3.Matlamat:Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangankepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidupseterusnya.Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran dankefahaman perlunya mengamalkan prinsip – prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri danorganisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi,menghargai dan mencintai nilai – nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.4.Objektif:4.1Mendedahkan para peserta kepada aspek – aspek asas perkhemahan.4.2Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.4.3Melatih para peserta melaksanakan aktiviti – aktiviti kehidupan sehariansecara teratur dan berdisiplin4.4Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.4.5Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan – latihan lasak dan mencabar.4.6Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing – masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan4.7Membimbing para pelajar menghayati dan mengamalkan rukun – rukun beragama dan kehidupan bermoral5.Tema:
1 Malaysia CINTAI ALAM SEKITAR