You are on page 1of 52

MENANTU vs MENTUA

Bab 1

EESYA mengelap peluh yang membasahi baju, geram. Masa ni jugalah Hero (MINI Cooper Mr. Bean) ni nak buat hal. Kenapa tak buat hal semalam atau minggu lepas? Lagi senang kalau postpone saja tahun depan. Dah hantar jumpa Dr. Mekanik yang terbaik pun masih ada penyakit lagi. Perlu ke dia merealisasikan permintaan Khairul supaya menghumban saja Heronya ini ke dalam sungai. Oh... tidak! Inilah satu-satunya harta yang dia ada hasil daripada usahanya sendiri, kereta yang sweet lagi comel. Jadi, tolonglah hargai okey. Qees please ganti akak buat presentation dkt wakil Citra Holding. Akak macam x larat ni, 9.00 pg ok, dont be late... ~ Haryati. Mesej kecemasan yang diterima daripada Kak Yati tadi. Jam tangan jenama Adidas made in Uptown dipandang lama. Alamak! Dah lambat lima minit. Janji pukul sembilan, ni dah sembilan lima minit pagi. Kalau jalan laju sikit pun, akan makan masa dua puluh minit juga. Semakin laju dia melangkah. Nasib baik pakai kasut sukan hari ni. Kalau high heels, jenuhlah nak menapak. Okey! Jalan laju sikit Qeesya Ameena, tak payah nak catwalk sangat. Qeesya menarik nafas lega. Kalau tak difikirkan Kak Yati, tak mungkin dia akan berkejar ke sini dari site. Sempat dia membetulkan shawl hitam yang melilit di kepala. Nampak sangat serabainya kau ni, Qeesya Ameena. Tapi, tak apa. Demi syarikat, dia perlu berjuang. Bismillahirahmanirrahim.... Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini). (Q.S. Al-kahfi : 10) Amin... go go Qeesya. Chaiyok! Doa Qeesya dalam hati. Pintu yang tertulis PULL itu ditarik. Terus sahaja dia melangkah ke arah wanita yang bertugas sebagai penyambut tetamu. Sempat dia menghadiahkan senyuman ikhlas. Walaupun sebenarnya sedar dengan pandangan pelik dan hairan manusia di depannya. Morning, miss. Can I help you? Jelas mata wanita itu seakan-akan pelik memandang penampilannya. Saya baru balik dari main FUTSAL okey! Jerit hatinya. Tugas sebagai pereka dalaman kadangkala perlu juga berubah wajah. Sama macam setiap sudut yang perlukan perubahan. Mana sempat dia nak tukar baju nak mekap segala. Tak apa. Janji dia masih berbaju, kan? Walaupun sebenarnya tak formal. Qeesya mengangguk perlahan, sempat melepaskan lelah. Cik Qeesya Ameena dari Mutiara Deko. Saya sepatutnya datang pukul sembilan tadi tapi, disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan jadi saya terlambat sikit. Eh... terlambat banyak. Boleh saya masuk dalam meeting? ujar Qeesya memperkenalkan diri. Sekali dengan pakej muka 25 sen. Yalah, dah lambat takkan nak meloncat-loncat suka pula. Meeting belum habis lagi, sekejap ya cik.... Qeesya mengangguk setuju. Dalam hati, dia berharap sangat agar dia diberi peluang untuk masuk. Kalau tak, sia-sialah usaha kumpulannya. Paling muncung nanti mestilah bosnya, Dato Hashim. Dan yang paling kecewa... si ibu mengandung tu, Kak Yati. Cik boleh naik terus ke tingkat 5, meeting room number three. Qeesya mengangguk lagi sebelum memecut laju menuju ke arah tangga. Sempat juga dia memberikan ucapan terima kasih kepada si penyambut tetamu tadi. Uik... budi bahasa budaya kita, kan!

Eh, cik... lif sebelah sana. Qeesya tersenyum. Tak apa saya naik tangga aje... baik untuk jantung. Wah, hebat alasan tu. Walhal lif adalah satu-satunya tempat berhantu bagi Qeesya. Tapi, dia bukan takut dengan lif, cuma fobia dengan kegelapan. Pengalaman pertama terperangkap di dalam lif suatu ketika dulu, membuatkan dia mengelak kalau jumpa benda alah tu. Peluh yang menitis di dahi dilap dengan tisu. Oh, selamat juga sampai ke tingkat lima. Kenapalah buat meeting tempat tinggi sangat macam ni? Qeesya sempat menadah tangan di depan pintu bilik mesyuarat, berdoa apa yang patut. Jangan kena halau, sudah. Tapi, kata arwah nenek kalau niat kita ikhlas semuanya akan jadi baik. Go! Go! Qeesya Ameena go! Chaiyok! Pintu yang dua kali ganda tinggi daripadanya ditolak perlahan. Macam biasa, berpasang-pasang mata memandang ke arahnya. Dan satu-satunya muka yang cukup dikenali adalah musuh tradisi Mutiara Deko. Hebat juga Mutiara Deko, hantar atlet datang buat presentation, tegur seseorang dengan suara garau. Ada yang tersenyum dan ada juga yang ketawa perlahan. Suara siapa lagi kalau bukan Si Sharip Dol, samseng Kampung Dusun tu. Musuh Mutiara Deko dalam merebut projek yang satu ni. Sabar Qeesya sabar! Sabar, kan separuh daripada iman. Baru lepas maraton ke? Aik... ada sambungan lagi? Maraton kepala lutut kau. Kalau aku masuk maraton dah lama aku dapat pingat, bodoh! Nanti kau Sharip Dol, jangan salahkan aku kalau kau makan bubur seminggu. Alah... kenapalah Kak Yati tak beritahu yang mamat tak boleh blah ni ada dekat sini. Qeesya membebel dalam hati. Sudah! Ini bukan tempat hiburan. Puan Haryati, sila duduk. Tolong hormati masa orang lain kalau nak orang hormati kita. Suara tegas seseorang membuatkan semua terdiam. Suara itu datangnya daripada lelaki yang duduk di bangku utama. Di kepala meja. Mungkin juga wakil dari Citra Holding. Eleh... sombong giler mamat ni. Okey kita dah tengok rekaan dari Sharip Design, sekaran g rasanya kita terus kepada Mutiara Deko. Puan Haryati, boleh teruskan. Suara seorang lagi. Amboi, hensem-hensemlah pulak penilai daripada Citra Holding ni. But, not my taste! Qeesya bangun dengan penuh yakin. Walaupun dia hanya berseluar sukan dan memakai T-shirt Harimau Muda, kekurangan itu sedikit pun tidak mengurangkan keyakinan yang ada dalam dirinya. Dia terus melangkah yakin ke depan. Berdiri di layar untuk membentangkan berkenaan projek hotel bertaraf empat bintang yang ingin dijadikan tempat bersantai bagi keluarga sederhana dan tentunya golongan mewah. Berpasang-pasang mata kini tertumpu kepadanya. Kali ini pandangan Qeesya terus kepada tiga orang wakil Citra Holding. Ini Qeesya Ameena Qushairy, la. Mamat sombong tadi memandang tajam ke arahnya. Amboi, buat muka tak puas hati nampak. Hah... AAK? (Ada Aku Kisah?). Sengaja melawan pandangan mata itu. Terasa ibarat ada satu renjatan elektrik di situ. Pengaliran arus voltan yang cukup tinggi membuatkan dia terkedu seketika. Jantung berdegup laju. Puan Haryati! Puan! Puan! Sergahan itu menyedarkan Qeesya. Dia kalut membuka slide pembentangan. Adoi... kenapalah kau buat benda yang memalukan ni, Qeesya Ameena. Jatuh saham! Hai kalau dah perempuan tu perempuan juga. Menyibuk lagi Si Sharip Dol ni. Tolong jangan bazirkan masa kami! tegas satu suara. Qeesya mencebik dalam hati. Eleh... sombong plus poyo. Kesimpulannya... menyampah! Macam dia sorang aje ada masa, semua orang ada masa okey! Sebelum saya mulakan... saya nak bagi tahu yang saya bukan Puan Haryati tapi, saya adalah wakil yang menggantikan Puan Haryati. Dia tak dapat hadir. Saya Qeesya Ameena, salah seorang interior designer dalam contoh rekaan ini. Bla bla bla.... Qeesya menerangkan satu per satu bahan tentang projek tersebut. Sedar ada mata yang tergoda dengan kebijaksanaan dan kejelasan pembentangan yang hot lagi spicy ni. Setakat ini semuanya sudah saya jelaskan, mungkin ada persoalan atau sebarang komen dari pihak Citra Holding?

Wah, nampak tak keberaniannya di situ? Tak payah nak tunggu orang bagi soalan, dia dah mintak untuk ditanya dulu. Cik Qeesya mungkin sudah tersalah terima info. Yang kami nak ubah ni bukan restoran ataupun kedai makan, tetapi sekarang ni kami nak renovate hotel, bukan juga untuk bilik asuhan anak-anak pekerja, ataupun tadika, mahupun taska, semua ni macam.... Sengaja tidak dihabiskan kata-katanya. Jelas ada nada sinis di situ. Qeesya gigit bibir, nampak sangat mamat sombong ni memang sengaja nak malukan aku, kan? Kalau tak suka dengan rekaan aku cakap ajelah. Tak payah nak berperibahasa segala. Menyampah! Sempat menjeling muka Sharip Dol yang tersengih dengan riak muka mengejek supaya aku terima kenyataan. Hotel Citra Holding yang bakal dibuka adalah bertemakan kasih sayang. Golongan sasaran bukan saja kelas atasan malah, masyarakat yang berpendapatan sederhana. Kalau semuanya dibangunkan dengan gaya mewah, rasanya tak akan ada keunikannya dalam projek ini, suara Qeesya lembut. Cool macam aiskrim. Maksudnya, perlu ke rekaan pasar malam dimasukkan ke dalam hotel? Bukan ke semua itu sampah? sindir lelaki itu lagi. Qeesya mengangkat kening. Pasar malam? Bila pulak ada gambar pasar malam dalam rekaan ni? Sengaja nak duga akulah ni. Eh... ke dia nak kata rekaan kami ni rekaan murahan? Cis... kurang ajaran dah ni! Tangan digenggam perlahan. Cuba mengawal perasaan. Saya memang dah buat kajian secara menyeluruh mengenai kehendak dan cita rasa projek ni. Nilai kelainan yang kita nak hasilkan dan kita tonjolkan sekarang ni. Andai kata rekaan semua sama dan reka bentuk yang setaraf dengan apa yang dah tersedia ada, tak mungkin akan nampak kelainan di situ, betul tak? Mungkin tuan rasa design ni lebih kepada imaginasi tapi, kalau dilihat dari apa yang kita bincangkan... sasaran utama adalah keluarga. Dan yang pasti istilah keluarga itu sendiri bermaksud, pasangan suami isteri dan anak-anak. Bagi suami isteri, saat paling berharga adalah masa bersama, jadi suite honeymoon adalah paling berkesan, jelas Qeesya dengan panjang lebar. Hah, memang tak jumpa noktah dekat situ. Memang sengaja dia bercakap dalam sekali nafas, baru nampak yakin. Eh... betul ke? Jadi, mood honeymoon yang kami nak timbulkan di situ... sambungnya selamba. Honeymoon hanya untuk yang baru kahwin saja cik adik oi.... Amboi, menyampuk lagi Sharip Dol ni. Memang tak sayang mulut. Kalau dilihat secara terperinci rekaan kami bukan hanya berkonsepkan honeymoon tapi, lebih kepada rekaan yang menitipkan nilai kasih sayang. Setiap sudut adalah untuk rakaman setiap memori waktu bersama keluarga, perasaan ini yang seharusnya diwujudkan. Wah, gitu! Kan ke dah keluar bahasa sasterawan negara aku. Jadi, perlu ke ruang untuk kanak-kanak? Sekali lagi soalan tak puas hati diajukan. Aik... banyak pulak soalannya. Bukan ni penilaian ke? So, nilai sendiri arrr... Qeesya cuba bertenang. Lagipun ini bukan kali pertama dia buat pembentangan cadangan rekaan. Inilah keunikan yang kita mahu ketengahkan. Wujudkan satu ruang untuk anak-anak meneruskan penerokaan imaginasi mereka. Dalam masa yang sama ibu bapa boleh menikmati cuti yang lebih baik. Tanpa rungutan rasa bosan daripada anak-anak, tegas Qeesya sambil senyum. Memang dah agak soalan tu akan keluar. Jadi, dia memang dah bersedia dengan jawapan dua ratus lima puluh patah perkataan. Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian. Jadi, untuk memudahkan pembelajaran saya zahirkan televisyen di situ, kalau nak belajar tentang gajah tak perlulah nak bawa gajah masuk dalam ruang tukan? tambah Qeesya lagi. Pemerhatian adalah salah satu teknik pembelajaran berkesan. Buktinya kartun Upin dan Ipin yang menjadi ikutan kanak-kanak, cukuplah dengan mereka menonton dan meniru. Faham? Faham? Eh... perlu ke perkataan tu? Dah macam cikgu tadika pulak. Kata-kata itu disambut dengan ketawa kecil beberapa mata yang sejak tadi menjadi pemerhati di dalam bilik mesyuarat itu. Namun, mamat sombong tu masih sama senyum tak, masam pun tak. Dasar batu! Dah berapa tahun cik dalam bidang ni? Dah nak masuk tahun ketiga, jawab Qeesya dengan lancar. Masih banyak yang perlu Cik Qeesya belajar, tak ada pengalaman lagi ni... suara Sharip Dol. Hesy... orang tua ni! Nampak sangat taktik nak sabotaj!

Saya memang masih muda. Walaupun saya tak belajar melalui pengalaman tapi, saya belajar melalui pendidikan. Pemerhatian daripada orang sekeliling saya. Bagi saya sendiri, pengalaman seseorang itu tak akan sama. Antara pengalaman sendiri dengan pengalaman yang dikumpulkan, rasanya yang terkumpul itu adalah lebih menarik. Balas Qeesya dengan selamba. Okey... terima kasih Cik Qeesya. Tuan Hakim dah bersuara. Siapa lagi kalau bukan mamat sombong yang hensem. Serius macam ada dalam mahkamah. He he he....

PINTU lif terbuka luas. Dalam asyik menekan telefonnya, kaki melangkah masuk. Qeesya sempat tersenyum. Khabar gembira terus dikirimkan kepada Kak Yati. Melompatlah mak buyung tu kalau tahu rekaan mereka diterima. Terbayang dah muka sengih sampai ke telinga dia tu. Qeesya tersenyum lagi memandang hasil kerjanya yang membuahkan hasil itu. Wah, mesti bangga bos ni kalau dengar aku berjaya dapat projek ni. Bukan calang-calang orang boleh jadi Qeesya Ameena ni. Sekali fuh... semua hilang. Sorak Qeesya dalam hati sambil tersenyum puas. Namun, senyumannya mati bila dia melihat keadaan sekeliling. Aku dekat mana ni? Hah, lif?! Qeesya mula gabra. Pucat-pasi mukanya. Sorry.... Hanya suara garau itu didengari. Sempat dia menjeling dengan ekor mata. Mamat sombong ni lagi? Eh... ada manusia lain rupa-rupanya di dalam lif ni. Ya Allah... Qeesya Ameena, macam manalah kau boleh tak perasan kaki kau melangkah sampai ke sini? Inilah balasannya kalau teruja sangat. Adoi! Sila bertenang Qeesya! Kosongkan fikiran. Selamat ke duduk kat dalam lif ni? Tapi, kenapalah jantung ni tak henti-henti menari joget ni? Sekali lagi mata nakalnya meneliti wajah itu. Rasanya kalau berdua lebih baik. Dah alang-alang duduk berdua ni, baik ambik kesempatan. Bisik hati nakalnya. Ya Allah! Hensemnya ciptaanMu ini. Lelaki itu mempunyai mata redup yang cukup menenangkan. Di sebalik wajah tak berperasaannya itu ada aura yang menarik setiap mata untuk memandangnya buat kali kedua. Dia akui yang lelaki di sebelahnya memang memiliki wajah lelaki Melayu tulen. Dup-dap, dup-dap. Hesy, diamlah wahai hati. Jangan malukan tuan sendiri. Aku tahu aku ni hensem tapi, tak payahlah pandang sampai nak terkeluar biji mata. Sempat lelaki itu bersuara sambil menghadiahkan jelingan maut kepadanya. Ouch... menikam tepat ke jantung! Sakit tambah malu tambah segan, jadinya rasa nak sorok muka cun aku kat dalam poket seluar sendiri! Qeesya terkedu. Alamak! Betul cakap mak, yang muka suci aku ni memang tak boleh menipu. Mata Qeesya masih memerhatikan lelaki itu dengan ekor mata. Eleh... bajet bagus. Pandangannya kembali dihalakan ke depan. La la la.... Nyanyi sikit untuk cover malu. Buat aje seolah-olah mamat tu tak ada. Rasa macam tinggi sangat pulak tingkat 5 ni. Terima kasih sebab terima rekaan kami. Qeesya memecah sunyi. Cuba memancing perhatian lelaki di sebelahnya. Muka batunya dijeling dengan ekor mata. Ini bukan kenyataan nak mengurat tapi, sengaja dia nak hilangkan rasa takut yang menggila dalam hatinya sekarang. Aku tak suka rekaan tu tapi, disebabkan ramai yang tergoda dengan aksi kau tu jadi kau berjayalah, tutur lelaki itu berbaur sindiran. Amboi... memang tak sayang mulut lelaki ni! Tergoda?! Wah, terima kasih. Saya bangga dengan pujian encik tu. Tapi, jangan cakap yang orang macam encik ni akan tergoda dengan Sharip Dol tu. Eee... minta dijauhkan. Tapi, tak tahu jugalah zaman sekarang. Lelaki pun mudah tertarik dengan lelaki, balas Qeesya geram. What?! bentak lelaki itu kuat. Tiba-tiba lif berhenti, gelap! Arghhh!!! Jeritan kuat memecah kegelapan. Arghhh!!! Semakin panjang jeritan Qeesya. Sumpah, dalam hidupnya dia paling takut berada di dalam lif tapi, tadi sebab nak cepat dia redah juga. Nafas mula tersekat-sekat. Sesak.

Hoi, apa hal yang menjerit ni? marah lelaki itu sambil mengeluarkan telefonnya. Terasa lengannya dipaut kuat. Qeesya hilang kawalan. Bukan dia perempuan gedik atau gatal yang sengaja memeluk mamat sombong tu. Tapi, memang sekarang nafasnya terasa sesak. Kegelapan menambahkan lagi rasa takutnya. Tubuhnya menggigil, sejuk! Qeesya hilang suara, yang kedengaran nafasnya yang tak teratur. Kenapa ni? Kau kenapa? tanya mamat sombong itu kedengaran resah. Adoi, kenapalah waktu ni juga nak buat hal lif? Saya tak boleh... tak boleh... ber... nafas... tolong! Kali ini memang hilang segala keayuan yang dijaga selama ni. Tadi punya control ayu, sekarang ni sibuk peluk orang. Tapi bukan sengaja, dah memang mamat sombong ni sorang aje yang ada di dalam lif ni. Tolong.... Suaranya semakin perlahan. Habis tu aku nak buat apa ni? Serta-merta suara maco itu menjadi panik. Tolong... tolong.... Suara itu kedengaran semakin sayu. Semakin lemah. Qeesya, nampaknya ajal kau dah dekat. Tiba-tiba hati kecilnya berbisik. Ya Allah, kalau Kau ingin mengambil nyawaku, matikanlah aku dengan keimanan dan rasa rendah diriku kepadaMu. Rayyan kalut. Dia cuba menjerit meminta tolong. Lif ni kenapalah masa ni juga nak rosak? Cepat didail nombor seseorang. Mungkin Hazwan boleh membantu. Wan tolong aku, aku terperangkap dalam lif ni, sekarang! jerit Rayyan. Dalam suasana yang gelap dia cuba untuk membantu. Tapi, dia masih mengawal segala gerak-gerinya.Tidak mahu dicop mengambil kesempatan pulak. Tetapi, bila difikirkan semula dalam keadaan cemas dan darurat macam ni mana boleh nak fikir sempadan dan batasan. Rayyan masih terus meminta tolong namun, suara wanita di pangkuannya itu sudah senyap. Hah, sudah! Ada lagi ke tak ni? Bisik Rayyan dalam hati. Eh... kenapa diam ni? Sempat digoyang-goyang bahu itu dalam gelap, cahaya Iphonenya membolehkan dia melihat wajah yang sudah terpejam itu. Peluh juga sudah memenuhi wajah wanita itu. Belum pun sempat dia nak meminta tolong pintu lif sudah terbuka dari luar. Rayyan, apa kau buat ni? tanya Hazwan. Matanya sempat menangkap wajah di ribaan sahabatnya. Aik, macam kenal aje? Bukan perempuan cun tadi ke? Buat apanya! Cepat tolong! jerit Rayyan kuat. Hazwan dan beberapa orang pengawal keselamatan cuba membantu. Dia mungkin sesak nafas, panggil ambulans. Arah Rayyan tegas. Dalam hati terfikir kalau ada apa -apa yang berlaku pada perempuan ni, mesti tahap keselamatan di Citra Holding akan dipertikaikan seterusnya menjatuhkan reputasi syarikat.

RAYYAN memeriksa semua laporan, setiap perkataan takkan lepas dari imbasan matanya. Dia bukan saja seorang yang cukup tegas malah, cukup peka dengan setiap urusan Citra Holding. Baik urusan yang kecil ataupun besar. Masuk, pelawa Rayyan dengan yakin. Hazwan sahaja yang akan mengetuk pintu biliknya pada waktu begini. Boleh aku duduk? Soalan dalam senyuman panjang. Macam biasa, Hazwan Haziq memang terkenal dengan gelaran mat senyum. Sejak bila mintak kebenaran? Sejak terlihat atau terpandang atau ternampak bos aku berpelukan dalam lif, rasa macam nak tulis dalam diari. Bukan senang dapat peluang tengok tayangan free, usik Hazwan dalam tawa. Rayyan menjeling tajam, tak suka dengan gurauan sahabatnya itu. Encik Hazwan Haziq, jangan mulakan apa yang tak betul, nanti sebab mulut kau habis satu Citra Holding ikut otak kuning kau tu. Hazwan simpan senyum. Habis tu, kau tak cerita pun lagi dekat aku apa yang dah jadi semalam. Kau tahu, kan bukan mata aku sorang yang nampak tapi, bertuahlah kau dapat kena peluk dengan Harimau Malaya yang comel dan cun tu. Kali ini pecah juga gelak yang ditahannya dari tadi.

Tak ada apa yang nak diceritakan. Kau nampak sendiri dan kau pun ikut sekali ke hospital semalam, kan? Kau sendiri dengar apa yang doktor cakap atau kau nak aku terangkan sekali lagi? Aku tahulah, tapi apa perasaan kau masa tu? soal Hazwan lagi. Soalan biasa yang selalu sangat ditanya oleh rakannya itu. Dia sendiri dah bosan. You tell me who I am? Hazwan menggeleng. Hai, bilalah tembok hati batu Rayyan ni nak runtuh? Okey... kita lupakan sekejap soal hati dan perasaan. Sekarang ni kita kena buat keputusan nak pilih syarikat mana? Untuk dua puluh satu buah anak syarikat bukan satu kerja mudah dan aku rasa kita kena pilih yang terbaik. Maksud aku untuk projek yang dekat Johor tu. Hazwan kembali serius. Aku dah singkatkan kepada dua pilihan dan aku bagi pilihan seterusnya dekat kau. Rayyan membuat keputusan. Walaupun dia sendiri boleh membuat keputusan tapi, dia selalu mengamalkan perbincangan. Perlu ada kata sepakat daripada semua staf. Kerjasama yang kuat akan menaikkan lagi kemampuan syarikat. Aku pun dah buat beberapa tinjauan. Rasanya syarikat ni mempunyai rekod bersih. Aku sendiri tengok sentuhan pertama mereka. Fuh! Memang hebat. Citra Holding tak akan melabur pada sesuatu yang merugikan, balas Rayyan dengan yakin. Okey... kau uruskan surat jawapan dan jangan lupa jemput semua wakil syarikat untuk jamuan perasmian hotel kita tu. Aku nak semua tahu yang Citra Holding memang serius untuk masuk ke bidang perhotelan. Itu kau jangan risau. Aku akan pilih yang terbaik. Rayyan tersenyum mendengar jawapan sahabatnya. Tapi bos... aku dah rasa lapar ni. Oh... patutlah. Dah pukul satu. Jom. Hanya itu saja perkataan yang keluar daripada mulut Rayyan. Malas nak melayan loyar buruk Hazwan. Tapi, kan sejujurnya... buat pertama kalinya aku nampak kau gelabah biawak masa kat dalam lif tu. Aku tak pernah tengok muka kau cemas sampai macam tu. Cara kau menjerit minta tolong tu macam kau akan kehilangan kekasih. Hah! Macam dalam drama Melayu setiap petang tu. Hazwan masih terus membebel sepanjang langkahnya mengekori Rayyan. Wan, you better shut your mouth. Nanti orang makan nasi, kau makan penumbuk. Laju Hazwan mengunci mulutnya. Dah dapat dua kad kuning... lebih baik diam. Nanti dapat kad merah tak pasalpasal muka dia yang lebam. Bukan boleh dilayan sangat panas baran Rayyan ni.

Bab 2

HAIRUL memandang tajam wajah di depannya. Rasa nak dikunyah lepas tu telan hidup-hidup. Dah tahu diri tu tak boleh naik lif, yang gatal pergi naik lif tu kenapa? Sekarang ni sampai masuk wad segala. Nasib baik tak apa-apa. Dia pun pelik peristiwa hantu susu rekaannya sepuluh tahun lepas membuatkan Qeesya fobia dengan gelap. Achluophobia. Fobia pada kegelapan, penyakit Qeesya dari kecil. Tapi, tak adalah serius sangat. Cuma pada tempat dan ketikanya sahaja akan jadi serius. Amboi... muka tu macam nak bunuh orang kenapa? Aku bukan tak boleh naik lif tapi, salah lif tu yang gelap. Qeesya membina alasan. Walaupun satu Malaysia dah tahu yang memang Qeesya Ameena takut dengan G.E.L.A.P! Khairul masih diam. Memandang serius sambil berpeluk tubuh. Geram! Tadi sejam dia kena dengar ceramah dengan Hajah Zainab sebab tak jaga Qeesya betul-betul, cuai! Hesy.... Alah... janganlah marah. Aku rasa aku kena rasuklah masa tu. Sebab aku tak sedar pun, sedar -sedar aku dah ada dalam lif... macam kena pukau. Sempat lagi dia mereka babak mistik. Khairul masih buat muka batu. Serius semacam langsung tak nampak termakan dengan alasannya. Eh... bukan alasan tapi, kenyataan. Okeylah. Aku janji tak buat lagi... sumpah, janji Qeesya sambil mengangkat tangannya tinggi. Dah lama ke aku pengsan? Dah setahun kau koma, nasib baik kau sedar juga akhirnya, tutur Khairul dengan serius. Bulat mata Qeesya. Matanya memandang tepat ke arah Khairul. Biar betul dah setahun? Takkan kut, sampai koma. Kau jangan nak buat lawaklah. Bukan aku kena langgar dengan lori dua belas tayar pun. Wajah lelaki itu kekal serius. Qeesya telan air liur. Biar betul! Wajahnya kembali pucat. Khairul simpan senyum. Menoleh ke belakang sambil ketawa tanpa bersuara. Serius kelakar! Hah, tadi berlagak sangat. Sekarang yang pucat sangat tu dah kenapa? Baru koma setahun, bukan sepuluh tahun pun. Qeesya gigit bibir. Geram. Kurang asam punya budak. Boleh pulak buat lawak tak berapa cerdik dia ni. Terbayang kalau dia koma sepuluh tahun, sedar-sedar muka dah tua? Alamak! Siapa nak kahwin dengan aku masa tu? Kau ni sampai hati. Dahlah aku ni tengah sakit. Khairul mencebik. Alah, ini bukan pertama kali kau tidur hospital ni sebab takut. Nasib baiklah ada orang selamatkan kau. Qeesya tersenyum, teringat kembali detik cemasnya bertarung antara hidup dan mati. Datang mamat sombong menjadi hero menyelamatkannya. Bahagianya! Eh... cakap pasal hero aku tu, mana dia ek? Mesti dia yang dukung aku masa tukan? Patutlah aku rasa macam aku akan diselamatkan oleh seora ng putera. Amboi... bukan dia pun yang hantar kau ke hospital tapi, pekerja dia. Jangan nak berangan sangat! jawab Khairul bernada tegas. Qeesya mencebik. Prang! Hancur berkecai kenangannya. Gedebuk! Macam ditimpa buah kelapa. Hesy, potong betullah Khairul ni. Rul, kau datang tak bawa apa-apa ke? Bawa diri aje. Qeesya mencebik dalam masa yang sama perut sudah berjoget lambak. Hesy, perut ni memang tak tahu nak cover maruah tuan sendiri tau. Tak payah nak sedih. Tu... dekat sebelah kau tu ada nasi ayam madu kegemaran kau. Makan. Lepas tu kemas semua, kita balik. Doktor pun dah menyampah tengok kau dekat sini. Dari tadi dia halau kau suruh balik. Mesti doktor tu perempuan. Sebab tu dia cemb uru dengan aku yang hot ni, suara Qeesya dengan selamba. Rul... Rul.... Apa lagi?! Nak suap... Qeesya tayang muka 25 sen. Khairul berdengus. Hesy, memanglah suka nak buat hati aku yang marah ni menjadi lemah. Khairul mencapai sudu di dalam laci dan membuka bungkusan nasi ayam yang dibelinya. Qeesya tersenyum dan bersedia dengan mulut ternganga. Masa sakit inilah nak bermanja. Khairul Ikhwan Abdul Rahman. Orangnya hensem, berbadan tegap memang lengkap ciri-ciri lelaki idaman. Apa yang penting, walaupun sengal, mamat sorang ni stok masjid okey! Dia merangkap sahabat, kawan, ayah, abang dan lelaki pujaan yang sentiasa bersama aku. Hubungan aku dan dia? Hanya kami yang tahu.

Tapi, kan Rul... malu juga aku masa tu. Mana nak letak muka comel ni. Dahlah masa tu aku jual mahal konon-konon DIVA, nasib baiklah mamat sombong tu selamatkan aku. Aku betul-betul tak boleh nak lupakan dia, cerita Qeesya sambil mulutnya penuh dengan nasi. Dah! Tak payah nak sinetron sangat. Makan dulu, dah sihat nanti bolehlah keluar cepat dari sini. Dah keluar nanti, kau nak buat apa pun boleh... bebel Khairul lagi. Rul... mak tahu tak? Laju Khairul menggeleng. Bohong sunat. Eh... ada ke bohong sunat? Kenapa, nak aku repot ke? Duga Khairul. Maaflah Qeesya, Hajah Zainab memang dah tahu pun. Bersedialah nanti dengar bebelan. Oh, tak payah-tak payah. Aku dah sihat dah. Khairul menggeleng lagi. Hesy, Qeesya... Qeesya... orang lain fobia dengan benda yang menakutkan. Kau pulak fobia dengan gelap? Hesy, tak maco langsung. Bisik hati Khairul dalam senyum. Kalau dia ketawa nanti tak pasal-pasal kena pelangkung.

QEESYA melangkah masuk ke dalam biliknya. Panas betullah rumah Dato Syed Mokhta r tadi. Nasib baiklah anak dia, Badri tu hensem, boleh juga cuci mata. Uik! Nampak gatalnya di situ. Belum pun sempat pintu tertutup, Kak Yati meredah masuk. Amboi... dia duduk dulu sebelum aku. Hebat betul dia ni. Tak padan dengan mak buyung. Dipandang perut Kak Yati yang membulat ke depan. Macam susah aje nak bawa perut tu. Hah, Qees macam mana? Sihat dah ke? Macam nak tercabut nyawa akak bila dengar Qees pengsan sampai masuk hospital. Menyesal akak suruh Qees gantikan akak. Kak Yati berwajah bimbang. Amboi Kak Yati pun, tak sempat lagi Qees nak bernafas. Kalau ya pun, cubalah banyakkan bersabar. Tak ada apa-apalah, sikit aje. Bukan cedera parah. Saja nak lepak sambil cuci mata tengok doktor-doktor hensem dekat hospital tu, seloroh Qeesya sambil duduk bersandar di kerusinya. Kak Yati mencebik. Suka sangat mengusik. Macam mana semua boleh setuju dengan idea kita tu? Lepas tu macam mana pulak Qees yang pengsan masuk hospital?! Kak Yati mengajukan soalan bertalu-talu. Qeesya menggaru kepalanya. Pening pulak nak jawab soalan yang sama berpuluh kali. Sejak semalam lagi setiap orang yang dia jumpa di Mutiara Deko akan bertanyakan isu yang sama. Hesy... macam artis pulak. Kak Yati ni dah berapa bulan, ek? Kenapa macam berat sangat aje perut tu Qees tengok? soal Qeesya kembali tanpa menjawab soalan Kak Yati. Hesy... budak ni sibukkan perut kita pulak. Cuba kau jawab dulu soalan akak ni. Qeesya tersengih. Tengoklah siapa yang pergi. Baru aje Qees bu ka mulut, terus semua kata setuju. Tapi, macam biasalah gara-gara lif tu buat Qees dimalukan sekejap. Kak Yati, kan tahu yang Qees ni tak suka gelap, boleh pulak masa tu juga lif tu buat perangai. Tapi, tak apalah janji projek dapat, tutur Qeesya bangga. Sengaja nak mengusik Kak Yati. Amboi... patutlah bos kita tu sayang sangat dekat Qees ni. Bukan setakat projek Citra Holding tu, Dato Syed Mokhtar yang banyak hal tu pun boleh dijinakkan, puji Kak Yati. Terima kasih Qees sebab tolong akak.... Tak payah nak puji-pujilah. Qees tolong Kak Yati sebab kesian tengok Kak Yati kena menapak dengan bawa perut yang berat tu. Lagipun ini masa akak, nanti esok lusa mana tahu masa Qees pulak minta tolong. Nanti akak belanja makan okey. Makan aje? Habis tu, Qees nak apa? Tengok wayang pun okey juga, usik Qeesya. Kalau nak tengok wayang segala, pergi cari pakwe. Dah ada pakwe nanti nak dating tiap-tiap hari pun boleh. Jangan kata nak tengok wayang, nak buat wayang pun boleh. Nanti boleh jadi macam akak ni. Qeesya menjelir lidah. Buat-buat loya. Siapalah nak, kan Qees ni kak? Rupa tak ada, harta jauh sekali. Lepas tu nak jadi macam akak? Rasanya kena fikir sepuluh kali dulu la, ujar Qeesya dengan muka kesian.

Hesy... tak payahlah nak buat ayat sedih macam tu Qees. Bukan akak tak tahu, kau tu yang memilih sangat. Kalau nak ikutkan berbaris aje yang nak isi borang, tapi semua kena reject. Kalah tanpa bertanding... balas Kak Yati. Qeesya ketawa kuat. Tiba-tiba dia teringatkan hero idamannya. Memang dah angau dah ni. Bukan angau aje tapi, dah jadi langau, bangau semua ada. Penyakit apa pulak ni Qeesya Ameena! Adoi, cara akak cakap macam Qees ni piala pulak, kan? Ada kalah menang. Tapi, nanti akak kena follow up balik dengan Dato ya, sebab dia kata nak renovate dapur dia sekali. Bajet tak ada limit, jelas Qeesya sambil mengangkat keningnya. Kak Yati tersenyum lebar. Terbayang simbol RM di depan matanya. Ya Allah, rezeki ni. Tapi, kenapa pulak Qees bagi kat akak, Qees ajelah yang teruskan. Alah... Qees, kan tolong aje. Lagipun anggap aje ni rezeki anak akak. Kalau ada apa-apa nanti Qees akan tolong, tapi biar projek ni atas nama akak okey, kata Qeesya. Dia memang tak pernah berkira bab kerja ni tapi, untuk orang tertentu sajalah. Sebab pesan Hajah Zainab, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Kak Yati tersenyum senang. Bersyukur. Terima kasih, Qees. Qees ni memang baik tau. Tu sebab akak tak percaya apa aje yang orang cakap pasal Qees. Qeesya menggaru dagunya. Aik... ada yang mengata saya ke kak? Hah, kantoi! Kak Yati tak senang duduk. Nampak sangat dia memang salah cakap. Emmm... siapa lagi kalau bukan Si Sofea tu. Alah... sebenarnya dia cemburu dengan apa yang Qees ada. Qees, kan ada link baik dengan bos. Kak Yati masih di pihak Qeesya. Qeesya menggeleng. Nama yang memang tak asing lagi di pentas mengata dan mengumpat orang. Sofea Dizly wajah berdarah campurannya yang cantik, tak sama dengan mulutnya yang agak busuk. Tapi, tak apalah mulut orang bukan dia boleh tutup. Tak apalah, kak. Kalau seorang tak suka kita, ada sepuluh orang lagi yang lain boleh sayangkan kita, ujar Qeesya. Hah, kan dah keluar ayat motivasi diri yang selalu Khairul ceramahkan untuknya. Memang tak sia-sia Khairul berceramah kepadanya. Tapi... akak nak tanya Qees ni, empunya badan sendiri. Betul ke Qees bercinta dengan mekanik? Ni pun Si Sofea tu juga yang buat cerita, soal Kak Yati perlahan. Macam teknik mengumpat bawah pokok mempelam. Qeesya tersenyum lagi. Ya, kak. Mekanik tu memang insan teristimewa dalam hidup Qees. Dialah tempat Qees bergantung kasih sayang. Titik, full stop. Yakan ajelah Qeesya. Oh... tak kisahlah, Qees. Janji baik hati, tak buat kerja haram. Akak ni dulu pun kahwin dengan Abang Pie kau tu bukan ada apa. Setakat office boy aje, nak bagi akak makan apa? Tapi sekarang akak bahagia.... Bersinar -sinar mata Kak Yati bercerita. Memanglah kak, kalau tak bahagia tak adalah ke depan perutnya tu. Usik Qeesya sambil ketawa kuat. Kak Yati turut ketawa sambil mengusap lembut perutnya. Emmm... Kak Yati kenal tak siapa wakil Citra Holding yang terlibat dalam meeting hari tu? Kak Yati menggeleng perlahan. Tak kenal pun. Tapi Dato kenallah kut, sebab bos kita tu yang bersungguh sangat nak dapatkan projek tu. Qeesya hanya mengangguk perlahan sebelum menghalau Kak Yati keluar dari biliknya. Bukan apa, kalau ada Kak Yati ni alamatnya memang tak jadi kerjalah hari ni.

KALAU ada perumpamaan mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang, memang itu jugalah yang terjadi dalam hidup Qeesya Ameena lepas peristiwa lif. Entah kenapa... ke mana sahaja dia pergi mesti dia akan terbayangkan mamat sombong tu. Nak mandi pun ingat dia. Ops... hah! Tapi, serius aku dah jatuh cinta. Kalau inilah yang dinamakan cinta, memanglah sakit! Eh... betul ke jatuh cinta?! Oleh kerana perasaan ting-tong yang melanda hatinya, Qeesya telah nekad berjumpa dengan mamat sombong itu. Meluahkan apa yang sepatutnya dilahirkan daripada mulutnya. Apa lagi memang birulah muka mamat sombong tu. Dan akhirnya dia termalu sendiri bila ditinggalkan tanpa jawapan.

Adoi, parah ni! Nak buat apa ni Rul? Semua serba salah. Mulut kata lain tapi, hati ni nyanyi lagu lain pulak. Sumpah tak pernah rasa macam ni. Qeesya memegang kepalanya. Khairul menggaru kepalanya. Kalaulah boleh dicekik minah di depannya ni dah lama dia buat. Biar tak bernafas dalam dua puluh minit. Macam manalah dia ni boleh buat hal yang memalukan tu tanpa berbincang dulu dengan tuan penasihat. Ini... main redah aje! Kau serius ke dah jatuh cinta dengan mamat tu? soal Khairul dengan serius. Encik Khairul Ikhwan Abdul Rahman, perlu ke aku buat siaran ulangan untuk kali kesepuluh? Kau ada masalah pendengaran ke atau ada wayar dalam otak kau yang dah tak boleh memproses? marah Qeesya. Hah, payah jugak la cakap dengan spesies sepana ni. Asyik dengan enjin kereta aje, tu jadi macam ni. Kau jangan main-main cakap kau jatuh cinta.... Qeesya menepuk dahinya. Uik! Ingat aku budak dua belas tahun ke nak main-main. Aku tak pasti apa perasaan aku pada dia. Tapi, jauh dalam hati aku ni memang dah tertulis yang itu adalah cinta. Ewah... rasa nak muntah pulak berfalsafah macam tu. Sejak dilamun cinta ni ayat brutalnya sudah menjadi ayat berbunga-bunga. Aku tahulah kau dah dua puluh enam tahun. Tapi secara teknikalnya otak kau tu macam budak dua belas tahun, tu yang aku risau. Kau tu, semua lelaki kau kata hensem.Kalau Pak Daud kurus kering tu naik Kawasaki Ninja pun kau kata hensem, luah Khairul. Aik... Khairul Ikhwan Abdul Rahman. Itu satu penghinaan tau. Nak kena cepuk ke? Khairul tersengih. Dah dua kali Qeesya menyebut nama penuhnya. Maknanya memang insan di depannya itu sedang serius. Qeesya duduk bersandar di kerusi kayu yang tersedia di hujung bengkel Khairul. Semakin maju juga bengkel ni. Semakin banyak pulak kereta yang sakit. Tapi, alhamdulillah rezeki. Bisik Qeesya dalam hati. Dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk lelaki itu. Emmm... tapi, kan... aku nak tanya satu bendalah dengan kau. Qeesya masih serius. Apa? Emmm... selama kau dengan aku ni, ada tak secara rahsia, hati kau tu jatuh cinta dengan aku? Maknanya ada perasaan dalam diam, tanya Qeesya terus, tak payah nak U turn ke belok-belok. Kening Khairul bersatu. Memproses kata-kata Qeesya, cuba menyelami hatinya sendiri. Tak mahu ada yang tertinggal. Soalan yang membuatkan dia berfikir panjang. Kenapa kau tanya? Soalan dibalas dengan soalan. Tak adalah... aku tak naklah nanti ada pulak yang kuciwa bila aku hangat bercinta dengan orang lain. Perghhh! Sekali lagi Qeesya meletakkan dirinya di tahap perempuan tak tahu malu. Eh... tapi, ni berterus terang namanya. Cuma over confident sikit. Kalau diberi pilihan antara aku dengan mamat yang kau feeling tu, kau pilih siapa? duga Khairul. Qeesya menggaru kepalanya. Uik... soalan susah ni, tahap PhD. Kalau sekarang ni disuruh buat pilihan mestilah aku pilih kau. Tapi, kalau dia dah ditakdirkan untuk jadi suami aku, aku akan pilih dia. Hah! Yes! Itulah jawapan terbaik yang pernah lahir daripada mulutnya. Khairul ketawa perlahan. Qeesya memang kalut! Kenapa kau ketawa? Aku pun rasa memang kau dah jatuh cinta dengan mamat tu. Buat pertama kalinya Khairul menyokong perasaan gila Qeesya. Bukan kali pertama wanita di depannya tu ada idea gila dan suka bertindak ikut perasaan. La... dah memanglah itu kenyataannya. Kau baru dapat celik akal ke? Adoi... tapi, betul kau tak pernah cintakan aku? Sekali lagi soalan yang sama diungkit. Dia dah tahu jawapannya tapi, sengaja nak cari pasal. Aku dengan kau ni... atas sikit dari hubungan girlfriend boyfriend tapi, bawah sikit dari hubungan adikberadik. Khairul meneruskan kerjanya. Qeesya tersenyum. Hesy... kalaulah Khairul ni Khadijah, dah lama aku peluk kuat-kuat. Memang sentiasa memahami. Kawan, teman, sahabat dan juga merangkap saudara terbaik. Yang sentiasa ada saat dia memerlukan. Habis tu, sekarang ni kau nak buat apa? Buat apa lagi... tackle hati dia dan ikat perasaan dialah, jawab Qeesya dengan yakin. Falsafah cinta pun dah pandai, satu perubahan yang baik.

Amboi... tingginya tahap keyakinan kau tu. Macam mana kalau mamat tu dah tunang? Dah kahwin ataupun.... Hah?! Alamak! Macam manalah dia boleh tertinggal maklumat penting tu? Darjah keyakinannya mula menurun. Kalau dia milik orang, aku tak nak kacaulah sebab aku bukan perempuan yang suka tengok kaum sejenis aku menangis. Tapi... ataupun yang terakhir tu kau nak cakap apa? soal Qeesya. Ataupun mamat pujaan kau tu gay ke... sambung Khairul sambil ketawa kuat. Adoi... sakit perut cakap dengan budak ni. Hesy, mulut kau ni! Tapi, kalau dia gay aku pass kat kaulah. Turn kaulah pulak goda dia. Kali ini Qeesya pula melepaskan tawa. Khairul buat muka geli-geleman tapi, akhirnya dia ikut ketawa. Aku nak buat apa ni ek, Rul? Qeesya kembali serius. Memanglah dia yakin tapi... dia mana ada pengalaman. Kalau kau yakin kau dah syok dekat dia, kau pikatlah dia. Lagipun aku yakin hanya lelaki bodoh aje yang tak jatuh cinta dengan Qeesya Ameena. Khairul mengelap tangannya yang penuh dengan minyak. Oh, kesiannya.... Qeesya bersuara sedih. Apa yang kesian? tanya Khairul lagi. Pelik, tiba-tiba nak kesiankan orang. Kau pun termasuklah dalam lelaki yang bodoh tu ek? Seloroh Qeesya dalam tawa yang tak mampu ditahan-tahan. Khairul gigit bibir. Cis, kena lagi!

Bab 3

UAN SRI AFIFAH tersenyum lagi melihat satu per satu gambar anak-anaknya semasa bercuti di Paris sepuluh tahun lepas. Saat yang paling bahagia. Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Sekarang semua anak-anaknya dah pandai membawa diri masing-masing. Kalaulah abang masih ada, mesti abang akan bangga tengok anak-anak kita. Mereka dah semakin dewasa. Dan Ifah juga semakin rindukan abang. Membesarkan tiga orang anak tanpa suami bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi, dengan kekuatan yang ada pada setiap wajah anak-anaknya, Puan Sri Afifah kini berbangga dengan apa yang dia miliki. Segala-galanya dipermudahkan. Apa lagi yang dimenungkan tu Ifah? Hajah Sarifah merebahkan tubuh tuanya di atas sofa dengan perlahan, bertentangan dengan menantunya. Tak ada apa mak, tengok gambar budak-budak ni. Seronok pulak masa budak-budak ni kecik. Semua ada depan mata, tapi sekarang ni nak berkumpul pun susah, luah Puan Sri Afifah dengan nada kecewa. Izz Rayyan Iskandar sibuk menguruskan Citra Holding sampai balik pun tak tentu masa. Langsung tak ada rehat, tak pernah nak bercuti. Izzah Rania pulak sibuk dengan kawan-kawan dia, sibuk dengan kerja kolej sampai malam baru nampak muka. Anak daranya yang sorang tu memang suka sangat dengan dunia sosialnya. Izz Faez Nawfal, anaknya yang bongsu pula, asyik dengan aktiviti luarnya. Kajian itu kajian ini. Seminggu sekali baru nampak muka. Tapi, dia tahu anak bongsunya itu sibuk dengan aktiviti amal dengan kelab keseniannya. Anak-anak dah besar memang macam itulah Ifah. Mak ni... ada empat orang anak... tapi macam tak ada juga, kan? Hajah Sarifah tersenyum. Dengan cucu -cucunya juga, memang semakin payah nak berjumpa. Tambahtambah Rayyan tu. Mak lain. Alang dengan angah dah memang jauh dekat luar negara tu. A cu pun selesa dekat kampung tapi, dia selalu call mak. Yang Ifah ni pulak anak-anak dekat tapi, macam tak ada... rungut Puan Sri Afifah. Biasalah. Lumrah manusia, takkanlah semakin muda. Mestilah budak -budak tu semakin dewasa. Aku pun bertuah sebab cucu-cucu semua dah ada kehidupan masing-masing. Sepatutnya sekarang ni kamu bangga dengan apa yang kamu miliki. Cuma Rayyan tu aje yang aku risaukan.... Hajah Sarifah memang mengambil berat tentang cucu cucunya. Terutamanya anak-anak Mustafar dengan Afifah. Kenapa mak? Along ada buat benda yang tak elok ke? Hesy... kamu ni! Cucu aku semuanya elok. Tapi aku risau. Bilalah nak dapat cucu menantu ni? Teringin jugak nak dapat cicit. Hajah Sarifah memasang angan-angan. Dah lama dia teringin nak menimang cicit. Puan Sri Afifah tersenyum. Kalau bercakap dengan Hajah Sarifah ni memang tak boleh menang, kalah peguam negara bila dapat berhujah. Tapi, dia cukup menghormati wanita itu. Wanita yang melahirkan arwah suaminya. Wanita yang sentiasa bersamanya saat dia sibuk membesarkan anak-anak yang masih memerlukan perhatian. Mentua terbaik di dalam dunia. Walaupun mereka selalu tak sefahaman. Mak paksa aje dia kahwin. Along tukan cucu kesayangan mak. Dia manalah nak dengar cakap Ifah ni. Tapi, kalau cakap tuk wan dia memang tak melawan, terus setuju... usik Puan Sri Afifah. Dan memang itulah hakikat sebenar. Aku kalau boleh tak naklah masuk campur dalam masa depan cucu -cucu aku tu. Tapi, kalau hati tua ni dah marah, memang semua orang kena dengar keputusan aku, p utus Hajah Sarifah. Perlahan tapi, cukup tegas. Puan Sri Afifah telan air liur. Tersekat ayatnya. Hah, siapa tak kenal Hajah Sarifah. Kalau A katanya maka, A jugalah. Takkan boleh bertukar jadi B. Menyesal pulak terlepas cakap. Maksud mak? Biar aku aje yang carikan calon untuk dia. Masa tu, jangan ada siapa pun yang berani sebut tak! putus Hajah Sarifah. Tapi mak.... Termasuk juga Ifah. Cepat Hajah Sarifah memotong ayat menantunya. Puan Sri Afifah terdiam. Lebih baik jangan buka mulut. Kalau buka mulut mungkin perkara ini akan jadi serius. Kalau jadi serius, dia juga yang susah. Hah! Memang tak sangguplah dia nak menghadapi pilihan Hajah Sarifah yang entah sesiapa. Macam mana kalau mak mentuanya tu berkenan dengan anak Lebai Kordi banglo hujung tu. Kus semangat! Bukan tak cantik tapi, perangai memang hodoh. Turun naik kelab malam sesuka hati. Emmm... betullah kata orang, iman itu tidak boleh diwarisi. Minta dijauhkanlah anak-anaknya dari tempat-tempat macam tu.

RAYYAN berusaha membuka ikatan di tangannya. Sedaya upaya dia cuba melepaskan diri tapi, entah kenapa dia jadi selemah ini. Tak tahu apa yang jadi pada tubuhnya sekarang. Sumpah, dia memang terasa lemah. Terasa semua tenaga lelakinya tersekat dengan satu kuasa ghaib. Suara ketawa itu semakin kuat dan semakin dekat. Eh, kau nak apa ni? Kenapa bawa aku dekat sini, ha? Wanita itu ketawa perlahan. Mengusap lembut pipinya. Pandangan yang cukup menakutkan. Saya tak akan buat apa-apa dekat awak kalau awak sudi bekerjasama dengan saya. Saya yakin kita akan jadi keluarga bahagia, dengan anak-anak kita nanti. Awak nak anak berapa orang? Wanita di depannya sudah mula merepek. Apa yang kau merepek ni? Bila masa pulak aku nak kahwin dengan kau?! Tawa itu kedengaran lagi. Berdiri bulu roma Rayyan. Tak pernah dia mendengar seorang wanita ketawa sampai macam tu sekali. Eh! Kau ni manusia ke hantu sebenarnya? Ketawa itu semakin kuat dan lama-kelamaan semakin dekat di telinganya. Pergilah! Pergi! Aku tak akan pergi... aku akan lagi dekat dengan kau. Aku tahu kau sayang aku, kan? Tawa itu bergema lagi. Semakin dekat. Kau nak apa lagi ni? jeritnya kuat. Aku nak kau! balas suara itu. Aku tak suka orang paksa aku, marah Rayyan seakan -akan mahu melarikan diri. Namun, cubaannya gagal. Kakinya seakan-akan tak mampu bergerak. Wajah itu tersenyum lagi. Mulut kau saja yang menafikan tapi, kau sebenarnya sukakan aku, kan? Beritahu sajalah yang dalam hati kau dah mula ada aku. Suara itu tak putus asa. Ketawa semakin kuat. Jeritnya semakin nyaring. Pergi! jerit Rayyan kuat. Pergi! Rayyan Rayyan! Apa ni tidur maghrib-maghrib ni, kan dah mengigau. Izz Rayyan Iskandar! Hajah Sarifah menarik kuat ibu jari kaki cucunya. Ya Allah! Rayyan terbangun sambil mengusap wajahnya dengan tangan. Wajah Hajah Sarifah jelas di depan matanya. Hah, bangun pun. Mimpi apa sampai menjerit-jerit ni? Hajah Sarifah menggeleng perlahan. Rayyan menggeleng perlahan. Dia sendiri tak tahu apa yang dimimpikan. Hah, itulah... orang waktu maghrib macam ni habiskan masa kat atas sejadah. Dia pergi tidur pulak. Memanglah syaitan suka, bebel Hajah Sarifah sambil mengusap rambut cucunya. Cucu yang membesar depan mata dari umur tiga tahun hingga sekarang dah masuk tiga puluh tahun. Pergi mandi, lepas tu solat. Rayyan mengangguk. Laparlah tuk wan. Keluar dah ayat manjanya. Emmm... hilanglah maco. Rayyan bermanja memang macam ni, suka duduk bawah ketiak tuk wan dan umi. Hajah Sarifah tersenyum. Kalau lapar bangunlah cepat, lepas solat nanti kita boleh makan. Hari ni tuk wan ada buat asam pedas. Rayyan tersenyum mendengar lauk kegemarannya. Hesy... kenapa? Kenapa? Dan kenapa sampai dia masuk dalam mimpi aku? Takkan tak ada perempuan lain yang boleh jadi hantu dalam mimpi aku. Kenapa mesti dia? Laju dia mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Cuba membuang bayangan wajah itu. Perempuan tu memang menakutkan! Di atas sejadah dia cuba menenangkan fikiran. Bibirnya lancar membaca beberapa surah pendek. Kedamaian yang akan dirasai setiap kali sujud kepada-Nya. Sejak pengakuan berani Qeesya yang mengaku jatuh cinta padanya, membuatkan kehidupan Rayyan menjadi sedikit terganggu. Dia terkejut bila wanita itu langsung tidak teragak-agak untuk menghulurkan salam perkenalan. Bukan untuk menjadi kawan tapi... untuk rasa cinta yang kononnya dah berputik dalam hatinya.

Projek baik pulih hotel membuatkan hubungan mereka bertambah pelik. Dia memang benci wanita yang terlalu mudah mengucapkan kata sayang. Tapi, dia jadi serba salah bila melihat Qeesya sangat bertanggungjawab dalam melaksanakan. Wanita itu seakan-akan mempunyai dua personaliti yang berbeza. Sekejap menjadi seorang perempuan gila, sekejap lagi bertukar menjadi wanita yang terlalu fokus dengan kerja. Entah mana satu agaknya diri Qeesya Ameena yang sebenar. Qeesya Ameena. Eh... kenapa pulak aku kena ingat dekat dia?! Laju Rayyan bangun dari duduknya. Lebih baik makan daripada mengingati minah tak berapa nak betul tu.

QEESYA tersenyum melangkah masuk ke dalam Hotel Citra Holding. Ewah! Dah macam hotel sendiri pulak. Dia tersenyum bila melihat beberapa orang pekerja yang sedang berehat. Sejak menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian rekaan dalaman hotel ini, secara automatik dia dilantik sebagai pemantau. Bukan pantau sangat pun, cuma tengok saja apa yang diperlukan oleh Abang Nizam untuk projeknya. Lagipun dengan adanya tenaga mahir seperti Abang Nizam dan rakan-rakan, memang semua lakaran di atas kertas akan menjadi kenyataan. Jadi, untuk apa dia berada di sini? Jawapannya senang aje. Lepak-lepak walaupun bukan dekat Setapak. Dalam diam dia mengagumi kejayaan syarikat Citra Holding. Bukan saja ada hotel, syarikat pengangkutan dan syarikat pembinaan. Pendek kata banyaklah perniagaan. Memang hebatlah Puan Sri Afifah tu. Wanita yang pernah menjadi idolanya dulu. Wanita berjaya. Tapi, sampai sekarang dia masih tak sempat nak bertentang mata dengan tokoh wanita Malaysia itu. Sorang aje? Qeesya berpaling sambil tersenyum. Eh... taklah ramai tadi, satu bas. Tapi... suruh duduk dekat luarlah, usik Qeesya. Wajah di depannya kemerahan. Hazwan ketawa, terkena dia. Saya Hazwan. Hazwan memperkenalkan diri. Qeesya mengangguk perlahan. Mana kawan awak tu? tanya Qeesya sambil matanya masih mengawasi gerak tugas beberapa orang pekerja Abang Nizam. Kawan yang mana? Soalan dibalas soalan. Kawan awak yang takutkan saya tu... jelas Qeesya. Dia tahu lelaki itu tahu siapa yang dia maksudkan. Rasa nak tergelak juga bila mamat sombong tu seolaholah mahu melarikan diri daripadanya. Macamlah aku nak buat sesuatu dekat dia. Qeesya ketawa. Ops... sorry! Tak boleh nak control. Tadi ada, mungkin ada dekat sebelah sana. Awak kenal ke siapa dia sebenarnya? pancing Hazwan. Dari gaya wanita di depannya itu, dia tidak tahu siapa Rayyan sebenarnya. Kalau tidak, takkanlah Qeesya dengan selamba menegur dan kadangkala meninggikan suara dengan Rayyan. Sepanjang dia bekerja bersama Rayyan, hanya wanita di depannya ini saja yang berani buat macam tu. Tahu.... Tahu? duga Hazwan lagi. Dia kawan awak, kan? Kerja dekat Citra Holding. Emmm... itu ajelah yang saya tahu. Jujurnya Qeesya menjawab soalan. Hah, baru dia perasan, rupa-rupanya banyak yang dia tak tahu pasal putera idamannya tu. Rasanya lebih baik awak tahu siapa dia dulu sebelum meletakkan rasa cinta awak pada dia. Jatuh cinta biar pada orang yang betul, ujar lelaki itu dengan senyuman manis. Cinta tak perlukan syarat. Cuma letakkan saj a pada syarak dan berpandukan cinta berteraskan al-Quran dan sunah. Tak salah saya mencintainya. Tapi, jika jatuh cinta dengan dia menjadikan saya berdosa, saya tak teragak-agak untuk tidak bercinta, balas Qeesya selamba. Cukup tenang, walaupun tersentap juga dengan ayat lelaki di depannya. Eloklah tu berkawan dengan mamat sombong tu. Sesuai sangat!

Hari ni bawa apa Kak Qees? soal salah seorang pekerja yang sedang duduk melepak, berehat seketika. Suara itu menarik mata Qeesya dan Hazwan. Hari ni ada donat coklat tersedap dekat Malaysia. Kalau tak malu, mari makan. Tapi... sorrylah Kak Qees hanya mampu bawakan air mineral aje, jawab Qeesya, terus lupa dengan mamat di sebelahnya. Suara Qeesya membuatkan beberapa orang pekerja Mutiara Deko bangun dan mendekati Qeesya. Qeesya memang dah biasa membahasakan dirinya Kak Qees. Walhal ada juga antara pekerjanya lebih berumur. Nak buat macam mana dah semua suka kakakkan dia. Fulamak sedapnya... rupa dahlah cantik, rasa pun enak... usik Abang Nizam. Sep aruh donat dah masuk ke dalam mulut pun nak bercakap juga. Amboi... bestnya kalau macam ni. Hari-hari bos bawakan makanan. Kalau macam ni saya pun nak jadi pekerja Mutiara Deko la... tutur Hazwan. Hai Wan... usik Qeesya. Sengajalah nak beramah mesra walaupun dah lama berbual dengan lelaki di sebelahnya itu. Hazwan tarik muncung. Dia tahu Qeesya sengaja menguatkan panggilan haiwan tu. Hesy... dia ni. Untuk saya tak ada ke? Ni untuk awak dan yang pink ni untuk sahabat awak yang asyik menyombong dua puluh empat jam tu. Cakap dekat dia, tak ada lagi mana-mana berita orang mati sebab senyum. So, senyumlah. Sebab... senyum tu sedekah. Dua kotak kecil dihulurkan kepada Hazwan. Lelaki itu nampak teruja dengan pemberiannya. Pergilah bagi sendiri, dia ada dekat depan tu, suruh Hazwan dengan selamba menapak duduk bersama Abang Nizam. Qeesya gigit bibir. Memandang kotak pink itu. Lama dia berfikir. Akhirnya dia melangkah ke arah Rayyan. Dilihat lelaki itu sedang meneliti beberapa kertas di depannya, entah kertas apa dia sendiri tak tahu. Nah untuk awak. Kotak itu diletakkan di depan Rayyan. Apa ni? Bom cinta. Kalau meletop terus boleh buat orang jatuh cinta dekat kita, balas Qeesya dengan muka serius. Sengaja buat lawak bodoh dengan mamat sombong ni. Hah, jawapannya memang jelas. Rayyan membuka kotak di depannya dengan muka yang tidak berperasaan. Dua biji donat berbentuk hati dan di atasnya ada cairan strawberry. Ada tulisan LOVE U di atas cairan itu. Kau memang tak berputus asa, kan? Kalau kau nak tahu aku bukan jenis yang suka mainkan perasaan perempuan, ujar Rayyan terus meletak kembali kotak donat itu di atas meja. Mungkin sebab tu juga saya boleh jatuh cinta dengan Encik Rayyan. Tapi, tak apala h saya anggap yang Encik Rayyan ni Caligynephobia kata Qeesya, selamba. Apa tu? tanya Rayyan garang. Fobia pada gadis cantik macam saya. Sekali lagi dia buat ayat minta lempang. Qeesya simpan senyum. Sengaja membakar hati lelaki itu. Lagi panas lagi best. Rayyan ketap bibir. Geram. Ada aje nak menjawab. Kau tak kenal siapa aku tapi, kau boleh letakkan cinta sesuka hati... tak murah ke cinta macam tu? Qeesya tersenyum sinis. Nak menghina akulah tu. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh jatu h cinta dengan Encik Rayyan tapi, apa yang pasti cinta saya bukan murah. Rayyan ketawa kuat. Jadi cinta kau berapa juta? Atau bilion? sindir Rayyan. Hah, pelik betul perempuan ni. Qeesya senyum senget. Amboi, dah pandai nak main tarik tali nampak. Qeesya mengangkat keningnya tinggi. Sempat menjeling ke arah lelaki di depannya. Cinta, cinta juga tapi, jangan sebab cinta sampai jatuhkan maruah wanita. Darjah wanita dah diangkat ke tahap yang cukup tinggi. Jadi, be careful Qeesya Ameena. Qeesya mengingatkan diri sendiri. Cinta saya tak ada nilai. Kenapa saya jatuh cinta dengan Encik Rayyan? Saya sendiri tak boleh jawab soalan tu. Cuma jika cinta saya dinilai mungkin Encik Rayyan sendiri tak mampu nak membayarnya. Nada Qeesya bersahaja. Rayyan kembali serius.

Mungkin kau tak tahu lagi. Bagi aku, cinta tu memang tak ada nilai. Tapi, kalau rumah kau memang dah tak ada cermin, biar aku hadiahkan kau cermin besar dan ajar kau macam mana nak tengok diri sendiri depan cermin tu, balas Rayyan geram. Aku cuma akan berkawan dengan wanita yang boleh masuk ke dunia aku. Uik, serius sombong giler mamat ni. Qeesya melepaskan keluhan. Emmm... tak adalah mahal dan hebat sangat kalau nak berkawan dengan Encik Rayyan. Maknanya kita memang ditakdirkan bersama sebab dunia saya dan dunia Encik Rayyan sama. Sedar atau tak kita di dunia yang sama, berkongsi udara yang sama dan berlangitkan awan yang serupa. Hah, kan Qeesya Ameena dah berpujangga. Jangan terlampau yakin... cabar Rayyan. Qeesya panas hati. Hesy... ikutkan hati nak aje aku sumbat mulut mamat ni dengan selipar made in China aku ni. Biar bisu setahun. Beraninya cabar Qeesya Ameena. Dia tak tahu panahan cinta boleh buat orang lakukan apa sahaja. Jangan agungkan cinta sesama manusia kerana cinta-Nya adalah cinta yang paling agung. Pujuk hatinya. Kalau kau tak tahan just angkat bendera putih and mengaku kalah. Simple, kan? jawab Rayyan, masih berkeras. Simpan dalam peti besi ke apa hati mamat sombong ni sampai boleh jadi beku macam tu? Untuk pengetahuan Encik Rayyan, saya ni memang degil dan pantang dicabar. Saya akan masuk dalam dunia Encik Rayyan, tapi dengan syarat. Qeesya mengangkat kening tinggi. Dah macam gengster zombie Kampung Pisang. Dan dah pastilah Izz Rayyan Iskandar adalah zombienya. Rayyan bangun dari duduknya. Layak ke kau nak meletakkan syarat? Takkan takut kut? Sengaja diapi-apikan hati Rayyan. Buat gempak sikit. Apa?! Siapa takut? Qeesya tersenyum. Pantang cuit sikit lelaki ni. Saya cuba masuk ke dunia Encik Rayyan, Encik Rayyan pun kena masuk ke dunia saya. Baru adil orang kata. Ini namanya win-win situation. Tapi, kalau Encik Rayyan takut nak masuk dalam dunia saya... Encik Rayyan boleh aje angkat bendera putih and say, Im lost. Qeesya mengangkat keningnya. Sengaja buat hati mamat sombong ni terbako! (Kata orang Perak). Kau terlalu yakin dengan diri sendiri. Saya memang dah diajar untuk menerima hakikat yang saya ni hebat dan cool. Emmm... satu lagi hot. Kening diangkat beberapa kali. Wah! Dup-dap, dup-dap. Jantung semakin memecut laju. Tapi, berlagak cool. Rayyan tersenyum senget. Okay... just wait and see. Rayyan terkedu dengan ayatnya sendiri. Sejak bila pulak dia terlibat dengan benda-benda tak berfaedah ni? Tapi, semua itu lahir secara spontan. Dia sendiri tidak terduga yang dia akan berkata sedemikian. Qeesya kembali dengan pandangan redupnya. Okey... saya balik dulu Encik Rayyan. Dont miss me, okay. Sempat lagi Qeesya mempamerkan aksi menggoda. Qeesya tersenyum sendiri dengan mood gedik yang dibuat-buat. Rahang pipi Rayyan bergerak-gerak menahan geram. Laju sahaja kotak donat di hadapannya diangkat dan digigit rakus donat strawberry yang lembut. Emmm... sedap juga. Bisik hatinya. Dari jauh ada senyuman tergaris di wajah Qeesya Ameena. Memang poyolah mamat sombong ni. Nak aje dia menjerit, Encik Rayyan saya dah letak ubat cinta dalam donat strawberry tu, siapa makan mesti akan ingat saya! He he he! Confirm mamat sombong tu muntah balik semua donat tu. Qeesya tersenyum lagi dan berlalu meninggalkan Hotel Citra Holding.

Bab 4

ARI ni pengumuman ikhlas daripada Qeesya Ameena, dengan berbesar hati dan yakinnya bersetuju mengikut Dato Hashim ke Citra Holding. Bukan sebab projek yang berjaya kami dapat tapi, sebab nak jumpa my prince Rayyan aka mamat sombong. Rindu pulak nak tengok muka hensem tu. Ops... gatal, kan? Pelik juga akak, sejak bila Qees rajin ikut Dato ni? Dahlah pergi semata -mata untuk jamuan ringan perasmian projek kita tu aje. Bukan semua tu tak termasuk dalam senarai tugas Qees ke selama ni? soal Kak Yati dengan nada pelik. Seperti tidak percaya dengan keinginan Qeesya. Qeesya tersenyum. Takkanlah nak menjerit beritahu satu dunia yang dia rindukan Izz Rayyan Iskandar. Oh... walaupun dalam hati yang paling dalam dia menyatakan itu. Betullah kata Hajah Zainab. Kalau kita dah suka, tak dapat tengok muka tengok atap rumah pun jadilah. Walaupun tiada dalam kamus tugas Qees tapi, boleh ditambah dalam list baru, kan? Lagipun kesian pulak tengok Kak Yati yang memboyot ni seorang aje pergi dengan Dato, nanti buatnya akak nak terberanak ke? Boleh juga Qees sambut baby... jawab Qeesya. Bijak sangatlah jawapannya tu. Ya Allah, Qeesya adikku. Akak ni belum sampai masa lagi nak bersalin tau. Kenapalah doakan akak beranak awal sangat? Agak-agaklah... banyak lagi benda nak makan ni. Nanti bila berpantang dah tak boleh nak makan. Kak Yati tarik muncung. Qeesya tersengih. Macam tu pulak. Qeesya menggaru dahinya. Alamak! Nampak sangatlah, kan tak prihatin. Tapi, melihat dari saiz diameter perut Kak Yati macam nak dekat sangat dah. Dah. Tak payah nak buat muka comel tu. Jom kita pergi sekarang, Dato dah tunggu dekat bawah tu, arah Kak Yati. Suka melihat wajah manis Qeesya bila tersenyum. Comel. Pujian itu hanya dalam hati. Qeesya mencapai beg tangannya. Wah! Hebat juga kita nikan Kak Yati? Selalunya kita yang tunggu Dato tapi, sekarang ni Dato pulak yang tunggu kita. Memang Dato Hashim seorang majikan yang baik dan menjaga kebajikan pekerja. Disebabkan Dato Hashim juga dia bertahan di Mutiara Deko walaupun datang tawaran yang lebih baik. Qeesya cantik awak hari ni, puji Dato Hashim. Saya memang hari-hari cantik, Dato. Cuma hari ni lebih cantik daripada biasa sebab jadi PA Dato tiba tiba. Dato apa kurangnya, langsung tak nampak enam puluh tahun. Sentiasa muda aje saya tengok. Tapi, dah usia macam Dato ni kena perbanyakkan amalan, kan? usik Qeesya. Dia terdiam apabila tangannya disiku kuat oleh Kak Yati. Aik kenapa pulak? Dia salah cakap ke? Dato Hashim mengangguk dalam senyum. Amboi Qeesya, sejak bila pulak kau cantik? Bukan ke kali pertama kau datang ke Citra Holding ni dengan T-shirt Harimau Malaya. Cantiklah sangat! Matanya tercari-cari seseorang. Hesy... mana mamat tu ek? Takkan tak ada tapi, bukan semua pekerja Citra Holding ada dekat sini ke? Cari siapa? tanya Kak Yati, pelik. Seseorang tapi, dia tak ada kut. Aik bunyi macam misteri aje. Yang ada dekat sini semua yang berpangkat aje dalam Citra Holding, yang dicari tu kerja bahagian mana? bisik Kak Yati. Entah, Qees pun tak tahu bahagian mana. Cleanerlah kut he he he.... Cari orang, tapi tak kenal siapa... apalah... bebel Kak Yati. Emmm... manalah dia sempat nak tanya kerja apa pada mamat sombong tu. Tapi, tengok gaya macam hebat aje. Tapi... entahlah. AAK? Telefonnya berbunyi. Khairul? Alamak! Teringat janji dengan Khairul nak beli hadiah untuk Hajah Zainab. Talian tidak dijawab. Tak apalah. Biar Mr. Mekanik tu tunggu sekejap. Namun, sekali lagi lagu Ayat-Ayat Cinta bergema. Kali ini Dato Hashim berdeham, mungkin rimas dengan telefon yang asyik berbunyi. Emmm... Dato dengan Kak Yati naik dulu, saya akan datang kemudian. Saya kena jawab panggilan ni. Dato Hashim mengangguk dan tersenyum. Kak Yati sempat membuat isyarat mata supaya jangan lama-lama. Qeesya mengangguk perlahan. Pintu lif tertutup.

1- Alasan utama memang nak jawab panggilan Khairul. 2- Memang taklah aku nak naik lif berhantu tu lagi. Aku rela naik tangga tingkat 12. Alamak! Tingkat 12? Tabahlah wahai Qeesya Ameena. Rayyan tersenyum melihat tetamu khas yang diundang. Dia bangga dengan kejayaan Dato Hashim. Bukan sahaja kejayaan dalam Mutiara Deko malah, dengan kepakaran lelaki itu dalam banyak bidang. Saya sangat berbesar hati dengan kesudian Dato untuk hadir hari ni. Walaupun bukan majlis perasmian projek besar. Citra Holding sentiasa menarik minat saya untuk menjalinkan hubungan kerjasama. Dan saya tak sangka anak buah saya boleh memikat Encik Rayyan dengan rekaan tak seberapa kami. Dato Hashim jelas merendah diri. Kami memilih atas persetujuan semua. Bukan ada kepentingan tertentu. Walaupun Encik Sharip ada menyatakan bantahan. Tapi, rasanya pihak Citra Holding lebih tahu siapa yang lebih bagus. Satu per satu ayat disusun. Dato Hashim mengangguk. Bangga dengan anak muda di depannya, berani dan bijak menyesuaikan diri dalam membina hubungan perniagaan. Hebat! Saya kenalkan ini salah seorang designer Mutiara Deko, banyak pengalaman dan dah lama berkhidmat dengan saya. Puan Haryati. Oh... jadi hari pembentangan tu... Puan Haryati yang sepatutnya datang? tanya Rayyan perlahan. Kak Yati tersenyum dan mengangguk perlahan. Sepatutnya saya, tapi dengan keadaan saya sekarang ni susah sikit nak bergerak, nasib baik Qeesya sudi tolong. Beberapa pekerja dan jemputan telah mengambil tempat masing-masing. Rayyan memberi penghormatan kepada Dato Hashim untuk duduk di meja VVIP bersamanya. Namun, belum sempat mereka duduk, Qeesya melangkah yakin ke arah meja yang terletak di depan. Maaf Dato saya terlambat... bisik Qeesya. Mata Qeesya terus mencari mata hitam milik Rayyan. Dan dalam masa yang sama mata itu juga sedang memandang tajam ke arahnya. Eleh! Nak pandang, pandang ajelah. Malu-malu konon. Qeesya mencebik. Encik Rayyan mungkin dah kenal. Ini Qeesya A meena, antara pekerja yang paling saya sayang. Kalau dia dapat tawaran dari syarikat lain... saya susah hati, usik Dato Hashim. Rayyan tersenyum sinis. Qeesya mengangkat kening beberapa kali, sengaja mencabar kesabaran mamat sombong di depannya. Dengan cara renungan itu dah mampu mengubat rindu. Rayyan menarik nafas perlahan. Hari ini Qeesya Ameena nampak sangat menarik dengan blaus merah hati dan skirt labuh putih. Di pinggangnya diselitkan tali pinggang dari warna pelangi. Selendang yang melilit kemas di kepalanya begitu sama dengan tudung hitam yang dipakai semasa pembentangan dulu. Tak sangka nenek kebayan boleh bertukar jadi Puteri Gunung Ledang... sindir Rayyan, saja nak sakitkan hati Qeesya. Walaupun matanya sendiri susah untuk melepaskan pandangan. Secara tak sedar, dia asyik mengawasi tingkah wanita itu. Terima kasih, saya memang tahu saya cantik, sambut Qeesya, sengaja memutar -belitkan fakta yang keluar daripada mulut Rayyan. Nenek kebayan? Aku ni punyalah cantik dia kata nenek kebayan. Juling betullah biji mata mamat sombong ni. Rayyan mencebik. Cantik bagi saya bukan terletak pada raut wajah tapi, pada otak. Cantik sekalipun tak ada gunanya kalau tak betul, bisik suara itu perlahan. Qeesya ketawa perlahan. Kau nak cakap aku tak betullah Izz Rayyan? Poyo! Tapi, petanda baik. Hari ini lelaki itu yang sengaja berusaha menyakitkan hatinya. Tapi seribu kali sayang yang hati ini bukan sakit, tapi bertambah sayang! Encik Rayyan jangan pandang saya lama macam tu... nanti boleh jatuh cinta. Tapi, kalau nak jatuh cinta pun saya rela. Bisik Qeesya perlahan tapi, cukup untuk sampai ke pendengaran Rayyan. Eee... gatalnya ayat kau Qeesya Ameena! Rayyan cuba menahan perasaan. Hah, dah mula datang sewel perempuan ni.

PUAN SRI AFIFAH mengeluarkan beberapa keping not RM50.00 dan diserahkan kepada Rania. Senyuman lebar terserlah di wajah itu. Memang senanglah minta duit dengan umi. Kalau dengan alongnya... banyak sangat soalan, kalah polis. Pipi kiri dan kanan umi dicium tanda terima kasih. Rania janganlah kerap sangat keluar dengan kawan. Kalau asyik keluar melepak aje bilanya nak skor dalam pelajaran? Ni dah berapa kali ulang? Nasib baik bab belajar ni along tak cakap apa. Bila Rania nak belajar betul-betul ni? Puan Sri Afifah dan mula bersyarah. Pelik juga bila Rania tak pernah serius dalam pelajarannya. Asyik gagal. Dah puas dia membebel, kadang-kadang malu juga bila ada mulut-mulut yang bertanya bila anak daranya tu nak habis belajar. Alah... sabarlah umi, bukan senang nak belajar benda yang kita tak minat ni. Tambah -tambah kalau kena berfikir. Rasa macam nak pecah dah kepala ni, rungut Rania. Dah dua kali dia merungut pada umi dan alongnya, Rayyan yang dia nak berhenti belajar. Tapi, permintaannya itu ditolak keras. Manalah ada benda yang senang dalam dunia ni Rania? Kalau duduk goyang kaki dekat rumah pun penat juga. Faez tu umi tengok elok aje... result tetap cemerlang. Faez tu lain. Dia mana ada ramai kawan. Kawan dia budak-budak minta sedekah tu ajelah. Tak habis-habis minta sedekah, rungut Rania. Dia tak suka bila dibandingkan dengan Faez. Eh... Kak Nia cakap baik sikit ek. Bukan minta sedekah tapi, kami buat kerja amal minta sumbangan untuk orang yang tak mampu. Bukan macam orang tu sibuk nak habiskan duit umi dengan along. Langsung tak reti nak bersyukur, sambut Faez yang muncul dari mana entah. Tadi tak nampak pulak. Rania mencebik sambil menjeling tajam ke arah adiknya. Mulalah nak biadab. Samalah tu sumbangan dengan sedekah nama aje budak bijak tapi, tak tahu nak beza. Hanya orang buta kebajikan macam Kak Nia aje yang tak tahu bezakan. Faez tetap tak mahu mengaku kalah. Geram betul dia dengan sikap Rania yang suka merendah-rendahkan orang lain. Perangai hodoh! Amboi, sedapnya mulut tu mengata orang. Nak kena ek memang dah lama tak rasa penampar kut, marah Rania. Hesy... apanya yang bising-bising ni? Pantang jumpa, mulalah nak bertekak. Jangan sampai along masuk campur, bentak Rayyan dengan keras dari arah tangga. Rayyan melangkah selamba ke meja makan. Dia sempat memandang wajah kedua-dua adik kesayangannya. Faez dan Rania terdiam. Takut bila Rayyan bersuara. Hanya mata memainkan peranan memang jelas tak puas hati lagi. Umi, tuk wan mana? tanya Rayyan sambil memanjangkan leher meninjau ke kiri dan ke kanan. Malas nak merosakkan mood paginya dengan sikap Rania dan Faez. Dia tahu dengan adanya dia di sini pergaduhan Rania dan Faez pasti akan berhenti. Pergi kelas fardu ain dengan Mak Kiah. Rayyan mengambil tempat di bangku utama. Memang bangku itu tersedia untuknya. Sejak arwah ayah meninggal, Rayyan yang bertindak menjadi ketua keluarga. Apa-apa keputusan penting dalam keluarga terutamanya Citra Holding semuanya terletak di bahunya. Nia dengan Ez hari ni tak ada kelas ke? tanya Rayyan lagi. Ez kelas petang... jawab Faez sambil meneruskan suapan nasi lemaknya. Rania? Emmm... Nia tak ada kelas. Tapi, pagi ni ada kerja nak buat sikit dekat kampus... jawab Rania perlahan. Sejak dari kecil mereka dua beradik telah diajar menghormati abang mereka yang sulung itu. Bagi Rania, keputusan Rayyan lebih mempengaruhi kehidupan mereka berbanding keputusan tuk wan atau umi. Tapi, dia cukup sayangkan Rayyan. Baginya, Rayyan adalah seorang abang yang cukup sempurna. Along nak ke mana pagi-pagi ni? Kata hari ni tak masuk pejabat? Giliran Puan Sri Afifah mengajukan soalan. Faez tersenyum, dah rasa macam balai polis pulak lepas sorang-sorang tanya soalan. Nak tengok keadaan hotel kita tu, umi. Dah seminggu mula renovation... kena pantau juga macam mana mereka tu buat kerja sebab kita dah bayar, terang Rayyan. Aik kenapa pulak bos besar yang turun padang? Kan boleh hantar orang lain yang pantau hotel tu. Kenapa along pulak nak susah-susah? Faez pelik. Setahunya kalau dah CEO ni kerjanya duduk di dalam bilik bagi arahan. Tapi, alongnya asyik sibuk memanjang.

Walaupun kita ketua, setiap apa yang berlaku dalam syarikat kita perlu ambik tahu. Lagipun bidang perhotelan ni masih baru untuk Citra Holding. Jadi, along kena tengok sendiri. Faez mengangguk faham. Oh... susah juga kerja dengan Citra Holding. Sebab itulah dia tak minat bisnes ni. Rumit! Along pergi dengan Hazwan? teka Puan Sri Afifah. Risau juga dia bila anaknya itu asyik berkepit dengan Hazwan tu. Ke mana saja dengan Hazwan. Hesy.... Emmm... macam biasalah umi. Ni, Rania nak ke mana? Mari along hantarkan, pelawa Rayyan. Hah?! Laju Rania menggeleng. Tak apalah along, sikit lagi kawan datang ambik.... Dalam hati berdoa agar alongnya tak bertegas nak tumpangkan dia ke kolej. Kalau tak, habislah. Emmm... kalau macam tu along pergi dululah, ujar Rayyan sebelum melangkah laju selepas mencium tangan uminya. Tak sampai dua minit kereta Rayyan meninggalkan rumah, kedengaran kuat bunyi hon dari luar. Rania kalut menghabiskan air Milo di dalam cawannya. Nia pun nak gerak ni umi. Selamat tinggal budak jahat! Sempat Rania menolak sedikit kepala Faez. Faez mencebik ke arah Rania. Mesti ada yang tak kena dengan kakaknya sorang ni. Kalau tak ada kelas kenapa nak pergi kolej. Ez cepat makan, teman umi pergi pasar. Arah Puan Sri Afifah. Pasar? Alah.... Muka kelat Faez mengundang senyuman di wajah Puan Sri Afifah.

QEESYA cekak pinggang bila melihat wajah itu tersengih-sengih berjalan perlahan ke arahnya. Geram juga kalau mak orang tak faham bahasa ni. Jalan pun dah macam itik, ada hati lagi tu nak jadi pemantau. Kak Yati ni degillah dah nak meletop sangat buat apa datang sini? marah Qeesya. Hesy... geram betullah dengan mak buyung ni. Tahulah berdedikasi tapi, dah saat-saat getir ni duduk sahajalah dekat ofis. Alah... Qees ni, nak takut apanya? Kalau akak nak meletop pun, kan Qees ada. Takkan Qees nak tinggalkan akak kut? jawab Kak Yati selamba. Memang dia dah sampai masa tapi, selagi tak sakit selagi tu kena berjalan. Nanti senang nak beranak, kata oranglah. Qeesya gigit bibir. Amboi, menjawab bukan main! Qees ni nampak aje cool, sopan, cantik dan bergaya mutu keunggulan macam ni tapi... hakikatnya kalau bab-bab meletop ni Qees orang yang paling takut tahu tak? Dulu memanglah cita-cita nak jadi doktor. Tapi, tengok darah pun pengsan. Terus kena reject. Kak Yati ketawa kuat. Suka pulak dia mendengar perkataan meletop daripada mulut Qeesya. Risau apanya kalau nak meletop? Nanti hantarlah akak pergi hospital. Ewah! Senangnya Kak Yati bercakap. Omel Qeesya dalam hati. Tapi, akak pun bukan berani sangat. Saja-saja buat berani. Kena banyak jalan nanti baby senang keluar.... Yelah tu, nak takut apa... bukan kali pertama pun. Kalau kita tak motivate diri sendiri siapa lagi yang nak buat? Memang kena sentiasa upkan diri kalau nak sentiasa positif. Ewah! Dah macam pakar motivasi pulak. Kehidupan ni cermin kepada keperibadian diri... tambah Kak Yati lagi. Yakin! Eh... sekejap. Siapa yang nasihat siapa ni? Adoi... adik akak ni kalau dapat membebel memang susah nak berhenti. Nanti dari akak sihat ni terus nak terberanak bila dengar Qees membebel... marah Kak Yati. Qeesya mencebik. Namun, muncungnya bertukar menjadi senyuman bila melihat beberapa orang lelaki segak berjalan menuju ke arah mereka. Tiba-tiba telinganya menangkap lagu Kuch-Kuch Hota Hai. Degup jantung berlari laju. Wahai hati tolonglah bersabar, jangan gelojoh dan malukan tuan sendiri. Memang hari ini dia sengaja turun padang. Untuk apa? Ah! Mestilah nak melihat Prince Rayyannya. Qeesya tersengih sendiri. Dari tadi matanya menjeling ke arah lelaki itu. Tak ada langsung niat hatinya nak menggatal. Tapi, aura lelaki itu sentiasa menarik lirikan matanya. Hah, siapa yang berada di tempatnya saja yang akan tahu.

Rasa-rasanya akan siap tak pada masa yang dijanjikan? Suara garau Rayyan menyedarkan Qeesya. Mestilah, Encik Rayyan. Kalau Mutiara Deko, semuanya akan selesai. Cuma mungkin dua hari ni kerja agak lambat sebab nak tunggu barang yang kita oder tu sampai, ikutkan esok pagi akan sampai, terang Kak Yati. Rayyan mengangguk beberapa kali. Hazwan di sebelahnya tersenyum puas melihat hasil kerja Mutiara Deko. Atau dalam perkataan tepatnya, terpegun! Rayyan dan Hazwan meninggalkan dua wanita itu. Mereka terus mendapatkan Nizam dan kumpulannya yang sedang menyusun peralatan untuk dibawa ke tingkat seterusnya. Auch! jerit Kak Yati tiba-tiba. Qeesya yang ralit memandang wajah Rayyan hanya memandang sekilas wajah itu. Qees Qees... auch.... Kak Yati cuba memanggil Qeesya di sebelahnya. Qees, akak rasa nak meletoplah. Kak Yati menangkap tangan Qeesya. Hesy... akak ni, memanglah Encik Rayyan tu meletop. Bagi Qees, dialah lelaki yang ter hensem buat masa ni yang pernah Qees jumpa. Tapi, bukan sebab hensem Qees suka tengok dia. Hmmm... entahlah tak tahu nak cakap macam mana. Tak pernah Qees rasa macam ni... pertama kali dan mungkin ini yang terakhir, jawab Qeesya. Mata masih setia pada wajah tegas itu. Eee... banyak dosa mata hari ni. Ya Allah, hebatnya ciptaanMu. Kak Yati menggenggam kuat bahu Qeesya. Qees! Bukan Encik Rayyan yang meletop tapi, akak ni yang nak meletop ni! jerit Kak Yati sedaya upaya menahan sakit. Badannya menggigil menahan sakit. Tunduk sambil memegang perutnya. Emmm... nak meletop pun nak heboh akak ni. Qeesya menoleh seke jap dan kembali ke arah wajah yang jelas serius membincangkan sesuatu dengan pembantunya. Oh! my prince Rayyan. Qeesya!!! Kali ini jeritan Kak Yati membuatkan dia tersedar. Beberapa mata di situ turut menoleh ke arah mereka. Aku sakit dah ni... nak beranak! Hah! Ya Allah! Macam mana ni? Akak kata minggu depan. Eh... sabar sayang, sabar... jangan keluar dulu, keluar esok, ek? Keluar... eh jangan keluar... adoi. Qeesya kalut. Panik! Nafasnya turun naik sama macam Kak Yati. Kenapa ni? tegur Rayyan yang tiba-tiba sudah berada di belakang Qeesya. Nak meletop! balas Qeesya, masih kalut. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan memegang perut Kak Yati. Meletup? Sambut Rayyan dan Hazwan. Qeesya menepuk dahinya. Adoiyai! Qeesya Ameena!

Hospital Seri Pantai: Lima petang. QEESYA tersenyum melihat wajah suci bersih anak kecil itu. Hatinya seakan-akan melonjak ingin menyentuh wajah itu. Ya Allah, agungnya kuasaMu. Lahirlah seorang lagi anak Adam yang akan menjadi hambaMu yang terbaik. Sayang jadi anak yang soleh pada ayah dan ibu, jadi insan yang sentiasa berjuang untuk kebaikan dan hamba yang selalu mengingati Pencipta Yang Esa, bisik Qeesya perlahan. Dia terlupa ada mata yang memandang. Dia seakan-akan berada dalam dunia yang baru. Rayyan memandang lama wajah wanita di depannya. Qeesya nampak begitu asyik bila berbisik dengan si comel yang baru menjengah dunia. Tak ada kekurangan, cantik, manis, ada lesung pipit di kedua-dua belah pipinya bila tersenyum. Memang memiliki kriteria sebagai seorang wanita yang digilai ramai. Bisik Rayyan dalam hati. Encik Rayyan jangan tengok saya macam tu. Nanti jatuh cinta... suara Qeesya dalam senyuman penuh makna. Tapi tak apa, termakbul juga doa saya. Rayyan mencebik, melarikan matanya ke arah Kak Yati yang sedia tersenyum di katil. Walaupun bukan pertama kali dia mendengar kata cinta daripada seorang perempuan tapi, ini kali pertama dia mendengar luahan tanpa berselindung. Jauh dalam hati dia mengagumi keberanian wanita di depannya.

Eh! Takkan kau pun dah melayan perasaan Rayyan? Bisik hati Rayyan nakal. Cepat dihalau jauh-jauh perasaan aneh yang muncul. Lagipun dulu arwah nenek saya pernah cakap yang saya akan kahwin dengan lelaki yang akan selamatkan saya bisik Qeesya lagi. Ewah! Pandai aje kau Qeesya, sejak bila pulak nenek pesan macam tu? Skrip drama mana kau cilok ni? Bagusnya nenek kau boleh tengok masa depan? Dia tak cakap yang kau akan membesar jadi perempuan perasan? sindir Rayyan. Maafkan saya, Yati. Nampaknya... saya kena balik ke pejabat. Apa pun, tahniah. Tolong cakap dengan kawan awak lain kali kalau berdepan dengan kecemasan jangan over sangat. Sayang juga Encik Rayyan dekat saya ek? Sahut Qeesya laju. Aku kesiankan orang yang akan jadi mangsa sebab gelabah biawak kau tu. Lelaki itu terus meninggalkan bilik selepas menghulurkan sedikit sumbangan kepada Kak Yati. Pap! Terasa macam lori enam belas tayar melanggar badannya. Uik, Qeesya Ameena! Sila malu semalumalunya. Kurang asam punya mamat sombong. Kak Yati hanya tersenyum melihat gelagat Qeesya dan Rayyan. Dia sempat mengucapkan terima kasih kepada Rayyan. Hazwan hanya menemani mereka hingga ke pintu hospital, lepas tu lelaki itu hilang entah ke mana. Mungkin balik ke pejabat. Hah, tak ada perkataan putus asa dalam kamus hidup Qeesya Ameena. Okey... Encik Rayyan, jangan rindukan saya! Qeesya m enjerit kuat. Pintu bilik wad 2B ditutup. Rayyan menggeleng dan akhirnya terbit senyuman kecil di bibirnya. Sewel!

Bab 5

ADIA meletakkan tangannya ke atas dahi Qeesya. Tak panas. Tangan beralih pula pada mata bulat milik kawannya itu. Dibuka seluas-luasnya. Tak ada pun tanda kemurungan atau stres. Makin kuat makan adalah. Sejak dia mengenali Qeesya, satu benda yang susah sekali nak berlaku dalam hidup sahabatnya itu adalah stres. Datanglah ujian sesusah mana pun, mesti Qeesya akan selamba dan tersenyum.

Hesy! Kau ni duk raba-raba aku dari tadi ni dah kenapa? Jangan sampai aku saman kau atas tuduhan mencabul... bidas Qeesya geram. Ditolak laju tangan Nadia. Tiga tahun dia tinggal serumah dengan Nadia dah cukup buat dia faham apa yang bermain dalam kepala minah ni. Laju Nadia mengangkat tangannya. Kau ingat aku ni apa nak cabul -cabul? Aku masih waras. Aku masih berpijak pada paksi keimanan walaupun taklah sekuat orang lain. Nadia lepas geram. Suka hati mulut dia aje kalau nak bercakap. Qeesya tersengih. Hah, ambik kau sebiji! Tak adalah, yang dari tadi duk usik-usik duk belek-belek aku pasal apa? Kau ingat aku ni patung cendana ke? Qeesya tersenyum melihat muncung itik temannya itu. Amboi, pantang marah sikit budak manja ni. Lempang sekali baru tahu. Yalah, aku minta maaf. Janganlah buat muncung itik tu, tak cantik langsung... kau nak apa? sambung Qeesya lagi bila wanita itu hanya diam. Merajuk pulak dah. Hah... lain kali cakap tu biar berhemah sikit. Ini... main redah aje. Kau ni kenapa? Sihat ke? Kenapa? Qeesya meraba mukanya. Ada ke tulis dekat dahi aku yang aku tak sihat? Kau tu kenapa? tanya Nadia. Soalan dijawab dengan soalan. Nad, kau percaya tak dengan C.I.N.T.A? tanya Qeesya perlahan. Siap dieja lagi perkataan ajaib itu satu per satu. Cinta?! Hoi!!! Kau dah jatuh cinta dengan Khairul ke? Tu la, kan aku dah cakap kau tak akan boleh berkawan baik dengan dia. Lama-lama mesti akan ada rasa cinta tu. Tak percaya lagi cakap aku, tengok sekarang apa dah jadi? Nadia mula lari dari landasan sebenar. Mulalah tu nak membebel. Mulut Nadia ditekup dengan tangan. Kau ni... lain yang orang tanya lain pulak yang kau jawab. Sebab tu kau tak lulus BM, ujar Qeesya, geram. Dahlah cakap macam nak bagi satu dunia tahu. Adoi! Nadia PotPet betul. Sesuailah dengan gelaran kau. Nadia PotPet. Eh, helo... BM aku A okey, balas Nadia sambil menolak tangan Qeesya yang m enutup mulutnya. Nad kau boleh tolong aku tak? tanya Qeesya lagi. Rasa -rasanya jawapan Nadia tak diperlukan sekarang ni. Nak tolong apa? Boleh tak tolong kumpulkan maklumat pasal mamat ni, nama dia Izz Rayyan Iskandar Mustafar. Dia kerja dekat Citra Holding. Kau ni serius ke? soal Nadia selepas beberapa minit memproses permintaan Qeesya. Ada macam aku melawak ke? Qeesya mengangkat keningnya tinggi. Hesy! Kenapalah susah orang nak percaya yang dia serius? Aku kenal kau sejak zaman universiti lagi. Sekarang ni aku nak tanya kau betul -betul, siapa mamat bertuah yang dah buka hati kau ni? Sebelum ni bukan tak ada yang cuba nak masuk line tapi, kau awal-awal dah tutup line diorang. Sekarang ni Qeesya Ameena nak tackle hati seorang lelaki? tanya Nadia tak percaya. Sengaja buat muka pelik. Memang muka minta lempang! Hah! Tak percaya, kan? Aku pun pelik juga tapi, nak buat macam mana? Aku rasa aku suka dia dan yang penting dia lelaki kedua yang selamatkan aku selepas Khairul. Hati aku ni kalau berdepan dengan dia, berdendang macam dalam disco kau tahu. Asyik meloncat-loncat suka, jelas Qeesya. Sempat jugalah berangan. Mamat tu macam mana? Qeesya seperti berfikir sesuatu yang rumit. Eee... susahlah dengan dia ni. Muka memang macam orang tak ada perasaan. Susah nak tengok kemanisan pada wajah dia. Sepanjang masa as yik buat muka batu bata aje. Entah kenapalah hati aku ni boleh jatuh cinta dekat dia? Nadia seakan-akan tak percaya apa yang meniti daripada mulut itu. Memang pelik bin ajaib. Tapi, kalau dah ketentuan Allah... tak ada siapa kata tak boleh atau tak. Apa reaksi dia bila kau kata kau suka dekat dia? Mula-mula dia buat tak tahu aje. Tapi, nampak dia macam terkejut beruk juga. Cuma biasalah... lelaki macam dia mestilah cover, kan? Tapi, apa yang pasti dia cabar aku masuk dalam dunia dia dan aku pun tetapkan syarat yang dia juga kena masuk ke dalam dunia aku. Nadia mengangguk lagi. Emmm... satu idea yang menarik. Aku tahu, mesti dia nak test kau tu.

Sebab aku tahulah aku terima, dan dalam masa yang sama aku pun sebenarnya nak test dia, tutur Qeesya sambil tergelak jahat. Nadia tersenyum, suka dia melihat mood Qeesya yang sentiasa gembira. Tapi, kau tahu ke siapa mamat tu? Qeesya tepuk dahi. Sebab tak tahulah aku suruh kau siasat! Adoyai.... Nadia tersenyum. Buat muka tak bersalah.

BMW 7 SERIES putih meluncur perlahan menyusuri jalan. Seakan-akan memerhati gelagat mereka yang bersidai di bahu jalan. Hai anak muda sekarang, suka sangat membuang masa. Ada juga antaranya yang sibuk berkepit dan... oh terselit jugalah aksi tak senonoh 18SX tu. Kalaulah remaja sekarang tahu betapa susahnya hidup ketika zaman penjajah, mesti mereka ini akan takut untuk mengkianati diri sendiri, keluarga dan negara. Hah, lemas aku tengok budak-budak sekarang ni. Dah macam negeri omputih. Baru lepas sekolah dah berpeluk-peluk tepi jalan... rungutnya sendiri. Azman tersenyum mendengar rungutan majikannya itu. Kadang -kadang yang masih sekolah pun macam tu, Puan Hajah. Cabaranlah untuk mak bapak nak didik anak-anak sekarang. Emmm banyak sangat benda yang tak berfaedah sekarang ni. Tak payah tengok orang lain, kamu tengok aje cucu aku tu. Macam-macam perangai. Dia mengeluh perlahan. Paling sakit bila melihat cara pemakaian Izzah Rania. Rasa senak jantungnya. Dah berbuih mulutnya membebel. Hasilnya, berubahlah sehari. Lepas tu buat balik! Katanya panas kalau pakai tudung. Hesy! Tapi, cucu-cucu Puan Hajah tu saya tengok menjadi juga. Cuma Cik Rania yang nampak degil sikit. Azman berterus terang. Sengaja mengingatkan majikannya tentang Cik Rania. Bukan dia tak tahu kegiatan cucu majikannya tu. Tapi, sebagai pemandu dia kena sedar kedudukannya. Kamu ada tahu apa-apa ke, Man? Ke kamu ada sorokkan apa-apa daripada aku? soal Hajah Sarifah tegas. Hesy... tak adalah. Saja teringatkan Cik Rania tu. Man, kamu berhenti dekat situ. Tunggu aku dekat sini aje nanti. Lepas beli barang nanti aku telefon... arah Hajah Sarifah. Buat kali pertamanya dia keluar tanpa Rokiah di sisi sebagai peneman. Bukan apa, malas nak mengganggu tugas pembantunya tu. Baik, Puan Hajah. Tapi, lama ke Puan Hajah pergi? Kalau lama... saya nak pergi makan dulu, tadi tak sempat nak makan, jawab Azman. Sudah dua belas tahun dia berkhidmat sebagai pemandu keluarga Puan Sri Afifah. Dia merasakan ini adalah pekerjaan yang paling senang. Cuma sekali-sekala aje Puan Sri Afifah akan buat hal. Mengamuk sampai habis semua dia nak marah. Aku ni orang tua, Man... nak beli apa lama-lama sangat. Tapi, kalau kamu nak makan pergilah. Hajah Sarifah memberi kebenaran. Tapi, nanti Puan Sri marah kalau dia tahu saya tinggalkan Puan Hajah macam tu aje. Alah... macam kamu tak biasa kena marah dengan dia. Kalau dia marah, kamu tutup aje telinga. Habis dia membebel, habislah marah dia, jawab Hajah Sarifah pula. Azman tersenyum. Memanglah tapi, sementara nak tunggu habis marahnya tu boleh berdarah anak telinga. Hajah Sarifah melangkah dengan berhati-hati. Dengan usia tuanya mana boleh nak sepantas dulu. Tapi, dia cukup bersyukur dengan tahap kesihatannya sekarang. Boleh lagi menunaikan suruhan-Nya. Sebuah kereta Wira tiba-tiba berhenti di hadapannya. Menjerit bunyi tayar kereta itu bila tiba-tiba paddlenya ditekan kuat. Hajah Sarifah terkedu, Ya Allah! Mak cik! Qeesya sempat menarik tubuh itu ke tepi jalan. Oih, orang tua! Tak nampak ke? marah lelaki yang membawa Wira berwarna hijau itu. Hajah Sarifah membuka matanya. Hoi! Tak nampak kepala lutut kau! Yang bawa laju -laju kawasan parking nak buat apa? Tak payah nak tunjuk lagak dengan orang tualah hoi! bentak Qeesya geram. Suka hati nak mar ah orang. Biadab betul! Tak ada budi bahasa, entah anak siapalah. Mak cik tak apa-apa?

Tak ada apa-apa... nasib baik ada anak tolong tuk wan. Kalau tak mesti dah arwah... tutur Hajah Sarifah sambil cuba mengintai wajah di sebalik topi keledar yang menutup muka Qeesya. Betul ni tuk wan tak apa-apa? Marilah saya hantar tuk wan balik. Eh... tak apa. Tuk wan okey. Boleh tuk wan tahu nama anak ni siapa? Qeesya tersenyum. Alamak! Kata orang biadab, aku ni apa kurangnya? Ada ke cakap dengan orang tua tak buka helmet. Saya, Qeesya Ameena Qushairy. Hajah Sarifah tersenyum. Manis orangnya. Bisik hati Hajah Sarifah. Terima kasih sekali lagi sebab selamatkan tuk wan. Perkara kecik aje tuk wan. Saya sebenarnya ada misi ni. Sorry sebab tak boleh nak berborak lama dengan tuk wan, jelas Qeesya. Kalau dia beramah mesra dekat sini nanti, alamat melepaslah nak mengintip Prince Rayyannya. Nak menyiasat dengan mata kepalanya sendiri betul ke buah hatinya tu playboy. Misi? Ameena ni polis ke? Qeesya ketawa kuat. Eh... ni atas sikit dari polis. Qeesya tengah intip buah hati ni. Nak tengok betul ke dia ni main kayu tiga ke kayu empat ke.... Ameena? Lama dia tak dengar orang panggil dia dengan nama itu. Dulu arwah nenek aje yang panggil dia Ameena. Hah?! Mengintip? Mana buah hati tu? Kenapa nak diintip? Hesy... pelik pulak budak ni. Macam-macam hal budak-budak sekarang ni. Qeesya nak melamar dia. Tu yang tengah mengintip dia ni, sesuai tak untuk buat suami misali. Hah, itu pun dia. Tuk wan menyorok! Jangan bagi dia nampak kita. Kalau dia nampak kita, matilah! arah Qeesya sambil memalingkan wajahnya ke arah lain. Izz Rayyan? Budak ni mengintip cucu aku? Laju mata tuanya menghala ke arah Qeesya. Kemudian kembali ke wajah Rayyan yang berdiri agak jauh dari tempat mereka berdiri. Tuk wan cepat menyorok, nanti kalau dia nampak matilah kena marah. Tutur Qeesya lagi s ambil menarik tangan wanita di depannya. Hajah Sarifah ketawa kuat. Kalau dia nampak tuk wan pun bukannya dia kenal tuk wan.... Qeesya terkedu. Menepuk dahinya. Alamak! Lupa pulak tuk wan tak ada kaitan dalam cerita ni. Sempat dia ketawa sekejap dengan kebodohannya. Hah, memang kalau pasal Prince Rayyan tu, dia akan jadi bodoh dalam beberapa saat. Penangan cintalah katakan.... Ameena suka sangat ke budak lelaki tu? Qeesya ketawa kecil. Macam comel aje tuk wan panggil dia budak. Bukan suka aje tuk w an tapi, Qeesya ni dah jatuh cinta dengan dia. Cinta pandang pertama. Tapi, budak tu sombong sikit. Eh, tak. Sombong banyak. Tapi, usaha tangga kejayaan, kan? Kan? Hajah Sarifah ketawa senang. Tak apalah. Tuk wan balik dulu. Teruskan mengintai. Eh... tuk wan bukan mengintailah, teruk sangat bunyinya. Mengintip! Okey... tuk wan jalan elok-elok ek. Ni tak jadi ke beli barang? Qeesya ramah bertanya. Terasa selesa bila berbual dengan tuk wan. Tak apa... tuk wan beli lain kali. Ada hal lagi penting nak diuruskan. Terima kasih sekali lagi sebab tolong tuk wan tadi. Qeesya mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis. Sempat dia tunduk mencium tangan tua itu. Benda yang selalu dia buat kalau dengan orang yang jauh lebih tua. Okey... teruskan mengintip. Qeesya tertunduk malu dan mengangguk penuh semangat. Hesy... spesies apa anak dara mengintai anak teruna orang. Adoi, parah betul kau ni Qeesya Ameena. Eh, alamak! Tuk wan tadi nama apa, ek? Tinggal dekat mana? Alamak, semangat sangat mengintai! Eh, mengintip! Sampai lupa nak tanya nama tuk wan. Qeesya... Qeesya....

CUCUR pisang di depannya selamat mendarat masuk ke dalam mulut. Cara makan macam dah sepuluh tahun tak makan. Qeesya sempat menangkap senyuman di bibir Hajah Zainab.

Qees cuba makan elok-elok sikit. Tak ada siapa yang nak dikejar pun. Hajah Zainab meletakkan beberapa biji lagi cucur pisang di atas pinggan. Cucur pisang mak ni memang yang terbaik sekali dalam dunia ni. Memang kalau Qees mengidam pun mesti nak makan cucur pisang mak ni. Dia tak pernah jemu memuji wanita di depannya itu. Hajah Zainab mencebik. Kalau bab ambik hati memang serah ajelah dekat Qeesya Ameena. Dari kecik lagi memang pandai sangat buat orang jatuh sayang. Kenapa tiba-tiba balik sorang ni? Ada berita baik nak kongsi dengan mak? teka Hajah Zainab. Qeesya terus mencapai gelas berisi air di sisinya. Tak ada apalah saja rindukan mak. Rindu nak peluk rindu nak kena dodoi, rindu nak kena bebel he he he.... Hajah Zainab tersenyum. Api yang menyala di dapur dikecilkan sedikit. Dia terus memandang tepat ke arah anaknya. Kalau mulut kecik tu dah bercakap, mak dah tahu apa ayat yang akan keluar. Jadi, tak payah nak tipu mak dengan ayat yang entah apa-apa tu. Qeesya tersengih. Tak ada apa, mak. Qees baru lepas lamar seorang lelaki untuk jadi menantu mak, jawabnya dengan selamba. Dalam mulut dah penuh dengan cucur pisang. Hah?! Hampir terjatuh sudip di tangan Hajah Zainab. Qees saja aje nak test dia. Dia tu sombong sangatlah. Saja aje nak tengok dia boleh cair ke tak dengan Qees ni. Mak, kan tahu Qeesya Ameena ni pantang dicabar. Ni keturunan Tun Teja ni.... Sengaja Qeesya menguatkan suaranya. Cis, bukan sekarang ni aku ke yang dah cair?! Adoi... Qeesya Ameena. Pleaselah.... Hajah Zainab diam. Hanya isyarat mata yang memainkan peranan. Kali ini untuk sekian kalinya Qeesya akan kalah dengan panahan mata Hajah Zainab. Mana boleh lawan seorang ibu. Anak mak ni dah besar rupa-rupanya. Qees jatuh cinta dengan budak tukan? teka Hajah Zainab. Pap! Memang tepat. Qeesya tak berani angkat muka. Terus berpura-pura mengunyah cucur pisang walaupun perutnya dah menjerit mengatakan NO ENTRY! Memang dah tak boleh nak masuk dah. Dari mata Qees tu, mak dah tahu mulut dengan hati tak sama. Kan? Bertuahnya budak tu sebab berjaya buka hati anak mak ni. Siapa nama dia? Izz Rayyan Iskandar, mak. Akhirnya nama itu meniti di bibirnya. Kerja apa? Emmm... itu Qees tak pastilah apa jawatan dia yang sebenar, lu pa nak tanya. Hesy... budak ni. Benda penting pun boleh tak tahu. Macam mana boleh jatuh cinta, tapi dari mata anak mak ni memang mak tahu ada sesuatu dalam hati tu. Tapi, Qees jangan buat macam-macam dengan anak teruna orang.... Pesanan keras daripada Hajah Zainab. Eh... macam aku boleh buat apa-apa aje kat mamat sombong tu. Qees memang tak boleh nak rahsialah dengan mak ni... mesti buat apa pun tertangkap juga. Mak pakai ilmu apa ni? Sengaja Qeesya menghadiahkan pandangan pelik. Menggaru dagunya b eberapa kali. Ilmu kasih seorang mak pada anak-anaknya. Walau apa pun ingat jangan letak cinta sesama manusia lebih tinggi daripada cinta kita kepada-Nya. Pantas dan padat jawapan Hajah Zainab, tapi cukup membuatkan Qeesya terkedu. Sekali gus membuatkan dia sedar. Qeesya bangun memeluk tubuh sederhana gempal itu dari belakang. Wanita inilah yang membuatkan dia dilimpahi kasih sayang, wanita ini jugalah yang buat dia lupa yang dia hanya anak yatim piatu. Terima kasih, mak. Tangannya ditampar lembut. Nak terima kasih apa pulak ni? Terima kasih sebab buat Qees lupa yang Qees ni anak yatim piatu. Terima kasih sebab buat Qees rasa mak lebih sayang Qees daripada si mekanik tu. Dalam sayu sempat juga dia melawak. Qeesya.... Hajah Zainab menahan perasaan. Tangan Hajah Zainab dipegang erat dan dicium perlahan terus diletakkan di pipi. Tangan inilah yang selalu gosok belakang Qees bila Qees tak boleh tidur. Tangan ni juga yang selalu suapkan Qees makan bila Qees lapar. Tangan ni juga yang selalu jadi bantal untuk Qees lena bila rindukan arwah

nenek. Tangan ni juga yang selalu lapkan air mata Qees bila kena usik dengan budak jahat dekat kampung ni. Qees sayang sangat tangan ni. Suara Qeesya antara dengar dengan tak. Hajah Zainab tersenyum. Air matanya menitis. Terharu dengan kata-kata Qeesya. Mak janganlah menangis, kan tak cantik dah mak Qees ni. Ala -ala comel... usik Qeesya ingin menghalau kesedihan yang diundangnya tadi. Hesy... ni bukan masanya nak sedih. Qeeslah ni buat mak sedih. Qeesya tersenyum dan kembali mendakap tubuh itu kuat. Memang dia suka memeluk tubuh sederhana gempal itu. Terasa dia lebih disayangi. Kalau ada Khairul ni, mesti berbulu biji mata dia tengok. Nasib kaulah Khairul Ikhwan Abdul Rahman. Mak. Panggil Qeesya perlahan. Pelukan direnggangkan. Ya, sayang. Qeesya seakan-akan menghidu sesuatu. Bau macam cucur pisang bakar. Resipi baru ke? Hajah Zainab tersedar. Ya Allah cucur pisang aku hangus! Qeesya! Qeesya sudah sedia menghilangkan diri. Ting! Lari....

Bab 6

EESYA terasa nak ketawa sekuat mungkin melihat wajah berkerut Rayyan. Hah, tadi berlagak sangat, kan? Sekarang, kan dah kena! Alah... comel pulak muka hero pujaan hati aku ni buat macam tu. Betullah orang kata kalau jodoh tak ke mana. Sekarang ni memang bukan satu perancangan tapi, satu kebetulan. Berdating di tepi jalan. Hebat, kan? Sepatutnya sekarang mereka bersama di hotel Citra Holding melihat kerja-kerja terakhir. Tapi, last-last terkandas dekat sini. Itulah orang kata jangan suka sangat menghina orang. Kalau naik kereta saya tadi pun tak jadi macam nikan? Suara Qeesya tak puas hati. Sombong sangat, nasib baik cute! Qeesya tolong jangan menggatal. Peringatan untuk diri sendiri. Jom kita naik LRT aje. Jalan ke seberang sana aje. Cepat sampai lagipun kita dah tak ada masa ni, usul Qeesya dengan tegas. Hesy... kalau melayan mamat sombong ni boleh cair dia duduk kat tepi jalan ni.

Tak apa. Aku boleh call Hazwan suruh ambik dekat sini. Qeesya mengeluh. Encik Izz Rayyan... kalau nak tunggu sampai esok pun tak sampai. Naik LRT aje. Lagipun kalau saya tak hantar draf ni pada CEO Citra Holding nanti, matilah. Nanti tak pasal-pasal dia cop syarikat kami menipu. Kali ni Qeesya sangat serius. Menyesal pulak dia tak bawa kereta dia tadi. Atas alasan lebih senang berurusan dengan CEO Citra Holding kalau ada Rayyan bersama. Tapi, hampeh! Aku tak pernah naik benda tu, jawab Rayyan dengan selamba. Dia masih berdiri dengan gaya maconya seolah-olah macam tak ada apa yang akan berlaku. Qeesya mencebik. Emmm... poyo juga ayat yang keluar daripada mulut jejaka idaman dia ni. Hai, Encik Rayyan nasib baiklah Qeesya Ameena ni dah jatuh cinta dengan awak . Kalau tak, memang melayang dah kasut ni atas dahi, ucap Qeesya selamba dengan nada perlahan. Geram. Apa kau cakap? Suara Rayyan meninggi. Tak ada apalah. Just say I love you and you love me too. Qeesya tersenyum, menayang lesung pipitnya. Jangan buat perangai, Qeesya. Tepi jalan ni. Buatnya dia lempang kau laju-laju nanti siapa yang susah? Kau juga. Rayyan buat tak dengar walaupun jantungnya sendiri bagai nak pecah mendengar pengakuan berani wanita di depannya ini. Betul ke awak kenal dengan CEO Citra Holding ni? Boleh tak telefon dia, cakap dengan dia yang kita mungkin akan lambat sebab kereta buruk awak ni buat hal. Beli mahal-mahal, tapi tersandar juga tepi jalan, bebel Qeesya. Mukanya dah merah menahan terik mentari. Kau ni memang macam ni ke? soal Rayyan. Macam ni macam mana? balas Qeesya. Cakap ikut suka hati aje. Kau jangan risau. CEO Citra Holding tu okey. Dia tak akan marah. Rayyan buat penerangan ringkas. Ya ke? Orang kata dia tu bengis, pemarah. Suka menyusahkan orang. Siapa kata?! Kau kenal ke dia? tengking Rayyan. Perlu ke saya kenal siapa CEO Citra Holding tu? Lagipun saya hanya ambil tahu pasal orang yang ada di sekeliling saya aje, malaslah nak semakkan kepala fikir pasal orang lain, balas Qeesya dengan selamba. Rayyan berengus. Kalau tak kenal jangan buat kesimpulan! Aik, marah pulak? Qeesya buat-buat tak dengar. Alah... comelnya my prince Rayyan buat muka tanda soal macam tu. Ala... ala... ala... rasa nak cubit. Ops... alamak! Hesy... control sikit Qeesya. Sedar sikit diri tu. Adoi, kenapalah bila dengan mamat sombong ni mesti dia gagal nak kawal perasaan? Apalah yang mamat ni pakai agaknya? Kalau saya suka, saya akan kata suka. Kalau saya tak suka, saya akan kata tak. Tapi, saya minta maaflah kalau kata-kata saya buat Encik Rayyan tak selesa. Okey... berbalik pada kereta mewah tapi, rosak ni nak buat macam mana? Hah sempat juga dia menyindir. Pelik betul, sekejap dia bersaya -awak sekejap dia panggil Encik Rayyan. Nampak sangat yang dia ni mengalami kecelaruan fikiran yang teruk. Aku call kawan aku dulu. Kawan awak tu dekat mana? Ofis... balas Rayyan sambil lewa. Muka tak ikhlas langsung. What?! Dari ofis awak nak dia datang sini? Boleh makan empat puluh minit tau dengan sesak lagi nanti. Emmm... tak apalah saya call hero saya. Qeesya bertindak terlebih dulu. Poyo juga mamat ni. Naik teksi tak nak, ajak naik LRT pun tak nak. Hesy... payah nak jaga ni kalau buat suami. Sempat dia memasang angan-angan. Qeesya menjarakkan diri daripada Rayyan, tak tenang dia nak bercakap dalam telefon kalau mata tajam itu asyik menikam wajahnya. Mamat sombong tu memanglah tak akan rasa apa tapi, jantung aku juga yang rasa nak meloncat keluar. Perlahan nombor Khairul ditekan. Rayyan berdeham perlahan apabila melihat Qeesya kembali berjalan ke arahnya. Wajah itu masih tersenyum. Dalam masa lima belas minit lagi hero saya datang, ucapnya dengan bangga. Boleh percaya ke lima belas minit?

Eh... dia ni Ultraman Malaysia. Kalau dia kata lima belas minit tu, maknanya empat belas minit setengah dia dah terpacak dekat sini, jelas Qeesya dengan yakin. Encik Rayyan ni tak apa ke berdiri tepi jalan macam ni dengan saya? Qeesya tersengih dalam hati. Kenapa pulak? tanya Rayyan, pelik. Mana tahu kalau kekasih Encik Rayyan lalu dekat sini, tak ke jadi sinetron nanti? Kisah percintaan tiga segi... usik Qeesya. Sempat dia menutup mulutnya, menahan tawa daripada tercetus. Rayyan berwajah serius. Tajam memandang wajah Qeesya. Diam langsung tak bergerak. Okey, lebih baik diam. Qeesya berpura-pura melihat ke arah jalan raya. Takut juga kalau tiba-tiba mamat sombong ni mengamuk dekat sini. Tepat empat belas minit setengah... pin! Pin! Honda kapcai sedia terparkir di depan BMW milik Rayyan. Hah, kan saya kata Ultraman Malaysia ni.... Kedatangan Khairul disambut dengan senyuman bangga. Kawan kau mekanik ke? tanya Rayyan sambil menyangkut cermin mata hitam di dalam poket kemeja. Yup.... Dia tahu ke baiki kereta BMW? soal Rayyan seperti meragui kemahiran t eman Qeesya itu. Qeesya terdiam, faham sangat gaya renungan mata mamat sombong ni. Ewah, pandang rendah dekat Ultraman Malaysia aku pulak. Usah kata BMW, kereta lembu pun dia boleh repair. Jangan risaulah. Insya-Allah... boleh, balas Qeesya dengan tegas. Sengaja ditekankan sebutan kereta lembu itu. Biar faham. Kereta lembu dengan BMW dia tu tak adalah beza sangat. Apehal ni? tanya Khairul dengan serius. Adoi... rasa nak tergelak pulak. Tolong tengok kereta yang hensem ni, apa sakitnya. Tiba-tiba tak boleh start. Qeesya memberi arahan. Rayyan hanya bertindak sebagai pemerhati bebas. Elok bersantai macam tengah menonton filem. Sesekali dia tersenyum sinis dan menggeleng. Hatinya langsung tak yakin dengan kebolehan lelaki di depannya itu. Kalau setakat tengok enjin kereta Kancil bolehlah kut. Boleh kesan tak penyakit dia? tanya Qeesya. Serius. Emmm... ini sikit punya hal aje ni. Kepala penyambung soket aje longgar. Pantas Khairul buat kerja. Pegang ni sikit, tarik ni sikit, goyang satu wayar, lepas tu letak balik. Emmm... semudah 123. Bisik Qeesya dalam hati. Encik boleh try start enjin. Rayyan menurut. Perlahan dia masuk kembali ke dalam kereta dan sebaik sahaja enjin hidup, Qeesya adalah orang pertama yang gembira. Bukan sebab enjin kereta hidup tapi, sebab kejayaan Khairul membuktikan yang kereta mahal Rayyan tu ibarat kacang goreng aje. Terima kasih. Emmm... berapa semua? Rayyan dah mengeluarkan not RM50.00 dua keping. Eh... masalah kecik aje encik. Tak apalah. Saya datang ni pun sebab ingatkan kereta buruk Si Qeesya ni yang buat hal. Ucapan selamba Khairul itu memang seperti mahu minta kena sepak dua kali. Tak habis-habis hina kereta aku. Cis! Qeesya mengangkat penumbuknya. Khairul mengangkat kening. Eleh... bajet orang takutlah dengan penumbuk kecik dia tu. Emmm... tak apalah. Saya pun ikhlas nak bagi, buat tambah minyak awak datang sini tadi. Rayyan terus memasukkan duit tersebut ke dalam poket T-shirt Khairul. Alah... tak apa. Kau ambik ajelah. Bagi kapcai kau tu minum banyak sikit. Eh... lupa pulak nak kenalkan. Ini, Izz Rayyan Iskandar. Encik Rayyan, ini hero saya... Khairul Ikhwan mekanik paling popular kat KL ni. Ewah! Sempat lagi nak upkan Khairul ni. Rayyan hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda perkenalan. Dia tak menyambut salam Khairul bila lelaki itu mengangkat tangannya yang penuh dengan kesan minyak hitam. Okeylah. Kalau macam tu, kami pergi dulu. Dah lambat ni, ujar Rayyan. Okey.... Khairul sempat menghantar beberapa isyarat tangan kepada Qeesya. Qeesya juga membalas dengan cara yang sama.

Rayyan hanya diam dan terus berjalan menuju ke kereta walaupun jauh di sudut hatinya tertanya-tanya siapa lelaki Ultraman Malaysia itu. Kalau nak katakan abang, macam tak ada iras langsung. Kata cinta, tapi... boleh pulak main mata dengan lelaki lain. Perempuan semua sama aje! Eh... kenapa pulak aku nak marah? Rayyan kembali terkedu dengan persoalan hatinya. Encik Rayyan, apa lagi? Jomlah.... Aku hantar kau balik, dokumen tu bagi aje dekat aku. Aku boleh serahkan pada bos. Arah Rayyan. Dan itu adalah keputusan. Qeesya mencebik. Tahu macam tu tadi, baik tak payah nak menggatal pergi hantar. Eee... apalah mangkuk sangat Prince Rayyan ni.

KAU tak beritahu lagi ke siapa kau sebenarnya? soal Hazwan. Perlu ke aku beritahu? Betul ke dia tak tahu siapa aku? Entah-entah dia sengaja buat macam tu... padahal awal-awal lagi dah tahu aku ni siapa. Tapi, dari apa yang aku tengok memang dia tak tahu siapa kau, simpul Hazwan. Rayyan menggeleng perlahan. Dia tahu sangat ini kerja siapa. Pelik betul. Sepanjang hidupnya ini kali pertama dia dihimpit oleh seorang perempuan yang jatuh cinta padanya. Semakin dia cuba lari daripada Qeesya Ameena, semakin dekat hubungan antara mereka. Amboi... nampaknya memang dia ni serius nak tackle hati kau ni. Bertuahnya badan, tambah Hazwan sambil tersenyum melihat bungkusan yang ada di depan meja Rayyan. Merah padam wajah itu menahan rasa malunya. Apa yang bertuahnya? Hah, bertuahlah ada admire sikit punya cantik macam tu. Aku dengar Si Qeesya tu pun bukannya wanita biasa. Kau tengok sendiri, kan macam mana dia bekerja. Yang aku kagum bila dia senang aje sesuaikan diri dengan pekerja-pekerja hotel kita. Satu per satu kelebihan Qeesya dibentangkan kepada Rayyan. Rayyan mendengus. Ni stok nak mendaftar di Tanjung Rambutan ni. Ada ke dia bagi aku hadiah -hadiah macam ni. Ingat aku perempuan ke? marah Rayyan. Kalau dia tahu akan jadi macam ni, sumpah memang dia tak akan selamatkan perempuan bernama Qeesya Ameena masa dalam lif dulu. Bunyi macam marah aje ni? Apalah yang kau nak marahkan sangat? Dia bukan buat apa pun, just luahkan yang dia sukakan kau. Kalau kau tak ada apa-apa perasaan, tak perlu kau nak marah melainkanlah kalau kau.... Sengaja dilontarkan satu renungan yang membawa pelbagai andaian. Melainkan apa? Kau tak payah nak sakit kepala memikirkan masalah aku ni. Ini cerita budak -budak baru habis belajar. Tak matang, terang Rayyan, tegas. Kau jangan marah sangat. Nanti aku takut yang kau marah itulah yang akan jadi pengubat hati kau tu. Hazwan memberi peringatan supaya sahabatnya itu sedar setiap kali mahu berkata-kata. Mana ada aku marah... aku cuma pelik sebab ada juga manusia perangai macam dia tu. Tapi, yang peliknya dalam usaha nak tackle aku ni boleh juga dia marah dan maki aku sesuka hati dia. Hazwan ketawa kecil. Memang dari kali pertama dia bertentang mata dengan wanita bernama Qeesya Ameena dia tahu memang minah tu pelik sikit. Eh... bukan sikit tapi, banyak. Kalau tak, takkanlah berani cakap jatuh cinta dengan Izz Rayyan. So, sekarang ni apa tindakan kau? Just wait and see ajelah. Aku pun nak tengok sejauh mana usaha dia nak pikat aku. Alang-alang dia cabar aku, lebih baik kita teruskan aje permainan ni... usul Rayyan sambil tersenyum senget. Aku rasa kau dah jatuh cinta ni. Hesy... merepek! Dah. Cepat siapkan apa yang patut untuk meeting tengah hari ni. Laju Rayyan mengubah topik. Hazwan menggeleng perlahan. Rayyan... Rayyan... senyuman kau tu pun aku dah tahu. Bisik hati Hazwan. Namun, senyuman Hazwan terhenti bila melihat ada sesuatu di belakang Rayyan. Kemeja putih milik sahabatnya itu ada tertulis sesuatu. Eh, apa benda belakang kau tu? Apa?! Tanya Rayyan, kalut.

Ya Allah... Hazwan ketawa kuat. Macam manalah dia boleh tak perasan? Kertas di belakang Rayyan ditarik. Diletakkan di atas meja. Izz Rayyan saya yang punya!!! ~Qeesya~ Rayyan menggigit bibir, geram. Qeesya Ameena! Sempat menjeling Hazwan yang ketawa macam nak pecah perut. Siap tulis dengan marker pen pulak tu. Hazwan ketawa lagi.

HAI Abang Jalil... banyak kerja hari ni? soal Qeesya sebaik sahaja melangka h masuk ke dalam bengkel Khairul. Emmm... memang macam bengkel. Dah tak nampak mana satu lantai. Semua ada dekat atas lantai. Bahaya ni. Kena jalan elok-elok. Kang tak pasal-pasal jadi orang minyak. Macam biasalah Qees, kalau banyak kereta sakit maka, banyaklah kerja abang... jawab Abang Jalil selamba. Amboi, lain macam sahaja bunyinya tu. Qeesya meninjau ke kiri ke kanan. Mata masih mencari seseorang. Cari Khairul ke? Qeesya tersengih. Yalah bang... takkan cari abang pulak. Bisik hati nakal Qeesya. Dia ada ke? Ada dekat belakang tu... pergilah tengok. Jalan elok-elok. Lantai depan tu licin. Nanti tergolek lagi macam hari tu. Abang Jalil bersuara di bawah kereta. Pertama kali mengenali Abang Jalil, dia takut dengan lelaki itu sebab lelaki itu merupakan bekas banduan. Abang Jalil ditangkap kerana cubaan merompak. Seminggu dia tak bercakap dengan Khairul sebab lelaki itu mengambil Abang Jalil bekerja. Namun, penilaian Khairul memang tak silap. Abang Jalil memang dah berubah. Sepanjang dia lepak di bengkel ni, lelaki itulah yang selalu mengingatkan Khairul waktu solat. Betullah kata orang. Sedangkan pantai lagi berubah inikan pulak manusia. Rul! Rul! panggil Qeesya. Woi! Aku ada dekat belakang ni. Amboi, kuatnya menjerit. Qeesya menggosok telinganya. Nasib baik pakai tudung. Ada jugalah lapik. Kalau tak, boleh pekak sepuluh hari. Tak payah nak menjerit macam Tarzan sangatlah. Memang kena menjeritlah sebab mak Tarzan datang. Ni apa hal menjerit-jerit panggil nama aku? Tak aman ek hidup kau sehari kalau tak jerit nama aku. Khairul yang duduk membasuh sesuatu dijeling dengan ekor mata. Amboi... ayat memang nak minta lempang sepuluh kali, kan? Kalau tak disebabkan mak kirim benda ni dekat kau, kau ingat aku sukalah menjerit-jerit panggil nama kau? marah Qeesya. Khairul tersengih. Dia kemudiannya membasuh tangannya dengan sabun sehingga bersih. Memang susahlah nak tengok Mr. Mekanik ni versi hensem. Asyik berlumur minyak aje. Bila balik kampung? tanya Khairul sambil menarik kerusi dan duduk di depan Qeesya menghadap meja. Semalam.... Balik sorang nampak. Saja nak berdua dengan mak. Kalau ada kau, asyik menyemak aje, usiknya lagi. Eleh... kalau dengan Rayyan tak hairan pun. Mak bagi apa? Qeesya tersenyum dan mengangkat keningnya tinggi. Ikan goreng pekasam berlada. Memang nikmat kalau makan dengan nasi panas... beritahu Qeesya sambil mengangkat bekas di tangannya. Wajah di depannya beriak riang. Senyum sampai ke telinga bila dengar ikan pekasam. Memang kegemaran Khairul dan Qeesya. Makanan mereka sejak kecik lagi.

Sedapnya! Tiba-tiba perut aku jadi lapar kau ada bawa nasi tak? Laju Khairul bertanya. Mestilah. Jom kita makan. Ajak ar Abang Jalil dengan Mat sekali. Cukup kut makan sikit sorang. Qeesya meletakkan mangkuk tingkat di atas meja. Di dalam bilik khas bengkel. Khas untuk sembahyang dan makan. Eh... tak payahlah. Aku dengan kau cukup. Tadi Mat dengan Abang Jalil dah makan dekat kedai depan tu, jawab Khairul tak sabar nak makan. Kedekut! Khairul dah sedia duduk di depan meja sambil menggosok tangannya. Memang kalau bab makan tak boleh nak kongsi dengan orang lain Mr. Mekanik ni. Kira tekak dia aje. Qeesya menggeleng. Akhirnya dia duduk dan makan dengan berselera tanpa memikir orang sekeliling. Memang nikmat ikan goreng pekasam Hajah Zainab. Terbaik!

Bab 7

AYYAN menggigit bibir. Qeesya Ameena memang perempuan yang susah nak berputus asa. Macam-macam yang dia dah buat tapi, kenapa macam tak ada kesan? Malah, tanpa sedar hubungan dia dan Qeesya semakin wujud. Dia yang tak ada perasaan atau wanita bernama Qeesya Ameena yang perasan? Pelik! Atas rasa tercabar dengan keberanian wanita itu mengucapkan kata cinta, dia sengaja menimbulkan sengketa antara mereka. Niatnya hanya satu, dia mahu melihat wanita lincah itu mengangkat bendera putih tanda mengaku kalah. Dari jauh dia melihat Qeesya berjalan dengan selamba. Kenapa lambat? tegas Rayyan. Saya ni belum lagi jadi isteri awak jadi, saya kena kerja untuk tanggung diri sendiri. Manalah boleh keluar sesuka hati.

Habis, ni boleh pulak keluar? Biasalah... saya, kan anak emas. Jadi, memang saya boleh keluar ofis ikut suka hati bakal suami sayalah, sindir Qeesya. Geram bila Rayyan memberi arahan supaya dia berada di sini tepat pukul sembilan pagi. Nak buat apa ni? Kata nak masuk dalam dunia aku. Jadi, dalam dunia aku, aku tak suka banyak soalan. Qeesya mencebik. Emmm... macam ada jodoh pulaklah, kan? Dalam hidup saya memang suka banyak soalan. Sebab dengan soalan yang bermain di hati kita, kita akan jumpa banyak jawapan dalam kehidupan. Eee... dah berbelit-belit dah lidah ni nak buat ayat kalau depan Rayyan ni. Hesy.... Rayyan menjeling ke arah wanita di sebelahnya. Hari ini Qeesya nampak feminin dengan blaus warna ungu lembut dipadankan dengan skirt labuh berona putih dan sepadan dengan selendang panjang yang dililit kemas di kepalanya. Gaya Muslimah sekarang. Ringkas dan menutup aurat. Dalam hidup aku... aku tak suka orang menjawab, balas Rayyan dengan tegas. Qeesya angkat kening tinggi. Hesy... kalau tak jawab nanti awak cakap sor ang pulak. Kita nak pergi mana pulak ni? Sekali lagi soalan yang sama keluar daripada bibirnya. Swimming... sambil cuci mata. Hah? Swimming? Dalam bahasa Melayunya berenang, kan? Adoi... aku jatuh cinta dengan mamat sewel ke? Ada pulak nak berenang waktu macam ni? Rayyan terus melangkah ke arah Mitsubishi Lancernya. Aik... kereta lain pulak mamat ni. Dia ni kaya betul. Sempat Qeesya berbisik dalam hati. Apa sebenarnya jawatan mamat ni? Sepanjang perjalanan hanya bebelan Farah Fauzana dalam Hot Fm yang memenuhi ruangan kereta. Qeesya sendiri hanya mendiamkan diri bila Rayyan sengaja menguatkan volume radio. Kalau cakap pun bukannya dengar.

BAHAGIANYA hidup pagi-pagi ni buat dosa duduk di tepi kolam renang yang dikelilingi dengan macam-macam bangsa. Kalau nak cerita pun malu bila melihat kaum Hawa hanya tutup atas sikit dan tutup bawah sikit. Emmm... hebatlah Prince Rayyan aku ni cuci mata dekat sini. Bulat mata Qeesya bila melihat Rayyan melangkah yakin ke arahnya dengan hanya bertuala paras pinggang. Ada beberapa mata wanita di situ melihat gaya Rayyan saling tersenyum antara satu sama lain. Hoi, ni pasal apa berpakaian separuh bogel pulak ni?! Awak memang selalu datang sini ke? Akhirnya Qeesya bersuara. Cuba menahan pipinya yang kemerahan bila mata terlihat beberapa aksi yang tak sepatutnya dilihat. Emmm my life, sahut Rayyan dengan bangga. Qeesya berpaling ke arah lain bila Rayyan membuka tuala yang terikat di badannya. Hesy! Ya Allah... boleh hilang ingatan jangka pendek aku ni. Oh! Rayyan pakai seluar pendek. Emmm... aurat lelaki dari pusat sampai lutut aje so, kira seluar dia tutup aurat jugalah. Emmm... bagus, bagus. Ingatkan pakai seluar kecik aje tadi. Tak nak berenang? soal Rayyan. Soalan jenis apa yang ditanya pun dia sendiri tak tahu. Qeesya hanya menggeleng. Bongok betullah mamat sombong ni. Kau nak suruh aku berenang pakai apa? Pakai macam kau?! Memang alamatnya menangislah semua yang ada dekat kolam ni kang. Saya tak tahu berenang. Emmm... biasalah perempuan macam kau memang lemah serba-serbi. Rayyan membuat kesimpulan. Qeesya hanya menelan pahit kenyataan itu. Emmm... memang boleh ek berenang campur lelaki perempuan macam ni. Sengaja soalan itu diajukan. Kalau kau boleh test aku, kenapa pulak aku tak boleh nak test kau, kan? Qeesya menahan senyum. Bukan semua orang boleh masuk kat sini. Kau tengok aje dekat sini semuanya bukan orang sembarangan. Semua akan bayar beribu ringgit untuk keahlian saja dekat sini, terang Rayyan, bangga walaupun hakikatnya dia tahu maksud soalan Qeesya. Bahasa sinis yang nak menunjukkan kehidupan dia dan Qeesya terlalu jauh berbeza. Emmm... bodoh juga ek orang kaya ni. Rela berhabis duit untuk berenang dekat kolam takungan air ni. Guna beramai-ramai dengan air kencing, daki, silap-silap yang ada kurap... bebel Qeesya dengan selamba. Eee... kalau terminumlah air ni... eee! Qeesya terasa nak muntah. Hesy... dia yang sebut dia juga yang geli.

Rayyan terkedu. Matanya tajam menikam ke arah wanita yang berpeluk tubuh di depannya. Kolam ni dibersihkan dan air ditukar setiap hari....Lagipun dekat dalam ni dilarang kencing, ujar Rayyan keras. Satu peraturan yang dia cipta sendiri. Tak sangka Qeesya akan menimbulkan persoalan ini. Yalah, seorang wanita bertudung bercakap pasal kencing. Hesy... pengotor! Qeesya ketawa kuat. Boleh ke awak jamin semua yang ada kat dalam kolam ni akan ikut peraturan tu? Kalau peraturan Allah pun manusia boleh langgar, inikan pulak peraturan yang diaturkan sesama manusia. Qeesya tersenyum sinis. Sengaja nak menyakitkan hati lelaki di hadapannya. Rayyan tak jadi terjun. Dia kembali menyarung tualanya. Berlalu meninggalkan Qeesya. Eh... nak ke mana tu? tanya Qeesya laju selaju langkahnya mengekori Rayyan. Wanita bertudung macam kau tak sesuai ada dekat sini, ucap Rayyan perlahan. Atau awak takut mandi dalam takungan air ni? Mana tahu takut terminum air kencing. Qeesya menahan tawa. Terasa nak gelak berguling-guling bila melihat wajah berkerut Rayyan. Eee... apalah kotor sangat topik perbincangan dia ni. Tapi, tak kisahlah. Janji dia puas hati dapat kenakan mamat sombong ni. Dalam mengatur langkah, Qeesya dapat membaca riak Rayyan yang nampak kekok berada di tepi kolam tadi. Eleh... nak berlakon, tapi tak menjadi. Hatinya dapat meneka yang bukan selalu Rayyan ke sini atau memang tak pernah. Dah. Tak payah nak bising. Aku tak suka perempuan membebel! Marah lelaki itu. Qeesya tersenyum panjang. Tapi, saya suka dengar awak membebel, bisik hatinya. Yes! Kemenangan berpihak kepada Qeesya Ameena, 1 0.

DIA membaca 10 Pertanda Si Dia Jodoh Kita, tajuk yang menarik minatnya. Hesy... sejak jatuh cinta ni, pandai pulak kau layan majalah Wanita, ya Qeesya Ameena. Satu per satu dibaca dengan penuh minat. Nombor tiga. Senang bersama walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dahi Qeesya berkerut. Qeesya menutup kembali majalah Wanita di tangannya. Hesy... kalau nak dibandingkan aku dengan Encik Rayyan tu serasi ke? Aku tengok macam dia bosan aje dengan aku. Muka dia akan sentiasa merah sebab menahan marah dengan aku. Hesy... betul ke dia jodoh aku? Hatinya tertanya-tanya sendiri. Qeesya meletakkan tangannya ke dahi. Alamak! Memanglah kalau nak kata lemah, sekarang ni hatinya semakin hilang kekuatan. Macam dah low battery rasanya. Semakin dia kejar, semakin jauh pulak dia rasa dirinya dengan mamat sombong tu. Itulah Qeesya, kenapa kau tak jatuh cinta dengan Pak Din tukang sapu tukan senang? Kalau datang sini nak buat muka tak siap kau tu baik pergi balik, marah Khairul. Qeesya mencebik. Eleh... dengki la tu tengok muka tak siap yang cantik. Habis, takkan kau nak suruh aku tolong kau repair kereta ni. Kang buatnya aku tukar enjin kereta jadi enjin kapal terbang macam mana? Kau juga yang susah... balas Qeesya. Susah hati betul Mr. Mekanik ni tengok dia berehat. Lagu Ayat-Ayat Cinta menjerit kuat. Telefonnya bergegar. Hah... nampak sangat memang tengah angau sampai nada dering pun bertukar jadi lagu jiwang. Oh, my prince... Rayyan! Helo. Assalamualaikum... ucap suara di hujung talian. Qeesya menepuk dahinya. Alamak! Kebaratanlah pulak. Waalaikumussalam... maaf mak. Qeesya ingat pakwe yang nak ngorat Qeesya, tu tak sempat nak bagi salam, ucap Qeesya, perasan. Emmm... kalau mak tak telefon memang tak akan adalah yang nak telefon. Sama aje dengan Si Khairul tu. Kalau tak diketuk memang tak jalan. Kita dekat rumah ni susah hati memikirkan orang di sana. Orang yang duduk dekat sana pulak senang hati berfoya-foya! bebel Hajah Zainab. Foya-foya? Amboi... sedapnya bahasa mak sekarang ni. Qeesya tersenyum panjang. Menahan tawa. Qeesya rindu mak. Hanya tiga patah perkataan yang mampu keluar. Memang saat ini hanya itu sahaja yang mampu keluar.

Talian senyap. Dua saat. Qeesya tersenyum. Hah, touching la tu! Kalau rindu kenapa tak reti-reti nak balik sini? Apa yang sibuk sangat sampai tak boleh nak jenguk orang tua dekat rumah buruk ni. Keluar dah ayat Jejak Kasih mak. Mak, Qeesya memang tengah sibuk sekarang ni, sebab baru masuk dua projek. Khairul ni yang tak ada kerja, hari-hari melepak aje dekat bengkel ni. Bukan banyak sangat pun kereta dia. Tapi, tu la dia ni kalau tak dipaksa memang susah nak balik kampung. Mak faham-fahamlah anak mak ni. Selamba saja Qeesya mengadu domba dengan Hajah Zainab. Sengaja mengenakan Khairul. Puk! Terasa kepalanya dipukul dengan sesuatu dari belakang. Adoi, sakitnya! Telefonnya dirampas dengan kasar. Sempat lelaki itu membuat isyarat jaga kau. Qeesya mencebik. Hai sayang, tengah buat apa tu? ucap Khairul dengan suara romantik. Sayang melayang, bila anak-anak mak nak balik ni? Kenapa susah sangat nak balik? Kalau dah sibuk sangat, tak payahlah ingatkan mak ni. Biarlah mak mati sorang-sorang dalam rumah ni. Khairul menjauhkan telefon dari telinga. Uik, menangis anak telinga aku dengar. Mak janganlah menjerit, boleh pekak dua hari macam ni, us ik Khairul. Qeesya tersenyum. Sempat mengangkat ibu jarinya, padan muka! Mak tak kira, hujung minggu ni bawa Qeesya balik. Tiada talian hayat. Terus talian dimatikan. Khairul menggaru kepalanya. Telefon milik Qeesya dibaling terus ke arah pemiliknya. Oh... main baling-baling, kalau jatuh siapa nak ganti? marah Qeesya. Geram dengan tindakan Khairul. Khairul hanya mengangkat keningnya tinggi. Tanda AAK? Dia duduk di bangku kayu di depan Qeesya. Dia mencari sesuatu di dalam poket seluar jeansnya. Mengeluarkan duit syiling 20 sen. Kepala ke bunga? Qeesya menggaru dagu, konon-konon berfikir. Bunga. Jawapan yang sama sejak sepuluh tahun lepas. Syiling 20 sen dilambung ke atas. Dan ditangkap pantas. Kepala. So, minggu ni kita balik kampung. Ikut arahan mak. Khairul buat arahan. Weh... mana boleh. Aku kena kerjalah. AAK... jangan jadi anak derhaka. Nanti mak sumpah kau jadi batu. Balas Khairul lalu meninggalkan Qeesya sendiri. Qeesya gigit bibir. Bongok betullah Khairul ni. Suka buat keputusan sendiri. Alamak! Kalau balik kampung nanti mesti tak dapat jumpa Prince Rayyan aku. Mesti dia rindukan aku nanti. Emmm... tapi, tak apalah Hajah Zainab lagi penting.

QEESYA mengemas mejanya yang bersepah. Memang sudah menjadi kebiasaan. Kalau Qeesya Ameena buat kerja tak bersepah, maknanya dia tak buat kerja la tu. Dia memandang wajah Nadia sebelum meneliti kembali rekaan yang dah mereka bincangkan semalam. Semuanya dah diluluskan dan yang pasti bos pun tersenyum sampai ke telinga kalau tengok rekaannya. Ni kenapa muncung aje ni? Masuk bilik orang buat muka ketat. Qeesya memandang Nadia yang duduk di depannya. Nasib baiklah Nadia boleh menjadi housemate merangkap kawan baiknya yang terbaik, memang boleh jadi pendengar yang baik. Satu keluhan berat keluar daripada mulut itu. Amboi... kuatnya mengeluh. Tak baik tahu tak? Kalau hidup ni jangan asyik nak mengeluh. Banyak lagi benda lain yang boleh dibuat selain mengeluh. Contohnya? tanya Nadia. Selawat ke istighfar ke ataupun kalau tak berkesan sangat kau lompat bintang lima puluh kali, mesti lepas tu insaf... cadang Qeesya. Cadangan yang paling cerdik ialah lompat bintang. Lompat bintang boleh insaf? Qeesya menutup fail di depannya. Fokus kepada Nadia.

Lepas lompat bintang tu nafas kau mesti rasa nak putus... masa tu barulah kau tahu nak bersyukur sebab kau boleh bernafas dengan baik sekarang ni. Qeesya buat fakta sendiri. Kau ni sindir aku pulak. Qeesya tersengih. Tu bukan sindirlah sayangku Nadia, tu namanya peringatan bukan untuk kau aje malah untuk aku sendiri. Tapi, apa masalahnya sampai muka berkerut macam ni? Kalah Perdana Menteri. Aku takutlah. Sekarang ni umur aku dah cecah dua puluh lapan tapi, still tak ada yang berkenan lagi. Kenapalah susah sangat nak dapat lelaki sekarang ni? Bukannya aku memilih sangat pun, luah Nadia. Qeesya mencebik. Ini bukan luahan yang pertama kali dia dengar daripada mulut sahabatnya itu tapi, dah masuk sepuluh kali. Qeesya ketawa kecil. Muka punyalah berkerut macam sedang fikirkan masalah negara, rupa-rupanya masalah kahwin saja! Kau kena ingat... jodoh pertemuan ajal dan maut tu semua bukan kerja kita. Semua tu dah ada aturan yang baik dan hebat daripada-Nya, cuma kita tak bolehlah berharap pada takdir aje, kita kena berusaha. Ewah, Qeesya! Sekali tengok macam ustazahlah pulak. Tapi, tak apa kut sesekali bagi tazkirah sikit dekat minah ni. Berusaha macam kau mengurat Izz Rayyan sekarang ni? usik Nadia. Qeesya tersengih. Kes aku dengan Rayyan ni kes terpencil. Hanya perempuan yang ada ketahanan mental dan fizikal aje boleh buat aksi tak berapa nak malu tu. Tapi, macam aku cakap dengan kau la... cinta ni susah kita nak jelaskan. Mungkin kisah cinta aku macam ni, dan kisah cinta kau nanti mungkin versi lebih menarik. Nadia tersenyum lebar. Kau agak-agak macam mana kisah cinta aku nanti Qees? Nadia seperti sudah membayangkan sesuatu. Qeesya menggeleng. Inilah masalahnya dengan kawannya yang sorang ni. Kalau tak makan ubat, mulalah nak merepek. Manalah tahu nanti kau akan buat iklan siapa jodoh saya, mencari cinta dekat pasar raya-pasar raya terdekat siap buat beberapa tawaran istimewa kepada sesiapa yang ingin memilik Cinta Nadia. Wah... hebatnya Love Story kau, kan? Qeesya teruja. Siap buat muka yakin. Nadia memandang wajah itu tak berkelip. Kecik besar kecik besar! Memang terasa ada yang nak kena makan bantal peluk ni. Okey! Okey! Aku gurau aje... takkanlah kau nak buat macam tukan... pujuk Qeesya. Kita ni perempuan. Memang kita boleh berusaha untuk jodoh kita tapi, kena juga letakkan had. Jangan sampai merayu sebab cinta sesama manusia.... Kau ni kadang-kadang kalau masa waras kau datang memang nasihat cukup bernas. Tapi, bila time sewel kau datang memang tak ingat apa, kan? Hah... macam mana projek Prince Rayyan kau tu? Nadia dah terlentang di atas katil ungu Qeesya. Memang minah ni suka sangat warna ungu. Semua benda versi ungu. Sampaikan penyangkut baju pun warna ungu. Tapi, apa yang penting untuk take note, bilik Qeesya ni memang cantik dan kemas. Maklumlah... interior designer. Tak tahulah aku mamat sombong tu, selalu sangat cari pasal dengan aku, kan? Mentang-mentanglah aku syok dekat dia. Ada aje rancangan dia nak buli aku. Tapi, silap oranglah. Ni Qeesya Ameena okey. Tapi, lepas projek Hotel Citra ni siap mungkin susah sikit kut nak jumpa dia, luah Qeesya. Nadia tersengih. Kawan aku pun tak call lagi, sebab aku pun nak tahu juga siapa sebenarnya Prince Rayyan kau tu. Jangan gengster terkenal KL, dah. Kau ni cuba doakan yang baik-baik. Ya Allah Ya Tuhanku, kau permudahkanlah jalan sahabatku nak tackle hati Prince Rayyan dia tu. Kalau boleh, Kau izinkanlah mereka kahwin terus sebab selagi dia tak kahwin selagi itulah serabut perut aku nak dengar cerita dia dengan Prince Rayyan dia tu. Amin! Hoi, kau ni main-main ek! Malam ni kau masak... jangan harap aku nak masak, tegas Qeesya, konon konon merajuk. Nadia mencebik. Eleh... bukan ke selama ni memang aku yang masak? Qeesya Ameena Qushairy masuk dapur? Memang masuk Malaysian Book Of Recordlah sebab tersenarai dalam sepuluh keajaiban dunia, sindir Nadia. Qeesya tersengih. Fuh... bilalah dia nak mengatasi kelemahannya yang satu tu? Fobia betul dengan perkataan MEMASAK tu.

Malam ni nak makan apa? tanya Nadia. Qeesya tersengih. Emmm... memang baiklah kau ni Nadia. Bertuah lelaki yang dapat kau nanti. Nasi goreng kampung satu, telur mata sekali dengan air Nescafe panas ek... terima kasih. Macam oder dekat kedai. Okey... Maggi ayam siap! Jerit Nadia sebelum keluar dari bilik. Qeesya menjelirkan lidah. Setakat nak masak Maggi, baik tak payah tanya. Sengal sangat.

Bab 8

AJAH SARIFAH berdeham perlahan bila melihat cucu perempuannya. Ya Allah, boleh juling biji mata kalau tengok baju yang tersarung pada badan cucunya yang seorang ni. Selamba badak aje dia melangkah ke meja makan. Dah la pukul sepuluh baru nak bangun. Hai, elok sangatlah perangai anak dara sekarang ni. Omel Hajah Sarifah dalam hati. Morning tuk wan, sapa Rania, tak sedar tingkahnya menjadi perhatian wanita tua itu. Emmm... morninglah sangat. Salam entah ke mana. Ni nak ke mana pulak ni? Kata tak ada kelas hari ni? Rania mencebik. Adoi, dah mula dah nak bagi kuliah free. Tadah telinga ajelah Rania. Siapa suruh turun waktu tuk wan tengah melepak kat meja makan. Adoi... memang silap besarlah. Bisik hati kecil Rania. Nia nak pergi keluar dengan kawan. Lagipun cuti macam ni la nak enjoy... kan tuk wan, ujar Rania tersekat-sekat. Wajah tua itu jelas keruh. Tuk wan rasa arwah anak tuk wan tu banyak tinggalkan duit untuk anak -anak dia. Rasanya sampai tiga keturunan pun tak akan habis. Itu belum kira dengan yang umi bagi lagi. Tapi tuk wan naik pelik, kenapa Nia sampai tak mampu nak beli pakaian yang cukup kain? sindir Hajah Sarifah. Rania tersengih macam kerang busuk. Tahu yang tuk wan nak tembak dia tentang apa. Bukan kali pertama tuk wan menjadi pengkritik fesyen tak berbayarnya. Cuma mungkin tuk wan belum putus asa. Alah... tuk wan. Sekali-sekala pakai macam ni, barulah orang kata ikut fesyen. Lagipun dekat kolej tu kalau tuk wan tengok, lagi hebat daripada apa yang Nia pakai ni. Ni namanya fesyen anak muda seka rang, balasnya.

Yang sekali-sekala itulah dosanya nanti tak tertanggung. Bukan Nia aje yang akan dapat dosa tu, arwah abah yang tak bersalah tu nanti pun terpalit dosa yang sama. Arwah yang terseksa di dalam sana bila anaknya tak tutup aurat macam ni. Rania menggaru kepala. Memang apa saja yang dia buat tak pernah kena di mata tuk wan. Apalah yang tuk wan ni jealous sangat dia pun tak tahu. Apa yang bising-bising ni tuk wan? soal Rayyan, terus mencium dahi wanita kesayangannya. Wajah Hajah Sarifah berkerut. Apa yang buat girlfriend along ni marah sangat ni? Rayyan masih cuba mengambil hati tuk wan. Sempat dia memberi isyarat mata kepada Rania yang hanya mengangkat bahunya. Along cuba tengok pakaian adik kamu ni. Sakit mata dengan hati tuk wan te ngok. Bagi dia duit lebih suruh dia beli baju yang cukup kain. Kalau tak cukup juga, biar tuk wan keluarkan duit dekat bank tu, marah Hajah Sarifah. Geram melihat penampilan cucu perempuannya itu. Rayyan terus memandang tepat ke arah adiknya. Dari atas ke bawah meneliti sambil berdeham kuat. Sejak bila pulak Rania pandai pakai pakaian macam ni? Fesyen negara mana dengan skirt pendek macam ni? Seperti yang dijangka bebelan tuk wan akan berjangkit dengan along. Pergi naik atas tukar! tegas Rayyan. Alah... mana sempat, orang dah lewat ni. Tukar! tegas Rayyan lagi. Rania telan air liur. Alamak kalau along dah pandang macam tu, memang petanda buruklah. Alongnya seorang abang yang cukup baik tapi, akan bertegas dalam beberapa perkara. Apa yang pasti, along akan adakan apa saja yang dia minta. Sejak dari sekolah lagi. Sebab itulah dia sangat sayangkan along. Along dengan tuk wan ni memang tak cool langsung, menyampah! Laju langkah kaki Rania memanjat tangga. Berdentum bunyi pintu bilik ditutup kuat. Tanda protes. Hajah Sarifah menggeleng perlahan. Betullah kata orang, lebih susah jaga anak dara seorang daripada jaga lembu sekandang. Lagi senang kalau jaga lembu. Tak apalah tuk wan, Rayyan pergi dulu. Tuk wan jangan marah -marah sangat nanti naik pulak darah tinggi tu. Pesan Rayyan. Tak sarapan dulu ke? Rayyan tersenyum dan menggeleng perlahan. Dah lewat, pergi dulu tuk wan. Sekali lagi dahi tua itu dikucup lembut. Hajah Sarifah tersenyum. Rayyan memang cucu yang boleh melembutkan hatinya. Tapi, hati tuanya tak pernah surut dari rasa bimbang setiap kali mengingatkan jodoh cucunya yang seorang tu. Hah, lambat lagilah aku nak dapat cicit!

QEESYA membetulkan selendang yang melilit di kepalanya. Malam ini dia hanya mengenakan jeans dan T-shirt berwarna hitam. Nak buat apa lawa-lawa pun. Lagipun mamat sombong tu tiba-tiba aje suruh keluar dengan dia malam ni. Kita nak pergi mana ni? tanya Qeesya memecah sunyi. Kenapa? Kau takut? Qeesya menggigit bibir. Malam-malam call anak dara orang memang tak ada sivik betullah mamat sombong ni. Nasib baiklah kau heroku. Wajah itu dipandang dalam cahaya malam. Jantungnya kembali berlari laju. Ya Allah, kalaulah dia ditakdirkan untukku... Kau dekatkan hati kami. Bisik hati Qeesya. Saya akan sentiasa percayakan Encik Rayyan. Tapi, jangan balik lewat sangat, ek? Nanti apa pulak orang kata. Rayyan tak menjawab. Hanya tersenyum senget. Emmm... nampaknya permainan akan jadi lagi menarik lepas ni. BMW sportnya membelah kesunyian malam. Mamat ni ada berapa banyak kereta? Entah-entah betul tekaan Nadia yang Rayyan ni gengster kat KL ni. Hah... sudah! Eh... tapi, kan mamat ni kerja dengan Citra Holding. Qeesya hanya mengikut langkah Rayyan.

Dalam masa yang sama Rayyan mengabaikan apa saja soalan yang keluar daripada mulut Qeesya. Kata tak ada perkataan takut dalam kamus hidup tapi, muka dah cuak. Kita nak ke mana ni sebenarnya? Dah sampai... ujar Rayyan sambil langkahnya berhenti betul -betul di depan Starnight Club. Qeesya menelan liur. Starnight Club? Mamat sombong ni layan kelab juga ke? Hesy... biar betul. Takkan aku nak ikut dia masuk sekali kut. Seumur hidupnya tak pernah dia menjejakkan kaki ke kelab malam. Kalau setakat nyanyi karaoke jamban dekat warung Pak Ali dengan Khairul dan Nadia tu selalulah. Sekali lagi matanya memandang wajah itu minta kepastian. Kenapa tak nak masuk? Saya pakai... Kau pakai tudung? Tak nak masuk sebab pakai tudung? Kau nak tanggal tudung ke? Soalan demi soalan diajukan kepada Qeesya. Sengaja menduga sejauh mana wanita bernama Qeesya Ameena berani mengikutnya. Qeesya gigit bibir laju menggeleng. Itu memang tak mungkinlah, ujar Qeesya separuh menjerit. Ada juga yang kena lempang ni kang! Annoying! Rayyan terus melangkah masuk ke dalam kelab. Sebetulnya dia hanya ingin menguji sejauh mana nekadnya Qeesya Ameena. Dia tak nak dikaburi dengan kesungguhan dan fizikal wanita di depannya. Qeesya berfikir baik dan buruk tindakannya bila melangkah masuk ke dalam kelab itu. Akhirnya dia masuk juga mengekori langkah Rayyan. Dilihat beberapa orang perempuan seksi datang tersenyum. Mestilah senyum dengan mamat sombong dekat depan ni. Takkan nak senyum dekat aku pulak. Dalam hati, sudah berbakul-bakul sumpahan diajukan khas buat Rayyan. Kurang asam mamat sombong ni. Dahlah bawa aku dekat sini, lepas tu boleh buat tak kenal aku. Beberapa pasang mata memandang ke arahnya. Rayyan hanya memandang reaksi Qeesya dengan ekor mata. Jelas kekok, mungkin betullah dia tak pernah masuk kelab. Encik Rayyan... oi, Encik Rayyan! Saya nak balik. Qeesya separuh menjerit, melawan bunyi muzik yang kuat. Hah? Apa?! Rayyan simpan senyum. Sengaja dia buat begitu. Saya nak balik! Jeritannya semakin kuat. Tanpa menunggu Rayyan dia terus melangkah laju menuju ke pintu keluar. Dia tak akan mengorbankan maruah diri sebab cinta. Im sorry my Prince Rayyan. Saya bukan Islam pada kad pengenalan sahaja. Rayyan tersenyum. Langkahnya diatur lambat membuntuti langkah Qeesya yang laju meninggalkannya. Sempat dia berjabat tangan dengan Mico, kawannya. Dia memang kenal Mico tapi, ini juga kali pertama dia menjejakkan kaki ke kelab milik Mico ni. Itu pun atas sebab urusan penting. Tapi, bila teringatkan Qeesya dia mengubah niatnya. Bodoh punya mamat sombong! Dia ingat aku ni apa? Memanglah aku jatuh cinta dengan dia tapi, kalau perangai macam syaitan ni, jangan haraplah aku nak serahkan cinta aku pada kau. Kalau aku tahu macam ni memang aku bagi kau makan racun tikus! Izz Rayyan kau memang... arghhh!!! Qeesya melepaskan geram. Apa sahaja yang ada di depannya disepak. Hilang keayuan. Alamak... awek pakai tudung buat apa keluar kelab ni. Sweetnya... meh sini sayang abang. Eee... bertuah betullah dapat stok ayam muda, pakai tudung pulak tu. Tutup aurat! Perempuan yang boleh dijadikan calon isteri ni! Suara lalat jalanan menjerit disambut dengan ketawa kuat rakan kumpulannya. Ada empat orang semuanya. Mungkin spesies anak orang kaya yang menghabiskan harta mak bapak. Qeesya hanya menjeling dengan ekor mata. Ada beberapa orang anak orang kaya yang tak sedar diri sedang bersandar di sebelah kereta mewah mereka. Oh... janganlah tambahkan rasa benci di hati ini untuk anak-anak orang kaya yang tak bersalah. Qeesya cuba melawan perasaan marahnya. Jangan melabel orang Qeesya Ameena, tak baik! Apa kata ikut abang balik malam ni, ujar lelaki itu sambil terus berdiri di depan Qeesya. Senyuman yang cukup membuatkan dia nak termuntah. Muka boleh tahan hensem tapi, bau mulut macam bau longkang. Eee... bau air haram tu. Budak-budak ni mesti baru lepas minum. Tekanya sendiri. Saya tak ada masa nak bergurau dengan lalat, kata Qeesya, geram. Hati dah memang sedia panas ditambah lagi dengan gelagat manusia ni. Qeesya menggenggam kuat penumbuknya. Hesy... ada juga yang makan bubur dua hari dua malam ni nanti. Silap hari bulanlah kalau kacau Qeesya Ameena Qushairy.

Lepaskan aku kalau kau tak nak mati! tegas Qeesya bila tangan salah seorang daripada pemuda itu memegangnya dengan berani. Penumbuk dah sedia nak dilepaskan. Hoi! Hero muncul. Qeesya menjeling dengan ekor mata. Rayyan sedang berlari ke arahnya. My Prince Rayyan sudah muncul. Rayyan tolong saya! Encik Rayyan, pinta Qeesya seakan -akan mahu menangis. Wah, hebatlah lakonan kau Qeesya. Cepat buat muka takut. Korang nak apa ni? Lepaskan dia! arah Rayyan. Kali ini untuk pertama kalinya dia nampak wajah itu dari sisi lain. Qeesya tersenyum dalam hati. Terbayang tiba-tiba cerita Sailor Moon yang diselamatkan oleh Tuxedo bertopeng. Kuasa cinta akan mengalahkan kuasa jahat, dengan kuasa bulan akan menghukummu! He he he. Sempat lagi Qeesya berangan. Alah... relakslah bro. Ni awek bekas kelab kut takkan tak boleh nak kongsi sama-sama. Lelaki yang bersandar di kereta itu bersuara. Memang nak makan kasut nampaknya mamat sorang ni. Bentak Qeesya dalam hati. Qeesya cuba menahan geram. Ingat aku biskut ke nak kongsi-kongsi. Tadi, dia kata aku ayam muda, ni bekas-bekas pulak. Memang kurang ajaran budak ni. Nak aje disikukan kepala lelaki yang masih memegangnya itu. Tapi tak apa, serahkan pada hero dulu. Kalau tak nak mati lepaskan dia dan blah dari sini. Mari kita tengok siapa yang mati. Lelaki yang memegang tangan Qeesya tadi meludah ke sebelah kiri. Hesy... dahlah tak ada adab lepas tu pengotor. Aku cukup benci orang yang meludah sesuka hati ni. Geli! Seorang daripada mereka bertindak pantas menumbuk ke arah Rayyan. Rayyan jatuh terduduk. Auch! Qeesya memejam matanya. Encik Rayyan okey ke?! Rayyan bangun sambil menyapu darah di hujung bibirnya. Dengan pantas dia menyepak kaki pemuda itu. Satu penumbuk padu dilayangkan ke pipi dan suara itu mengerang sakit. Tendangan Rayyan terbang tepat ke rusuk kiri seorang lagi yang masih berdiri. Wah! Ada ilmu juga rupa-rupanya. Yeah!!! Qeesya bersorak dalam hati. My hero! Dibiarkan lalat jahat itu terus memegangnya. Kalau diikutkan, nak aje dilayangkan sepakan padu. Tapi, nanti tak jadi pulak drama. Qeesya melihat satu per satu lalat jalanan ditumbangkan oleh Rayyan dengan mudah. Dia membilang setiap langkah Rayyan membelasah setiap lalat jalanan itu. Dapat juga membaca beberapa seni mempertahankan diri yang ada pada lelaki itu. Okey bro, aku lepaskan dia aku blah dulu, ujar lelaki yang memegang tangan Qeesya tadi. Laju dia berlari meninggalkan kawan-kawannya yang dah terbaring di jalan. Kau tak apa-apa? tanya Rayyan pada Qeesya yang hanya berdiam diri. Qeesya tersedar. Hesy, boleh pulak berangan. Saya nak balik! Aku hantar kau. Tak payah! Saya boleh naik teksi. Wah, ayat jual mahal! Memang kena ajar sikit mamat sombong ni. Memanglah tadi dia terpegun dengan gaya Rayyan tapi, marahnya masih menggunung. Kau datang dengan aku tadi, jadi aku akan hantar kau balik. Tegas Rayyan. Mata saling bertentangan. Tak payah! Qeesya terus berjalan laju meninggalkan Rayyan. Laju tangannya menahan teksi. Jelas muka mamat sombong itu penuh dengan rasa bersalah. Di dalam teksi, Qeesya tersenyum dan akhirnya ketawa perlahan. Tahu pun risau pasal keselamatan aku. Yang kau bawa anak dara orang keluar malam-malam tu kenapa? Padan muka!

RAYYAN tak senang duduk. Sekejap dia ke kiri, sekejap dia terbaring di atas katil. Sejak peristiwa di kelab tu, Qeesya langsung tak menghubunginya. Malah, telefon pun memang tak dilayan. Entah kenapa rasa bersalah semakin

menebal dalam hatinya. Kalau bukan sebab rancangan bodoh dia tu mesti semua ni tak akan jadi. Tapi, apa yang dirancang semuanya tak jadi. Hai, apa yang difikirkan tu sampai tuk wan masuk pun tak perasan. Tak ada apa, tuk wan. Banyak sangat yang nak difikirkan... sampai tak tahu nak fikir yang mana satu. Hajah Sarifah tersenyum. Itu tandanya cucu tuk wan ni me mang kena kahwin. Adalah orang yang boleh dikongsikan perasaan tu, nanti ada juga yang tolong picitkan kepala tu kalau sakit.... Hesy... tuk wan ni ke situ pulak. Along tak bersedia lagi... banyak lagi kerja yang kena diselesaikan. Kerja tak akan pernah selesai. Semuanya bergantung pada along sediri. Tanggungjawab akan buat kita lebih menghargai diri sendiri, nasihat Hajah Sarifah, serius. Rayyan ketawa kecil. Tuk wan ni serius pulak.... Bila masa pulak tuk wan main-main? Kali ni memang tuk wan serius dan tuk wan tak nak jawapan tidak untuk permintaan tuk wan. Tuk wan dah tua, jadi tuk wan nak along tunaikan hajat terakhir tuk wan ni... tutur wanita itu lagi. Terselit nada sayu dalam ucapannya. Apa tuk wan ni? Kan ke tuk wan sihat sangat sekarang ni. Sihat tak semestinya tuk wan akan hidup lama. Entah esok lusa ajal tuk wan tiba, tak adalah tuk wan ni mati celik sebab nak tengok cucu tuk wan ni kahwin. Rayyan bangun dari duduknya. Memegang kuat tangan Hajah Sarifah. Alo ng tak sukalah tuk wan cakap macam ni. Tuk wan dah berkenan dengan budak ni. Tuk wan yakin memang dia akan bahagiakan Rayyan, tutur Hajah Sarifah sambil meletakkan sekeping sampul surat berwarna coklat di atas tapak tangan cucunya. Rayyan melepaskan keluhan berat. Hah... mula balik dah hobi lama tuk wan ni. Anak Tan Sri ke anak Dato, ni tuk wan? Bukan anak sesiapa, dia gadis biasa aje. Tapi, tuk wan harap sangat Rayyan boleh tunaikan hajat tuk wan ni. Kalau along sayangkan tuk wan jangan kecewakan tuk wan, pinta Hajah Sarifah lagi. Puan Sri Afifah dah setuju ke? Ini keputusan tuk wan. Kalau dia tak setuju pun, tuk wan akan buat dia setuju. Sebab pilihan tuk wan ni adalah pilihan yang terbaik. Along macam mana? putus Hajah Sarifah. Macam mana apa? Soalan dijawab dengan soalan. La... pasal nak kahwinkan along. Tapi, along kena buat keputusan lepas jumpa dia nanti. Kalau tak jumpa nanti macam mana nak tahu perasaan tu suka atau tak, kan? balas Hajah Sarifah sambil tersenyum. Rayyan hanya mengangguk. Biarlah setuju aje dari awal. Nanti kalau dah sampai waktu, baru fikir macam mana cara untuk menolak. Eh... tapi kenapa aku mesti menolak permintaan tuk wan? Along dah ada calon tak ni? Sekali lagi Hajah Sarifah bertanya. Sengaja menduga hati cucunya. Emmm... along mana ada masa nak bercinta-cinta ni. Tuk wan, kan kenal macam mana perangai along ni. Hajah Sarifah mengangguk. Sebab tuk wan tahulah tuk wan kena tanya. Sebab kena dengar daripada mulut empunya diri dulu. Kalau macam tu, kira jadilah. Nanti tuk wan kenalkan along dengan pilihan tuk wan tu. Masa tu jangan sesekali kata tidak, tuk wan tak nak dengar. Tegas Hajah Sarifah. Rayyan terkedu bila ditinggalkan begitu sahaja. Amboi, macam serius pulak tuk wan malam ni. Dia hanya tersenyum dan menggeleng perlahan. Sampul surat di tangannya terus dicampak masuk ke dalam laci. Tak berminat untuk mengenali siapa pilihan tuk wan buat kali yang ke berapa ni. Sekarang ni ada sesuatu yang lebih mengusutkan otaknya. Sesak bila memikirkan sebaris nama yang telah mengganggu hidupnya sejak kebelakangan ni.

Bab 9

AYYAN mengintai di sebalik cermin biliknya. Dari jauh dia dapat melihat Qeesya sedang membawa pelan di tangannya. Macam sibuk sangat. Sejak kisah di kelab dulu, wanita itu seperti sengaja menjauhkan diri daripadanya. Pelik memang pelik, bertambah pelik bila hatinya sendiri meronta-ronta untuk sengaja ada dekat dengan wanita itu. Hesy... bukan dia dah jatuh cinta tapi, mungkin disebabkan rasa bersalah. Bersalah sebab membawa Qeesya ke tempat yang tak sepatutnya. Memang terpegun betul tengok cara kerja pereka Mutiara Deko tu. Dahlah cantik, lepas tu peramah. Aku yang cleaner ni pun dia boleh senyum. Aik... kalaulah dia nakkan aku... kata salah seorang daripada pekerja hotel. Rayyan diam. Sengaja berdiri di situ sambil memasang telinga. Semakin ramai pulak yang terpikat dengan minah perasan tu. Dia menggigit bibir. Pelik! Siapa? Cik Qeesya tu ke? Yelah Kak Munah... siapa lagi? Semalam dia boleh makan sekali dengan kami yang duduk dekat dapur belakang tu. Memang saya terkejut betul. Ingatkan orang cantik macam dia tak adalah pandang orang macam kami ni, sambung lelaki tadi. Ye ke? Bagusnya, akak pun memang suka tengok dia. Ceria aje.... Okeylah Kak Munah, saya nak pergi tolong apa yang patut. Manalah tahu untung nasib Cik Qeesya tu jatuh hati dekat saya. Emmm... angan Mat Jenin ajelah kamu tu Fendi! jerit Mak Munah sengaja mengusik. Rayyan gigit bibir. Kenapa hari ni semua orang nak puji perempuan tu? Nak ke mana ni? soalnya kepada Fendi. Wajah pekerjanya itu jelas terkejut. Emmm... nak pergi buat kerja Tuan Rayyan... jawab Fendi antara dengar dengan tak. Rayyan tersenyum sinis. Eleh... macamlah aku tak dengar apa kau cakap tadi, kan. Wajah Fendi dipandang dari atas ke bawah. Emmm... ada rupa juga budak ni. Rayyan jarang ke Hotel Citra jadi, dia tak begitu mengenali pekerjanya di sini. Kalau ada pun, mungkin yang datangnya dari syarikat Induk Citra Holding. Ditukarkan ke Hotel Citra untuk memajukan lagi perniagaan perhotelan mereka. Kalau macam tu pergi kemas stor belakang tu... pastikan bilik stor tu bersih. Hotel kita ni bertaraf bintang jadi, jangan malukan saya dengan keadaan stor macam tu, arah Rayyan penuh yakin. Padahal dia sendiri tak pernah masuk ke bilik stor. Alasan semata-mata!

Baik tuan.... Dengan satu arahan boleh mengubah niat pekerjanya itu. Rayyan mencebik, ada hati nak berangan. Eh, tapi... kenapa aku pulak yang sibuk? Qeesya dengan yakin memanjat tangga di depannya. Alah... setakat nak pasang langsir dia pun boleh buat. Tak payah nak tunggu pekerja. Bukan dia tak biasa buat kerja-kerja macam ni malah, lebih dari ini dia pernah buat. Eh! Kau buat apa tu? Sergahan itu membuatkan Qeesya terkejut namun, imbangan badannya tidak terjejas. Matanya sempat merakam tubuh yang berdiri tidak jauh dari tangganya. Berdiri sambil memeluk tubuh. Emmm... orang hantar kerja boleh pulak nak berlagak macam bos dekat sini. Bebel Qeesya dalam hati. Main bola sepak... jawab Qeesya dengan selamba. Tangannya memasukkan satu per satu besi langsir di tempatnya. Langsung tak teringin nak memandang wajah yang menegurnya. Tetapi sempat dia bersuara perlahan, sibuk aje nak tahu orang buat apa tu kenapa? Rayyan menggigit bibir. Amboi, boleh pulak mengutuk orang depan-depan. Amboi, sedar sikit siapa ketua dekat sini? Aku! Jadi, aku berhak tahu apa yang kau buat ikut pelan ke tak, guna bahan yang betul ke tak? bidas Rayyan. Sengaja menguatkan perkataan ketua tu. Biar buka sikit telinga minah perasan ni. Qeesya mencebik. Mamat sombong ni memang berlagak. Baru jadi ketua dah berlagak. Bukan CEO pun! Qeesya menahan perasaan walaupun hatinya memang teruja dengan kehadiran Rayyan. Tapi... sengaja nak jual mahal. Ni apa hal kau yang panjat ni? Pekerja lelaki dah tak ada ke? soal lelaki itu dengan garang. Sempat dia menoleh ke kiri dan kanan, mencari kelibat pekerja-pekerja yang lain. Kosong. Hanya ada dia dan Qeesya yang tinggi di atas tangga. Panjat tangga tinggi tu tak takut tapi, naik lif gelap sampai pengsan.... Qeesya berpaling. Dia rasa nak tergelak bila wajah itu sedaya upaya mendongak untuk melihatnya. Qeesya duduk dengan selamba di atas tangga. Hah... ini baru betul bak kata perumpamaan berdiri tak sama tinggi duduk pun tak sama rendah. Sekarang ni apa yang lelaki buat perempuan pun boleh buat... jawabnya pendek. Tak nak mengaku kalah. Eh... Encik Rayyan pun ada dekat sini? Nizam dan beberapa orang pekerja Mutiara Deko masuk dengan beberapa bungkusan makanan. Rayyan melihat jam di tangannya. Lunch time rupa-rupanya, patutlah. Saja buat tinjauan... jawab Rayyan sambil mata masih menjeling pada wanita yang duduk santai di atas tangga. Selamba siap goyang kaki. Berlagak! Nizam mengangguk dan tersenyum. Qees dahlah tu. Mari turun dulu, makan. Abang ada belikan ikan keli masak gulai tempoyak. Perhhh... makan sampai menjilat jari ni. Hah, gulai tempoyak? Sedapnya. Okey. Seminit, Qees turun. Qeesya pantas turun dari tangga. Langsung tak kisah dengan mata Rayyan yang merenung tajam ke arahnya. Encik Rayyan marilah jemput makan sekali. Seronok juga kalau makan ramai -ramai macam ni, pelawa Nizam. Kalau setakat seorang nak tumpang makan memang berlebihan. Rayyan cuba untuk tersenyum. Meluat juga telinganya bila mendengar panggilan abang yang keluar daripada mulut Qeesya untuk Nizam. Eh... apalah Abang Nizam ni? Encik Rayyan ni mana makan gulai tempoyak. Ini makanan orang kampung. Lagipun dia sibuk sekarang ni. Qeesya memberi jawapan bagi pihak Ra yyan. Mana boleh lelaki itu berada lebih daripada tiga puluh minit dengannya, takut nanti hatinya akan berbunga-bunga. Terus hilang nanti rancangan merajuknya. Rayyan terkedu dengan jawapan Qeesya. Memang sah wanita itu sengaja cari pasal dengannya. Tak apalah, Nizam. Saya pun ada janji sekejap lagi. Saya pergi dulu. Rayyan melangkah perlahan. Sempat dia menjeling ke arah Qeesya dan mengugut wanita itu perlahan. Antara kita belum selesai lagi.... Antara kita memang tak akan pernah selesai.... Sempat Qeesya mengenyit matanya sambil tersenyum penuh sindiran. Menghantar langkah Rayyan dengan senyuman lebar. Tapi, ayat itu hanya dia yang dengar. My Prince Rayyan hilang entah ke mana.

Jumpa aku, Restoran Green waktu lunch Rayyan QEESYA masih khusyuk dengan Nikon D5100 Digital SLR camera & 18-55MM G VR DX AF-S & 55-300MM VR zoom lens. Dari semalam dia merakamkan beberapa memori yang sangat menarik. Mungkin ada yang tak akan faham kenapa dia mengambil gambar itu. Tapi, untuk kepuasan diri sendiri dia yakin setiap gambar yang diambil sangat bermakna dalam hidupnya. Mulutnya masih tak henti membebel, manalah mamat sombong ni. On timelah sangat. Dah lama tunggu? Suara itu membuatkan Qeesya berpaling. Hah, akhirnya datang juga orang yang ditunggu. Encik Rayyan... walaupun saya dah jatuh cinta dengan Encik Rayyan, tak bermakna saya boleh tunggu Encik Rayyan macam orang bodoh dekat sini sampai satu jam. Lain kali jangan bagi waktu kalau tak tahu nak tepati waktu tu. Hah... datang dah angin kuch-kuch hotak hangnya itu. Kan ke saya dah kata semalam. Saya ada meeting dan tak tahu pukul berapa akan selesai. Habis tu, tak reti-reti nak mesej ke? Cakap aje, sayang... abang lambat sikit sebab meeting tak habis lagi. Susah sangat ke? Qeesya masih tak puas hati. Dalam marah sempat berseloroh. Rayyan buat muka selamba. Duduk di depan wanita yang sudah kemerahan menahan marah. Kenapalah aku ke sini? Kan aku boleh hantar sesiapa saja untuk berbincang dengan dia ni. Tapi, kenapa hati ni berkeras juga nak datang? Okey. Nak mula atau nak halau aku balik? tanya Rayyan memberi kata dua kepada Qeesya. Qeesya mencebik. Mulalah. Nak balik buat apa? Ingat senang ke nak tunggu sampai sejam, sahutnya. Moodnya kembali ke tahap normal. Sajalah nak buat drama sikit padahal bukan tunggu tempat panas pun. Di dalam restoran siap ada penyaman udara lagi. Penat sangatlah kau tunggu sampai makan sepinggan nasi dengan air gelas besar. Qeesya pandang pinggan dan gelas yang dah kosong di depannya. Alamak! Kenapalah tak suruh diorang ni angkat tadi? Walaupun dah kantoi tapi, dia tetap buat muka selambanya. Habis tu, takkan nak berlapar sebab nak tunggu Encik Rayyan walaupun saya ni tengok muka Encik Rayyan saya dah kenyang. Tapi, marah punya pasal tak sedar habis pulak nasi sepinggan ni, jawab Qeesya masih juga mahu memberi alasan. Rayyan senyum sinis. Kau masih marahkan aku? soal Rayyan. Qeesya buat tak dengar, sengaja nak mendera mamat sombong di depannya. Sebenarnya Rayyan ni tak adalah teruk sangat dan atas alasan itulah dia jatuh cinta pada mamat sombong ni. Hah... mesti nampak teruk tapi, memang itulah yang dia rasa sekarang ni. Aku minta maaf... ucap Rayyan perlahan. Gerakan tangan Qeesya terhenti. Oh, Malaysia! Dengar tak mamat sombong ni minta maaf pada Qeesya Ameena? Aku mimpi ke ni? Apa? Qeesya ingin kepastian. Aku minta maaf. Hah? Qeesya sengaja menduga Rayyan. Hakikatnya hati sendiri yang terhibur. Rasa nak meloncat bila mendengar kata maaf daripada lelaki di depannya ini. Rayyan merenung Qeesya dengan tajam. Pandangan mata itu seperti pandangan seorang pembunuh yang sedang memegang pisau di tangan. Serius geram. Okey... awak nak jumpa saya ni semata-mata nak minta maaf? tanya Qeesya. Rayyan diam. Hah, memang tangannya yang gatal terus memberi mesej arahan itu kepada Qeesya. Tapi, atas alasan apa dia sendiri tak tahu. Emmm... sebenarnya aku pun bukan selalu ke kelab tu. Akhirnya ayat itu terluah daripada bibir Rayyan .

Qeesya tersenyum namun, senyumannya bertukar menjadi ketawa kecil dan akhirnya dia ketawa kuat. Kenapalah susah sangat nak mengaku yang Izz Rayyan dah terkena panahan cinta Qeesya Ameena. Kan saya kata bukan senang nak tepis cinta Qeesya Ameena ni, s atu dalam seribu. Qeesya mula nak bangga diri. Rayyan mencebik. Kau jangan nak perasan. Antara kita tetap macam dulu, tak ada apa akan terjadi antara kita. Dan satu lagi. Jangan campur adukkan masalah kerja dengan masalah peribadi. Aku tak suka bekerja dengan orang yang tak profesional. Rayyan bangun sambil meninggalkan Qeesya. Qeesya menggaru kepala yang dililit dengan selendang. Hesy... siapa yang campur aduk urusan kerja dengan peribadi ni? Izz Rayyan Iskandar, cakap ajelah yang kau memang dah jatuh cinta dengan Qeesya Ameena... kan ke habis cerita.

KHAIRUL mengangkat beg-beg keluar dari dalam bonet keretanya. Ya Allah, budak ni nak pergi luar negara ke apa? Punyalah banyak. Apa yang dia bawa ni? Batu ke? Hoi, Qeesya! Ni siapa yang nak angkat beg -beg kau ni? Punyalah banyak nak pindah terus ke apa? Siapa lagi? Kaulah. Dah... jangan membebel macam mak nenek. Angkat aje. Aku nak jumpa mak ni. Rindunya... mak! Mak! Oh makku sayang! jerit Qeesya sambil kakinya terus melangkah memanjat tangga. Khairul gigit bibir, geram. Bertuah punya budak! Lepas ni jangan harap aku nak bawa kau sekali balik kampung. Eh, tapi... bukan selama ni Qeesya ke yang bawa dia balik. Khairul tersenyum sendiri. Hah, baru nampak muka. Dah membebel satu jam barulah nak balik. Riuh Hajah Zainab membebel di hujung tangga. Khairul berpaling. Melihat senyuman di wajah Qeesya dah cukup memberitahu yang dia akan menjadi mangsa serangan peluru Hajah Zainab merangkap mak kesayangannya. Apa yang sibuk sangat sampai nak tengok mak sendiri pun kena tunggu masa yang sesuai? Mengalahkan kerja sebagai CEO syarikat besar. Nak balik seminggu sekali pun susah. Kenapa yang susah sangat? Kalau bukan selalu Si Qeesya ni yang bising suruh kamu balik mesti kamu tak balik, kan? bebel Hajah Zainab, meriuhkan suasana. Khairul mencampak beg di hujung tangga. Laju memanjat tangga dan terus memeluk erat tubuh tua itu. Mencium pipi kanan dan pipi kiri. Mulut Hajah Zainab terus terhenti melontar peluru. Rindunya dengan mak.... Kedengaran suara garau itu di sebalik pelukan erat. Emmm... pandainya nak ambik hati. Nak tutup kesalahanlah tu, usik Qeesya. Hajah Zainab tersenyum. Membalas pelukan anak bujangnya. Memang dia akan kalah dengan Khairul. Anaknya itu memang cukup bijak mengambil hatinya. Rasa marah yang membuak-buak akan bertukar lega dengan hanya satu pelukan. Alah... sampai bila nak buat drama ni? Perut Qeesya dah nyanyi lagu keroncong ni. Alah, kesiannya anak mak. Jom kita makan, mak memang ada masak lauk kegemaran Qees. Jom.... Aik... lauk kegemaran Qees aje? Rul punya? Khairul mencebik dah macam muncung itik jantan. Qeesya mencebik. Poyo! Untuk Khairul Ikhwan mak sekalilah. Hajah Zainab tersenyum. Qeesya bersorak riang. Namun, senyumannya mati bila melihat beg bajunya tergolek di lantai. Hoi, Rul! Kenapa kau campak beg aku tu? Adoi... habislah rosak. Macam -macam ada dalam tu tahu tak?! jerit Qeesya tak puas hati. Khairul hanya menjeling dengan ekor mata. AAK, ada aku kisah? Kurang asam punya budak! Habislah barang aku. Laju langkah Qeesya mendapatkan beg kesayangannya. Banyak benda yang perlu diselamatkan. Terutamanya hadiah untuk Hajah Zainab. Mak turun dulu. Kalau dah berjumpa tu tak berte kak tak sah. Macam anjing dengan kucing. Kalau tak jumpa rindu pulak.

Khairul tersenyum membantu Qeesya mengangkat beg yang beratnya entah berapa kilo itu. Hah, baru tahu! Naik hijau muka bila angkat sendiri beg dia. Apa aje yang kau bawa dalam beg ni? Berat semacam. Soalan yang sama diulang untuk kali ketiga. Hadiah untuk maklah. Esok, kan birthday Hajah Zainab. Hah?! Langkah Khairul terhenti. Matanya membulat besar. Alamak! Macam mana boleh lupa ni? Kau tak payah nak buat muka terkejut kau tu. Alamak, Qees... aku lupalah. Tak beli apa pun ni. Qeesya mencebik. Eleh... macamlah sebelum ni kau ingat. Jangan risau. Aku dah belikan untuk kau, ujar Qeesya tenang. Khairul kembali tersenyum. Hah... ni yang aku sayang kau ni. Memang kau ni terbaiklah. Terima kasih banyak-banyak. Qeesya mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya, satu bungkusan diserahkan kepada Khairul. Khairul menyambut dengan senyuman, sempat menggoncang kotak itu perlahan. Tak payah nak terima kasih sangat. Dua minggu tanggung dinner dengan lunch aku. Ingat! Dua minggu. Dua minggu? Melampau dah tu. Kau ada dua pilihan. Yang pertama, sponsor lunch dan dinner aku. Kedua, aku bagitau mak yang kau lupa birthday dia, ugut Qeesya sambil mengangkat keningnya tinggi. Khairul mencebik namun, akhirnya mengangguk setuju. Cis... suka ambik kesempatan dalam kesempitan! Nak tak nak Khairul terpaksa membuat pilihan pertama. Dia tersenyum melihat kotak di tangannya kemudian menepuk dahi beberapa kali. Macam manalah boleh lupa ni? Khairul, lepas ni jangan buat lagi. Amaran keras untuk diri sendiri. Oh, Mr. Mekanik! Tak nak makan ke?! laung Qeesya dari bawah. Yelah! Nak datanglah ni! Jerit Khairul semula. Isteri Tarzan betul!

Bab 10

ERTERUS TERANG aje boleh tak? marah Rayyan. Pantang kalau nak berkias kias. Dia bukan lelaki yang meletakkan kiasan dalam setiap apa yang nak disampaikan. Hidup ni akan lebih senang kalau berterus terang. Okey... saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awaklah, jelas Qeesya. Cukup yakin. Fuh, lega! What?! Saya rasa saya dah fall in love with you, Izz Rayyan Iskandar. Saya tak kisah siapa pun awak. Apa yang saya tahu, sekarang ni hati saya ni asyik teringat dekat awak seorang. Lancar sekali ucapan Qeesya. Hanya de ngan sekali lafaz. Apa yang kau merepek ni? Cik Qeesya Ameena... bukan semua benda dalam dunia ni boleh dijadikan gurauan. Wah! Untuk kesekian kalinya ada beberapa ayat yang agak panjang keluar daripada mulut mamat sombong hero pujaan hatiku ni. Muka saya ni ada macam orang bergurau ke? tanya Qeesya dengan serius. Aku bukan lelaki yang percaya dengan cinta murah perempuan ni. Jadi, kau jangan buang masa dengan perasaan tak berfaedah tu. Mungkin bagi awak semua ni tak berfaedah. Tapi, bagi sa ya semua ni adalah anugerah yang paling hebat. Awak ingat senang ke nak jatuh cinta? Kalau saya diberi pilihan untuk jatuh cinta, dah lama saya pilih orang yang lebih baik daripada awak. Dahlah mamat sombong, angkuh! Berlagak nak mampus, muka pun dah la suam-suam kuku aje. Amboi, marah sangat tu. Suam kuku apanya kalau asyik teringatkan dia. Adoi... kau dah kena guna-guna ke ni Qeesya? Kau tengah menghina aku sekarang ni, kata Rayyan berbaur keras. Eleh! Terasalah tu. Bukan menghina tapi, mengingatkan. Awak boleh buat keputusan sama ada sudi terima saya atau tak tapi, awak tak ada hak nak suruh saya berhenti untuk cintakan awak, putus Qeesya dengan berani. Rayyan sekali lagi melepaskan keluhan berat. Pertama kali dia berdepan dengan wanita seberani Qeesya. Tapi, awak janganlah fikir sampai pecah kepala.Walau apa pun yang jadi, cinta saya pada -Nya lagi kuat. Saya takkan buat bukan-bukan pada awak atau diri saya sendiri, ucap Qeesya dengan yakin. Rayyan diam. Jawapan itu membuatkan hati Rayyan lega. Sekurang-kurangnya dia tahu wanita di depannya itu tak adalah terdesak sangat. Dah. Kalau tak ada apa, tolong jangan muncul lagi depan aku... tegas Rayyan. Kali ni kalau boleh diketuk kepala ting-tong wanita di depannya itu, dia akan buat.

Qeesya tunduk. Diam buat beberapa ketika. Cuba memikirkan ayat yang keluar daripada mulut Rayyan. Okeylah... atas permintaan awak, saya tak akan muncul lagi. Tapi, untuk hari ni aje. Esok lusa tak pasti lagi. Balas Qeesya sambil meninggalkan Rayyan yang sedang menahan marah. Sempat lagi tu bagi flying kiss kepada Rayyan. Aksi manja Qeesya itu hanya dibalas dengan renungan tajam. Rayyan menggigit bibir namun, akhirnya ada senyuman yang mekar di hatinya. Kelakar betul perempuan ni. Pelik! Ada lagi rupa-rupanya perempuan spesies tak tahu malu macam ni. Nasib baik sweet. Eh... sweet? Kenapa pulak kau puji perempuan tu? Rayyan terus masuk ke dalam kereta. Lagi lama dia berdiri di situ, lagi banyak benda yang difikirkan.

IZZ RAYYAN masih bersandar di balkoni. Dari situ dia dapat melihat bintang yang bertaburan di langit. Cukup sempurna ciptaan-Nya. Malam ini ketenangannya sekali lagi terganggu dengan kerja gila wanita bernama Qeesya Ameena. Perlahan dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Terasa sesak. Along, umi ajak makan... panggil Rania, malas. Rayyan berpaling. Menarik tangan satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Wajah itu masih muncung. Nia marahkan along lagi ke? Soalan itu berbau pujukan. Mana ada.... Pendek tapi, mata itu langsung tak memandang ke arah insan yang bercakap di depannya. Kalau tak marah kenapa tak nak pandang muka along ni? Dah tak sayangkan along ke? Walaupun Rania kini berumur dua puluh empat tahun tapi, di matanya Rania masih kecil dan sentiasa akan menangis di bahunya kalau dibuli. Along tu asyik nak menangkan tuk wan aje. Apa yang Nia buat semuanya salah... luah Rania. Rayyan tersenyum. Hei... pandang muka along ni. Dagu adiknya ditolak sedikit dengan jari. Memandang ke arahnya. Tuk wan tegur Nia sebab sayangkan Nia. Takkan Nia dah lupa siapa tuk wan dalam keluarga kita. Tapi, sebenarnya along sayangkan Nia. Kalau along tak selamatkan Nia hari tu, mesti dua puluh empat jam Nia kena dengar tuk wan membebel, kan? pujuknya lagi. Rania mengangguk perlahan. Tapi... along marah Nia. Bukan marah, tinggikan suara sikit aje. Baru nampak real... usik Rayyan. Rania ketawa kecil. Hah... macam ni la adik along, baru nampak cantik. Tak nak peluk along ke? Rania tersenyum. Laju dia memeluk tubuh tegap itu. Rayyan mengusap rambut adiknya. Dia sudah berjanji pada arwah abah yang dia akan menjaga Rania dan Faez sebaik mungkin. Tak akan ada rasa kekosongan dan kehilangan di hati mereka. Itu janjinya. Along setuju ke dengan pilihan tuk wan tu? Nia tengok macam serius aje tuk wan kali ni. Rayyan ketawa kecil. Kan ke memang selama ni pun tuk wan serius. Tapi, kali ni tuk wan siap dah bincang dengan umi. Semalam Nia dengar tuk wan dengan umi cakap pasal perempuan dan along. Along dah tengok ke calon yang tuk wan cari tu? Rayyan angkat bahu. Tak.... Hesy... tak modenlah tuk wan ni. Ada pulak zaman macam ni nak aturkan perkahwinan untuk along, rungutnya lagi. Umi kata apa? Mula-mula tu, umi macam tak setuju juga. Tapi, bila tuk wan cakap-cakap lepas tu cakap lagi... umi macam dah setuju aje... cerita Rania. Masih bersandar di bahu abangnya. Emmm... mungkin dah tiba jodoh along, usik Rayyan. Rania mencebik. Nia tak suka kalau tuk wan paksa along. Along janganlah lembut hati sangat. Jangan ikut aje apa yang tuk wan dengan umi cakap. Along ada hak tentukan masa depan along. Lagipun, along lelaki. Semangat Rania

menegakkan pendiriannya. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Kalau along dah kahwin nanti, boleh tak along sayangkan Nia macam sekarang? Rayyan tersenyum. Menggosok rambut adiknya. Nia dan Faez adalah adik yang paling along sayang sampai bila -bila. Sampai along mati, ujarnya perlahan. Senyuman di wajah itu semakin lebar. Dia mengangguk perlahan. Mungkin berpuas hati dengan jawapan Rayyan. Along, kereta Nia tu dah buat hal. Boleh tak kalau nak tukar kereta baru? rengek Rania sambil bersandar di bahu Rayyan seperti selalu. Aik, bukan baru tukar ke? Please... lagipun mana ada orang pakai Myvi dah... ujar Rania sedikit merayu. Nak tukar kereta apa? Vios or Honda City. Kenapa tak mintak dekat umi? tanya Rayyan. Rania mencebik. Umi nanti banyak soal. Lama Rayyan diam seakan-akan berfikir. Akan dipertimbangkan.... Bisiknya. Senyuman Rania melebar. Love you along, bisik hatinya.

RAYYAN menggaru kepalanya. Pagi tadi sekali lagi Hajah Sarifah membincangkan benda yang sama. Di mata tua itu nampak sangat gembira, dan yang menambahkan pening kepalanya bila Hajah Sarifah sudah mula menyediakan perancangan perkahwinan. Berat ni! Memang kes berat! Sekarang ni apa yang jadi masalah sangat? Dah suruh kahwin, kau kahwin ajelah. Kalau aku, siap dah ada calon tunggu apa lagi, usik Hazwan. Sengaja menambahkan pening kepala Rayyan. Bukan selalu dia melihat kerutan di wajah tak berperasaan sahabatnya tu. Cakap memang senang, kan? Hazwan tersengih. Kalau susah... buat macam selalulah. Kau cakap kau tak nak kahwin lagi, belum bersedia. Jawapan yang sama untuk calon-calon sebelum ni. Kali ni dengan siapa pulak tuk wan kau nak jodohkan kau? Hesy... dah macam dramalah pulak nak suruh kahwin-kahwin paksa ni. Tapi, kalau drama selalunya endingnya best. Aku pun tak tahu. Tapi, kali ni macam serius aje tuk wan aku tu. Qeesya Ameena macam mana? Tiba-tiba teringatkan nama itu. Nama yang sedap disebut. Yang tu lagi masalah besar. Tak tahulah aku nak buat apa lagi. Semakin aku tak suka, semakin dia cari pasal dengan aku. Kadang-kadang rasa macam nak cekik dia pun ada! marah Rayyan. Hazwan tersenyum. Hai... tak sedar lagikah Rayyan ni? Takkanlah tak faham lagi hati sendiri. Sejak bertemu Qeesya Ameena, Izz Rayyan memang mula berperasaan. Sekejap suka, sekejap marah, sekejap benci. Hebatlah wanita ni. Semua perasaan kau campak dalam hati mamat sombong ni. Habis tu, sekarang ni apa rancangan kau? Entahlah... tuk wan tak habis-habis desak aku suruh kahwin dengan pilihan dia. Dia kata sekarang ni kalau kahwin lambat, rugi. Nanti anak kecik lagi kita dah pegang tongkat. Rayyan mengulang nasihat tuk wannya. Hah, betullah apa yang tuk wan kau cakap tu. Puan Sri kata apa? Rayyan menggeleng perlahan. Kalau dah Hajah Sarifah yang bersuara, umi aku pun tak boleh nak kata apa. Kau, kan tahu umi aku tu nampak aje tegas tapi, sebenarnya dia akan lebihkan tuk wan aku dalam semua hal. Habis tu, apa yang susah sangat? Kau kahwin ajelah dengan pilihan tuk wan kau. Lagipun kau bukannya tak mampu. Perlu ke kahwin tanpa ada cinta? soal Rayyan. Pertama kali selepas tiga tahun dia menyebut perkataan itu. C.I.N.T.A.

Cinta tu anugerah Allah. Kalau Dia kata Dia nak bagi, Dia akan ba gi. Cuma kita tak tahu bila cinta tu akan datang. Kan ke bercinta lepas kahwin tu lebih bermakna. Amboi, pandailah pulak bagi nasihat dekat orang. Diri sendiri pun bujang terang tang tang! Kau kalau bercakap memang macam ustaz, kan. Habis tu, kenapa sampai sekarang kau tak kahwin lagi? balas Rayyan membuatkan Hazwan ketawa kuat. Sebabnya aku cari perempuan yang boleh mencintai aku lepas kahwinlah. Lagipun bukan senang nak dapat perempuan yang nekad macam Qeesya. Nekad nak pikat kau. Nasib baik dia nampak kau dulu. Kalaulah dia jatuh cinta dengan aku memang stadium bola Bukit Jalil aku tadahkan untuk menerima cintanya, tutur Hazwan. Baginya Qeesya Ameena bukan macam perempuan-perempuan yang terhegeh-hegeh merebut cinta Rayyan. Qeesya menyatakan rasa sukanya dengan cara tersendiri. Rayyan mencebik. Dia kembali duduk di kerusinya. Terasa dengan kata-kata Hazwan. Bertuah ke dia jika memiliki Qeesya Ameena? Emmm... kalau payah sangat kau bawa ajelah Qeesya tu jumpa keluarga kau. Untung-untung tuk wan kau akan batalkan niat dia bila kau dah ada pilihan. Hazwan memberi cadangan. Rayyan menggaru dagunya. Memang cara itu akan menyelesaikan dua masalah. Satu, masalah calon tuk wan. Satu lagi, menguburkan angan-angan wanita bernama Qeesya Ameena. Dia yakin yang tuk wan mesti tak suka dengan perempuan macam Qeesya tu. Tapi, kalau dia buat macam tu dia akan main-mainkan perasaan Qeesya. Tapi, kau ada pilihan ke Rayyan? Tapi, kesian kalau Qeesya tahu pasal ni. Kau ingat budak Qeesya tu serius ke sukakan kau? Dia main-main ajelah, dia sengaja nak mencabar kau! Tapi, macam mana kalau dia betul-betul cintakan aku? Kau rasa dia cintakan kau? Hesy... tak mungkinlah. Si Qeesya tu sengaja nak buat aku perasan. Hati Rayyan mula tidak keruan. Fikir yang bukan-bukan. Hah, berangan apa lagi tu?! sergah Hazwan. Rayyan bangun. Mana ada aku berangan. Tapi, kan... macam mana kalau tuk wan aku suka dengan budak Qeesya tu? Hazwan ketawa kecil. La... kalau dah tuk wan kau suka, kau kahwin ajelah. Kalau kau tak nak Qee sya Ameena, aku pun boleh take over. Sekali lagi Hazwan menduga hati Rayyan. Gila! Dah, keluar. Eh... dah pandai halau-halau pulak? Memang dah sah la kau dah kena panahan cinta Qeesya Ameena. Lebih baiklah guna talian hayat supaya kau tak masuk hospital Tanjung Rambutan disebabkan penyakit cinta! Usik Hazwan lagi. Rayyan membulatkan matanya. Hazwan tersenyum sambil melangkah laju meninggalkan bilik Rayyan sebelum ada apa-apa barang yang melayang ke kepalanya. Rayyan mengeluh. Bukan nak tolong selesaikan masalah, lagi tambah kusutkan kepalanya adalah.

QEESYA masih duduk di depan Rayyan, menanti ayat yang akan keluar daripada mulut itu. Tadi bukan main serius lagi nak jumpa. Sekarang jadi bisu pulak. Takkan nak main lawan mata pulak. Bahaya dua anak Adam berduaan macam ni. Nanti pasti ada orang ketiga. Tadi Encik Rayyan kata ada urusan penting. Apa yang penting sangat ni? soalnya. Rayyan menjeling pada wajah di sebelah kirinya. Terbayang tanda soal di wajah itu. Okeylah. Aku berterus terang dengan kau. Aku akan kahwin.

Hah?! Bulat mata Qeesya mendengar pengakuan berani mati Rayyan. Berkelip -kelip matanya menahan nafas yang sudah entah ke mana rentaknya. Tepat memandang wajah yang masih khusyuk melayan entah apa dalam Iphone di tangannya. Alamak, nak pitam! Sumpah, nak pitam. Tolong, gelap! Cik Qeesya! Cik Qeesya! Suatu suara menerjah masuk ke telinganya. Amboi, siap tampar lagi pipi aku yang gebu ni. Sakit, okey. Bisik Qeesya dalam hati. Perlahan mata dibuka. Ada tiga pasang mata sedang memandang ke arahnya. Qeesya okey tak ni? Kenapalah suka sangat buat scene pengsan ni? Mata dibuka luas. Macam kenal suara tu. Yes, memang suara Nadia. Apa kau buat dekat sini? Apa jadi dengan aku ni? La... tadi Encik Rayyan call aku pakai BB kau suruh aku datang sini. Tengok-tengok kau dah terlentang macam ni. Kenapa sampai pengsan ni? Kau tak makan ke? tanya Nadia, risau. Soalan Nadia cuba diproses dengan baik. Review balik apa yang terjadi. Nadia dan dua orang mungkin kakitangan hotel Citra Holding menunggu jawapan daripada mulut Qeesya. Pelik juga... di dalam tempat yang ada penyaman udara pun boleh pengsan. Lainlah kalau duduk tengah panas terik. Pengsan?! Adoi... malu semalu malunya ni. Hesy... memang tak berperikemanusiaan betul skrip hidupnya hari ni. Dimalukan oleh diri sendiri. Rasa macam nak hilangkan diri! Tapi, kenapa aku pengsan? Rayyan? Kahwin? Laju dia tegak berdiri. Hah! Kahwin?! jerit Qeesya tiba-tiba. Nadia mengurut dadanya. Terkejut. Hesy... budak ni aku cepuk jugalah main terkejut-terkejut macam ni. Kenapa? Siapa pulak nak kahwin? Encik Rayyan mana? Lain yang ditanya lain pulak yang dia jawab. Ada dalam bilik dialah agaknya, manalah aku tahu bukannya aku jaga dia. Dah! Jom kita balik. Buat malu aje berpengsan-pengsan dekat tempat orang ni. Pap! Sekali lagi Nadia memalukan Qeesya. Argh... bukan aku sengaja nak pengsan pun! Terpengsan... okey! Kau tunggu sekejap dekat sini. Aku nak pergi jumpa Encik Rayyan sekejap. Cis, berani dia tinggalkan aku masa wanita hot macam aku ni tengah pengsan. Tak jantanman langsung. Betul ke awak nak kahwin? Oh, Qeesya! Tolonglah... soalan yang dah kau dengar jawapannya kenapa mesti diulang? Luka di hati bertambah berdarah bila melihat muka batu Rayyan. Memang tak ada perasaan. Aku tak suka ulang benda yang aku dah cakap. Lagipun nanti ada pulak yang pengsan sekali lagi, perli Rayyan. Terkejut juga dia bila wanita itu rebah tiba-tiba. Terhenti sekejap denyutan jantungnya. Tapi... kenapa? Qeesya cuba bertenang. Hey... Qeesya. Control ayu, cuba buat muka yakin seperti selalu. Tarik nafas... lepas, tarik and lepas. Fuh! Wajah Rayyan dipandang lama. Awak nak kahwin dengan siapa? Dengan bakal isteri aku. Siapa? Amboi, dah macam suami minta kahwin dua pulak. Kenapa pulak kau nak marah sangat ni Qeesya? Kata cool? Seorang perempuan, jawab Rayyan dengan selamba. Riak wajah Rayyan jelas menunjukkan wajah kemenangan untuk halau Qeesya dalam hidupnya. Menang sebab nak tunjuk yang instinct Qeesya selama ni adalah bayangan semata-mata. Saya tahulah bakal isteri awak perempuan. Takkan lelaki pulak. Tapi, kenapa tiba-tiba aje awak nak kahwin? Rayyan menjeling tajam ke arah Qeesya. Wajah Qeesya jelas kalut tapi, sempat jugalah angkat tangan peace! Tanda berdamai. Oh... saya lebih rela kalau awak cakap yang awak ni gay daripada awak kata yang awak nak kahwin. Tolonglah cari alasan yang boleh diterima akal cinta saya ni, kata Qeesya sambil memegang kepalanya.

Rayyan berlagak santai walaupun dia suka melihat wajah yang kegelisahan itu bertukar hijau bila dia kata dia nak kahwin. Reaksi Qeesya membuat hatinya tersenyum. Geli hati. Esok malam ikut aku balik rumah jumpa tuk wan dan umi... ujarnya lambat -lambat. Masalahnya sekarang ni, bukan pasal rumah ke pasal apa ke. Kenapa awak nak.... Qeesya diam. Ayat yang keluar daripada mulut Rayyan baru sampai ke otaknya. Apa awak cakap? Esok tepat pukul lapan aku ambik kau dekat rumah. Jangan lambat. Kalau tuk wan dengan umi sukakan kau jadi, aku tak akan kahwin. Ujar Rayyan ringkas, sebelum memberi isyarat supaya Qeesya keluar dari biliknya. Qeesya mengangguk faham, tersenyum dan melangkah keluar. Betul ke apa dia dengar ni? Oh, my Prince Rayyan.

You might also like