You are on page 1of 4

Refleksi Saya Vijayaseelan a/l Muniandy (910725-02-5735) daripada unit Pengajian Tamil/ Pendidikan Jasmani/ Pendidikan Moral program

PISMP di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh, Perak. Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Mount Austin selama seminggu. Berikut adalah laporan yang saya buat sepanjang PBS saya. 19 Ogos 2013 Hari ini adalah hari pertama bagi PBS dan saya telah bangun awal pada pagi ini. Oleh kerana hari pertama, saya telah keluar dari rumah pada pukul 6.45 pagi. Saya telah sampai di sekolah tersebut pada pukul 7.05 pagi. Saya begitu selesa dengan suasana sekolah tersebut kerana saya merupakan bekas pelajar sekolah itu. Saya berasa bangga terhadap diri saya apabila menjejaki semula tapak persekolahan tersebut sebagai seorang guru pelatih. Saya telah menjadi panik apabila bertemu dengan guru-guru baru di sekolah itu. Pertama sekali saya pergi ke pejabat dan berjumpa dengan Penolong Kanan 1. Saya telah memperkenalkan diri saya dan menerangkan objektif saya datang ke sekolah ini. Kemudian itu, saya memberikan borang kehadiran saya dan borang permarkahan sahsiah saya. Penolong Kanan 1 telah memberi sedikit taklimat tentang peraturan sekolah yang harus dipatuhi semasa saya dan rakan-rakan lain berada di sekolah ini. Selepas perbincangan, kami telah meredar ke tempat kami. Pihak sekolah telah memberi tempat di perpustakaan sehingga kami berada di sekolah ini. Selepas itu, kami telah pergi untuk memerhati kawasan sekolah. Kami telah mengambil gambar persekitaran sekolah tersebut. Saya memulakan kerja saya dengan memerhatikan suasana sekolah.

Contohnya, visi, misi dan objektif sekolah yang telah dinyatakan di dinding sekolah. Pada waktu rehat, saya dan rakan-rakan saya telah pergi ke kantin untuk makan. Makanan di sekolah sangat sedap dan disukai pelajar. Selepas itu, saya telah pergi ke pejabat sekolah untuk mendapat tahu sejarah sekolah. Pihak pejabat telah memberi maklumat yang secukupnya mengenai sekolah. Mereka turut memberi dokumen-

dokumen tentang sekolah tersebut. Dokumen-dokumen itu amat berguna kepada saya untuk mengenali sekolah itu lebih dalam. Penolong Kanan 1 telah memperkenalkan saya beberapa orang guru di sana. Beliau juga menasihati saya supaya berjumpa dengan guru-guru yang berpengalaman untuk mendapatkan maklumat tambahan. Selepas itu, saya telah balik ke perpustakaan. Tepat pada pukul 1.15 petang loceng telah berbunyi dan saya dapat melihat murid-murid sekolah balik ke rumah dengan perasaan gembira. Suasana di halaman sekolah telah menjadi riuh-rendah. Pada pukul 1.30 petang saya telah balik ke rumah.

20 Ogos 2013 Saya telah sampai ke sekolah pada pukul 7.15 pagi. Saya telah pergi ke pejabat dan melaporkan diri saya. Ketika melaporkan diri, saya telah bertemu dengan ramai guru yang mengajar di sekolah itu. Selepas itu, saya telah pergi ke perpustakaan dan memberi salam kepada raka-rakan saya yang telah berada di sana lebih awal. Saya telah membuat persiapan untuk melakukan aktiviti buat hari ini. Saya telah menyediakan soalan temuduga bagi Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Penolong Kanan Kokurikulum. Saya dan rakan-rakan telah pergi ke pejabat dan menunggu untuk Guru Besar. Beliau sangat sibuk dengan kerjanya. Kami tidak ingin untuk menghalang kerja beliau. Penolong Kanan yang lain turut sangat sibuk dengan kerja mereka. Oleh itu, kami telah pulang ke perpustakaan. melengahkan masa, saya telah bersedia untuk melakukan aktiviti lain. Tanpa

21 Ogos 2013 Kitaran harian bermula seperti biasa. Hari ini saya menyediakan soalan bagi menemuramah mentor saya iaitu En. Nagenthiran dan seorang guru pendidikan moral di sekolah itu Selepas menyediakan soalan, saya telah pergi ke kelas mentor saya. Beliau suruh saya untuk berjumpa dengannya pada waktu rehat.

Pada waktu rehat, kami sempat bertemu dengan mentor saya. Saya telah bertanya soalan-soalan yang telah saya sediakan. Selain menjawab soalan saya, beliau telah berkongsi pengalaman beliau semasa bekerja di SJK(T) Mount austin selama 10 tahun. Beliau telah berjumpa dengan pelbagai masalah sepanjang beliau berada di sekolah ini. Beliau turut menasihati saya supaya menjadi guru yang baik dan cemerlang. Beliau juga berpesan bahawa meneruskan pelajaran ke tahap PhD untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan taraf.

22 Ogos 2013 Seperti biasa, saya telah sampai ke sekolah pada pukul 7.15 pagi. Pada pukul 8 pagi, saya telah pergi ke bilik Penolong Kanan Kokurikulum. Saya bertanya beberapa soalan mengenai aktiviti kokurikulum sekolah itu. Sekolah itu mempunyai system kokurikulum yang baik. Pencapaian murid juga amat memuaskan. Ada juga pelajar yang telah pergi ke peringkat kebangsaan bagi aktiviti kokurikulum. Namum, beliau kesal dengan penglibatan murid sekolah itu tidak mencapai 100% dan hanya separuh murid sahaja terlibat dan aktiviti kokurikulum ini. Pada hari ini juga saya telah memasuki kelas tahun 5 untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Saya telah menjalankan PnP yang bertajuk Kitar semula. Saya telah menggunakan rancangan pengajaran harian sebagaai panduan untuk menjalankan aktiviti PnP dengan lancar. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar dan saya tidak menghadapi masalah untuk mengawal kelas kerana pelajar-pelajar telah bekerjasama dengan saya. 23 Ogos 2013 Hari ini merupakan terakhir saya di sekolah ini. Saya berada di sekolah pada pukul 7.20 pagi. Selepas melapor diri, saya telah beredar ke perpustakaan. Seterusnya, saya telah mula menaip senarai yang telah diberi kepada saya dari pejabat. Saya telah menghabiskan kerja tersebut kerana saya telah mengagihkan kerja tersebut dengan rakan-rakan saya.

Selepas itu, saya telah mula membuat tugasan saya. Oleh sebab hari yang terakhir, saya dan rakan-rakan saya telah pergi ke kantin dan makan bersama-sama. Selepas makan, kami telah pergi untuk mengeliling kawasan sekolah. Kami telah mengambil gambar bersama guru-guru di sekolah tersebut. Saya telah pulang ke rumah pada pukul 1.30 petang. Sebelum pulang, kami telah minta diri dari guru besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan guru-guru. Saya rasa sedih untuk pisah daripada murid-murid di sana. Jika mendapat peluang saya akan membuat PBS saya di sekolah lama saya.

You might also like