You are on page 1of 4

Forum : Isu pemakaian wanita dalam sukan Soalan pertama : Tayangan video sebentar tadi memperlihatkan bagaimana atlet

sprinter 200M Bahrain, Ruqaya Al Ghasara, berjaya memperoleh pingat emas dalam acara ini semasa temasya Asian games Doha pada tahun 2006. Bagaimana pula pandangan saudari terhadap isu wanita dan pakaian dalam sukan. Adakah saudari sekata dengan apa yang disampaikan oleh panel yang pertama sebentar tadi? Terima kasih En.Razvi. Selamat pagi dan salam satu Malaysia kepada semua. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat mengundang saya ke program pada pagi yang penuh bermakna ini dan amat berbangga untuk menjadi seorang panel bersama kamu di sini. Sebelum meluahkan perasaan sebagai seorang rakyat Malaysia, saya ingin berkongsi pendapat sebagai seorang wanita dahulu. Pertamanya saya ingin berkongsi rasa kegembiraan saya kerana kini penyertaan wanita dalam kejohanan-kejohanan bertaraf dunia begitu mendadak. Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan, Wasitah Mohd Yusof berkata pembabitan wanita dalam aktiviti sukan hari ini bergerak seiring dengan aliran perkembangan sukan negara. Beliau juga berkata kebanyakan golongan wanita yang terbabit dengan sukan adalah bercorak ke arah kecergasan dan riadah tetapi ada juga yang menyertai sukan berpotensi tinggi. "Kita dapat lihat walaupun jumlah mereka agak kecil tetapi pembabitan mereka dalam sukan negara agak meluas seperti Fatehah Mustapa yang menyertai acara berbasikal negara,". Ini semua merupakan satu kejayaan yang diperolehi oleh golongan wanita kita dalam sektor sukanan. Selepas melihat video yang ditayangkan oleh En.Razvi tadi, saya rasa sangat terharu dengan atlet sprinter 200M Bahrain, Ruqaya Al Ghasara. Walaupun beliau merupakan atlet sprinter yang sangat aktif dan memberi kepentingan utama kepada tahap prestasi dalam sukan namun beliau tetap mejaga aurat dirinya dalam setiap masa. Contohnya beliau sanggup memakai tudung dan menutup semua bahagian

dengan sopan. Beliau juga berkata bahawa Saya memang berhak menang emas acara 200m.Saya mahu katakan saya amat bertuah ke rana memakai pakaian konservatif memberi galakan kepada saya. Ini adalah kemenangan buat semua wanita dan saya menasihatkan semua wanita untuk menyertai sukan kerana ia amat bagus untuk kesihatan dan negara anda.. Apabila mendengar perkataan sebegini ras a sangat amat berbangga untuk menjadi sebagai seorang wanita yang sanggup menjaga maruah diri walaupun pernah mencapai prestasi yang tinggi dalam sukan. Pada masa yang

sama, apabila saya melihat beberapa senario kesukanan pada hari ini, saya berasa amat sedih dan kecewa kerana cara pemakaian wanita sangat menyakitkan hati masyarakat di luar. Apa yang saya dimaksudkan disini ialah cara pemakaian wanita semasa bersukan sangat ketat, menunjuk susuk badan serta menjolok mata dengan alasan ia mengurangan rintangan udara semasa mereka bersukan. Walaupun mereka berpendapat keadaan seperti tersebut memberi keselesaan bagi diri sendiri tetapi orang yang melihat mereka dari dunia luaran berasa sangat terasa khususnya kaum hawa tidak dapat melihat mereka yang menunjukkan aurat dirinya di depan orang lain. Dalam hal ini saya kurang setuju dengan pendapat panel pertama yang pakaian mempengaruhi kepecutan seseorang atlet dalam sukan. Setiap wanita yang berada dalam sunia sukan perlu sedar bahawa walaupun mereka aktif dalam sukan tetapi tetap ada sebuah keluarga dibelakang setiap tindakan mereka. Jadi mereka perlu bertindak rasional dan lebih bertanggungjawab untuk menjaga harga diri serta keluarganya.

Soalan kedua: Tindakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mewajibkan pemakaian skirt kepada pemain wanita bermula Siri Super Terbuka India 26 April hingga 1 Mei depan terus mengundang reaksi pemain badminton. Tindakan BWF ini bagaikan cuba menggunakan tarikan pemain wanita untuk menarik minat penonton ke stadium bagi menyaksikan perlawanan, namun pemain beregu campuran negara Goh Liu Ying, beranggapan memakai skirt tidak menunjukkan seseorang pemain itu berpakaian seksi. Respond? Beza skirt n seluar pendek. Terima kasih sekali lagi Encik. Razvi. Pertamanya sebahagian golongan wanita sangat terkejut dengan penerimaan berita dari pihak Badmintaon Association of Malaysia (BAM) untuk menjadikan kewajiban pemakaian skirt sebagai pakaian rasmi untuk pemain badminton wanita. Pemakaian seluar pendek lebih baik daripada skirt pendek. Sekurang-kurangnya seluar pendek menjaga aurat daripada mjadi teruknya apabila memakai skirt.Tetapi pada pendapat saya, tidak kira wanita memakai skirt pendek atau seluar pendek dalam dunia sukan amat dibantahkan oleh dunia luaran. Walaupun sesetengah wanita berpendapat mereka lebih selesa memakai skirt pendek semasa bermain badminton tetapi mereka tidak pernah mengingat kesan yang akan timbul pada masa depan. Sebagai seorang wanita mereka harus menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan aurat, kecuali yang biasa terlihat. Pemakaian skirt merupakan pakaian yang tidak berakhlak yang boleh mencetuskan suasana tidak bermoral dalam kalangan penonton yang datang daripada pelbagai latar belakang .Penerimaan BAM terhadap arahan tersebut telah menjatuhkan maruah dan nilai setiap agama di Malaysia. Kononnya BWF bertujuan memastikan aksi lebih menarik dapat ditonjolkan untuk menarik lebih ramai penonton dan penaja. Saya tidak menyangka masih terdapat mentaliti mundur sebegini di dalam peradaban dunia serba maju. Tindakan biadap BWF ini memperlihatkan pertandingan-pertandingan kejohanan badminton yang melibatkan pemain wanita hanyalah medan memperagakan badan dan memperdagangkan tubuh. BWF sebenarnya sudah lari daripada matlamat sebenar kejohanan-kejohanan sukan

diadakan. Peraturan ini hakikatnya bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia yang mementingkan etika dalam pemakaian. Jika tidak ada tindakan bantahan di peringkat Kementerian, saya khuatiri peraturan ini bakal dikuatkuasakan di Malaysia. Di zaman serba moden ini kita tidak lagi mendengar kisah-kisah diskriminasi terhadap wanita seperti yang berlaku pada zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Pada zaman tersebut bayi-bayi perempuan dibunuh dan para ibu dijadikan hamba dkerana mempercayai wanita merupakan punca nasib malang. Akan tetapi diskriminasi terhadap wanita tetap wujud pada zaman ini. Tndakan perdagangan wanita dengan menggunakan wanita sebagai alat pelaris berlaku di dalam masyarakat secara agresif. Saya melihat fenomena ini semakin membarah apabila tubuh badan wanita dengan tujuan untuk menarik perhatian syarikat-syarikat dan para penonton demi mengaut keuntungan. Jadi saya memang membantah tindakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mewajibkan pemakaian skirt kepada pemain wanita. SEKIAN TERIMA KASIH.

You might also like

  • Teori Pemusatan Perorangan
    Teori Pemusatan Perorangan
    Document11 pages
    Teori Pemusatan Perorangan
    பூங்கொடி மணியம் punggodi
    No ratings yet
  • Berdasarkan Tugasan 1
    Berdasarkan Tugasan 1
    Document11 pages
    Berdasarkan Tugasan 1
    பூங்கொடி மணியம் punggodi
    No ratings yet
  • Lari Berganti-Ganti Kodi
    Lari Berganti-Ganti Kodi
    Document26 pages
    Lari Berganti-Ganti Kodi
    பூங்கொடி மணியம் punggodi
    No ratings yet
  • Amali 4
    Amali 4
    Document7 pages
    Amali 4
    பூங்கொடி மணியம் punggodi
    No ratings yet
  • AMALI 4 Latest
    AMALI 4 Latest
    Document11 pages
    AMALI 4 Latest
    பூங்கொடி மணியம் punggodi
    No ratings yet