You are on page 1of 27

FAKULTI PENGAJIAN BAHASA MELAYU

SEMESTER JANUARI / 2014


(AMBILAN KHAS)

HBPE3203

PENDIDIKAN LUAR

NAMA

NORDDIN B. MAT HUSSIN

NO. MATRIKULASI

770516036401001

NO. KAD PENGNEALAN

770516036401

NO. TELEFON

013-2717195

E-MEL

norddin77@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN :

KELANTAN LEARNING CENTRE

Tugasan A
1.0 Pengenalan Pendidikan Luar.
Pendidikan luar adalah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah.
Sumber luar digunakan bagi meningkatkan dan menyempurnakan pengajaran dan
pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain
psikomotor, kognitif dan aektif. Pendidikan luar bertujuan untuk memahami alam luar dari
segi pertalian ekologi. Ia juga bertujuan untuk memupuk perasaan tanggungjawab terhadap
kualiti alam sekitar. Pendidikan luar berupaya merangsang pelajar untuk menggunakan masa
lapang dengan bijak dan berfaedah.
Pendidikan luar adalah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun
dan terancang. Sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Dengan adanya
pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan, pendidikan luar dilihat mampu
meningkatkan kualiti pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat serta
dilihat mampu meningkatkan tahap disiplin diri . Pendidikan luar berupaya memberikan
sumbangan yang besar dalam melahirkan individu yang benar-benar berkualiti serta mampu
memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Pendidikan luar menguji semangat
kerjasama secara berpasukan dalam mencapai matlamatnya menerusi pelbagai aktiviti yang
dijalankan.

2.0 Definisi Pendidikan Luar.


2.1 Definisi Pertama (Abu Bakar Sidek, 2004)
Pendidikan luar adalah pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan alam semulajadi di
mana ia menyediakan suatu tempat yang merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan
sumber ilmu. Pendidikan luar juga bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar rumah. Ini
bermakna tambahan dan pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar. Ia boleh
digabungjalinkan dengan amalan sihat yang boleh memperkayakan pengalaman dan
memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan
jasmani dalam usaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah kesepaduan
nasional.

2.2 Definisi kedua (Smith et al 1972).


Pendidikan luar adalah proses pengayaan kurikulum formal melalui pengalaman dan aktiviti
di luar bilik darjah. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran formal boleh
diperkukuhkan lagi melalui aktiviti pendidikan luar yang lazimnya dilaksanakan sama ada
dalam bentuk lawatan, aktiviti amali ataupun perkhemahan.
2.3 Definisi Ketiga (Priest 1986).
Pendidikan luar bukan hanya berfokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran formal
semata-mata. ianya merupakan proses pendidikan yang berasaskan pembelajaran pengalaman
secara terus dan boleh dilaksanakan di luar ataupun di dalam bilik darjah untuk mencapai
matlamat pendidikansepanjang hayat.
2.4 Definisi Keempat (Gair 1997).
Pendidikan luar sebagai satu saluran aktiviti berasaskan cabaran lasak bagi membina
ketahanan dan sahsiah insan. Aktiviti lasak yang dijalankan dalam bidang pendidikan luar
merupakan katalis bagi melahirkan golongan masyarakat sihat, seimbang dan bersahsiah
tinggi.
2.5 Definisi Kelima (Brookes, 1994).
Pendidikan luar adalah pembelajaran yang menghasilkan pengalaman yang membolehkan
interaksi dan mengetahui persekitaran alam semulajadi (Brookes, 1994). Oleh itu, pendidikan
luar didefinisikan sebagai satu medium untuk masyarakat mendekatkan diri dengan alam
sekitar. Contohnya, melalui aktiviti perkhemahan termasuk dalam sukatan pelajaran dalam
sesuatu pendidikan. Pendidikan luar mempunyai sejumlah besar objektif, di antaranya
termasuklah: untuk membantu individu hidup dalam keadaan harmoni dengan alam
semulajadi, untuk memperkembangkan asas pemahaman di antara satu sama lain, untuk
mempergunakan pendekatan disiplin ke arah pendidikan, belajar menggunakan deria, belajar
dalam makmal semulajadi dan untuk membangkitkan perasaan ingin tahu dalam kalangan
pelajar.

3.0 Perbandingan Pendidikan Luar Zaman Purba Dan Zaman Moden.


Menurut Ikmalhisam (2012), Pendidikan Luar merupakan satu pendekatan untuk mencapai
objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri dalam persekitaran terbuka
atau semula jadi. Aktiviti ini telah dijalankan sejak zaman purba lagi, di mana banyak
melibatkan aktiviti semula jadi seperti aktiviti memburu haiwan untuk mendapatkan sumber
makanan. Terdapat pelbagai reaksi terhadap kesan penglibatan individu dan kumpulan di
dalam aktiviti pendidikan luar terutama yang melibatkan aktiviti yang lasak seperti berkayak,
aktiviti tali, meredah hutan dan sebagainya. Ada yang berpendapat aktiviti sebegini tidak
perlu dilakukan kerana menyebabkan pelajar terbabit menghadapi risiko terdedah kepada
kecederaan dan ancaman-ancaman lain. Selain itu ramai yang berpendapat dan mengatakan
menjalani aktiviti pendidikan luar akan mendedahkan pelajar kepada bahaya yang boleh
mengundang kecederaan fizikal dan membuang masa tanpa memberi kesan positif kepada
bakal guru (Isjoni, 2004). Sungguhpun begitu, tidak kurang juga yang berpendapat bahawa
dengan cara memberi pendedahan pelajar kepada pelbagai aktiviti dan persekitaran yang
lasak dan cergas akan menghasilkan individu yang tahan lasak, tahan diuji dan bersedia untuk
menghadapi dugaan (Normar, 2000).
3.1 Pendidikan Luar Zaman Purba
Tidak dapat dipastikan bilakah pendidikan luar itu bermula. Namun, menurut Shivers (1989),
pendidikan luar telah dijalankan sejak zaman kuno lagi yang banyak melibatkan aktiviti alam
semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula jadi untuk mendapatkan makanan
amat penting sejak zaman awal kewujudan manusia.
Manusia zaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapatkan bahan makanan. Mereka
tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber daripada alam semula jadi untuk
membina habitat. Kanak-kanak zaman purba dilatih untuk membina kehidupan demi
kelangsungan hidup mengikut zaman itu. Corak latihan zaman purba dalam bentuk cara
memburu, membina tempat tinggal, menjaga keselamatan dan memasak merupakan
permulaan kepada pendidikan luar.

Di zaman paleolitik, manusia hidup dalam keadaan nomad iaitu berpindah-randah. Aktiviti
mereka hanya bertumpu kepada memburu dan mengumpul makanan untuk terus hidup.
Aktiviti seperti memburu dan berkumpul ini merupakan sebahagian dari keperluan dalam
kehidupan ketika itu. Ini merupakan salah satu kompenan social di mana setiap kali mereka
berjaya mendapatkan tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan itu dengan
pelbagai aktiviti seperti menari, permainan budaya dan menziarahi komuniti lain. Jika dilihat,
motif aktiviti di zaman paleolitik ini lebih kepada melibatkan diri dan berpesta.

Rajah 1: Memburu untuk makan

Pada zaman neolitik iaitu di mana revolusi pertanian merupakan zaman perubahan terhadap
gaya hidup primitif. Ianya merupakan zaman pembangunan dalam bidang pertanian. Manusia
tidak lagi berpindah randah kerana amalan pertanian membantu manusia hidup setempat
dengan bekalan yang ada. Ini secara tidak langsung merubah gaya hidup manusia zaman
primitive kepada agrarian dan sendentari kesan dari pengenalan teknologi yang
memudahkan mereka.

Rajah 2: Bercucuk tanam demi kelangsungan hidup

3.2 Pendidikan Luar Zaman Moden.


Lord Baden Powell merupakan pengasas kepada pergerakan pengakap dunia. Pada tahun
1907, beliau telah membawa seramai 12 orang remaja ke Pulau Brownses dan menganjurkan
banyak program pendidikan luar. Di peringkat awalnya, program pendidikan luar yang
diadakan lebih tertumpu kepada kekuatan fizikal, kemahiran perkhemahan dan disiplin dalam
berpesatuan. Pada peringkat awal juga, program pendidikan luar dianjurkan oleh badan
beruniform contohnya pengakap dan pandu puteri.
Bermula dari 1980an, terdapat perubahan dalam aktiviti pendidikan luar. Disiplin pendidikan
tidak tertumpu hanya kepada aktiviti berteraskan izikal semata-mata tetapi telah diperluaskan
kepada elemen kognitif dan afektis. Unsur nilai murni dan pembangunan sahsiah mula
diserapkan dengan lebih jelas. Malah, penganjur bukan lagi terdiri daripada unit beruniorm
sahaja, bahkan tersebar kepada persatuan-persatuan lain seperti persatuan akademik.
Program pendidikan luar mula dikormesialkan secara meluas bermula tahun 1990an.
Kewujudan konsep pengembaraan pelancongan dan ekopelancongan telah merancakkan lagi
industri pendidikan luar. Dalam bidang pendidikan, program pendidikan luar masa cuti atau
kem motivasi mula diperkenalkan oleh syarikat-syarikat swasta. Atas kepercayaan alam
sekitar yang segar, ia boleh membantu menyembuhkan penyakit. Kini pendidikan luar turut
terlibat dalam industri kesihatan.
Secara amnya, pendidikan luar era moden menfokuskan kepada dua aktiviti utama iaitu
aktiviti air dan aktiviti darat. Aktiviti air merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan
aktiviti air yang dilakukan sama ada di sungai, tasik dan laut. Berikut adalah contoh aktiviti
luar melibatkan yang air;

Rajah 3: Berkayak

Rajah 4: Snorkeling

Rajah 5: Berakit

Rajah 6: Keselamatan di air

Manakala aktiviti darat pula dilaksanakan di kawasan darat sama ada di tepi pantai, di hutan,
di kaki gunung atau di atas gunung. Berikut adalah contoh aktiviti luar yang melibatkan
darat;

Rajah 7: Perkhemahan

Rajah 8: Kajian alam sekitar

Rajah 9: Abseilling

Rajah 10: Jungle tracking

Rajah 11: Solo camp

Rajah 12: Membina istana pasir

Rajah 13: Berhalangan

Rajah 14: Orienteering

Tugasan B
4.0 Perancangan Aktiviti Pendidikan Luar
Tajuk
Perkhemahan Unit Pakaian Seragam (PUPAS) merupakan Projek Utama dalam Rangka
Aktiviti Tahunan Kecemerlangan Ko-Kurikulum SKPG (1). Ianya selaras dengan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membentuk individu pelajar/murid yang seimbang
dari segi JASMANI, ROHANI, EMOSI dan INTELEK.
Justeru, PUPAS dilihat mempunyai agenda dan kekuatan tersendiri di dalam merealisasikan
hasrat murni tersebut.

Rasional

Melahirkan individu yang cekap, berdisiplin serta mementingkan kualiti.

Meningkatkan penglibatan pelajar/murid dalam aktiviti kokurikulum Unit Pakaian


Seragam secara lebih bermakna.

Membentuk pelajar/murid yang matang dan menangani pelbagai cabaran dengan


mengamalkan budaya kekitaan yang sihat.

Matlamat
Memberi peluang pelajar/murid merasai serta menambah koleksi pengalaman bagi
membentuk Kendiri serta Jati Diri.

Objektif

Menanam rasa yakin pada kebolehan diri sendiri serta berdikari.

Menghargai waktu terluang dengan aktiviti yang bermakna.

Memupuk semangat setiakawan dengan saling bantu membantu dalam segala hal.

Membiasakan diri dengan alam perkhemahan supaya mereka lebih bersedia untuk
menghadapi sebarang kesulitan yang tidak terduga.

Tarikh
09/10/14 10/10/14 (Khamis - Jumaat)

Sasaran peserta
100 orang peserta terdiri daripada
30 murid tahun 4
30 murid Tahun 5
40 murid Tahun 6

Tempat
Gelora Beach Resort, Bachok

Jawatankuasa Induk
Penasihat
Tn.Hj.Mansur bin Hussain (GB)
Pengerusi
En.Ismail bin Aziz (PKKO)
Timb.Pengerusi 1

Pn.Suhaidah bt Sulaiman (PKP)


Timb,Pengerusi 2
En.Zahari bin Mohamed (PK HEM)
Setiausaha 1
En.Zukilnan bin Hassan (PKK)
Setiausaha 2
En.Norddin B. Mat Hussin (PKK)
Bendahari
Pn.Norizaibunnisa bt Mahmud (TKRS)
Ahli Jawatankuasa
Semua Guru Unit Pakaian Seragam
Urusetia
1. En.Zulkinain bin Hassan (PKK)
2. En.Norddin B. Mat Hussin (PKK)
3. En.Mohd Azhar bin Ab Aziz (PBSM)
4. Pn.Norizaibunnisa bt Mahmud (TKRS)
5. Pn.Suriani bt Ab Talib (PI)

Jawatankuasa Kerja
A. Kem Komandan
-

En.Zulkinain bin Hasan (PKK)

B. Peralatan & Siaraya


-

Siti Nadrah bt Hamzah (PI)

En.Mohd Khairi bin Abdullah

C. Persegaran
-

Pn.Afiza Wahida bt Abdul Wahab (PKK)

En.Mohd Faizul bin Jusoh

D. Keselamatan & Kecemasan


-

Pn.Noraini bt Hj Hussin (PBSM)

En.Mazlan B. Mahmood

E. Perakam Peristiwa
-

En.Mohd Azhar bin Ab Aziz (PBSM)

En.Wan Ariff bin Wan Zakaria

F. Penginapan & Pengangkutan


-

En.Yahya bin Yaacub (TKRS)

En.Abdullah bin Ismail

G. Buku Program
-

Pn.Lisah bt Seman (TKRS)

Pn.Siti Arma bt Ibrahim (PBSM)

Senarai Pemimpin Unit Pakaian Seragam


Pengakap (PKK)
1. En.Norddin B. mat Hussin (K)
2. En.Zulkinain bin Hassan
3. Pn.Afiza Wahida bt Abdul Wahab
Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
1. En.Yahya bin Yaacub (K)
2. Pn.Lisah bt Seman
3. Pn.Norizaibunnisa bt Mahmud
Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

1. En.Mohd Azhar bin Ab Aziz (K)


2. Pn.Siti Arma bt Ibrahim
3. Pn.Noraini bt Hj Hussin
Puteri Islam (PI)
1. Pn.Suriani bt Ab Talib (K)
2. Siti Nadrah bt Hamzah
3. Siti Nur Azmah bt Mat Jusoh

Sumber Pendapatan
Peruntukkan Ko Sekolah

RM1000.00

Sumbangan PIBG Sekolah

RM1500.00

Kutipan Yuran Peserta

RM 500.00
----------------

Jumlah

RM3000.00
----------------

Anggaran Perberlanjaan
Makan dan Minum

RM3.00 X 4 X 100

= RM1200.00

Tambang Bas

RM800 X 2

= RM1600.00

Pelbagai

= RM 200.00
------------------

Jumlah

RM3000.00
------------------

Kurikulum Perkhemahan
Kawad Statik

- Hukuman
- Keseragaman

- Kerjasama
- Kepimpinan
Keagamaan

- Kuliah Agama
- Tazkirah

Kecergasan

- Senam
- Permainan

Kenegaraan

- Kecintaan
- Patriotisme

Kecemasan

- Merawat Luka
- Merawat Tangan Patah
- Merawat Kaki Patah
- Merawat Lecuran
- First Aid

Didik Hibur

- Burung Hantu
- Nyanyian
- Ice Breaking

Ilmu Perkhemahan

- Isyarat Sulit

5.0 Tentatif Program


Khamis (9/10/14)

Tindakan

7.45 pagi

- Kem Komandan

: Peserta berkumpul di sekolah

8:00 pagi

: Taklimat am program

9:00 pagi

: Bertolak ke Gelora Beach Resort

9:45 pagi

: Dijangka tiba di Gelora Beach Resort

10:00 pagi

: Taklimat perkhemahan

- Urusetia/ Kem Komandan

- Urusetia/ Kem Komandan

: Pembentukan kumpulan
: Mendirikan khemah
11:00 pagi

: Minum pagi

- Kem Komandan

11:30 pagi

: Aktiviti 1 (Ice breaking)

- Kelana

1:00 tgh

: Solat zohor berjemaah

- Urusetia

: Makan tengah hari


2:30 ptg

: Aktiviti 2 (Kenegaraan)

- Kelana

3:30 ptg

: Aktiviti 3 (Kecemasan)

- Kelana

4:30 ptg

: Solat asar berjemaah

- Urusetia

: Minum petang
5:00 ptg

: Aktiviti 4 (Kawad)

- Kelana

6:00 ptg

: Aktiviti 5 (Istana Pasir)

- Kelana

7:00 ptg

: Bersih diri

- Kem Komandan

: Solat maghrib berjemaah

- Ustaz Azhar

: Kuliah maghrib dan bacaan yassin


: Solat isya berjemaah
: Makan malam
9:00 mlm

: Aktiviti 6 (Persembahan)

- Urusetia

11.00 mlm

: Minum malam

- Kem Komandan

11:30 mlm

: Mimpi indah

- Kem Komandan

12.30 mlm

: Burung hantu

- Kelana

Jumaat (10/10/14)

Tindakan

5:00 pagi

: Bersih diri

- Kem Komandan

: Solat suboh berjemaah

- Ustaz Zulkenan

: Tazkirah suboh
6:00 pagi

: Aktiviti 7 (Kecergasan)

- Kelana

7:00 pagi

: Makan pagi

- Kem Komandan

8:00 pagi

: Melawat khemah

- Urusetia

8.30 pagi

: Aktiviti 8 (Kenegaraan)

- Kelana

10.00 pagi

: Minum pagi

- Kem Komandan

10.30 pg

: Aktiviti 9 (Ilmu Perkhemahan)

- Kelana

12.00 tgh

: Persiapan Diri (Solat Jumaat)

- Kem Komandan

2.00 ptg

: Makan tengahari

- Urusetia

3.00 ptg

: Bersih kawasan / Break camp

- Kem Komandan

4.00 ptg

: Bertolak pulang ke SKPG 1

- Kem Komandan

5:00 ptg

: Dijangka sampai di SKPG 1

6.0 Justikasi aktiviti.


6.1 Ice breaking
Bagi mempastikan semua murid dapat menyerap perubahan budaya dari seorang pelajar
kepada peserta perkhemahan. Aktiviti ini membolehkan mereka mengenali antara satu sama
lain dengan lebih rapat serta mampu mewujudkan kemesraan di kalangan mereka sepanjang
perkhemahan berlangsung dan selepas perkhemahan.
6.2 Kenegaraan
Aktiviti ini khusus bagi membina jati diri peserta untuk menambah rasa kecintaan kepada
negara, menanam sikap sayangkan negara dan tahu peranan sebagai seorang warganegara
serta sumbangan kepada negara.

6.3 Kecemasan
Aktiviti ini dibentuk sebagai pendedahan kepada peserta dalam menghadapi situasi
kecemasan. Mereka tahu dan boleh mempraktikan rawatan awal kepada yang memerlukan
dan tidak panic.
6.4 Kawad

Aktiviti wajib yang diterapkan bagi membentuk disiplin diri sebagai seorang ahli unit pakaian
seragam. Keseragaman pergerakan, kepatuhan kepada arahan dan kekuatan mental dilihat
sebagai aspek penting untuk diterjemahkan dalam kehidupan seharian mereka.
6.5 Istana pasir
Aktiviti yang dirancang untuk membentuk semangat kerjasama, toleransi, dan muhibbah di
samping merangsang kreativiti mereka dalam suasana yang meneronokkan dan penuh
keceriaan.
6.6 Persembahan
Aktiviti yang disusun serta diatur bagi mencungkil bakat terpendam, luahan perasaan dalam
bentuk hiburan dan penuh pengajaran di samping melatih diri menjadi insan yang berani,
yakin diri dan tidak malu berhadapan dengan rakan dan orang ramai.
6.7 Burung hantu
Aktiviti khusus untuk membina dan menambah tahap kenyakinan diri, keberanian serta
ketahanan mental dalam situasi malam yang sunyi dan mendebarkan sebagai persiapan
mereka dalam menghadapi kehidupan masa depan dengan yakin dan berani.
6.8 Kecergasan
Aktiviti yang menekan aspek kehidupan yang sihat, melahirkan peserta yang cergas dan
membudayakan riadah dalam gaya hidup yang sihat.
6.9 Ilmu perkhemahan
Aktiviti pendedahan kepada tata cara dan ilmu perkhemahan yang membantu peserta segala
kemungkinan untuk diterjermahkan dalam kehidupan seharian mereka.
6.10 Solat berjemaah dan tazkirah
Merupakan aktiviti santapan rohani dalam mendisiplinkan, membudayakan dan memberikan
ilmu akhirat kepada peserta. Melatih mereka kepada kehidupan yang sementara dan ada
kehidupan lain selepas mati yang memerlukan persediaan kea rah itu untuk dijadikan amalan
dan sebagai bekalan seorang hamba Allah.

7.0 Rumusan
Pendidikan luar adalah aktiviti fizikal yang berlaku di luar kelas serta mempunyai kurikulum
yang terancang dengan rapi serta mengambil kira aspek keselamatan dan pendidikan
psikomotor, kogniti dan aekti sebgai kompenan utama. Untuk mencapai objektif yang tersurat
dan tersirat, pendidikan luar akan menggunakan sumber di luar bilik darjah sebagai
kompenan utama. Alam semula jadi bertindak sebagai pemangkin kepada perkembangan
pengetahuan, kemahiran dan sikap individu itu. Pendidikan luar adalah instrument yang
mampu untuk meningkatkan kefahaman terhadap alam sekitar, pertalian dan ekologi serta
penghargaan dan tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar. Ianya dilihat satu
cabang

pembentukan insan yang mempunyai nilai dan sahsiah diri yang teguh serta

mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pendidikan luar juga akan memupuk individu yang
dapat menggunakan masa lapang dengan bijak melalui penglibatan individu secara terus
dalam aktiviti reakreasi yang dirancang. Aktiviti pendidikan luar perlu dirancang dan
disesuaikan dengan persekitaran, umur, aktiviti dan kemudahan sedia ada agar ianya menjadi
lebih bermanfaat dan bermakna.

(2675 patah perkataan)

Rujukan.

Abu Bakar Sidek Mohd Ibrahim, (2004). Pendidikan Luar Satu Pendekatan, Diskusi Hari
Kokurikulum: UPSI.

Abdul Alim Abdul Rahim. (1992). Panduan perkhemahan, simpulan dan pioneering, Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
Hasnul Faizal Hushin Amri, Norazhan Che Lah, Shaifol Baharyy Sulaiman, Dr Norkhalid
Salimin, (2007). Modul HBPE3203, Pendidikan Luar, Meteor Doc Sdn. Bhd
Lewis, C.A (1975). The administration o outdoor education programs. Dubuque, IA:
Kendall- Hunt.
Maznah Hassan, Persepsi guru pelatih KDPM tergadap pelaksanaan program pendidikan
luar. Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Modul Pendidikan Luar. (1993). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Priest, S. (1986). Redefining outdoor education. Journal of environmental education, 17 (3),
13.
http://www.blogspot.pendidikanluar.usm...
http://www.perbandingan.pl.pjk....

Lampiran 1
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Padang Garong (1),
Jalan Hospital,
15200 Kota Bharu,
Kelantan.

UPP / JPNK - 06

Saya.......................................................................................... No.Kad Pengenalan ..............................


adalah ibu / bapa / penjaga kepada : .............................................................................................
No.Kad Pengenalan / Surat Lahir : .....................................................................................................
dari tahun ............................................ Sekolah Kebangsaan Padang Garong (1) membenarkan / tidak
membenarkan anak / jagaan saya tersebut menyertai :

2.

Program

Tarikh

Tempat

Masa

Saya percaya pihak sekolah adalah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan murid-

murid semasa lawatan atau semasa berada dalam kawalan sekolah atau terlibat dalam program yang
dianjurkan dan pihak sekolah atau pihak penganjur akan mengambil tindakan yang perlu dan wajar
bagi memastikan keselamatan murid-murid semasa aktiviti / program / lawatan tersebut.
3.

Saya juga bertanggungjawab menasihat dan mengingatkan anak / jagaan saya supaya patuh

kepada arahan yang diberikan oleh guru / penganjur semasa aktiviti / program / lawatan tersebut.
Sekian, terima kasih.
Yang benar;
...............................................................................
Nama: ....................................................................
No.Kad Pengenalan: ..............................................
Rujukan : Surat Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran
Malaysia
(Ruj.(BS/HEP) 8543/41/Jld.III/(15)
Bertarikh: 3 November 2003

Lampiran 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG (1)


JALAN HOSPITAL, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN.
TEL: 09-7418243 / FAKS: 09-7418244
Ruj.Kami: SKPG(1) 700- 004
Tarikh
Kepada,
Yang Setia,
Ketua Balai,

: 9 Mac 2014

Balai Polis Daerah Bachok.


Tuan,
PERKHEMAHAN UNIT PAKAIAN SERAGAM 2014 SK.PADANG GARONG (1)
Sukacita perkara di atas dirujuk.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa SK.Padang garong (1) akan mengadakan Perkhemahan Unit
Pakaian Seragam sebagaimana berikut:
Tarikh : 9 dan 10 Oktober 2014
Masa

: 8.00 pagi (9.10.2014) 5.00 petang (10.10.2014)

Tempat : Gelora Beach Resort, Bachok


3.

Bersama dilampirkan buku program dan tentatif untuk rujukan pihak tuan.

4.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan ddahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
Yang menjalankan tugas,

(MANSUR BIN HUSSAIN)


Guru Besar,
SK.Padang garong (1)
sk.

1. Jabatan Pendidikan Kelantan


2. Fail
Lampiran 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG (1)


JALAN HOSPITAL, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN.
TEL: 09-7418243 / FAKS: 09-7418244
Ruj.Kami: SKPG(1) 700- 005
Tarikh
Kepada,
Yang Berusaha,
Pengarah,
Hospital Daerah Bachok.

: 9 Mac 2014

Tuan,
PERKHEMAHAN UNIT PAKAIAN SERAGAM 2014 SK.PADANG GARONG (1)
Sukacita perkara di atas dirujuk.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa SK.Padang garong (1) akan mengadakan Perkhemahan Unit
Pakaian Seragam sebagaimana berikut:
Tarikh : 9 dan 10 Oktober 2014
Masa

: 8.00 pagi (9.10.2014) 5.00 petang (10.10.2014)

Tempat : Gelora Beach Resort, Bachok


3.

Bersama dilampirkan buku program dan tentatif untuk rujukan pihak tuan.

4.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan ddahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
Yang menjalankan tugas,

(MANSUR BIN HUSSAIN)


Guru Besar,
SK.Padang garong (1)
sk.

1. Jabatan Pendidikan Kelantan


2. Fail
Lampiran 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG (1)


JALAN HOSPITAL, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN.
TEL: 09-7418243 / FAKS: 09-7418244
Ruj.Kami: SKPG(1) 700- 006
Tarikh
Kepada,
Pengurus,
Syarikat Bas Nooreen,
Tuan,

: 9 Mac 2014

PERKHEMAHAN UNIT PAKAIAN SERAGAM 2014 SK.PADANG GARONG (1)


Sukacita perkara di atas dirujuk.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa SK.Padang garong (1) akan mengadakan Perkhemahan Unit
Pakaian Seragam sebagaimana berikut:
Tarikh : 9 dan 10 Oktober 2014
Masa

: 8.00 pagi (9.10.2014) 5.00 petang (10.10.2014)

Tempat : Gelora Beach Resort, Bachok


3.
Sehubungan dengan itu, kami ingin menyewa perkhidmatan bas dari syarikat tuan untuk
membawa peserta pada 9.10.2014 (8.00 pagi) dan 10.10.2014 (5.00 petang. Bersama dilampirkan
buku program dan tentatif untuk rujukan pihak tuan.
4.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan ddahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
Yang menjalankan tugas,

(MANSUR BIN HUSSAIN)


Guru Besar,
SK.Padang garong (1)
sk.

1. Jabatan Pendidikan Kelantan


2. Fail
Lampiran 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG (1)


JALAN HOSPITAL, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN.
TEL: 09-7418243 / FAKS: 09-7418244
Ruj.Kami: SKPG(1) 700-007
Tarikh : 9 Januari 2014
Kepada,
AJK Induk Kokurikulum .
Tuan/Puan,
MESYUARAT PERKHEMAHAN UNIT PAKAIAN SERAGAM 2014

Sukacita perkara di atas dirujuk.


2.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut
sebagaimana berikut:
Tarikh : 18 Januari 2014
Masa : 1.15 tengahari
Tempat : Bilik Pemulihan
3.

Agenda mesyuarat:
3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Ucapan Guru Besar/PK
3.3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas (tiada)
3.4 Perkara-perkara berbangkit (tiada)
3.5 Agenda professional
i. Penetapan jawatankuasa pelaksana program
ii. Penetapan tarikh program
3.6 Hal-hal lain

4.
Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,

(NORDDIN B. MAT HUSSIN)


Setiausaha Kokurikulum,
SK.Padang garong (1)
sk

Fail
Lampiran 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG (1)


JALAN HOSPITAL, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN.
TEL: 09-7418243 / FAKS: 09-7418244
Ruj.Kami: SKPG(1) 700- 003
Tarikh

: 9 Mac 2014

Kepada,
Pengarah,
Jabatan Pendidikan Kelantan.
Tuan,
PERKHEMAHAN UNIT PAKAIAN SERAGAM 2014 SK.PADANG GARONG (1)

Sukacita perkara di atas dirujuk.


2.
Adalah dimaklumkan bahawa SK.Padang garong (1) akan mengadakan Perkhemahan Unit
Pakaian Seragam sebagaimana berikut:
Tarikh : 9 dan 10 Oktober 2014
Masa

: 8.00 pagi (9.10.2014) 5.00 petang (10.10.2014)

Tempat : Gelora Beach Resort, Bachok


3.

Bersama dilampirkan buku program dan tentatif untuk rujukan pihak tuan.

4.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan ddahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
Yang menjalankan tugas,

(MANSUR BIN HUSSAIN)


Guru Besar,
SK.Padang garong (1)
sk.

Fail

You might also like