You are on page 1of 6

Soalan ualngkaji EDU3105 Soalan Aneka Pilihan 1.

Apakah faktor utama yang menentukan keberkesanan penggunaan sesuatu media pengajaran? A) Isi pelajaran B) Objektif pembelajaran C) Sikap dan kemahiran guru D) Tahap pencapaian yang dikehendaki

2. "Penggunaan media pengajaran yang sesuai dapat mengatasi batasan ruang, masa dan pancaindera" Media yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas? I. Buku cerita II. Rakaman video III. Bahan pameran IV. Media sibolik verbal A) I dan II B) II dan III C) III dan IV D) I dan IV

3. Apakah maksud reka bentuk pengajaran? A) Pelan terperinci untuk menilai pencapaian murid B) Teori tentang pengurusan alat dalam makmal pembelajaran C) Bentuk pengurusan pengajaran yang menggunakan teknologi terkini D) Proses sistematik untuk membangun, melaksana dan menilai proses pengajaran

4. Cikgu Rohana menjadikan pengajarannya menarik dan berkesan. Apakah faktor yang perlu diambil kira semasa beliau merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran? A)Keseronokan murid menggunakan internet B) Kesediaan murid untuk menerima perubahan C) Keberkesanan hasil dan objektif pembelajaran D) Kemudahan teknologi pendidikan yang ada di sekolah

5. Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran? A) Penggunaan pengetahuan secara sistematik B) Reka bentuk sistem dan media dalam pengajaran C) Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah D) Aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran

6. Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu visual harus bersesuaian dengan mesej yang hendak disampaikan. Pasangan elemen dan mesej yang manakah adalah betul? A) Warna sejuk-keharmonian B) Ruang negatif besar-kesesakan C) Bentuk geometrik berlorek-ringan D) Beberapa garisan tegakpkekusutan

7. Antara berikut, bahan pengajaran yang manakah paling sesuai digunakan sebagai rangsangan untuk menggalakkan murid melibatkan diri dalam pembelajaran melalui penyelidikan? A) Realia B)Poster C) Boneka D) Diorama

8) Antara pernyataan berikut, yang manakah adalah benar tentang penggunaan kamera? A) Gunakan tripod untuk menghasilkan gambar yang jelas. B) Pengatup (shutter) boleh mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. C) Skala kepekaan filem membawa erti bahagian jarak di mana kejelasan subjek adalah paling tinggi. D) Apertur merujuk kepada tingkap yang menutup permukaan filem daripada terdedah kepada cahaya.

9) Cikgu Siti Hamizah ingin menangkap gambar kawannya semasa dia bertanding dalam acara larian 100 meter. Sebagai seorang juru gambar , apakah nasihat yang bokeh anda beerikan kepadanya? A) Kurangkan saiz aperture kepada f5.6 B) Gunakan tripord bagi menstabilkan kamera

C) Tingkatkan kepantasan shutter kepada f/500 D) Gunakan self-timer untuk melambatkan penutupan pengatup..

10) Kedudukan projektor OHP pada sudut 70 darjah dengan skrin akan menghasilkan A) kesan herotan B) pencahayaan yang rendah C) Bentuk imej yang sempurna D)kekurangan kontras pada imej 11) Anda hendak menggunakan transparensi jenis tulis terus bersaiz A4untuk menghasilkan bahan pengajaran. Selain daripada maklumat yang hendak disampaikan, anda juga perlu mengambil kira perkara-perkara berikut kecuali A) hadkan 7 hingga 10 perkataan untuk sebaris ayat B) gunakan pen artline berwarna biru, merah dan hitam C) gunakan huruf yang lebih besar bagi tajuk dan sub tajuk D) tentukan format persembahan sama ada menegak atau memanjang

12. Apakah kegunaan utama perisian hamparan elektronik kepada soerang pendidik? A) Mempermudah penerangan fakta pelajaran yang sukar B) Membuat pengiraan matematik berdasarkan formula dan fungsi C) Membangunkan sistem pangkalan data murid sesebuah sekolah D) Membuat cantuman mel dan mengedarkan kepada populasi yang ramai

13. Antara amalan berikut, yang manakah mendedahkan seseorang kepada risiko dan tindakan undang-undang semasa menggunakan internet? A) Melayari bahan web yang negatif B) Menggunakan perisian tanpa lesen C) Memuat turun perisian sumber terbuka ]D) Menjalankan aktiviti perniagaan atas talian

14. Antara berikut, ciri yang manakah boleh diguna untuk mencari maklumat tertentu dalam pangkalan data perisian Microsoft Access? A) Queries B) Kata kunci C) Jadual (table) D) Medan (field)

15. Apakah tujuan utama penggunaan Akta Hak Cipta 1987 di Malaysia? A) Memberi perlindungan kepada pengguna produk agar tidak dieksplotasi B) Menghalang semua bahan bacaan dalam laman web daripada dimuat turun C) Mempastikan hasil karya individu diberi perlindungan undang-undang untuk satu jangka masa tertentu D) Memberio hak eklusif kepada pemilik untuk mempromosi dan mengedarkan prosuknya tanpa had masa.

16. Jika anda menghasilkan pakej multimedia yang interaktif, anda harus memasukkan ciriciri mesra pengguna seperti? A) menggunakan ikon yang pelbagai B) membentuk banyak butang arahan C) mereka bentuk skrin pertolongan untuk setiap slaid D) menggunakan butang arahan yang konsisten untuk semua slaid

17. Singkatan FUp digunakan dalam skrip audio untuk muzik latar A) dimasukkan pada sesuatu masa B) dihilangkan dengan segera pada masa tersebut C) diturunkan secara perlahan-lahan mulai masa tersebut D) dinaikkan secara perlahan-lahan mulai masa tersebut

18. Antara berikut format faill video yang manakah boleh disunting menggunakan perisian Windows Movie Maker? A) *.avi B) *.aiff C) *.bmp D) *.wna

You might also like