You are on page 1of 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

DISEDIAKAN OLEH DORA BINTI SAAT ROHANI BT JUSOH BADRUDIN BIN OMAR UNIT:BM 2/PPG FEB 2012 PENSYARAH:CIK NOR ASIAH BT ISMAIL

ANALISIS BINAAN FRASA KERJA


CERPEN MUTIARA BONDA (SITI HAJAR MOHD. ZAKI) Antologi Cerpen Remaja 2006 DBP

FRASA KERJA
FRASA KERJA(PREDIKAT)

FRASA KERJA (TANPA OBJEK) KATA KERJA TAK TRANSITIF

KATA KERJA (DENGAN OBJEK) KATA KERJA TRANSITIF

FRASA KERJA TANPA OBJEK(FKTO)


FKTO merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut(objek) dan boleh terdiri dalam sesuatu binaan predikat.Dengan kata lain: Tidak memerlukan atau tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. KK ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang.

Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek dalam cerpen Mutiara Bonda: Adik akan mengamuk. Habis barang di dalam rumah dibaling. Saya dan adik selalu bertengkar. Ayah lantas digari. Bonda mengeluh. Bonda hanya menangis.

Berdasarkan contoh ayat diatas menunjukkan kata kerja mengamuk, dibaling, bertengkar, digari mengeluh tidak memerlukan atau tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut.

Kata kerja Tak Transitif dengan Pelengkap


kata kerja yang telah diberi unsur pelengkap dan penerang tetapi ayatnya masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut dan memberi maklumat tambahan.

Kata kerja Tak Transitif dengan Pelengkap


Adik didenda ketuk ketampi. Adik didukung dibelakang bonda untuk

menuruni dari satu anak tangga ke satu anak tangga. Bonda tidak pandai mendidik anak. Adik pandai meminta pakaian yang berjenama mahal.

Frasa Kerja dengan Objek atau Frasa Kerja Transitif.


Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek. Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.

Frasa Kerja dengan Objek (Frasa kerja Transitif) dalam Cerpen Mutiara Bonda

Pemandu van itu tolong angkatkan adik. Apabila bonda enggan memberikannya,tidak fasal-fasal adik

menghempas cawan kaca. menjengah ke bendang.

Adik,tidak pernah membantu bonda

Frasa Kerja dengan Objek (Frasa kerja Transitif) dalam Cerpen Mutiara Bonda

Kak Ngah pula berjela-jela menulis surat. Kak Long dari luar negara sanggup

menelefon ke rumah . polis.

Dalam perjalanan ke pekan ayah ditahan


Adik kalut-kalut memancung bicara .

Frasa Kerja dengan Objek (Frasa kerja Transitif) dalam Cerpen Mutiara Bonda

Frasa kerja dengan objek juga boleh menerima unsur keterangan

Unsur keterangan mengikuti objek.


Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Frasa Kerja dengan Objek menerima unsur keterangan:


Pemandu van itu tolong angkatkan adik masuk ke dalam

van.

Adik,tidak pernah membantu bonda menjengah ke bendang bergelumang selut. Kak Ngah pula berjela-jela menulis surat buat adik. Kak Long dari luar negara sanggup menelefon ke rumah

setelah saya memberitahu hal adik.

Dalam perjalanan ke pekan ayah ditahan polis kerana di

dalam keretanya ada dadah.


terpaksa menahan sakit.

Adik kalut-kalut memancung bicara bonda walaupun

Kesimpulannya,berdasarkan analisis cerpen Mutiara Bonda Frasa Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap digunakan kerana kata kerja jenis ini boleh berdiri sendiri tanpa objek atau tanpa bergantung pada unsur-unsur lain bagi melengkapkan makna atau maksud ayat.Manakala Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap pula banyak menggunakan frasa sendi nama dan kata nama sebagai pelengkap ayat.Tujuannya agar maklumat dapat disampaikan dengan lebih jelas,terutamanya tentang perasaan dan kesabaran ibu menghadapi karenah adik. Selain itu penggunaan Kata Kerja Transitif Tanpa Pelengkap dan Kata Kerja Transitif Berpelengkap juga digunakan dengan pengolahan yang baik agar jalan dan pengajaran cerpen dapat disampaikan dengan baik.Unsur keterangan disertakan dalam ayat agar perwatakan adik(Mohd.Harraz) dapat digambarkan dengan lebih jelas begitu juga dengan kesabaran seorang ibu menghadapi setiap karenah anaknya.

You might also like