You are on page 1of 7

SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR

Bola tampar berkembang pesat sejak mula dimainkan serta dinikmati oleh
masyarakat di seluruh dunia. Walaupun sukan bola tampar bermula secara sederhana
di Amerika Syarikat, sukan ini member kesan yang sungguh mendalam serta tidak
diduga di seluruh dunia.
Permainan bola tampar pada hari ini dimainkan dengan cara yang amat
berbeza daripada permainan asalnya yang telah diciptakan sejak lebuh satu kurun
yang lalu. Permainan bola tampar dicipta oleh William G. Morgan, seorang pengarah
pendidikan jasmani YMCA di Holyoke, Massachusetts pada tahun 1895. Morgan
mengambil keputusan menggabungkan elemen daripada beberapa permainan lain,
iaitu bola keranjang, besbol, tenis dan bola baling, dalam mewujudkan satu permainan
baru. Pada mulanya Morgan yang mencipta permainan ini, dikenali pertama kali
sebagai “mintonette”, bagi menawarkan aktiviti fizikal kepada dan ketenangan yang
kurang menggunakan tenaga fizikal kepada ahli perniagaan. Morgan meminjam net
yang digunakan dalam permainan tenis untuk permainan ciptaannya, tetapi
dibentangkan pada ketinggian 6 kaki, 6 inci (kira-kira 2 meter), hanya lebih tinggi
sedikit daripada purata ketinggian kepala seseorang.
Pada 1896, dua pasukan yang setiap satunya mengandungi lima orang pemain
telah mengambil bahagian buat pertama kalinya dalam permainan sebenar mintonette
di Springfield, Massachusetts. Ketika permainan sedang berlangsung, kira-kira
setahun kemudian, seorang pensyarah telah menyuarakan pendapatnya bahawa lelaki
yang sedang bermain kelihatan seolah-olah menampar bola bolak-balik melintasi
jarring, maka permainan ini lebih sesuai dipanggil sebagai bola tampar. Morgan
menyukai pandangan itu lantas menukar nama permainan tersebut.
Bola yang pertama kali digunakan merupakan tiub daripada bola keranjang,
namun Morgan mendapati ia terlalu ringan dan lambat. Beliau cuba menggunakan
bola keranjang tetapi terlalu besar dan berat. Memandangkan ibu pejabat syarikat
Spalding terletak di Holyoke, dan syarikat itu menghasilkan peralatan sukan, Morgan
meminta A.G Spalding menghasilkan bola untuk permainan ciptaannya. Maka satu
bola khas telah dihasilkan untuk sukan ini pada tahun 1900.
Dalam meniti perkembangan bola tampar, kelemahan paling ketara ialah dari
segi popularitinya kerana peraturan kerap berubah-ubah. Jurulatih menghadapi
kesukaran mengajar permainan bola tampar kerana peraturan permainan ini berubah
setiap beberapa tahun. Kebanyakan perubahan melibatkan bola yang digunakan serta
saiz gelanggang. Bilangan pemain di setiap gelanggang bergantung kepada keluasan
ruang yang ada, dan pemain tidak bertukar tempat secara bergilir.
Pada masa dahulu, peralatan dan peraturan permainan sangat mudah.
Peraturan permainan yang pertama telah disiarkan dalam sebuah artikel di dalam
“YMCA Athletic Handbook” pada 1897. Gelanggang pula berukuran 40 kaki dan 80
kaki (12 meter dan 24 meter) dengan net yang membahagikan gelanggang dipasang
pada ketinggian 6 kaki sehingga 6 ½ kaki (1.8 meter hingga 2 meter). Setiap pasukan
mempunyai empat pemain dan setiap permainan mempunyai empat inning. Penservis
menggunakan bet untuk melakukan servis bola melintasi jaring. Jika servis gagal
melintasi jaring, ia dianggap servis salah dan penservis keluar (tamat). Sekiranya
penservis tersebut merupakan pemain terakhir dalam pasukannya yang melakukan
servis, pasukannya keluar (tamat). Servis, serta hantaran balas, perlu dipukul sangga
(voli), dan bukan dimainkan dua kali berturut-turut oleh pemain yang sama. Hanya
penservis boleh mendapatkan mata untuk pasukannya.
Permainan ini kemudiannya diubahsuai bagi membolehkan bilangan pemain
dalam sesuatu pasukan tidak terhad kepada sesuatu jumlah. Permainan merangkumi
pergerakan bola yang tidak henti-henti melintasi jaring, iaitu satu kombinasi
permainan tenis dan bola baling. Permainan diteruskan dengan hantaran bola bolak-
balik sehunggalah satu pasukan gagal membalas hantaran bola atau bola itu mencecah
lantai. Ini dikira sebagai satu skor bagi satu pasukan, atau satu “penservis keluar”
(kini, istilah yang digunakan ialah “sebelah keluar”) untuk pasukan lawan.
Pada 1896, sukan ini juga diperkenalkan di Dayton. Ohio, dan kebanyakan
peraturan diubah. Ketinggian jaring diselaraskan kepada 7 kaki 6 inci (2.3 meter);
kelecek dihapuskan dan setiap permainan dimainkan sehingga ke mata 21. Bola
tampar terus popular dengan cepat di seluruh dunia. Permainan ini diperkenalkan ke
negara Filipina dan China pada tahun 1910, ke Jepun pada 1913, ke Siberia dan
tentera Poland pada 1915, ke Uruguay pada 1916, ke Brazil pada 1919, dan Syria
pada 1922. Di Filipina, lebih kurang pada 1916, satu stail pertahanan menghantar bola
dengan lambungan melengkung tinggi untuk dipukul oleh pemain lain, iaitu umpan
dan rejam, diperkenalkan. Pemain di negara itu juga memperkenalkan hantaran
“bomba”, atau “kill” dan menggelar orang yang membuat hantaran bola itu sebagai
“bomberino”.
Pada 1919, Pasukan Tentera Ekspedisi Amerika (American Expeditionary
Forces) telah mengagihkan hampir 16 000 bola tampar kepada tentera negara itu serta
sekutunya. Pengarah YMCA telah dihantar ke Eropah pada penghujung Perang Dunia
Pertama iaitu lebih kurang pada 1919 untuk membantu dalam pemulihan tentera
bersekutu, telah memperkenalkan permainan bola tampar di kebanyakan negara
Eropah. Ini merupakan rangsangan utama pengembangan sukan ini di peringkat
antarabangsa. Pada 1920, peraturan tiga sentuhan setiap sebelah dan serangan barisan
belakang dilaksanakan.
Pada 1920-an dan 1930-an, banyak university di Amerika Syarikat mula
mengadakan kelas bola tampar serta menubuhkan pasukan dalaman kolej. Pada 1949,
Florida State University menjadikan bola tampar sebagai sukan universiti bagi kaum
lelaki, dan merupakan yang pertama menawarkan biasiswa bola tampar dan jurulatih
sepenuh masa di negara itu.
Pada 1952, NCAA bersetuju untuk membiayai permainan bola tampar dan
menganjurkan kejohanan kebangsaan. Persatuan Kebangsaan Olahraga Antara Kolej
(National Association of Intercollegiate Athletics) atau ringkasnya NAIA, menjadi
tuan rumah kejohanan bola tampar buat pertama kalinya pada 1967. Pada 1974,
Persatuan Kebangsaan Persatuan Sekolah Tinggi (National Federation of High
School Association/ NFHS) telah mempromosikan kejohanan negeri pada peringkat
kebangsaan.
YMCA mempunyai pengaruh kuat dalam bola tampar dalam tempoh 20 tahun
pertama perkembangan sukan ini. Pada 1920, kejohanan kebangsaan pertama YMCA
diadakan di Brooklyn, New York, dan 27 pasukan dari 11 negeri mengambil
bahagian. Pada 1925, Persatuan Olahraga Amatur (AAU) mula menguasai permainan
ini, dan pada 1928, Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat (USVBA) ditubuhkan
bagi mentadbir dan mengurus permainan ini di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa kerana pertandingan dan peraturan perlu diadakan. Kejohanan Terbuka
Amerika Syarikat yang pertama telah diadakan dan penyertaan juga dibuka kepada
pasukan bukan YMCA.
Pada 1930-an, program sukan rekreasi merupakan sebahagian daripada aktiviti
penting kehidupan harian rakyat Amerika. Ketika itu bola tampar pantai dua
sepasukan dimainkan. Pada 1934, pengadil bola tampar kebangsaan diiktiraf sebagai
antara yang diperlukan dalam permainan ini. Pada 1937, sewaktu konvensyen AAU di
Boston, tindakan diambil bagi mengiktifar USVBA sebagai badan induk kebangsaan
bagi bola tampar di Amerika Syarikat. Pada 1946, satu kajian rekreasi di Amerika
Syarikan mendapati bola tampar berada pada kedudukan kelima dalam kalangan
sukan berpasukan yang sedang dipromosi dan dianjurkan.
USVBA merupakan ahli cawangan Federation Internationale de Volleyball
(FIVB) yang ditubuhkan pada 1947 di Paris, Perancis. Pada 1948, kejohanan bola
tampar tepi pantai dua sepasukan diadakan buat pertama kalinya. USVBA membiayai
Kejohanan Terbuka Wanita Kebangsaan yang julung kali diadakan pada 1949,
Kejohanan Tentera Kebangsaan dari tahun 1952 ke tahun 1964, dan Kejohanan Kolej
Kebangsaan pada tahun 1949. Pada tahun 1949 juga, USVBA menambahkan kategori
(division) kolej bagi pasukan kolej yang bertanding.
Bagaimanapun, dalam tempoh 10 tahun yang pertama, pertandingan kolej
amat kurang. Pelajar dan guru yang berminat membentuk pasukan masing-masing.
Banyak pasukan dibubarkan apabila pemain yang berminat menamatkan pengajian.
Pasukan berdaya saing terdapat di merata tempat, dan tiada badan pentadbiran khusus
untuk memberi kepimpinan dalam sukan bola tampar pada peringkat ini. Menjelang
1951, bola tampar dimainkan oleh lebih 50 juta orang setiap tahun di lebih 60 negara
di seluruh dunia.
USVBA membiayai pasukan Amerika Syarikat yang pertama di Kejohanan
Dunia yang julung kali diadakan pada 1949, di Sukan Seluruh Amerika (Pan Amerika
Games) pertama pada 1955, dan di Sukan Olimpik pada 1964. Jawatankuasa Olimpik
Antarabangsa (IOC) menyenaraikan bola tampar sebagai Sukan Olimpik pada 1957
dan mengambil keputusan untuk memasukkan sukan ini ke dalam pertandingan
Olimpik pada 1964.
Pada 1959, Persatuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU), menganjurkan
Sukan Universiti buat pertama kalinya di Turin, Itali. Bola tampar merupakan antara
lapan acara yang dipertandingkan. Pada tahun 1960, beberapa institusi di Midwestern
menubuhkan Persatuan Bola Tampar Antara Kolej Midwest (MIVA), dan pada 1964
Persatuan Bola Tampar Antara Kolej di Southern California ditubuhkan. Pada tahun
1960, teknik baru diserapkan dalam permainan, termasuk rejam lembut (dink),
hantaran bawah lengan (bump), blok di jaring, dan terpa (dive) dan pusing (roll) untuk
bertahan. Bola yang digunakan dalam Sukan Olimpik 1964 diperbuat daripada
serpihan getah yang mempunyai panel kulit. Bola yang hampir serupa digunakan pada
hari ini.
Pada 1965 Persatuan Bola Tampar Pantai California ditubuhkan, dan pada
1968, NAIA menjadikan bola tampar sebagai salah satu sukan yang kompetitif. Pada
lewat 1960-an NCAA menyarankan agar bola tampar dijadikan sebagai tambahan
kepada program sukan yang ditawarkan. Pertandingan bola tampar disiarkan secara
langsung di televisyen buat pertama kalinya pada Kejohanan Sedunia 1974 di Mexico.
Walaubagaimanapun, siaran langsung itu hanya boleh ditonton di Jepun.
Pada tahun 1975, USVBA mewujudkan program latihan sepenuh masa untuk
pasukan wanita kebangsaan di Pasadena, Texas, dan pada 1977 pasukan lelaki
Amerika Syarikat menubuhkan pusat latihan sepenuh masa di Dayton, Ohio. Dengan
pelaksanaan Title IX, Persatuan Antara Kolej Wanita (AIAW) mengembangkan
peluang bersukan bagi kaum wanita di sekolah tinggi dan kolej. Biasiswa kolej dan
jurulatih sepenuh masa untuk pasukan wanita ditawarkan buat pertama kalinya pada
1975. Pada 1981, NCAA mengiktiraf perkembangan bola tampar dalam kalangan
kanak-kanak perempuan dan wanita dan buat pertama kalinya menganjurkan
kejohanan kebangsaan untuk wanita. AIAW diserapkan ke dalam NCAA kerana
NCAA menjadi badan induk bola tampar kolej lelaki dan wanita. Dalam tahun 1983
Persatuan Bola Tampar Profesional (AVP/ Association of Volleyball Professional)
ditubuhkan.
Selepas Amerika Syarikat memulaukan Sukan Olimpik Musim Panas pada
1980 di Moscow, pasukan bola tampar Olimpik lelaki Amerika Syarikat memenangi
pingat emas Olimpik pertama dalam sejarah bola tampar Amerika Syarikat pada
1984: pada sukan yang sama, pasukan wanita negara itu memenangi pingat perak.
Mulai 1985 sehingga 1988, pasukan bola tampar lelaki Amerika Syarikat telah
memenangi Tiga Kejuaraan FIVB (FIVB Triple Crown), iaitu Piala Dunia 1985,
Kejohanan Dunia 1986, dan pingat emas Olimpik 1988.
Pada tahun 1986, Persatuan Bola Tampar Profesional Wanita (WPVA) telah
ditubuhkan, dan pada 1987, FIVB mengadakan Siri Kejohanan Dunia Bola Tampar
Pantai (Beach Volleyball World Championship). Dalam tahun 1990 Liga Dunia
diadakan, yang disertai pasukan dari seluruh dunia bagi memenangi hadiah wang
tunai yang banyak. Pada 1992, Pertandingan Bola Tampar Pantai Empat Sepasukan
dimulakan di Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama kedua-dua pasukan bola
tampar Olimpik lelaki dan wanita Amerika Syarikat memenangi pingat gangsa.
Bola tampar merayakan ulang tahunnya yang ke-100 pada 1995. Pada 1996,
bola tampar pantai dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik secara rasmi, dan pasukan
lelaki Amerika Syarikat memenangi pingat emas dan perak. Dalam pertandingan bola
tampar pantai tahun 2000, satu pasukan lelaki Amerika Syarikat memenangi pingat
emas lagi, dan pada 2004, pasukan wanita Amerika Syarikat pula memenangi
pentandingan pantai buat pertama kalinya, dengan memenangi pingat emas dan
gangsa.
Di Amerika Syarikat, terdapat kejohanan bola tampar yang dianjurkan oleh
NCAA untuk pasukan lelaki dan wanita. Di peringkat antarabangsa pula, terdapat
pelbagai pertandingan dan kejohanan berdasarkan penganjuran Sukan Olimpik yang
diadakan setiap empat tahun sekali. Sukan bola tampar telah meningkat dan
berkembang ke seluruh dunia. Walaupun berasal dari Amerika Syarikat namun bola
tampar disambut baik d seluruh dunia. Antara sukan popular yang disertai, ranking
bola tampar berada hanya di belakang bola sepak. Kini, lebih 46 juta rakyat Amerika
bermain bola tampar. Di seluruh dunia pula, 800 juta pemain mengambil bahagian
dalam bola tampar sekurang-kurangnya seminggu sekali.
SEJARAH PERKEMBANGAN BOLA TAMPAR DI MALAYSIA

Di Malaysia, permainan bola tampar telah diperkenalkan oleh pasukan pelawat


iaitu pasukan pemain dari Hong Kong dan Negara China pada tahun 1930-an. Pada
ketika itu, banyak perlawanan persahabatan dan pertunjukan bola tampar telah
diadakan di Bandar-bandar utama seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura
atas usaha persatuan dan kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa tersebut.
Permainan bola tampar di Malaysia adalah dikawal dan di bawah pengelolaan
Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA - Malaysian Amateur Volleyball
Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pada tahun 1990-an, pelbagai
program perkembangan bola tampar dan kejohanan kebangsaan bola tampar yang
berjaya telah diperkenalkan dan dilaksanakan di Malaysia.
Permainan bola tampar mini (bawah 12 tahun) telah diperkenalkan dan
diperkembangkan permainannya. Permainan bola tampar adalah merupakan salah satu
acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan sekolah di bawah kelolaan Majlis
Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Permainan Bola Tampai Pantai
Kebangsaan pula telah diperkenalkan pada 1992 di Malaysia. Pada tahun 1993 pula,
Liga Semi-pro pula diperkenalkan di Malaysia.
Permainan bola tampar ini merupakan permainan yang agak unik sedikit jika
dibandingkan dengan permainan bola yang lain seperti bola keranjang, bola jaring dan
bola baling. Ciri unik permainan ini dapat dilihat dari segi cara bola itu dimainkan
oleh para pemainnya. Kemahiran menghantar bola yang ditunjukkan oleh pemain-
pemaindalam permainan bola tampar ini adalah luar biasa dan bukan cara kebiasaan
yang biasa kelihatan dalam aktiviti permainan lain yang menggunakan bola.
Tambahan pula, permulaan permainan bola tampar ini dilakukan di luar gelanggang
berbeza dengan permainan lain.

You might also like