You are on page 1of 21

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEREKAYASAAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

LATAR BELAKANG
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah perkhidmatan yang dilaksanakan secara sepenuh masa di sekolah. Nisbahnya ialah: I:500 murid bagi sekolah menengah 1: 350-850 bagi sekolah rendah

LATAR BELAKANG

Pendekatan menghukum tanpa intervensi yang berkesan oleh Guru B&K sukar membawa perubahan positif bagi meningkatkan disiplin murid.

LATAR BELAKANG
Dewasa ini guru-guru B&K sering diberi persepsi yang negatif terutamanya keberkesanan perkhidmatan dalam menangani isu disiplin murid. KPPM telah meminta agar perkhidmatan ini memberi fokus sepenuhnya kepada usaha pembangunan sahsiah serta membendung permasalahan disiplin dalam kalangan murid di sekolah

TUJUAN
Supaya Guru Bimbingan dan Kaunseling (B&K) memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha pembangunan sahsiah dan peningkatan disiplin murid di sekolah.

KONSEP
Perkhidmatan B&K di sekolah adalah mesra dan boleh membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir serta bertindak secara positif.

Guru B&K menjiwai, murid merupakan aset penting yang perlu dibimbing agar mereka boleh membuat keputusan yang betul dalam kehidupannya.

OBJEKTIF
Sebagai perkhidmatan yang mesra murid
Meningkatkan disiplin diri murid Membangun dan mengembangkan sahsiah diri murid

Fokus Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Perkhidmatan B&K akan dilaksanakan menerusi lapan fokus

Fokus 1: Pembangunan Sahsiah Diri Murid

Membimbing murid-murid membina jati diri dengan memupuk personaliti kendiri (character) murid dari aspek sikap penyayang (kepedulian), budi bahasa, konsep kendiri, kepemimpinan, komunikasi, kekemasan diri dan ketepatan masa

Fokus 2 : Peningkatan Disiplin Murid


Membimbing murid-murid yang bermasalah disiplin termasuk melaksanakan intervensi bagi mencegah murid terlibat dengan gejala-gejala disiplin seperti perlakuan ponteng sekolah, jenayah, kelucahan, kurang sopan, dan vandalisme

Fokus 3: Pendidikan Kerjaya Murid

Bimbingan murid mengenai peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya sesuai dengan potensi diri dan minat.
Menyediakan Profil Kerjaya mulai sekolah rendah sehingga menengah dan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus ke kerjaya atau meneruskan pengajian ke institut kemahiran atau institusi pengajian tinggi

Fokus 4: Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid Membimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B & K membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi; pengurusan emosi dan berfikiran positif

Fokus 5: Pengurusan Profil Murid Menyediakan pangkalan profil setiap murid bermasalah disiplin, ponteng sekolah, profil kerjaya dan profil murid dari segi kesejahteraan mental/emosi. Ia bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid supaya tindakan membantu dan mencegah boleh dilakukan secara berkesan

Fokus 6: Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri contohnya dari segi kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok termasuk bahan inhalan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol dan bunuh diri.

Fokus 7 : Konsultasi Keibubapaan

Membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga dengan menerapkan kemahiran keibubapaan semasa alam persekolahan dan melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.

Fokus 8 : Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


Meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran generik) semua ahli PRS. PRS berperanan menjadi pembimbing kepada rakan-rakan sebayanya dengan pendekatan Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain. PRS sebagai role model, memberi galakan kepada rakan agar bersikap positif dan menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain

Kaedah Perkhidmatan

Mengamalkan sikap penyayang dan menggunakan pendekatan secara individu, kelompok, menyediakan penyampaian (Outreach) yang berkesan serta engagement bersama murid, guru, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat.

Norma Kerja Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Norma kerja seseorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah pada setiap minggu dicadangkan seperti ketetapan berikut : Sesi Kaunseling / Bimbingan Individu Sesi Kaunseling / Bimbingan Kelompok Melaksanakan Kelas Ganti (Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling) Pelaksanaan Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid Pengurusan dan Pentadbiran Perkhidmatan BK 5 waktu 1 waktu 8 waktu 4 waktu 10 waktu

Jumlah waktu seminggu

28 waktu

Jadual Waktu Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Setiap orang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah merancang Jadual Waktu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tersendiri berdasarkan norma kerja utama mingguan. Kelas Ganti Setiap orang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dibolehkan mengambil kelas ganti tidak lebih 8 waktu seminggu. Semasa kelas-kelas ganti berkenaan, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah melaksanakan Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid. Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Guru Bimbingan dan Kaunseling mesti mempunyai sebuah Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Buku rekod ini akan melaporkan segala aktiviti harian Guru Bimbingan dan Kaunseling dari aspek sesi kaunseling individu dan kelompok serta segala aktiviti dan program yang dilaksanakan setiap hari.

.Bilik Bimbingan dan Kaunseling


Pihak sekolah hendaklah menyediakan bilik khas bagi pelaksanaan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Sebaik-baiknya bilik tersebut hendaklah mempunyai satu bilik sesi kaunseling individu, satu bilik sesi kaunseling kelompok, satu bilik pengurusan dan ruang menunggu. Pelantikan Seorang Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Agihan Tugas Bagi memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna, pihak sekolah hendaklah melantik seorang Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekiranya terdapat lebih daripada seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Bagi memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah berjalan lancar, pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk membantu dan menyelaras semua aktiviti yang dirancang supaya dapat berjalan dengan baik dan sempurna.

TERIMA KASIH

You might also like