16.0 Kesimpulan21Bibliografi
1.0 Pengenalan
Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, kita telah mengalami perubahan yang pesat dalamsistem pendidikan. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-dasar pendidikan negarasentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannyadalam menghadapi alaf baru yang sangat mencabar ini terutamanya dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalahbagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sertamemberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dannegara”.(Falsafah Pendidikan Kebangsaan)
Bersasarkan petikan di atas, ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah pendidikankebangsaan berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, jasmani dan emosi. Oleh itu, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yanglengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di sampingmenyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru.
“Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akandatang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan kewujudan Sekolah Bestari sebagi satu daripada tujuh flagship application dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia”(Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia)
Berdasarkan petikan di atas, pengwujudan sekolah bestari ini merupakan satudaripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Hasrat danmatlamat kerajaan Malaysia adalah menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari.Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya.Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagimenjamin setiap pelajar sama ada kuat atau lemah, kaya atau miskin dapat mencapai potensisepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang
3