You are on page 1of 2

!! ! ! ! K4, High Street,Windsor, 3181 Victoria. Australia. Email : info@kuamuniti.com Website : http://www.kuamuniti.com !

Rujukan: KUAM 0988A/ 2013 Tarikh: 23 April 2013 YBHG DATUK HAJI SHARIFF BIN HAMID Sekretariat Kelab Umno Luar Negara, Tingkat 5, Menara Dato Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. YBhg Datuk, MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM MUZIKA MELBOURNE 2013 Izinkan saya dengan hormatnya merujuk YBhg Datuk kepada perkara di atas. Untuk pengetahuan YBhg Datuk, Kelab Umno Australia Melbourne (KUAM) akan menganjurkan Muzika Melbourne 2013 buat kali ke-5 pada tahun ini. Acara ini merupakan acara tahunan yang mula dilancarkan sejak tahun 2009. Muzika Melbourne merupakan satu platform bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia di Australia untuk mencungkil bakat dalam bidang muzik. Tarikh: 3 Mei 2013 (Jumaat) Masa: 6PM 10PM Tempat: 159 Sackville Street, Collingwood Sebagaimana tahun-tahun lalu, kejayaan acara ini banyak bergantung kepada sokongan dan sumbangan penaja yang amat kami perlukan. Secara keseluruhannya, kami masih kekurangan AUD3800 bagi menampung kos perbelanjaan tempat program & kos tiket penerbangan iaitu berjumlah AUD5000 keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kami dengan rasa rendah diri memohon agar YBhg Datuk bermurah hati dapat meluluskan sumbangan yang diperlukan untuk menjayakan acara ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut: Nama Akaun: Kelab UMNO Australia Melbourne Bank: Commonwealth Bank of Australia BSB (Branch) No: 063162 Account No: 10317074 Swift Code: CTBAAU2S Alamat: Commonwealth Bank, Prahran, VICTORIA 3181, Australia.

Bersama-sama ini juga disertakan proposal Muzika Melbourne 2013 untuk tatapan YBhg Datuk. Pertimbangan dan perhatian daripada pihak YBhg Datuk untuk sama-sama menjayakan acara ini amatlah kami harapkan dan hargai. Terima kasih. Disediakan oleh,

Syahir Zaini
. (Mohamad Syahir Mohamad Zaini) Presiden Kelab UMNO Australia Melbourne 2012/2014 E : president@kuamuniti.com P : 61426814848

You might also like