You are on page 1of 2

Bunga Melur atau (Inggeris):Jasmine, (Indonesia):Melati, Merupakan pokok jenis belukar renek dan ia juga dikatakan pokok yang

jenis merayap dan menjalar. Pokok melur ini mempunyai kira-kia 200 jenis dan boleh didapati dikawasan tropika dan beriklim panas. Pokok ini hidup membesar dalam keadaan menjalar pada pokok-pokok lain atau pada sesuatu bahan yang ia boleh berpaut. Bentuk daun pokok ini nampak ringkas dan mudah, bercabang tiga, sedikit berlilin dan warna hijau tua. Manakala, warna bunga, pada amnya, ia mudah didapati dengan warna putih, namun spesis yang lain mempunyai bunga warna kuning. Satu bunga melur boleh dijumpai dengan 5 ke 6 kelopak. Bauan bunga ini kuat dan harum. Musim pembungaan bunga melur disekitar musim bunga dan sejuk pada kebanyakkan jenisnya, tetapi,J.nudiflorum dalam musim sejuk boleh dilihat pada dahan-dahannya. Di Malaysia, jenis bunga melur yang banyak didapati dan ditanam sebagai pokok hiasan laman ialah jenis Jasminum samba Bunga Mawar atau ros Merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm. Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga tumbuhan saka, tergolong dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah salah satu jenis pokok bunga yang telah lama dikenali oleh masyarakat Melayu. Ia disebut dalam Hikayat Bayan Budiman yang ditulis sekitar 1370-an. Bunga mawar mempunyai bau harum, biasanya mawar kampung (damask rose) mempunyai bau yang paling kuat. Dalam kebudayaan barat, dan dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.

Bunga matahari (Helianthus annuus) Ialah sejenis pokok semusim dalam famili Asteraceae yang berasal dari benua Amerika, dengan kepalanya berkuntum besar. Batang pokok bunga ini boleh bertumbuh setinggi 3 meter, dan bunganya pula boleh mencapai diameter 30 cm dengan benih-benih "besar". Perkataan "bunga matahari" juga digunakan untuk mengertikan semua tumbuhan dalam genus Helianthus yang kebanyakannya pokok saka.

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) Sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan PersekutuanTanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India. Bunga anggerik (bahasa Inggeris: Orchid, daripada Orchidaceae) Ialah famili terbesar pohon berbunga (Angiosperma). Anggerik merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura. Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid. Taman Botani Diraja Kew menyenaraikan 880 jenis dan hampir 22,000 spesis, akan tetapi jumlah yang tepat tidak diketahui (mungkin sehingga 25,000) disebabkan pertikaian taksonomi. Bunga anggerik merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperma.

You might also like