You are on page 1of 6

Modul Ulangkaji 1 Geografi Alam sekitar Fizikal

Tingkatan Enam

Isi Kandungan

BAB 1: SISTEM BUMI


1 a) Huraikan jenis-jenis sistem alam fizikal [10 markah]
b) Berdasarkan contoh-contoh tertentu, tunjukkan keadaan [15 markah]
saling bergantung antara sistem-sistem bumi

2 a) Jelaskan maksud sistem dari sudut alam sekitar fizikal [6 markah]


b) Huraikan ciri-ciri sistem alam sekitar fizikal [7 markah]
c) Merujuk contoh-contoh yang khusus, tunjukkan kesan [12 markah]
terhadap sistem-sistem fizikal yang lain apabila sesuatu
sistem mengalami perubahan

3 a) Bezakan konsep sistem terbuka dengan sistem tertutup [6 markah]


b) Pilih satu jenis sistem terbuka
i. Huraikan peranan tenaga suria terhadap sistem [7 markah]
tersebut
ii. Terangkan kepentingan sistem yang anda pilih itu [12 markah]
kepada sistem-sistem alam sekitar fizikal yang lain

4 a) Namakan planet-planet yang terdapat dalam sistem [9 markah]


suria
b) Kenapakah bumi dikatakan sebagai sebuah planet yang [6 markah]
hidup?
c) Huraikan fenomena yang berlaku akibat putaran dan [10 markah]
peredaran bumi

5 a) Jelaskan sebab-sebab bumi hanya mendapat [ 5 markah]


sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan tenaga
matahari
b) Mengapakah sesetengah kawasan mengalami musim [10 markah]
panas dan musim sejuk tetapi tidak berlaku di
sesetengah kawasan yang lain?
c) Terangkan bagaimana pengaruh matahari menentukan [10 markah]
kegiatan pertanian di kawasan tropika lembap.

6 a) Nyatakan pengaruh tenaga suria terhadap kehidupan [6 markah]


manusia di bumi
b) Mengapakah pada masa kini sistem bumi didapati [9 markah]
menerima tenaga suria yang berlebihan?
c) Huraikan kesan negatif terhadap sistem dan kehidupan [10 markah]
di bumi apabila ia terpaksa menerima tenaga suria
berlebihan?

7 a) Jelaskan perbezaan tenaga endogenik dan tenaga [6 markah]


eksogenik
b) Tunjukkan kepentingan tenaga eksogenik terhadap [9 markah]
sistem-sisten bumi
c) Jelaskan pengaruh permukaan bumi terhadap nilai [10 markah]
albedo tenaga suria.

1
BAB 1: SISTEM BUMI (SKEMA JAWAPAN)
1 a) Jenis-jenis sistem alam sekitar fizikal
Terdapat 3 jenis sistem alam sekitar fizikal iaitu:
a. Sistem terpencil (isolated system) – sistem jenis ini mempunyai
sempadan tertutup dan tidak membenarkan keluar masuk tenaga dan
bahan ke dalamnya. Sistem ini terdapat di dalam makmal sahaja
b. Sistem tertutup (closed system) – sistem ini mempunyai sempadan
tertentu yang hanya membenarkan pertukaran tenaga sahaja tetapi tidak
membenarkan pertukaran bahan. Contohnya Bumi dengan Matahari iaitu
bumi menerima tenaga sahaja drp matahari
c. Sistem terbuka (open system) – sistem yang membenarkan keluar
masuk tenaga dan bahan menerusi sempadannya. Sistem ini akan
bergerak dan beroperasi sampai ke tahap stabil. Sistem ini banyak
terdapat di alam nyata . Contohnya sistem cerun, sistem hutan dll
b) Saling kaitan antara sistem-sistem bumi
Sistem bumi terdiri daripada empat sistem alam sekitar fizikal yang saling
berinteraksi dalam hubungan yang kompleks iaitu sistem Geomorfologi, sistem
atmosfera, sistem ekologi dan sistem hidrologi. Sebarang perubahan atau
gangguan kepada sesebuah sistem akan turut mempengaruhi sistem-sistem
yang lain. Contohnya saling kaitan dalam konteks Kitaran Hidrologi:
Dalam kitaran Hidrologi, proses sejatan berlaku di permukaan air spt laut,
diikuti pula oleh proses pemeluwapan dan kerpasan berlaku dalam sistem
atmosfera.
Seterusnya proses pintasan/cegatan silara dari tumbuh-tumbuhan yang
berlaku dalam sistem ekologi. Air hujan yang turun akan sampai ke permukaan
sehingga berlaku proses larian permukaan dan proses infiltrasi yang berlaku
dalam sistem geomorfologi.
Akhirnya rembesan aliran air bawah tanah , akuifer yang membekalkan air
kepada sungai, kolam, tasik dan empangan dalam sistem hidrolgi. Dalam
konteks ini sistem hidrologi sendiri bertindak sebagai proses dan penyedia air
manakala sistem-sistem lain sebagai medium/bahantaranya kerana peringkat-
peringkat dalam kitaran hidrologi akan melibatkan keempat-empat sistem
tersebut.
2 a) Maksud sistem
Sistem adalah satu set angkubah/pembolehubah atau unsur-unsur /
objek/komponen-komponen yang saling bertindak antara satu sama lain sebagai
satu keseluruhan yang kompleks untuk mencapai kesimbangan bagi sesuatu
sistem
b) Ciri-ciri sistem alam sekitar fizikal
Sesuatu sistem itu mempunyai
i. objek-objek/ komponen / pemboleh ubah/ angkubah yang saling
berinteraksi antara satu sama lain
ii. Mempunyai sempadan tertentu yang jelas dan boleh dibezakan
dengan sistem yang lain
iii. Mempunyai jisim/bahan seperti air, mineral yang boleh keluar masuk
dari sempadan sistem tersebut
iv. Mempunyai tenaga yang boleh mengalir, masuk dan keluar dari
sempadan sistem itu
v. Kesemua angkubah/objek berinteraksi untuk mencapai
kestabilan/tahap keseimbangan
vi. Sifat dinamik iaitu akan mengalami perubahan/tindakbalas ke atas
sesuatu gangguan untuk mencapai keseimbangan. Tindakbalas
dalam sistem boleh bersifat positif atau negatif
c) Kesan yang dialami oleh sistem-sistem fizikal lain apabila sesuatu sistem
mengalami perubahan: Contohnya Pemanasan suhu global.
Makenisme kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon adalah
gangguan kepada sistem atmosfera. Ini kerana bajet haba yang diterima oleh

2
bumi menjadi tidak seimbang. Bumi telah menerima lebihan bahangan suria
menyebabkan suhu dunia meningkat.
Kesannya yang akan dialami oleh sistem geomorfologi apabila litupan ais
benua dan pergunungan cair, membanjiri laut, menenggelamkan daratan yang
rendah disamping meningkatkan kadar hakisan ombak.
Kesan lain ialah penenggelaman daratan akan memberi risiko besar kepada
sistem ekologi terutama manusia untuk hidup, mendirikan petempatan dan
menjalankan aktiviti pertanian selain pemanasan global juga menjejaskan
kesihatan manusia dengan pelbagai penyakit spt barah kulit, katarak mata dll.Di
samping itu manusia akan sentiasa rimas, panas dan tidak selesa
3 a) Perbezaan antara sistem terbuka dengan sistem tertutup
Sistem terbuka mempunyai sempadan tertentu yang hanya membenarkan
pertukaran tenaga sahaja tetapi tidak membenarkan pertukaran bahan.
Contohnya Bumi dengan Matahari iaitu bumi menerima tenaga sahaja drp
matahari tetapi sistem terbuka adalah sistem yang membenarkan keluar masuk
tenaga dan bahan menerusi sempadannya. Sistem ini akan bergerak dan
beroperasi sampai ke tahap stabil. Sistem ini banyak terdapat di alam nyata .
Contohnya sistem cerun, sistem hutan dll
b) Sistem terbuka dipilih contohnya dalam sebuah ekosistem hutan Hujan tropika.
Peranan tenaga suria terhadap sistem tersebut ialah:
i. Tenaga suria akan membekalkan tenaga untuk proses fotosintesis
dan tenaga itu akan disimpan oleh tumbuhan dalam bentuk
karbohidrat, protein, lemak dan asid tumbuhan dalam daun, batang,
bunga, buah dan sebagainya.
ii. Tumbuhan tersebut akan dimakan oleh haiwan lain melalui rantaian
makanan dan memindahkan tenaga ke setiap komponen dalam
ekosistem tersebut.
iii. Tumbuh-tumbuhan juga akan melakukan proses perpeluhan dan
akan tersejat melalui sejat peluhan ke atmosfera dengan adanya
tenaga suria.
iv. Tenaga suria juga akan menyejat air dari tasik, sungai dan tumbuhan
melalui proses sejat peluhan untuk membentuk wap air di atmosfera
sehingga berkumpul membentuk awan dan seterusnya
menghasilkan hujan apabila berlaku pembebasan haba pendam.

c) Kepentingan ekosistem hutan hujan tropika kepada sistem-sistem alam sekitar


fizikal yang lain ialah:
1. Kepada sistem ekologi :Hutan hujan tropika menjadi habitat
kepelbagaian biologi khususnya fauna seperti hidupan liar yang boleh
hidup , membesar dan membiak dengan sempurna di dalam ekosistem
hutan yang stabil tanpa diganggu oleh manusia
2. Kepada sistem geomorfologi: Hutan hujan tropika merupakan pelindung
daripada hakisan tanah. Litupan tumbuhan melindungi tanih daripada
hakisan percikan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar
hakisan larian air permukaan. Sistem akarnya membantu mengurangkan
hakisan terutama di cerun-cerun.
3. Kepada sistem hidrologi: Hutan berperanan mengawal keseimbangan
kitar hidrologi iaitu sebagai kawasan tadahan air yang akan menentukan
bekalan air sungai, tasik, kolam , paya dan empangan serta berfungsi
menyerap air masuk ke dalam tanah melalui proses infiltrasi/susupan
serta menjamin bekalan air bawah tanah
4. Kepada sistem atmosfera: Hutan tebal juga berlakunya proses
transpirasi yang membebaskan wap air ke udara. Wap air ini akan
tersejat ke atmosfera dan menjadi punca kepada kelembapan udara dan
seterusnya mengawal suhu udara. Hutan juga mengawal imbangan gas
di udara apabila menggunakan karbon dioksida dan membebaskan
oksigen ke atmosfera. Selain itu hutan juga berperanan mengurangkan

3
kelajuan angin dengan berkesan.
4 a) Planet-planet yang terdapat dalam sistem suria ialah:
Utarid, Zuhrah, Bumi, marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan pluto
b) Bumi dikatakan sebagai sebuah planet yang hidup kerana mempunyai empat
sfera utama yang berfungsi sebagai penerus kehidupan misalnya:
i. atmosfera : mengandungi pelbagai gas terutama oksigen yang
berguna untuk pernafasan semua hidupan, fenomena cuaca spt
hujan untuk bercucuk tanam dan keperluan hidup manusia,
tumbuhan dan haiwan. Pelbagai lapisan di atmosfera berperanan
menjadi pelindung kepada kehidupan di bumi spt lapisan ozon.
ii. Hidrosfera ; Komponen air dari tasik, sungai, kolam, paya penting
sebagai penerus kehidupan di atas muka bumi
iii. Litosfera: Lapisan kerak bumi menjadi pentas kepada kehidupan
manusia dan melalui pelbagai bentuk bumi dapat digunakan oleh
manusia untuk pelbagai kegunaan seperti bertani, melombong dan
membina petempatan
iv. Biosfera : komponen yang dihuni oleh hidupan termasuk tumbuhan,
haiwan dan manusia. Komponen ini penting sebagai penyedia
makanan dan habitat kepada hidupan di bumi
c) Fenomena akibat putaran bumi
1. kejadian siang dan malam: semasa berputar permukaan bumi yang
menghadap matahari akan mengalami siang manakala permukaan bumi
yang terlindung akan mengalami malam

2. kejadian pasang surut air laut: Tarikan graviti bulan akan menarik air laut
di permukaan bumi yang menghadap bulan menyebabkan berlaku
pasang sementara bahagian yang tidak menghadap bulan akan
mengalami surut. Apabila matahari berada selari dengan bulan maka
tarikan graviti yang kuat dari bulan dan matahari akan menyebabkan
berlaku pasang perbani

Fenomena akibat peredaran bumi


1. kejadian empat musim: Apabila bumi beredar mengelilingi matahari
dengan kecondongan paksinya menyebabkan kedudukan matahari
berbeza mengikut garis lintang pada tarikh-tarikh tertentu sehingga
mewujudkan empat musim iaitu
a. Ekuinoks musim bunga pada 21 mac
b. Solstis musim panas pada 21 Jun
c. Ekuinoks musim luruh pada 23 September
d. Solstis musim sejuk pada 22 Disember
2. kejadian gerhana bulan dan matahari: Gerhana berlaku apabila
kedudukan bulan, bumi dan matahari pada satu garisan mendatar yang
sama.
a. Gerhana bulan: berlaku apabila bumi berada di antara bulan dan
matahari
b. Gerhana matahari: berlaku apabila bulan berada di antara bumi
dengan matahari
5 a) Bumi hanya menerima sebahagian kecil sahaja daripada tenaga suria kerana
tidak semua tenaga suria akan sampai dan diterima oleh permukaan bumi.
Sebahagian besarnya akan diserap, ditapis, diserak dan dibalikkan oleh lapisan
ozon dan juga atmosfera. Hanya sebahagian kecil sahaja yang sampai ke
permukaan bumi untuk digunakan oleh seluruh hidupan dan makhluk di atas
muka bumi iaitu kira-kira 47% sahaja daripada jumlah tenaga suria.
b) i. Faktor peredaran bumi mengelilingi matahari dan putaran bumi di atas
paksinya yang condong menyebabkan kedudukan matahari pada garis lintang
berbeza.

4
Apabila matahari berada tegak di Garisan sartan maka bahagian
hemisfera utara akan mengalami musim panas sementara hemisfera selatan
akan mengalami musim sejuk. Di kawasan khatulistiwa tidak mengalami
keadaan musim yang ketara kerana penerimaan cahaya matahari yang tinggi
dan konstant. Hal ini berbeza di kawasan kutub. Pada waktu tertentu tempoh
siang dan malamnya adalah 24 jam
Apabila matahari berada di Garisan Jadi maka bahagian Hemisfera
selatan akan mengalami musim panas sementara Hemisfera Utara akan
mengalami musim sejuk sebaliknya keadaan itu tidak dialami oleh kawasan
khatulistiwa.
ii. faktor perihelion dan afelion iaitu semasa bumi mengelilingi matahari dalam
orbit bujur maka terdapat jarak yang berbeza pada lokasi yang berbeza antara
bumi dengan matahari. Pada jarak lebih dekat (perihelion) maka bumi akan
terima banyak tenaga suria sebaliknya pada jarak yang jauh (afelion) makan
bumi akan terima jumlah tenaga suria yang sedikit. Oleh itu kerana sifat bumi
berbentuk sfera maka ada kawasan yang mengalami musim sejuk dan musim
panas sementara kawasan lain tidak mengalaminya.
c) Pengaruh matahari dalam menentukan kegiatan pertanian di kawasan tropika
lembap:
Kawasan tropika lembap seperti di Malaysia yang mempunyai suhu tinggi(27 C)
dan hujan lebat(2030mm) sepanjang tahun.
i. Keadaan iklim sedemikian membolehkan kegiatan pertanian
dapat dijalankan sepanjang tahun
ii. Penerimaan cahaya matahari yang banyak juga
membolehkan proses pengeringan hasil-hasil tani dengan
sempurna misalnya kelapa, padi , koko dll
iii. Penerimaan cahaya matahari menggalakkan proses
fotosintesis ini membolehkan tanaman hidup subur di
kawasan tropika lembap
iv. Pengaruh matahari juga menyebabkan proses sejat peluhan
berlaku iaitu proses ini membolehkan lebihan air pada
tumbuhan dikeluarkan dan membantu penyuburan pokok dan
mengelakkan terlalu berkulat
v. Cahaya matahari yang banyak membolehkan pengeringan
sisa-sisa pertanian, pokok belukar dan rumput mati untuk
dibakar bagi membersihkan ladang dan dijadikan baja
6 a) Pengaruh tenaga suria terhadap kehidupan manusia di bumi
i. Penternakan - membolehkan kegiatan pindah ternak(transhumance)
pada musim panas ternakan dibiarkan meragut bebas sementara
pada musim sejuk lembu dikurung dalam kandang
ii. Pertanian – tenaga suria akan mempengaruhi bilangan hari-hari
untuk bertani. Biasanya tanaman padi perlukan musim panas untuk
padi masak dan menuai. Kegiatan penanaman sayuran dapat
dijalankan sepanjang tahun
iii. Pelancongan – musim panas dan musim sejuk
iv. Pembalakan – musim salji di kawasan sederhana
v. Perlombongan- kawasan khatulistiwa berbeza dengan kutub kerana
kegiatan dapat dijalankan sepanjang tahun
vi. Aktiviti sosial- pakaian dan tempat tinggal
b) Pada masa kini sistem bumi menerima lebihan tenaga suria kerana
a. Sinaran matahari dapat menembusi ruang atmosfera dengan lebih
banyak kerana berlaku penipisan lapisan ozon menyebabkan bahang
matahari sampai lebih banyak ke bumi.
b. Bahang bumi tidak dapat dikeluarkan ke angkasa kerana pelbagai gas
pencemar di atmosfera menyekat bahang bumi dibebaskan. Ini
menyebabkan berlaku lebihan bahangan di ruang atmosfera bumi.

5
c) Kesan lebihan tenaga suria terhadap sistem bumi dan kehidupan manusia
i. peningkatan suhu global – mencairkan ais di kutub dan
menenggelamkan kawasan rendah serta meningkatkan kadar
hakisan ombak
ii. Peningkatan kemasukan pancaran ultraungu akan memberi kesan
kepada kulit iaitu kulit menjadi gelap dan pendedahan yang lama
akan menyebabkan barah kulit
iii. Kekurangan sumber makanan akibat perubahan suhu akan
mengurangkan pembentukan plankton seterusnya mengurangkan
jumlah ikan dan hasil laut
iv. Menghadkan aktiviti luar rumah kerana pemanasan akan menjadikan
keadaan rimas, panas dan tidak selesa
v. Kehilangan air daripada sistem badan berlaku dengan lebih cepat
atau berlebihan
vi. Peningkatan pancaran ultraungu akan melemahkan sistem pelalian
manusia dan mempengaruhi genetik sehingga menyebabkan
kecacatan
7 a) Tenaga endogenik ialah tenaga dalaman yang berpunca dari dalam bumi
seperti tenaga graviti, radiogenik dan tenaga haba yang amat penting untuk
proses-proses tektonik kerak bumi seperti gempa bumi, gunung berapi, lipata,
gelinciran dan sebagainya. Tenaga endogenik termasuklah tenaga
seismic(gempa bumi), tenaga vulkanik(gunung berapi) dan tenaga atomic
daripada galian plutonium, uranium dll. sementara tenaga eksogenik ialah
tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu tenaga matahari yang akan digunakan
oleh hidupan di bumi dengan menukarkan kepada bentuk tenaga lain seperti
tenaga kimia, tenaga kinetik dan tenaga potensi
b) Kepentingan tenaga eksogenik kepada sistem-sistem bumi
Tenaga eksogenik ialah tenaga daripada matahari
i. sistem atmosfera: tenaga suria diperlukan untuk memanaskan
permukaan air bagi membolehkan air tersejat menjadi wap air.
Semakin tinggi wap air naik ke udara proses kondensasi berlaku dan
akhirnya turun sebagai hujan
ii. Sistem geomorfologi : dalam luluhawa fizikal tenaga suria diperlukan
untuk meningkatkan suhu dan menurunkan suhu mengikut
perubahan siang dan malam sehingga menyebabkan batuan pecah
iii. Sistem hidrologi: Untuk memulakan proses-proses dalam kitaran
hidrologi spt sejat peluhan tenaga matahari diperlukan misalnya
sejumlah 600 kalori tenaga haba bagi setiap 1 gm air pada suhu 0
darjah
iv. Ekologi: tenaga suria penting untuk tumbesaran tumbuhan kerana
proses fotosintesis memerlukan bekalan tenaga suria yang cukup
kepada tumbuhan yang bertindak sebagai pengeluar
c) Pengaruh muka bumi terhadap nilai albedo
i. warna permukaan bumi yang gelap seperti hutan, batuan,
permukaan bertar lebih banyak menyerap tenaga suria berbanding
permukaan yang cerah seperti salji yang lebih banyak membalikkan
tenaga suria. Ini menyebabkan nilai albedo atau pembalikan tenaga
suria oleh permukaan bumi adalah berbeza-beza.
ii. Permukaan bumi yang bertekstur kasar dan kasp seperti permukaan
bertar dan dinding konkrit adalah lebih banyak menyerap haba
berbanding permukaan yang rata dan licin
iii. Struktur bumi yang mendatar lebih banyak menerima haba
berbanding dengan struktur permukaan yang menegak
iv. Daratan dan air . daratan lebih cepat panas dan cepat sejuk
berbanding air

You might also like