You are on page 1of 1

PENGEMBARAAN DAN ASAS PANDU ARAH 1.

0 PENGENALAN Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin. 2.0 JENIS-JENIS ORIENTEERING Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering) Orienteering Bermarkah (Score Orienteering) Orienteering Jalanraya (Street Orienteering) Orienteering Bukit (Mountain Orienteering) Orienteering Malam (Night Orienteering) Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering) 2.1 Kebaikan sukan orienteering Sukan untuk semua Meningkatkan kecergasan fizikal Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan Memberi cabaran & keseronokan

You might also like