You are on page 1of 12

Bincangkan kelebihan dan kekurangan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif.

Tenaga nuklear, kadangkala disebut tenaga atom, ialah sejenis tenaga yang "mengikat" nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik. Tenaga nuklear ini dihasilkan dari reaksi nuklear, iaitu bukan letupan terkawal. Penghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear. Bahan radioaktif dibedil (ditembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan neutron. Neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru. Dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil. Tenaga ini dinamakan sebagai tenaga nuklear. Proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku. Proses ini dinamakan "Tindakbalas Berantai" Pada masa kini, petroleum yang menjadi sumber utama penjanaan tenaga di dunia semakin berkurangan. Maka, dunia makin terdesak untuk mencari suatu sumber alternative bagi menggantikan petroleum. Permintaan yang tinggi terhadap tenaga elektrik telah menyebabkan banyak negara-negara maju memberi perhatian terhadap tenaga nuklear. Malah, di peringkat serantau juga, penggunaan tenaga nuklear semakin menjadi pilihan. Misalnya, negara Jepun, Vietnam dan Amerika Syarikat sudah mulai menuju ke arah penghasilan tenaga elektrik berasaskan tenaga nuklear. Secara umumnya, penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternative mempunyai banyak kebaikannya bagi masyarakat mahupun negara. Tenaga nuklear berjaya menggantikan sumber tenaga konvensional yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum, gas asli dan batu arang sebagai bahan api. Maka ianya dapat berfungsi sebagai pengganti yang baik untuk petroleum. Tambahan pula, tenaga nuklear dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa

yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangka masa panjang. Dikatakan, satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa

million barrel minyak. Keadaan ini menjadikan kerja penjanaan kuasa lebih mudah dan berlanjutan. Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah. . Sumbangan teknologi nuklear dalam bidang pertanian tidak harus dinafikan Teknik nuklear dapat digunakan utk menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baik & bermutu.Teknologi nuklear juga boleh digunakan untuk membasmi seranggan perosak tanaman seperti kumbang dan belalang. Selain itu, bahan nuklear seperti fosforus-32 amat penting untuk mengkaji kesan resapan nutrien oleh tumbuhan. Penggunaan teknik isotop radioaktif & sinaran pengionan seperti sinar gamma & sinar-X juga berjaya meningkatkan hasil pengeluaran pertanian dan ternakan. . Teknologi nuklear turut memanikan peranan yang penting dalam bidang perubatan. Misalnya, Radioisotop berguna sebagai alat diagnostik di hospital untuk mengesan dan menentukan pelbagai jenis penyakit seperti pertumbuhan otak, kanser tulang, buah pinggang, sakit jantung dan sebagainya. Radioisotop Iodin-131pula berfungsi dalam mengesan kenormalan kelenjar tiriod. Sinar gamma drpd Cobalt-60 digunakan untuk mensterilkan ubat-ubatan. Perubatan nuklear, iaitu penggunaan bahan radioaktif di dalam badan dapat mendiagnosis atau merawat penyakit. Ianya amat

berguna dalam memberi maklumat sama ada sesuatu organ tertentu atau sistem berfungsi dengan sempurna. Dalam era sains dan teknologi, bidang perindustrian dan perbuatan amat memerlukan teknologi nuklear. Percampuran bahan radioaktif seperti iodin di system saluran membolehkan kadar aliran dan kebocoran paip bawah tanah dikesan. Alat komunikasi canggih seperti satelit dan Internet turut memerlukan teknologi ini Maka, tenaga nuklear dapat dikatakan sebagai tenaga alternatif yang baik Dari segi kos seunit, tenaga nuklear lebih murah daripada petroleum. Di samping itu, pembinaan lojinya tidak memerlukan kawasan yang luas Di negara maju seperti Jepun dan Amerika, tenaga nuklear digunakan dengan meluas untuk kegiatan perindustrian.

Menggantikan sumber tenaga konvensional seperti petroleum Mengesan kadar aliran dan kebocoran paip bawah tanah menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada jangka masa panjang

KELEBIHAN TENAGA NUKLEAR


Menghasilkan baka tumbuhtumbuhan yang baik & bermutu Mendiagnostik dan merawat pelbagai jenis penyakit Mesra alam, logi nuklear tidak memerlukan kawasan besar

Walaupun pengunaan tenaga nuklear mempunyai banyak kebaikannya, namun ia tidak terlepas daripada kelemahannya yang sama banyak. Jika tidak dikawal, penggunaan bahan radioaktif mampu membawa kemudaratan kepada kehidupan manusia. Tenaga nuklear menghasilkan radiasi yang sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi genetic. Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang pelbagai. Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioaktif ini, jika dilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia mencecah tahap selamat kepada manusia. Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risiko kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dan kesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Dikatakan bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima. Tenaga nuklear turut menggugat keamanan manusia sejagat. Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear pada masa kini. Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk menghasilkan senjata nuklear Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah cukup menakutkan manusia. Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki cukup untuk menjadi saksi kepada kepadahan penggunaan senjata nuklear.

Radiasi tenaga nuklear merosakkan sel badan dan mengakibatkan mutasi genetik

Risiko kemalangan di loji tenaga nuklear

KEBURUKAN TENAGA NUKLEAR

Bahan radioaktif didedaskan ke udara memudaratkan kesihatan

Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear

Pada pendapat anda wajarkah negara kita membina loji nuklear untuk menghasilkan tenaga nuklear? Berikan ulasan anda berasaskan fakta.

Sejak kebelakangan ini pelbagai kontroversi tentang isu sains yang semakin hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat di kebanyakkan Negara. Antaranya isu penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga elektrik merupakan isu yang merebak bak api di hutan di kalangan masyarakat kini. Isu tersebut telah mencetuskan pelbagai pandangan masyarakat sedunia. Kebanyakan negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Perancis telah menggunakan bahan radioaktif sebagai sumber dalam penghasilan tenaga nuklear. Tenaga nuklear dipilih kerana ia dianggap "effisien dan efektif" apatah lagi dalam keadaan dunia masa kini yang menunjukkan bahawa penggunaan petroleum dan arang batu untuk menjana elektrik negara sebagai tidak lagi sesuai kerana kenaikan harga kedua-dua sumber tersebut dan juga tekanan terhadap alam sekitar akibat penggunaan bahan api fosil tersebut.

Malah, di peringkat serantau juga, penggunaan tenaga nuklear semakin menjadi pilihan. Misalnya, negara Thailand, Vietnam dan Indonesia juga sudah mulai menuju ke arah penghasilan tenaga elektrik berasaskan tenaga nuklear. Thailand dijangkakan mula menggunakan tenaga nuklear menjelang tahun 2012, Vietnam pada tahun 2018 dan Indonesia pada tahun 2016. Berdasarkan perkembangan ini maka jelas bahawa penggunaan tenaga nuklear dalam penghasilan tenaga elektrik semakin mendapat perhatian.

Justeru itu ,Malaysia juga tidak ketinggalan dengan arus perkembangan dan penularan penggunaan tenaga nuklear yang semakin hebat diperkatakan diperingkat antarabangsa tentang kelebihannya dalam penjanaan tenaga elektrik. Bagi menjayakan rancangan penggunaan tenaga nuklear ini, Perdana Menteri Malaysia telah menjemput masyarakat awam untuk sama-sama menyumbangkan pandangan terhadap rancangan ini. Oleh itu sewajarnyalah kita sebagai rakyat Malaysia menyuarakan pandangan terhadap rancangan penggunaan tenaga nuklear ini untuk kebaikan kita semua.

Namun, sebelum memberikan pandangan, seeloknyalah kita melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang baik-buruk penggunaan tenaga nuklear ini untuk dimanfaatkan bersama .

Malaysia yang sedang merancang membina dua loji tenaga nuklear kononnya akan mengambil iktibar dari Jepun yang dilanda kebocoran radiokatif setelah negara itu dilanda gempa bumi dan dibadai tsunami pada 11hb. March, 2011 yang lalu. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun. Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik, Dalam sejarah, Institut Teknologi Nuklear Malaysia di Bangi pernah mengendalikan sebuah reaktor mini ujian pada tahun 1980-an. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa pentadbirannya tidak menjana tenaga melalui penggunaan kuasa nuklear kerana pernah mengalami pengalaman buruk dengan teknologi tersebut iaitu tidak tahu cara bagaimana hendak melupuskan sisanya yang amat bahaya kepada kesihatan manusia. Oleh itu, kabinetnya hanya menyokong penggunaan empat cara menjana kuasa, iaitu bahan api, arang batu, gas dan hidro (bekalan elektrik).

Melihat risiko pencemaran tenaga nuklear di Jepun pastinya ramai yang mula bimbang akan kesan pencemaran radiasi ke atas Malaysia. Kebimbangan itu ditambah lagi dengan cadangan kerajaan membina loji nuklear di negara ini,walau ia di peringkat cadangan ternyata ia menimbulkan keresahan rakyat Malaysia,seperti yang kita semua tahu bahaya pencemaran radiasi nuklear amat berbaya untuk semua warga bumi. Walaupun tujuannya adalah untuk menjana tenaga eletrik, penggunaan tenaga nuklear di Malaysia lebih banyak keburukanya dari kebaikan.

Reaktor nuklear mempunyai kesan terhadap kesihatan awam dan alam sekitar yang amat serius. Udara dan air yang tercemar dengan radioaktif dikeluarkan melalui

operasi reaktor nuklear di loji. Pelbagai isotop radioaktif dilepaskan dengan pelbagai kimia dan radioaktif. Sisa radioaktif yang terhasil dalam loji nuklear boleh membunuh mereka yang berdiri berdekatan tanpa sebarang pakaian perlindungan dalam tempoh beberapa minit. Sisa ini amat berbahaya sehingga bertahun-tahun lamanya. Selain itu, satu kajian di Mainz, Jerman menunjukkan risiko mendapat kanser, terutamanya leukemia, semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak yang membesar di persekitaran stesen tenaga nuklear. Hasilnya menunjukkan risiko yang tinggi untuk mendapat kanser jika kanak-kanak itu tinggal dalam lingkungan kurang daripada 5 km di sekitar loji tenaga nuclear. Terdapat 77 kes kanser (60% lebih daripada yang dijangkakan dalam nilai statistik biasa) dan 37 kes leukemia (117% lebih daripada yang dijangkakan). Maka kita tidak dapat member jaminan bahawa rakyat yang tinggal berhampiran dengan loji nuklear betul-brtul selamat daripada dedahan radioaktif.

Daripada semua teknologi penjanaan elektrik, tenaga nuklear merupakan salah satu yang mampu menyebabkan bencana kemalangan. Adakah Malaysia mempunyai kemampuan untuk menangani bencana seperti kebocoran atau keleburan reaktor? Adakah orang ramai sanggup menerima risiko ini apabila tenaga alternatif yang lebih selamat dan murah boleh diperolehi? Kesemua persoalan ini wajar dipertimbangkan oleh pihak kerajaan sebelum membina loji nuklear di Negara kita. Walaupun kemungkinan letupan nuklear adalah kecil, terdapat risiko ketara berhubung keleburan dan letupan kimia dan wap. Ini akan membawa kepada pengeluaran sebahagian besar inventori radioaktif. Contohnya kemalangan yang berlaku di stesen tenaga nuklear Chernobyl, Ukraine pada 1986. Kombinasi kesilapan pengendali, prosedur keselamatan yang tidak mencukupi dan rek abentuk reaktor yang buruk telah membawa kepada letupan wap dan hidrogen . Kemalangan ini mengeluarkan bahan radioaktif dalam jumlah yang besar di seluruh Ukraine, Belarus dan sebahagian Eropah. Manakala, dianggarkan dalam 6.6 juta orang yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan mati akibat pelbagai jenis penyakit kanser .

Tambahan pula, tenaga nuklear adalah yang paling mahal dalam bentuk tenaga dan tidak dapat wujud tanpa subsidi yang besar. Memandangkan ia begitu mahal untuk membinanya, harga elektrik yang dihasilkannya juga akan menjadi lebih tinggi. Maka kos ini mungkin akan dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan harga. Ini merupakan suatu bebanan yang harus ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan keputusannya berjulung kali sebelum membina Loji Nuklear di Malaysia kerana :-

a) Malaysia mempunyai alternatif sumber tenaga lain seperti empangan air, kincir angin,kuasa ombak laut ,gas asli , bio diesel dan solar yang jauh lebih selamat.

b) Untuk pembinaan loji dan pengurusan serta pengendaliannya memerlukan tenaga pekerja yang betul-betul pakar dan berkebolehan dalam ilmu

penggunaan dan pengendalian tenaga nuklear. Malaysia tidak mampu membekalkan tenaga pekerja yang berkemahiran sebegitu pada masa kini.

c) Malaysia sering mengalami bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan gegaran kesan gempa bumi dari negara jiran d) Jika Jepun yang menguasai teknologi nuklear pun tidak terlepas dari pencemaran radiasi disebabkan krisis loji Fukushima Daiichi, maka Malaysia mempunyai peluang yang amat banyak untuk mengalami nasib yang sama dengan Jepun e) Banyak kesan buruk akan timbul sekiranya berlaku kecuaian dan kemalangan yang tidak disengajakan seperti kebocoran dan kemalangan reactor atau kecuaian semasa pengendaliannya

Maka, berdasarkan huraian yang telah saya nyatakan, terbuktilah penggunaan

tenaga nuklear di Malaysia lebih mengundang kemudaratan berbanding dengan kebaikan. Penggunaan tenaga nuklear di Malaysia adalah tidak sesuai kerana banyak kesan buruk akan timbul sekiranya berlaku kecuaian dan kemalangan yang tidak disengajakan seperti kebocoran dan kemalangan reactor atau kecuaian semasa pengendaliannya. Walaupun terdapat juga kebaikan penggunaan tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik Negara ,tetapi sekiranya berlaku kebocoran loji tenaga nuklear dan kemalangan seperti yang berlaku di Fukushima, Jepun, ianya boleh mengancam keselamatan dan merbahayakan penduduk sekitar dan kawasan yang berhampiran dengannya. Berdasarkan penjelasan ini, nyata bahawa terdapat banyak cabaran yang perlu diambil kira jika tenaga nuklear ingin digunakan. Walaupun penggunaan tenaga nuklear mempunyai beberapa faedah, namun timbangan baikburuknya harus dilakukan sebaik, seadil dan secara sangat terperinci agar implementasi rancangan ini tidak membawa mudarat sama ada kepada manusia mahupun alam secara keseluruhan.

You might also like