• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Sekolah Bestari Malaysia ( Malaysian Smart School)1.0PENGENALANSejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-dasar  pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikankeberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam negara. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamatWawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melaluikepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dankreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.Di samping itu, Falsafah Pendidikan Negara berhasrat utnuk membentuk  perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapatmenghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini kerajaan telah mewujudkanSekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapicabaran alaf baru. Pengubahsuaian sistem pendidikan memerlukan perubahan darisegi amalan dan budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masakini perlu berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran merangsangkan pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagaikebolehan dan gaya pembelajaran pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluanguntuk membina konsep kendiri. Di samping itu, ibubapa dan masyarakat perlumemainkan peranan yang aktif untuk merealisasikan hala tuju perubahan dalamsistem pendidikan negara.2.0SEKOLAH BESTARI : KEMEGAHAN MULTIMEDIA SUPERCORIDOR (MSC)Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasiPerdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat danmatlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah1
 
Bestari." Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukangenerasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaanSekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ' flagship application ' dalam projek MegaKoridor Raya Multimedia"( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ).Pada tahun 1999, sembilan puluh buah sekolah perintis akan dijadikan nukleus bagi melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran danteknologi Sekolah Bestari. Dokumen dasar yang asal tentang Sekolah BestariMalaysia ialah Smart Schools in Malaysia: A Quantum Leap, yang disediakan padaJanuari 1997. Dokumen ini ialah asas bagi dokumen The Malaysian Smart School. AConceptual Blueprint yang disediakan oleh Pasukan Petugas Bersama IndustriKementerian Pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Bestari yang terkandung dalamdokumen
The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint 
merupakan idea yangterus berkembang berterusan dan sentiasa terbuka kepada perubahan dan kemajuandalam pedagogi dan teknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini lebih bersifatdeskriptif daripada preskriptif. Pasukan Petugas juga menyediakan dokumen TheMalaysian Smart School Implementation Plan yang menyediakan pelaksanaansekolah-sekolah di seluruh negara untuk menjadi Sekolah Bestari.Selain itu, projek Sekolah Bestari menghasilkan lima
'Concept Requests For Proposals' 
penyelesaiandalam bidang berikut iaitu Bahan Pengajaran dan Pembelajaran, Sistem Penilaian,Sistem Pengerusan Sekolah, Infrastruktur Teknologi dan Integrasi Sistem. Kesemuaini telah dilancarkan serentak pada Julai 1997.3.0SEKOLAH BESTARISekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semulasecara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolahuntuk menyediakan pelajar bagi Zaman Maklumat. Sekolah Bestari berkembangdengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiranyang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah. Pelaksanaan konsep sekolah bestari ialah sesuai dengan perkembangansemasa dan bagi tuntutan di masa akan datang khususnya dalam melahirkan pekerjailmu yang bermaklumat, mahir, berketrampilan dan mempunyai etika yang positif.Pembinaan sekolah yang bertaraf tinggi ini juga dijangka mampu mendidik danmelatih generasi masa kini ke tahap cemerlang dalam semua aspek bagi membentuk 2
 
masyarakat yang bersifat sains dan berdaya cipta dengan memanfaatkan teknologiterkini serta menyumbangkan pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masahadapan. Sekolah Bestari merupakan salah satu konsep sekolah di Malaysia melalui projek Multimedia Super Corridor (MSC). Ianya merupakan salah satu daripada tujuhkemegahan Multimedia Super Corridor (MSC) yang berkepentingan tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berlandaskan
 ICT-mediated learning initiatives
.Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya di manaianya bukanlah hanya untuk pelajar yang bestari atau
 smart 
dari segi pemikiran dansegala-galanya, ianya merupakan cara yang bestari dalam membentuk pelajar yanglemah atau kuat mahupun kaya atau miskin mengikut rancangan pengajaran yang bersesuaian mengikut gaya dan cara pembelajaran yang berlainan. Sekolah Bestariyang terdapat di Malaysia merupakan antara sekolah yang berlainan konsep dengansekolah-sekolah bestari yang terdapat di negara-negara lain. Ini adalah kerana duafaktor penting yang terlibat dalam sistem pendidikan di Malaysia yang akan berterusan di Sekolah Bestari (Smart School). Pertamanya, Falsafah PendidikanMalaysia yang menjadi komponen utama kurikulum Sekolah Bestari dan merupakan panduan kepada pendidikan di Malaysia pada hari ini dan selamanya. Seterusnya,nilai-nilai murni yang ditekankan dalam komponen Sekolah Bestari pada masa kini.Sekolah Bestari mula dibincangkan idea mengenai pembentukannya diMalaysia pada tahun 1996 melalui projek yang dikenali dengan nama projek 
’Pilot’ 
yang merupakan hasil idea dan gabungan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dan juga Sekolah Bestari Telekom (TSS). Projek ini menelan belanjasebanyak RM 300 juta atau sebanyak USD78 juta. Terdapat 87 buah sekolah diMalaysia yang menjadi keutamaan di bawah projek yang besar ini. Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran yang diutamakan iaitu Bahasa Melayu, BahasaInggeris, Matematik dan Sains telah diperkenalkan di Sekolah Bestari denganmenggunakan teknologi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk  perisian yang direka oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bersama dengan BahagianTeknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.4.0PERBEZAAN SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BIASATerdapat tiga perbezaan di antara Sekolah Bestari dan sekolah biasa. Pertama,Sekolah Bestari akan dihubungkan melalui jaringan kaa akan dapawasan tempatan3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...