• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc
TEMA 8 (KESENIAN)1.’’ Seni bina merupakan satu ciri ketamadunan yang pentingsebagai lambang sesuatu bangsaatau negara.’’ Bincangkan penyataan ini berdasarkan pencapaianseni bina Islam di Nusantara.PENDAHULUAN
1.Seni bina terawal di Nusantara telah dipengaruhi oleh animisme dan Hindu/ Buddha. Manakala senibina Islam Nusantara pula lahir setelah datangnya pengaruh agama Islam.2.Namun begitu Pengaruh Hindu-Buddha tidak dapat dihapuskan terus kerana ia lebih awal darikedatangan Islam di Nusantara.3.Selain itu seni bina Islam di Nusantara juga turut dipengaruhi oleh unsure-unsur dari China danBarat.4.Antara seni bina dunia Nusantara ialah masjid, rumah, pintu gerbang, kota dan kubu, pusara danmakam serta rumah wakaf.
IsiMasjid
1.1Bangunan masjid yang terawal mempunyai bumbung yang bertingkat dan bumbung berbentuklimas.
1.2
Binaan masjid juga dipengaruhi oleh seni bina Arab, Turki, Iran, danIndia denganmemperkenalkan masjid berbentuk kubah potong bawang. Contoh. Masjid Tuban dan MasjidRaya Aceh di Indonesia.
1.3
Seni binaan masjid juga turut dipengaruhi oleh unsure-unsur seni bina China. Ini dapat dilihatpada Masjid Lama Melaka yang mempunyai menara dan bumbung bergelombang. Ia miripdengan bentuk rumah ibadat orang Cina.1.4Ciri utama masjid di Nusantara ialah bumbung berbentuk atap tumpang, rumah kampung limas,potong bawang dan berbentuk payung.
1.5
Masjid bumbung berbentuk atap tumpang dibina dengan bahan konkrit kecuali struktur kayubumbung dan tiang serinya yang menggunakan tiang kayu. Contoh. Masjid Demak di Melaka.1.6Masjid berbentuk rumah kampong memakai bumbung panjang dan lurus yang berbentuk dualapis bumbung berbentuk V. Contoh. Masjid Hj Kadir di Bukit Besar, Terengganu.1.7Masjid berbentuk limas merangkumi perabung lima, limas pemotong perak dan limas bumbungberlapis.
1.8
Masjid berbentuk payung pula memperlihatkan adunan seni bina tradisi dan idea baru. Masjid jenis ini banyak dilihat pada masjid-masjid di Malaysia.
2.Rumah.
2.1Seni bina rumah di Nusantara banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor agama, social dan iklim.Terdapat lapan (8) jenis rmah di Nusantara. Rumah-rumah ini setiap satunya berbeza danmempunyai keistemewaan tersendiri.2.2Rumah Melayu Melaka – Rumah yang mempunyai bumbung tinggi, ibu rumah, dapur, anjung,serambi yang berdinding dan bertutup.
1
 
Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc
2.3
Rumah Panjang – Ia di kenali juga sebagai rumah perabung panjang dan ianya adalah rekaanbentuk rumah terawal. Rumah yang mempunyai bumbung tinggi dan curam ke atas, satuperabung, beratap nipah atau genting.
2.4
Rumah Tiang Dua Belas – Rumah yang mempunyai 12 tiang, bumbung bergenting dan sepasangtiang layer diatasnya. Terdapat banyak kerawang yang berukir dengan ukiran tebuk sebagaiperhiasan dan ruang udara.
2.5
Rumah Perabung Lima – Rumah yang mempunyai perabung sebagai bumbung utama kepadaserambi. Mempunyai pengaruh Belanda dimana seni binanya mula diperkenalkan oleh pihakBelanda di Melaka dan Johor. Pembinaan rumah ini semakin pesat semasa pemerintahanInggeris dan Belanda. Rumah ini juga popular di Jawa dan Pattani.
2.6
Rumah Limas – Rumah yang hampir sama dengan masjid berbentuk limas. Rumah yang kecil danrendah, dan tidak mempunyai pangkal serambi. Rumah ini kebiasaannya dipunyai oleh golonganberada. Contoh. Rumah Limas Ceblokan merupakan rumah tradisional Jawa dan rumah diKampung Raja (Malaysia).
2.7
Rumah Bumbung Perak – Rumah ini juga dikenali sebagai Rumah Potong Perak. Rumah yangmempunyai dua bumbung selari memanjang dan terdapat bukaan atap kecil. Rumah inimerupakan rumah limas yang telah diubah suai.
2.8
Rumah Minangkabau Rumah yang mempunyai bumbung seperti tanduk kerbau. Rumah inibanyak terdapat di Negeri Sembilan.
2.9
Rumah Bujang – Rumah yang mempunyai enam tiang, empat tingkap dan dua pintu. Rumahbentuk ini banyak terdapat di Terengganu.
3.Pintu Gerbang.
3.1Kebiasaan pintu gerbang ini dapat dilihat semasa memasuki sesebuah bangunan tertentu.Tujuan pembinaannya untuk mengindahkan atau memperlihatkan identiti sesuatu tempat. Pintugerbang biasanya dibina daripada kayu atau buluh dan ia menyerupai pintu pagar.
3.2
Pintu gerbang dibina bertitik tolak daripada faktor keagamaan dan kebudayaan. Di Malaysiaseni binanya lebih berunsurkan keislaman, namun begitu terdapat juga pengaruh dari luar.Contoh pintu gerbang di Masjid Tengkera Melaka.
3.3
Masjid lama di Jawa ( Tengah dan Timur ) mempunyai tembok dan pintu gerbang (gapura) dibahagian hadapannya. Contoh Masjid Menara Kudus dibina sebuah pelantar beratap danditempatkan sebuah beduk.3.4Di Singapura, terdapat pintu gerbang utama ketika seseorang ingin memasuki Negaratersebut yang dikenali sebagai Kota Singa.
4.Kota dan Kubu
4.1Kota-kota Nusantara berkait rapat dengan raja-raja Melayu kerana kebiasaannya ia dipunyaioleh sultan dan dinamakan Istana Kota.4.2Kota ini mempunyai parit di sekelilingnya. Sepanjang ranjau dimasukkan air untuk menghalangkemasukan musuh serta benteng pertahanan yang dilengkapi oleh pengawal bersenjata.4.3Kota ini penting untukmenjaga keselamatan raja dan kaum keluarga dari ancaman musuh.Contoh tinggalan kota ialah Kota Melawati (Selangor) dan Kota Kuala Kedah (Kedah)
4.4
Kubu pula ialah pusat pertahanan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh. Kubuakan dilengkapi dengan tanah yang ditambak danpancangan pagar kayu resak. Contohnya ialahkubu di Aceh dan di Jawa.
2
 
Modul Soalan Sejarah 1 STPM Bahagian B-Tamadun Islam www.mrazman.co.cc
4.5
Kota dan kubu adalah sering berkait rapat dengan sejarah istana. Contoh kota dan kubu ialahKota A Famosa (Melaka)
5.Pusara dan Makam
5.1Sejarah pembinaan pusara bermula sejak penemuan batu-batu nisan di pusara.5.2Pusara yang besar dan indah adalah kepunyaan keluarga diraja, pembesar istana dan hartawan.Binaan pusara yang kecil dan sederhana adalah kepunnyaan rakyat biasa.5.3Bumbung pusara dihiasi dengan corak seni bina Melayu yang berunsur keagamaan. Biasanyapusara terletak di kawasan masjid. Contoh ialah makam Hang Tuah dan kompleks MakamDiraja Johor.5.4Di Jawa banyak pusara terdapat di kawasan masjid seperti makam Wali Songo dan MakamSunan Kalijaga.
6.Rumah Wakaf.
6.1
Rumah wakaf merupakan rumah kecil yang dibina sebagai tempat berehat atau hiasan danbukan tempat untuk kediaman. Lazimnya dibina di istana-istana dan tanah perkuburan.
6.2
Rumah wakaf tidak dibina secara meluas kerana kepentingannya amat terhad. Seni bina inihanya terdapat di Malaysia dan Jawa.
PENUTUP
Apa sahaja yang berkaitan.
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...