. Antara para ulama besar yang menyebarkan aliran al-Asy'ari ini ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal, Abu Ishaq al-Isfara'ylni, Imam Hafiz al-Baihaqi, Imam al-Haramain, alJuwaini, guru pada Imam al-Ghazali, Imam al-Qusyairi, Imam al-Baqillani, Imam alGhazali, Imam Fakhruz-Razi, Imam 'Izzud-Din ibn 'Abdiss-Salam yang semuanya pendokong aliran Ahli Sunnah sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Abdul Hasan al-Asy'ari. Imam Abu Mansur al-Maturidi r.a juga dianggap sebagal pengasas Ahli Sunnah wal Jamaah, dan namanya biasa disebut-sebut bersekali dengan nama Imam Abu alHasan al-Asy'ari. Beliau dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand, Asia Tengah dan meninggal di sana juga pada tahun 333 Hijrah, sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asy'ari. Beliau mempertahankan pegangan Ahli Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang bertentangan dan batil pada zamannya, sama seperti zaman Imam Abul Hasan al-Asy'ari. Oleh kerana jasanya dalam mengemukakan pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah persepsi masyarakat pasti akn terfikir akan dua tokoh ulama ini sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya' oleh Murtada az-Zabidi, apabila dikatakan Ahli Sunnah wal Jamaah, yang dimaksudkannya ialah aliran yan diajarkan oleh Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al- Maturidi.

Golongan Ahli Sunnah wal Jamaah


Pertama: Mereka yang mempunyai keyakinan berkaitan dengan bab-bab mengesakan Allah, nubuwwah, pahala, balasan azab, syarat-syarat ijtihad dan imamah, serta mereka mengamalkan gaya hidup Islam. Mereka ini termasuk daripada golongan mutakallimin yang bebas daripada tashbih dan ta'til daripada perkara-perkara bidaah Rawafid, Khawarij, Jahmiyah, Najjariyah dan lain-lain golongan sesat yang mengikut hawa nafsu. Kedua: Imam-imam dalam ilmu fiqh yang terdiri daripada dua golongan. laitu mereka yang berpegang kepada hadis (dan tidak begitu berpegang kepada fikiran, ra'y) dan yang berpegang kepada hadis (selepas daripada berpegang kepada Quran). Mereka ini terdiri daripada golongan yang beriktikad tentang dasar-dasar agama (usuluddin) mazhab yang percaya kepada sifat-sifat Allah, zatNya dan mereka yang bersih daripada pegangan Qadariyah dan Mu'tazilah. Mereka percaya kepada harusnya memandang Wajah Allah di akhirat dengan pandangan mata tanpa tashbih dan ta'til, serta mereka mempercayai bangkit dari kubur serta soalan Munkar dan Nakir di dalamnya, juga percaya akan sabda Nabi s.a.w, sirat, shafa'at , keampunan dosa dan mereka tidak mensyirikkan Allah. Mereka percaya kepada kekalnya nikmat syurga dan ahlinya serta kekalnya azab neraka dan ahlinya. Mereka percaya kepada Khulafa arRasidin serta mereka memuji golongan salaf as-Salih dengan pujian yang baik dan berpegang bahawa wajibnya solat jumaat. Diri mereka bersih daripada sebarang bentuk bidaah yang mengikut hawa nafsu. Mereka ini juga berpegang kepada wajibnya istinbat hukum hukum Syariat daripada al-Quran, Sunnah dan ijma' para Sahabat, berlakunya tiga talak, dan mereka mengharamkan mut'ah serta berpegang kepada wajibnya taat kepada Sultan di dalam perkara yang bukan maksiat terhadap Allah. . Golongan Ahli Sunnah yang ketiga ialah mereka yang mempunyai ilmu yang cukup tentang sanad riwayat hadis-hadis Nabi s.a.w, serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda s.a.w, serta mereka boleh membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih, yang dhaif, dan mereka tahu tentang sebab-sebab 'cedera'nya para periwayat,

dan 'adil'nya mereka serta mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat. Golongan yang keempat ialah mereka yang mempunyai ilmu tentang sastera, nahu, tasrif dan mengikuti perjalanan imam-imam dalam ilmu bahasa seperti al-Khali'l, Abu 'Amru bin al-'Ala, Sibawaih, al-Farra', al-Akhfash, al-Asma'i, al-Mazini dan Abi 'Ubaid, dan lain-lain imam dalam nahu yang terdiri daripada golongan orang-orang Kufah dan Basrah yang tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan bidaah-bidaah yang sesat seperti kaum Qadariyah, Rafidah atau Khawarij. Sesiapa daripada mereka yang cenderung kepada sesuatu daripada aliran bidaah sesat kaum tersebut, maka mereka tidak termasuk ke dalam golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dan pendapatnya tidak boleh dijadikan hujah lagi. Golongan yang kelima ialah mereka yang mempunyai ilmu yang mantap berkaitan dengan pembacaan Quran (qira'at) serta dari segi tafsir ayat-ayat Quran dan ta'wilta'wilnya yang sesuai dengan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. Golongan yang keenam ialah golongan ahli-ahli zuhud dan sufiyah (al-zuhhad alsufiyah). Mereka mempunyai pandangan yang tajam, serta mampu mengawal diri daripada perkara yang tidak sepatutnya, dan mereka menguji diri dengan mendapat pengalaman dalam bidang rohaniah (absaru fa aqsaru wa'khtabaru) serta mereka mengambil iktibar sebaiknya dan redha dengan apa yang ditakdirkan oleh Allah. Mereka sentiasa rasa memadai dengan rezeki yang sedikit (yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka), dan mereka tahu bahawasanya pendengaran, pemandangan dan hati semuanya akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang dilakukan. Mereka juga menghisab diri mereka di atas amalan yang dilakukan walau sebesar zarah, dan mereka mempersiapkan diri mereka dengan persiapan yang sebaiknya bagi hari yang penghabisan iaitu akhirat. Mereka menghuraikan ilmu mereka dengan menggunakan jalan ibarat dan isyarat mengikut perjalanan ahli-ahli ilmu hadis, bukan mengikut mereka yang mengeluarkan kata-kata kosong serta tidak melakukan apa yang baik kerana riak dan mereka tidak meninggalkan apa yang baik itu kerana malu kepada sesiapa. Agama golongan sufiyah ini adalah agama tauhid yang menolak tashbih dan
6

mazhab mereka ialah menyerah diri tunduk kepada Allah, bertawakkal kepadanya serta tunduk taslim bagi perintahnya. Sentiasa memadai dengan apa yang direzekikan olehNya. Mereka berpaling daripada menentang apa yang ditentukan Allah. Mereka itu adalah sebagaimana yang digambarkan dalam al-Quran.

Maksudnya: "Itulah pemberian daripada Allah yang dikurniakan kepada sesiapa vang dikehendakinya dan Allah mempunyai pemberian yang amat besar'. Golongan yang ketujuh ialah golongan yang bersiap sedia menjaga kubu-kubu muslimin (di sempadan Negeri Islam) dalam menghadapi orang-orang kafir, berjuang melawan musuh kaum muslimin, memberi perlindungan kepada para wanita dan rumah tangga mereka serta menzahirkan pada kubu-kubu mereka itu mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dalam hubungan mereka inilah Allah turunkan firmannya:

Maksudnya: "Dan mereka yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benarbenar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami".

Golongan kelapan ialah golongan yang mendokong mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah, bukannya mendokong tempat-tempat yang merupakan syiar-syiar bagi golongangolongan yang sesat dan mengikut hawa nafsu. Yang dimaksudkan dengan golongan ini ialah golongan yang beriktikad bahawa benarnya ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah, berpegang kepada bab-bab keadilan Tuhan dan TauhidNya, wa'd, wa'id, dan mereka merujuk kepada ulama' Ahli Sunnah dalam bimbingan ajaran-ajaran agama serta mereka mengikut para ulama' dalam perkara-perkara furu' berkenaan dengan halal dan haram. Mereka tidak beriktikad dengan perkara yang ada dalam pegangan golongangolongan ahli kesesatan. Inilah golongan-golongan yang berada dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah. (Diedit dari koleksi ilmiah Muhammad Uthman el-Muhammady)

Golongan yang bercanggah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah


Dalam Bughyatu'I-Mustarshidin 32 disebutkan bahawa yang dikatakan tujuh puluh dua golongan yang sesat itu ialah mereka yang terdiri daripada tujuh golongan. Semuanya bercanggah dengan ideologi yang dibawa oleh Ahli Sunnah wal Jamaah. Pertama, kaum Syiah yang terlalu melebihi dan memuja Saidina Ali dan keluarganya. Hingga mereka tidak mengakui khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Mereka ini berpecah menjadi dua puluh dua golongan. Kedua, golongan Khawarij yang terlalu berlebihan dalam membenci Saidina Ali r.a. Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau. Pada pandangan mereka, orang-orang yang melakukan dosa besar menjadi kafir Mereka ini kemudiannya berpecah menjadi dua puluh golongan. Ketiga, kaum Mu'tazilah yang mempunyai fahaman bahawa Allah tidak mempunyai sifat-sifatnya, dan manusia bebas melakukan amalnya sendiri. Tuhan tidak boleh dilihat dalam syurga dan orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan antara syurga dan neraka. Mereka juga beranggapan bahawa mikraj Nabi s.a.w adalah dengan roh sahaja. Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi dua puluh golongan. Keempatnya ialah kaum Murji'ah yang mempunyai pegangan bahawa sesiapa yang melakukan dosa tidak akan mendatangkan mudarat apabila sudah beriman, sebagaimana katanya apabila seseorang itu kafir maka kebajikan yang bagaimanapun dilakukan tidak memberi manfaat juga. Mereka ini kemudiannya berpecah kepada lima golongan. Kelimanya ialah golongan Najjariyah yang mempunyai pegangan bahawa perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan tidak mempunyai sifat-sifat tersendiri. Mereka berpecah kepada tiga golongan.

Keenamnya ialah kaum Jabbariyah yang mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak terdaya apa-apa, usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama sekali. Mereka terdiri daripada satu golongan sahaja. Ketujuhnya ialah kaum Musyabbihah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa Tuhan mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang ada pada manusia, umpamanya Tuhan ada tangan, ada kaki, duduk atas Arasy, naik tangga dan turun tangga dan sebagainya. Mereka terdiri dari satu golongan sahaja. Oleh itu, jumlah mereka semuanya adalah tujuh puluh dua golongan.

Ciri-ciri Ahli Sunnah wal Jamaah

Berpegang dengan al-Kitab dan al-Sunnah Golongan yang berpegang dengan ajaran ini akan menaruh perhatian terhadap al-Quran dengan menghafal, bertilawah dan mengkaji tafsirannya. Seterusnya memberi perhatian terhadap hadis dengan menimba ilmu pengetauhan yang terkandung di dalamnya dan mengukuhkan pengetauhan yang telah diperoleh dengan amalan.

Masuk ke dalam Islam secara menyeluruh Ahli Sunnah wal Jamaah beriman dengan kesemua kandungan Kitab Allah.

Al-Ittiba Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa mengikut al-Sunnah, meninggalkan bidaah, bersatu dengan kaum muslimin yang lain dan menjauhkan diri daripada perpecahan serta perselisihan dalam agama.

Al-Iqtida Golongan ini sentiasa mengikut jejak aimmat al-huda yang adil, kerana mereka adalah contoh teladan yang baik tentang ilmu, amalan dan juga dakwah. Seterusnya memelihara diri daripada golongan yang bercanggah dengan mereka. Aimmat al-huda itu ialah para sahabat dan golongan yang mengikut jejak mereka.

10

Sederhana (al-tawassut) Golongan ini sentiasa bersikap sederhana dalam iktikad, berbanding dengan puak ghuluw (pelampau) dan puak tafrit (lalai). Demikian juga dengan amalan dan tingkah laku.

Memelihara perpaduan Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa menjaga perpaduan kaum muslimin. Mereka menjauhi segala factor yang boleh menimbulkan perpecahan dan perselisihan antara mereka.

Berdakwah ke jalan Allah Golongan ini sentiasa berusaha berdakwah di jalan Allah, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, berjihad, menghidupkan sunnah, menegakkan agama menghindari bidaah serta menegakkan syariat Allah dan hukumnya dalam setiap perkara atau urusan sama ada kecil atau besar.

Bersikap sedar dan adil Golongan Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa mengambil berat hak Allah dan bukannya mengutamakan kepentingan peribadi.

Kesatuan Pandangan Golongan ini sentiasa mengekalkan kesatuan pandangan dan pendirian walaupun diantara mereka diantara mereka berjauhan jarak tempat dan juga masa.

Berbuat baik sesame manusia Golongan ini sentiasa bersikap ihsan, berkasih saying dan berakhlak mulia sesame manusia.
11

Menyampaikan nasihat Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa berusaha menyampaikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya.

Mengambil berat urusan kaum muslimin Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa mengambil berat dan menolong kaum muslimin dalam semua urusan. Seterusnya menunaikan kewajipan yang bersangkutan dengan hak-hak mereka.

12

Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah


Ahli Sunnah wal Jamaah menekankan akidah yang sahih dalam iktikad dan pegangan mereka. Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan diterima Allah apabila ibadat tersebut terbit dari akidah yang sahih. Ciri-ciri akidah yang sahih ialah mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah s.w.t itu Maha Esa dan tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Antara ciriciri lain akidah yang sahih iaitu percaya kepada enam perkara rukun iman, sesiapa yang berpaling atau meragui antara salah satu daripadanya maka terbatal akan iman mereka. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitabNya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya. (surah An-Nisaa:136)

1. Mempercayai Allah Azza Wajalla 2. Mempercayai Malaikat 3. Mempercayai Rasul 4. Mempercayai Kitab-Kitab Allah 5. Mempercayai Hari Akhirat 6. Mempercayai Qadha dan Qadar

Oleh itu, akidah yang sahih adalah akidah yang berlandaskan al-Quran dan sunnah dan yang diistilahkan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah itu ialah iktikad yang mengikut Nabi s.a.w dan kumpulan orang ramai.

13

Penutup
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan akidah yang sejahtera daripada sebarang bentuk penyelewengan.Rasulullah s.a.w menyebutkan hanya golongan Ahli Sunnah wal Jamaah yang selamat tatkala terjadinya perpecahan, perselisihan dan penyelewengan di tengah-tengah umat. Abdullah bin 'Amru r.a meriwayatkan bahawa baginda s.a.w bersabda, Maksudnya: "Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atas Bani Isra'il. Bani Isra'il telah berpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan (ithnatain wa sab'ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (thalathin wa sab'in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan (millah). Semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan wahidatan). Mereka bertanya Baginda, "Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?". Jawab Baginda, "(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)". Jika difikirkan sabdaan Rasulullah s.a.w, terlalu kecil kumpulan yang terselamat dari azab Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w menyatakan golongan yang mengikut ajaran Rasul-Nya dan para sahabat baginda yang terselamat dari azab neraka Allah iaitu Ahli Sunnah wal Jamaah. Tetapi persoalnnya kini, walaupun kita mengakui akan hal ini dan kita juga mengaku bahawa kita berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah, jika dilihat pada zaman ini, sejauh manakah sunnah Rasulullah s.a.w yang dipraktikkan dalam kalangan masyarakat?

14

Adakah dengan menganjurkan program-program hiburan yang melalaikan? Benarlah yang dikatakan pada zaman ini, untuk mengikut sunnah Rasulullah s.a.w ibarat menggenggam bara api. Tetapi, jika kita singkap kembali zaman para sahabat r.a, mereka berjuang mempertahankan akidah mereka hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun diseksa dengan kejam dan dianggap seperti binatang yang tidak berakal. Namun kerana taufik dan hidayah daripada Allah telah menusuk masuk ke dalam jiwa mereka, mereka cekal dan tabah dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran demi Islam yang tercinta. Oleh itu, sebagai seorang muslim yang mukmin kita seharusnya berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah yang sentiasa berada di jalan yang diredhai Allah dan Rasul-Nya. Iman seperti para sahabat baginda s.a.w yang harus kita jadikan contoh dan tauladan untuk kita menghadapi arus global yang penuh dengan liku-liku maksiat dan kesenangan yang menipu. Semoga segala pegangan dan amalan kita bertepatan dengan kehendak syarak serta diredhai Allah.

15

Lampiran
Buku berkaitan Ahli Sunnah wal Jamaah

16

17

18

You might also like