You are on page 1of 7

Modul Ulangkaji 2 Geografi Alam sekitar Fizikal

Tingkatan Enam

Isi Kandungan
BAB 1: SISTEM BUMI
1 a) Walaupun jumlah tenaga matahari yang sampai ke sistem [12 markah]
bumi sedikit tetapi sudah cukup untuk menggerakkan sistem-
sistem bumi. Jelaskan
b) Nyatakan peranan tenaga suria dalam mempengaruhi proses [8 markah]
luluhawa

2 a) Pada musim tertentu sesetengah kawasan mengalami waktu [12 markah]


siang yang lebih panjang daripada waktu malam. Bincangkan
pernyataan ini.
b) Terangkan kepentingan tenaga suria kepada sistem bumi [13 markah]

3 a) Huraikan secara ringkas tentang albedo [5 markah]


b) Jelaskan proses-proses yang melibatkan bahangan matahari [12 markah]
di kawasan laut, udara dan tumbuh-tumbuhan
c) Terangkan bagaimana manusia boleh menjana haba daripada [8 markah]
sumber-sumber semulajadi.

4 a) Nyatakan jenis-jenis tenaga haba yang terdapat dalam sistem [5 markah]


atmosfera bumi
b) Mengapakah terdapat perbezaan kadar penyerapan haba [10 markah]
pada permukaan bumi
c) Bagaimanakah kadar penerimaan haba yang berbeza pada [10 markah]
permukaan bumi mempengaruhi aktiviti manusia

5 a) Bagaimanakah tenaga haba dipindahkan dari matahari ke [5 markah]


permukaan bumi?
b) Huraikan ciri-ciri yang terdapat dipermukaan bumi semasa [10 markah]
terjadinya musim ekuinoks.
c) Jelaskan kesan bahangan matahari akibat penipisan lapisan [10 markah]
ozon terhadap manusia.

6 a) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem suria [5 markah]


b) Huraikan empat sebab mengapa bumi mengalami empat [12 markah]
musim yang berbeza
c) Jelaskan tiga kesan peredaran bumi terhadap habitat haiwan [9 markah]

7 a) Apakah yang dimaksudkan dengan solstis musim sejuk? [5 markah]


b) Huraikan perbezaan jangkamasa antara siang dan malam di [8 markah]
kawasan latitud yang berbeza semasa solstis musim sejuk di
hemisfera utara
c) Jelaskan kesan penerimaan intensiti bahangan suria yang [12 markah]
rendah semasa solstis musim sejuk terhadap aktiviti manusia di
kaasan beriklim sederhana

7
SKEMA JAWAPAN MODUL 2 : SISTEM BUMI

1 a) 1. Sistem atmosfera: Tenaga matahari mempengaruhi imbangan haba sehingga


mewujudkanperbezaan tekanan atmosfera dan ini berupaya menggerakkan
edaran umum atmosfera/angin
2. Sistem hidrologi: Tenaga matahari menjana pelbagai proses menegak seperti sejat
peluhan, susupan dan kerpasan serta proses mendatar seperti larian air
permukaan, air bawah tanah dan alir lintang.
3. Sistem Geomorfologi: Tenaga matahari memanas dan memecahkan batuan
melalui proses luluhawa dan melalui perantaraan air, angin dan tumbuhan akan
menjana proses pergerakan jisim, hakisan, pengangkutan dan pemendapan
4. Sistem ekologi: Tenaga matahari digunakan oleh tumbuhan untuk proses
fotosintesis dengan bantuan air dan karbon dioksida untuk meneruskan aliran
tenaga dan pelbagai kitar nutrien.

b) Peranan tenaga suria terhadap luluhawa melalui proses-proses seperti


a. Tindakan pengembangan dan penguncupan akibat perubahan suhu yang ekstrem.
Pada waktu siang pemanasan matahari menyebabkan lapisan luar batuan
mengembang lebih cepat daripada bahagian luar batuan. Sebaliknya pada waktu
malam suhunya rendah menyebabkan lapisan luar batuan menyejuk dan mengecut
lebih cepat. Proses yang berulang-ulang akan menyebabkan lapisan luar batuan
merekah dan pecah secara mengelupas selapis demi lapis.
b. Penghabluran garam: Akibat suhu yang tinggi proses sejatan yang tinggi akibat
panas yang melampau mampu menarik garam galian dari dalam bumi naik ke
permukaan melalui daya tarikan kapilari. Larutan garam yang naik ke permukaan
akan tersejat meninggalkan hablur garam yang keras dan banyak. Pembesaran
hablur garam akan menimbulkan kuasa tekanan dan ketegangan atas dinding
rekahan dan akhirnya pecah bersepai
c. Proses pembasahan dan pengeringan: Di kawasan tropika lembab musim hujan
dan kering yang nyata menyebabkan proses pembasahan akan menyebabkan
batuan mengembang dan tenaga suria akan mengeringkan batuan dengan
menyejat air menyebabkan batuan mengecut. Proses yang berulang akan
menyebabkan batuan pecah
d. Tindakan fros: Pada musim sejuk , air di celah batuan akan membeku dan isipadu
bertambah 10% dan menambah kuasa tekanan pada dinding rekahan . Pada
musim panas, tenaga suria akan mencairkan ais dalam rekahan dan berlaku
kenduran pada dinding rekahan. Proses yang berulang akan menyebabkan
rekahan bertambah luas dan akhirnya pecah

2 a) Pada musim tertentu sesetengah tempat mengalami siang lebih panjang daripada malam
kerana
a. Peredaran bumi mengelilingi matahari pada solstis musim panas 21 Jun, matahari akan
berada tegak di atas kepala di kawasan garis lintang sartan (23 ½ U)(1m). Pada masa ini
kawasan yang terletak dalam lingkungan garis lintang ini mempunyai waktu siang dan
malam yang tidak sama panjang. Di kawasan Hemisfera utara mengalami waktu siang
yang lebih panjang daripada waktu malam(2m). Manakala di kawasan Hemisfera Selatan
pula mengalami malam yang lebih panjang daripada waktu siang(2m). Pada masa ini
Hemisfera mengalami musim panas sementara Hemisfera Selatan mengalami musim

8
sejuk.(1m)

b. Pada 22 Disember matahari berada tegak di Garisan Jadi (23 ½ S )(1m) . Hemisfera
Utara mengalami waktu malam yang lebih panjang daripada waktu siang(2m) sementara
di Hemisfera selatan kawasan ini mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada
waktu malam(2m). Pada masa ini Hemisfera selatan mengalami musim panas sementara
Hemisfera utara mengalami musim sejuk.(1m)

b) Kepentingan tenaga suria kepada sistem bumi


a. Sistem atmosfera: semua proses dalam atmosfera bermula dengan adanya
tenaga haba, tanpa tenaga haba, tindakan angin, hujan/kerpasan, ribut, taufan,
petir dll tidak akan berlaku. Contohnya dalam kejadian hujan bermula dengan
tenaga suria memanaskan permukaan bumi untuk membolehkan wap air tersejat
ke udara. Semakin tinggi wap air naik ke udara proses kondensasi akan berlaku
menunjukkan tenaga haba dalam jisim udara berkurangan dan suhu menjadi
rendah sehingga wap air menjadi tepu dan akhirnya turun sebagai hujan. Syarat
untuk angin bertiup apabila wujud perbezaan tekanan udara akibat perbezaan suhu
antara dua tempat.
b. Sistem geomorfologi: Dalam proses luluhawa fizikal tenaga suria diperlukan dalam
proses pengembangan dan penguncupan batuan. Perubahan suhu yang ekstrem
secara berulang akan menyebabkan batuan tersepai/pecah. Hakisan glasier
berlaku dengan giat apabila musim panas apabila suhu meningkat untuk
membolehkan glasier cair dan melakukan hakisan dengan giatnya.
c. Sistem hidrologi: Untuk memulakan proses dalam kitar hidrologi sejumlah tenaga
suria diperlukan untuk memulakan proses sejatan di permukaan air laut, tasik dan
sungai. Begitu juga dengan proses sejat peluhan dari tumbuhan dan lembapan
tanih yang memerlukan tenaga haba untuk melakukan proses transpirasi bagi
membolehkan wap air terbebas menerusi liang stomanya.
d. Sistem Ekologi: Kepentingan tenaga suria kepada tumbuhan ialah kepada
tumbesaran tumbuhan dalam ekosistem tersebut kerana tumbuhan sebagai
pengeluar yang akan membekalkan makanan kepada pengguna seterusnya dalam
rantaian makanan. Tanpa tenaga suria tiada proses fotosintesis untuk membuat
makanan dan tiada tumbuhan untuk membekalkan makanan kepada pengguna
seterusnya termasuk manusia.
3 a) Albedo adalah pembalikan atau pantulan sebahagian daripada bahangan matahari yang
sampai oleh sebarang permukaan ke atmosfera. Kadar albedo berbeza mengikut ciri
permukaan dan sudut pancaran matahari
b) Proses-proses yang melibatkan bahangan matahari mengikut kawasan
a) Kawasan laut:
i. Bahangan yang sampai ke permukaan laut akan memanaskan air laut
menyebabkan perolakan air laut dan arus
ii. Pemanasan permukaan air laut akan menyebabkan proses sejatan air laut
kepada wap air ke atmosfera
iii. Bahangan matahari yang sampai ke permukaan laut akan
dibalikkan/dipantulkan semula ke atmosfera
b) Udara:
i. Bahangan matahari yang melalui udara akan dibalikkan atau dipantulkan oleh
titisan air dalam awan dan hablur air dalam awan yang lebih tinggi
ii. Proses penyerakan juga berlaku oleh wap air, gas dan partikel ampaian di
udara

9
iii. Proses penyerapan oleh partikel di atmosfera dan stratosfera seperti wap air,
karbon dioksida dan ozon. Kadar penyerapan hampir 15% daripada jumlah
bahangan matahari

c) Tumbuh-tumbuhan:
i. Bahangan matahari akan digunakan oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis
bagi menghasilkan makanan
ii. Bahangan matahari juga akan berperanan dalam proses sejat peluhan
tumbuhan untuk membebaskan wap air melalui liang stoma tumbuhan
iii. Proses pembalikan/pantulan oleh tumbuhan juga berlaku

c) Manusia boleh menjana haba daripada sumber-sumber semulajadi:


a. Tenaga haba daripada matahari: Panel-panel atau sel-sel yang diperbuat daripada
besi dan aluminium, dipasang di kawasan lapang/bumbung rumah untuk terima
radiasi langsung matahari. Tenaga ini boleh digunkan untuk memanaskan air dan
menghasilkan tenaga elektrik
b. Tenaga haba daripada bahan api fosil: Pembakaran arang batu, petroleum dan gas
asli akan menghasilkan tenaga haba untuk pelbagai kegunaan kilang dan
sebagainya
c. Tenaga haba daripada angin: Kincir-kincir angin dipasang di atas bumbung dan di
kawasan pedalaman benua untuk menghasilkan tenaga untuk
menggerakkan/mengepam air bawah tanah untuk minuman ternakan spt di
Belanda
d. Tenaga air mengalir/Hidroelektrik: Pembinaan empangan di kawasan hulu sungai
yang deras alirannya untuk menggerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga
elektrik
e. Tenaga ombak/pasang surut: menggerakkan turbin duck untuk menghasilkan
elektrik
f. Tenaga geotermal: Tenaga daripada stim wap air panas untuk menggerakkan
turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik
g. Tenaga biojisim/biomass: Pembakaran bahan-bahan organik di dalam insinerator
bagi menghasil tenaga haba
h. Lain-lain mineral yang boleh menghasilkan tenaga spt uranium dan plutonium
untuk menghasilkan tenaga nuklear

4 a) Tenaga haba ialah tenaga kepanasan sesuatu jisim yang diukur dalam unit darjah celsius.
Tenaga haba boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
i. Tenaga haba rasa: Iaitu tenaga yang terkena sesuatu permukaan
sehingga permukaan tersebut menjadi panas.
ii. tenaga haba pendam: iaitu tenaga yang terkandung dalam sesuatu jisim
sehingga ia dibebaskan. Tenaga ini sebenarnya berasal daripada matahari

b) Terdapat perbezaan kadar penyerapan haba pada permukaan bumi sebab:


Terdapat perbezaan sifat permukaan bumi menyebabkan kadar penyerapan haba juga
berbeza. Diantaranya ialah:
i. Perbezaan warna: Permukaan bumi yang berwarna gelap seperti hutan, batuan
dan permukaan bertar lebih banyak menyerap haba berbanding permukaan
yang cerah seperti salji
ii. Perbezaan tekstur : Muka bumi bertekstur kasar dan kasap seperti permukaan

10
bertar dan dinding konkrit lebih banyak menyerap haba daripada permukaan
bumi yang licin dan rata
iii. Perbezaan struktur batuan/susunan : Struktur muka bumi yang mendatar lebih
banyak menyerap haba berbanding struktur muka bumi yang menegak
iv. Pengaruh aspek: Permukaan bumi atau cerun yang menghadap matahari lebih
banyak menyerap haba berbanding permukaan/ cerun yang
membelakangi/terlindung daripada pancaran matahari
v. Permukaan daratan atau air: Jisim daratan atau air akan menentukan nilai haba
tentu. Daratan memerlukan jisim haba tentu yang sedikit untuk dipanaskan
berbanding air

c) Kadar penerimaan haba yang berbeza akan mempengaruhi kegiatan ekonomi manusia
yang berbeza iaitu:
a. Pertanian: Tenaga suria yang diterima sepanjang tahun dgn min suhu 27 C
membolehkan penanaman padi sawah, getah, kelapa sawit di tanam di kawasan
Tropika spt Asia tenggara sementara tenaga suria yang sederhana membolehkan
tanaman epar, fir, anggur, strawberry dan buah-buahan sitrus di kawasan
sederhana. Tenaga suria yang tinggi dan suhu tinggi membolehkan tanaman
tamar dan zaitun hidup subur di kawasan yang lebih panas.
b. Pelancongan: Di Malaysia, kawasan bersuhu rendah dan sederhana spt di Tanah
Tinggi Cameron, Bukit Fraser dan genting menjadi destinasi pelancongan kerana
suhunya sejuk. Di kawasan yang menerima sinaran suria sedikit , sejuk dan bersalji
juga menjadi destinasi pelancongan spt di Switzerland.
c. Perikanan: kawasan air laut yang bersuhu sederhana sekitar 20 C merupakan
kawasan yang kaya dengan sumber perikanan dan menjadi kawasan yang
produktif dengan aktiviti perikanan kerana suhu sederhana mewujudkan habitat
yang sesuai untuk pembiakan plankton dan terumbu karang
d. Perindustrian: Industri pengeringan ikan, batik memerlukan tenaga suria yang
banyak. Penerimaan sinaran matahari yang banyak juga membangunkan industri
tenaga misalnya penjanaan sumber tenaga solar. Sumber ini semakin dimajukan
kerana lebih mudah, murah, bersih, mesra alam dan tidak akan
kehabisan/berterusan.

5 a) Tenaga suria dipindahkan dari matahari ke sistem bumi melalui 3 proses utama iaitu:
i. Pengaliran ( Conduction) : Tenaga haba akan mengalir dari jisim panas ke
jisim sejuk apabila berlaku pertembungan antara dua jisim tersebut.
ii. Perolakan (Convection) : Berlaku apabila cecair yang mengalir bersentuhan
dengan jisim pepejal atau jisim cecair yang berlainan suhu. Cecair boleh
menambah atau mengurangkan haba di permukaan bersentuhan dengan cara
percampuran di antara cecair yang lebih dingin atau panas
iii. Sinaran( Radiation) : Berlaku dalam bentuk gelombang elektromagnet yang
tidak memerlukan medium/perantaraan atau dikenali juga sebagai sinaran
insolusi/bahangan

b) Ciri-ciri yang terdapat di permukaan bumi semasa ekuinoks:


Musim ekuinoks: Siang dan malam adalah sama panjang di semua tempat
Ciri-ciri:
a. Pancaran matahari tengahari tepat di atas garisan Khatulistiwa pada 21 Mac
dan 23 September

11
b. Tenaga matahari maksimum diterima di kawasan Khatulistiwa
c. Terjadinya musim bunga di kawasan iklim sederhana
d. Terjadinya musim luruh di kawasan iklim sederhana
e. Kedua-dua kutub menerima cahaya matahari
f. Perubahan tekanan udara menyebabkan perubahan tiupan angin dan juga
hujan

c) Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan peningkatan kemasukan pancaran ultraungu


ke atmosfera dan kesan-kesannya ialah:
a. Kesan kepada kulit iaitu kulit menjadi gelab dan terbakar. Pendedahan yang begitu
lama boleh menyebabkan barah kulit
b. Kesan kepada mata- merosakkan penglihatan manusia
c. Melemahkan sistem pelalian manusia
d. Menyebabkan kehilangan air badan secara berlebihan
e. Mempengaruhi genetik manusia yang boleh menyebabkan kecacatan
f. Kekurangan sumber makanan akibat perubahan dan kekurangan pembentukan
plankton
g. Menghadkan aktiviti luar rumah akibat pemanasan global

6 a) Sistem suria merupakan salah satu daripada sistem-sistem yang terdapat di dalam galaksi
Bima Sakti yang terdiri daripada planet-planet dan bintang-bintang yang mengelilingi
matahari mengikut orbit yang berbeza pada satah yang rata.

b)  Kecondongan paksi bumi


 Peredaran bumi mengelilingi matahari
 putaran bumi di atas paksinya – mempengaruhi jumlah jam siang dan malam
mengikut musim
 keselarian paksi bumi ketika beredar mengelilingi matahari
 kesferaan bumi menyebabkan penerimaan sinaran matahari yang berbeza di
permukaan

c)  Penghijrahan burung/haiwan
 Pembiakan
 Pencarian makanan
 Hibernasi- bertapa dalam sarang –musim sejuk

7 a) Apakah yang dimaksudkan dengan solstis musim sejuk? [5


Jawapan markah]
Solstis musim sejuk ialah keadaan matahari berada tegak di garisan jadi (HS)
pada 21 atau 22 Disember bagi musim sejuk di hemisfera utara.

b) Huraikan perbezaan jangkamasa antara siang dan malam di kawasan latitud [8


yang berbeza semasa solstis musim sejuk di hemisfera utara. markah]
Jawapan
1. di hemisfera utara, jangkamasa malam adalah lebih panjang dari siang
2. di hemisfera selatan, jangkamasa siang adalah lebih panjang daripada malam
3. ketidaksamaan antara malam dan siang bertambah dari khatulistiwa ke dua-
dua kawasan kutub
4. Antara Garisan Artik (66 ½ darjah) utara dengan kutub utara keadaan malam

12
24 jam
5. antara Garisan antartik (66 ½ darjah) selatan dengan kutub selatan keadaan
siang 24 jam
6. Kawasan khatulistiwa mengalami malam dan siang yang sama panjang
sepanjang tahun.

c) Jelaskan kesan penerimaan intensiti bahangan suria yang rendah semasa [12
solstis musim sejuk terhadap aktiviti manusia di kaasan beriklim sederhana markah]
Jawaapan
1. Aktiviti pertanian – tempoh masa menanam terhad, pertanian dalam rumah
kaca
2. Aktiviti industri – kuantiti bahan bakar untuk penjanaan haba meningkat
3. Aktiviti pelancongan – aktiviti pelancongan terhad pada musim sejuk,
pelancong bergerak ke kawasan lebih panas iaitu kawasan tropika
4. Aktiviti ternakan- pertanian intensif dalam kandang
5. Pindah ternak – ternakan dipindahkan mengikut tiupan angin chinook/
banjanran Rocky/ angin Fohn
6. Aktiviti pembalakan menebang balak pada musim sejuk
7. Perburuan meningkat pada musim sejuk
8. Aktiviti pelancongan sukan salji meningkat di kawasan iklim sederhana
9. Perikanan terhad

13

You might also like