You are on page 1of 20

HADIS,SUNNAH,KHABAR,ATHAR

ANAS MARUDIN ZULHILMI ROSLI SABRI HASHIM HAFIZ MOHAMMED HASSAN

PENGENALAN
Hadis dan sunnah merupakan istilah yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian.Sebahagian daripada kita memahami apakah itu hadis dan sunnah namun pada masa yang sama ada juga yang masih kabur tentang dua perkara

ini.Apatah lagi jika disebut tentang khabar dan athar.Apakah hadis,sunnah,athar dan sunnah?Adakah hadis, sunnah, athar dan khabar berbeza?

ISTILAH BERKAITAN HADIS

Hadis

Sunnah

Athar

Khabar

PENGERTIAN HADIS
Perkataan hadith atau al hadith menurut definisi bahasa bermaksud al jadid(sesuatu yang baru), merupakan kata lawan kepada perkataan al qadim(sesuatu yang lama. Hadith juga turut membawa makna al Khabar(berita), iaitu sesuatu yang dipercakapkan dan dipindahkan dari seseorang kepada orang yang lain. Secara terminologi, ahli hadith dan ahli usul berbeza pendapat dalam memberikan pengertian hadis.

Dalam kalangan ulama hadith sendiri ada yang memberikan definisi berbeza antara satu sama lain.Ada ulama yang mendefinisikan hadis sebagai perkataan nabi saw, perbuatan, dan hal ehwalnya.Ulama hadith menerangkan bahawa hal ehwal bermaksud segala apa sahaja berita tentang Nabi SAW misalnya seperti perwatakan, sejarah kelahiran dan sebagainya.

Ulama hadis yang lain pula merumuskan pengertian hadis dengan segala sesuatu yang bersumber dari Nabi baik berupa perkataan, perbuatan,pengakuan mahupun sifatnya.Sedang ulama Usul pula mendefinisikan hadith sebagai Segala perkataan Nabi SAW yang dapat dijadikan dalil untuk penetapan hukum syarak.

Hadis nabi wujud sejak awal perkembangan islam adalah sebuah kenyataan yang tidak dapat diragukan lagi sebagaimana golongan anti hadis yang meragui hadis hadis Nabi SAW.Selain itu, hadis nabi juga merupakan sumber rujukan islam yang kedua selepas Al Quran

PENGERTIAN SUNNAH
Sunnah menurut bahasa bererti jalan dan kebiasaan yang baik atau yang buruk.Pengertian sunnah jika ditinjau dari sudut bahasa bermakna jalan yang dijalani, terpuji, atau tidak.Walaupun tidak baik, ia tetap dinamakan sunnah.(Petikan daripada M.T.Hasbi Ash Shiddieqy, Sejarah dan Pengantar Ilmu Hadits, Pustaka Rizki Putra, Semarang)

Sedangkan sunnah menurut istilah ahli hadis ialah segala yang datang daripada Nabi SAW, baik berupa perkataan, perbuatan, mahupun taqrir, pengajaran, sifat, perwatakan,perjalanan hidup Nabi SAW sebelum diangkat menjadi rasul.

Pengertian sunnah jika ditinjau dari sudut istilah, akan terdapat perbezaan dalam kalangan ulama. Ada ulama yang menyamakan dengan hadith dan ada yang membezakan, bahkan ada yang memberi syarat syarat tertentu yang nyata berbeza dengan istilah hadis. (Sabri Hatta al Hasyim, Kekeliruan tantang hadis, hlm.14)

PENGERTIAN AL-KHABAR
Khabar menurut bahasa ialah berita yang disampaikan dari seorang kepada seseorang yang lain.daripada sudut pendekatan bahasa, kahabar membawa maksud yang sama dengan hadis.

Ulama lain mengatakan bahawa khabar adalah sesuatu yang datang selain dari Nabi SAW sedangkan yang datang daripada nabi Saw disebut sebagai hadith

Terdapat juga ulama yang mengatakan bahawa khabar berita daripada sahabat nabi dan para tabiin. Ulama yang mengatakan bahaw hadith lebih umum daripada khabar , begitu juga sebaliknya ada yang mengatakan khabar lebih umum daripada hadis

Al ATHAR
Athar menurut bahasa bermaksud kesan atau bekas.Definisi dari segi istilah pula, telah berlaku perbezaan dalam kalangan ulama.Jumhur ahli hadis mengatakan bahawa athar sama dengan khabar iaitu sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW sahabat dan tabiin.

PERBEZAAN HADITH, AS SUNNAH, AL KHABAR, DAN AL ATHAR


PERBEZAAN UMUM Segala percakapan, perbuatan, dan taqrir yang HADIS disandarkan kepada Rasulallah SAW

Apa yang disandarkan kepada nabi samada SUNNAH

perkataan, perbuatan, ikrar,atau sifat baginda.


Majoriti alhi hadis tak membezakan antara hadis dan sunnah

Ada 3 Pendapat: 1.Khabar ialah hadis

KHABAR
2.Khabar ialah berita yang datang selain daripada nabi SAW 3. Khabar lebih umum daripada Hadis. Hadis adalah sesuatu yang datang dari Nabi SAW,sedangkan Khabar adalah sesuatu yang datang dari Nabi SAW atau dari selain Nabi

(orang lain)

Ada 2 Pendapat:
ATHAR

1.Athar sama dengan hadis


2. Sesuatu yang disandarkan kepada sahabat dan Tabi'in', yang terdiri atas perkataan atau perbuatan

PERBEZAAN BERDASARKAN PENDAPAT ULAMA Ulama Hadis(muhadithsin) Hadis Hadis ialah sesuatu yang disandarkan atau bersumberkan daripada Nabi SAW, baik berupa perkataan, perbuatan, dan taqrir. Hadis ialah apa sahaja yang berhubungan dengan kehidupan Rasul SAW, baik yang mempunyai kaitan langsung dengan hukum syara' ataupun tidak Hadis adalah apa yang disebut sebagai Sunnah qawliyyah, iaitu perkataan Rasul SAW yang boleh untuk dijadikan dalil dalam penetapan hukum syara'. Ini kerana, Sunnah dalam pandangan ahli usul adalah lebih umum daripada Hadis. Pandangan mereka tentang Sunnah adalah meliputi perkataan, perbuatan, dan taqrir Rasul SAW yang dapat dijadikan dalil dalam merumuskan hukum syara Ulama Usul Fiqh (Fuqaha)

Sunnah Sunnah dalam pengertian Ulama Hadis adalah sama dengan Hadis. Para Ulama Hadis memberikan definisi yang begitu luas terhadap Sunnah kerana mereka memandang Rasul SAW sebagai contoh teladan bagi manusia dalam kehidupan ini, seperti yang dijelaskan Allah SWT di dalam Al-Qur'an Karim, bahawa pada diri (kehidupan) Rasul SAW itu adalah uswatun hasanah bagi umat Islam . Para Ulama Ushul Fiqh membataskan pengertian Sunnah pada sesuatu yang datang dari Rasul SAW selain Al-Qur'an yang dapat dijadikan dalil dalam penetapan hukum syara'. Mereka berpendapat demikian adalah kerana mereka memandang Rasul SAW sebagai Syari', iaitu yang merumuskan hukum dan yang menjelaskan kepada umat manusia tentang peraturanperaturan (hukum-hukum) dalam kehidupan ini, dan memberikan kaedahkaedah hukum untuk digunakan oleh para mujtahid dalam merumuskan hukum setelah baginda tiada para Fuqaha' merumuskan jika sesuatu perbuatan itu adalah Sunnah, maka ia bermaksud, bahawa perbuatan tersebut dituntut oleh syara' untuk dilaksanakan oleh para mukalaf dengan tuntutan yang tidak pasti atau tidak wajib.

Khabar Jumhur Ulama cenderung menggunakan istilah Khabar dan Atsar untuk segala sesuatu yang disandarkan Para Fuqaha Khurasan mengkhususkan khabar sebagai al- marfu, yaitu segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi

Athar Jumhur Ulama cenderung menggunakan istilah Khabar dan Atsar untuk segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW dan demikian juga kepada Sahabat para Fuqaha' Khurasan mengkhususkan athar sebagai al-matuquf, iaitu berita yang disandarkan kepada Sahabat

You might also like