You are on page 1of 2

Yang berbahagia, Dato Ting Pengarah Majlis Sukan Negara, berbalik semula kepada isu pakaian dalam sukan,

fokus kepada wanita.Selaku pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia sukan, saya yakin dan percaya pihak dato sememangnya lebih arif lagi berkenaan dengan selok belok bidang ini. Apakah pendirian pihak dato berkenaan isu pakaian dalam sukan? Terima kasih pengerusi majlis. Sebenarnya, isu pemakaian telah lama ditengkahkan sejak beberapa zaman dahulu. Isu pemakaian ini sebenarnya kadang-kadang mengehadkan wanita menceburi bidang sukan dalam dunia ini. Isu ini adalah menjadi satu masalah kepada wanita terutama wanita dari Negara Islam seperti Algeria, Arab Saudi, Iraq dan negaranegara Islam yang lain di dunia ini. Akibat negara-negara ini mempraktikkan ajaran Islam di mana perlu menutup aurat sepenuh masa tidak kira di mana-mana sahaja. Maka, pilihan bidang sukan yang dapat diceburi oleh mereka adalah had. Tetapi, sejak kebelakangan ini, pihak pengajur sukan di dunia ini turut mengubah dan melaksanakan undang-undang serta peraturan sukan yang lebih sesuai supaya wanita-wanita dari negara Islam tidak disingkirkan daripada bidang sukan dalam dunia ini. Contohnya, Olimpik London 2012 terdapat pakaian sukan hijab yang dicipta khas untuk menutup aurat wanita. Begitu juga, FIFA badan bola sepak dunia, turut melonggarkan peraturan pemakaian wanita supaya lebih banyak wanita Islam dapat bertanding dalam sukan antarabangsa. Pada tahun 2011, Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa turut membenarkan atlit angkat berat wanita menutp kaki dan lengan mereka untuk memberikan peluang kepada pasukan wanita Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi pasukan pertama yang bertanding dengan memakai tudung. Maka, kita dapat melihat bahawa penganjur sukan antarabangsa telah berusaha untuk menyemak semula undang-undang dan peraturan yang sedia ada tentang pemakaian sukan wanita supaya hak wanita Islam terpelihara bagi menggalakkan mereka melibatkan diri dalam bidang sukan. Bagaimanakah pandangan Professor tentang pemakaian yang menjolok mata dalam bidang sukan terutamanya sukan antarabangsa? Memang tidak dapat kita menafikan bahawa pertandingan sukan yang dianjurkan di negara barat senantiasa mempunyai wanita yang memakai pakaian yang menjolok mata. Apabila pertandingan dianjurkan di negara barat, kebanyakan wanita Islam telah menghadapi masalah pemakaian kerana peraturan pemakaian yang ditentukan kurang sesuai untuk mereka kerana pemakaian pada acara-acara sukan tertentu memerlukan peserta wanita memakai pakaian yang terlalu ketat untuk bertanding dalam acara tersebut. Tetapi segala ini adalah tidak dibenarkan dalam ajaran agama Islam. Begitu juga, kadang-kadang, wanita sendiri turut berasa sungguh malu dan berasa maruah mereka dijatuhkan apabila memakai pakaian yang terlalu ketat untuk bertanding dalam suatu pertandingan. Hal ini kerana, wanita sebenarnya memang sangat mengambil berat tentang pandangan orang lain terhadap bentuk badan sendiri. Pakaian yang ketat yang digunakan semasa acara berbasikal, acara berlari, berenang dan sebagainya. Seorang peserta perempuan pernah berkata bahawa, pemakaian pakaian yang ketat untuk peserta yang gemuk seperti saya mungkin mengganggu penglihatan penonton memandangkan perut saya bergoyang semasa bertanding. Ya, beberapa patah perkataan ini memang perlu kita merenung secara mendalam adakah hak wanita terpelihara dari segi isu pemakaian. Kenapa ia masih berlaku

walaupun masalah ini telah berlaku dalam masa kian panjang ini? Hak wanita sering dieksploitasi begitu juga dalam sukan. Walaupun dikatakan pemakaian pakaian yang ketat dapat meningkatkan prestasi sukan dalam acara yang bertanding. Tetapi, terdapat juga pihak penganjur menentukan cara pemakaian atlet wanita yang ketat semata-matanya untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan. Contohnya, Sukan Olimpik London, badanbadan antarabangsa yang mengawal tinju dan badminton telah cuba menentukan ahli sukan wanita perlu memakai skirt. Kenapa ini berlaku? Hal ini kerana Timbalan Presiden Persekutan Badminton Dunia berpendapat bahawa pemakaian skirt dalam persaingan dapat menarik lebih banyak penonton lelaki untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Mujurlah pada Mac pada tahun tersebut, pemakaian bola tampar pantai wanita menjadi lebih sederhana di mana pihak penganjur membenarkan pemain memakai seluar pendek dan puncak lengan kerana menghormati atlet yang mempunyai kepercayaan agama dan budaya bertempur dengan bikini. Begitu juga, pakaian seragam yang seksi semasa bola tampar pantai wanita turut adalah pertandingan kegemaran yang disaksikan oleh penonton lelaki. Perkara ini harus dipertimbangkan dengan serta-merta sama ada pemakaian sukan untuk wanita sama ada untuk nilai komersial atau meningkatkan prestasi wanita dalam bidang sukan yang diceburi. Masalah ini turut berlaku di negara Malaysia juga. Hal ini berlaku di mana Persekutan Badminton Dunia yang berpangkalan di Kuala Lumpur (BWF) berkata ia akan meneruskan peraturan semua peserta wanita perlu memakai skirt pendek untuk menyertai pertandingan badminton. Ini turut adalah bertujuan untuk menarik perhatian penonton untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Peraturan ini telah dibangkang oleh Timbalan Presiden BWF di mana menafikan wanita dieksploitasi dan skirt tidak harus terlalu pendek tetapi mengikut keselesaan peserta tersebut. Maka, peraturan dan undang-undang pemakaian wanita adalah berbeza-beza untuk tujuan yang berbeza-beza. Tetapi, saya amat berharap pada masa yang akan, penganjur sukan antarabangsa akan mementingkan hak wanita sebelum menentukan garis panduan pemakaian wanita dalam sukan supaya hak wanita tidak dieksploitasi.

You might also like