You are on page 1of 1

Sekolah Kebangsaan Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan.

Sekolah Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.

Sekolah Jenis Kebangsaan Bahasa Cina atau Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan salah satu jenis sekolah rendah.

Sekolah Kluster Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.

Sekolah Wawasan Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum.

Sekolah Agama Islam Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di Malaysia. Keputusan pelajaran di sekolah-sekolah ini diterima oleh kebanyakan universiti di Malaysia dengan menduduku peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),dan kebanyakan pelajar ini melanjutkan pelajaran ke kawasan seperti Pakistan atau Mesir.

Sekolah Mubaligh Sekolah yang pada asalnya didirikan oleh mubaligh Kristian bagi memberi pendidikan kepada penduduk setempat serta menyediakan ruang untuk pembelajaran agama Kristian kepada yang beragama Kristian.

Sekolah Teknik dan Vokasional

Sekolah Berasrama Penuh Sekolah berasrama penuh (SBP) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR.

Sekolah Bestari Sekolah bestari cuba menerapkan komputer dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.

Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara.

Sekolah Sukan Malaysia

Sekolah Amanah SEKOLAH 'separa korporat' akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat secara langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sama ada menengah atau rendah - di bawah inisiatif Sekolah Amanah mulai tahun depan.

Sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih.

You might also like