You are on page 1of 2

HAJI ZAWALAJAM BIN HAJI MASHOD

T-168,JALAN BUNGA RAYA,TAMAN SERI,TELOK DATOK, 42700,BANTING,SELANGOR DARUL EHSAN. Tel: 010-2318581 e-mail : hj.zawal@gmail.com

Yang Dihormati Saudari Pengerusi Majlis, Al-Fadzil Ustaz Md.Razali bin Hassanusi, Pegawai Tadbir Agama,Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, Yang berberusaha Puan Mufidah Masroni, Ketua Guru KAFA-I As-Syariff Telok Datok serta para tenaga pengajar Yang Berbahagia Dato-Dato dan Datin-Datin, Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH .. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di mana dengan limpah taufikNya dapat kita bertemu dan bersua muka di majlis Mesyuarat Agung Kali ke-6 ini. Di sini juga saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk saya menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis ini. Tuan-tuan dan puan-puan, Perjumpaan kita dalam mesyuarat Agung ini adalah satu peristiwa penting yang diadakan oleh pihak sekolah bertujuan untuk mengadakan perjumpaan antara pihak sekolah dan para waris. Perjumpaan ini di samping untuk merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, kedua-dua pihak boleh samasama berbincang untuk mengetahui kebolehan, kelemahan dan sebarang unsurunsur yang dapat membantu memajukan prestasi sekolah ini.

Dalam mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada kedua-dua pihak memberikan pemikiran dan tenaga bagi kemajuan pendidikan anakanak kita. Adalah menjadi harapan saya selaku Pengerusi Pentadbiran sekolah ini agar Sekolah Agama KAFA Integerasi As-Syariff Telok Datok meningkat maju dari semasa ke semasa dan dapat menempa nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di dalam Daerah Kuala Langat ini.

Di kesempatan ini juga saya ingin meminta kerjasama kepada para waris agar sentiasa peka dengan persekitaran kawasan sekolah. Kawasan sekolah ini terletak berhampiran dengan jalan besar dan saya percaya ianya menjadi satu

masalah kepada para ibu-bapa terutama ketika waktu mengambil anak-anak.Perkara ini sedang dalam pemerhatian pihak berwajib dan akan mencari jalan terbaik untuk atasi masalah tersebut. Tahun 2013,sekolah ini tidak bernasib baik,pabila tiada seorang pun pelajar yang mendapat MUMTAZ,namun saya percayapada tahun 2014 ini,pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya ,termasuklah mengadakan kelas-kelas tambahan dan insya Allah bagi pihak AJK Pentadbiran akan anjurkan bengkel motivasi khas kepada para pelajar ini.

Tuan-tuan dan puan-puan ,

Bagi mencapai kejayaan seperti yang kita impikan bukan mudah, pastinya memerlukan pengorbanan dan komitmen kedua-kedua pihak. Ibu bapa tidak boleh bergantung harap kepada pihak sekolah semata-mata, malahan perlu juga menyumbangkan tenaga dan sumbangan demi perkembangan anak-anak kita. Kejayaan sekolah ini pasti dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian sekiranya di sepanjang ucapan saya ini dan sepanjang pentadbiran saya ini terdapat kata-kata serta tindakan yang kurang

menyenangkan.Adakala saya terpaksa membuat keputusan yang begitu drastik demi kebaikan semua. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada para AJK pentadbiran sessi 20122014 dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada pentadbiran 2014-2016 dan suka saya umumkan bahawa saya juga tidak berhasrat untuk mengekalkan jawatan Pengerusi Pentadbiran KAFA-I As-Syariff,jika ada yang berhasrat untuk terajui,saya alu-alukan,terima kasih dan penghargaan juga saya ucapkan kepada Ketua Guru,Guru Penolong Kanan,Ustazah-ustazah KAFA-I yang banyak membantu saya dalam hal pentadbiran ini, Sekian.

You might also like