25
2.1 PENGERTIAN KAD KREDIT
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkataan kredit bermaksudkemudahan membayar terkemudian daripada penerimaan barang ataupenangguhan pembayaran bagi barang yang dibeli. Manakala kad kredit puladidefinisikan sebagai kad yang menunjukkan keterangan seperti nama, tandatangandan nombor kod pemegangnya yang membolehkan pemegang kad itu membuatpembelian sesuatu barangan, perkhidmatan dan sebagainya secara kredit.Dalam Bahasa Arab, perkataan kad kredit diistilahkan sebagai
Bitaqah al- Itman
atau
Bitaqah al-I’timad
. Manakala
pengertian kad kredit yang dipersetujuidalam
Majma’ Al-Fiqh Al-Islami
ialah satu akuan yang dikeluarkan oleh satu pihakpengeluar kepada seseorang individu atau badan tertentu berdasarkan akad yangdilakukan antara kedua-dua pihak tersebut bagi membolehkan pihak kedua membelibarangan atau mendapat perkhidmatan dari pihak yang menerima akuan tanpa perlumembuat bayaran secara tunai berdasarkan jaminan dari pihak pengeluar akuan.Mengikut seksyen 14 (1), Akta Kredit Pelanggan 1974 atau
Consumer Credit Act 1974
, kad kredit didefinisikan sebagai kad, cek, baucer, kupon, setem, buku kecilatau dokumen atau barang lain yang diberikan kepada seseorang individu iaitupemegang kad, dengan perkara-perkara di atas, pemegangnya mempunyai kuasauntuk mendapatkan tunai, barangan atau perkhidmatan secara kredit. Manakalapihak yang memberi kemudahan kredit akan memperolehi pembayaran daripadapihak ketiga iaitu syarikat pengeluar kad yang sebelum itu telah membuat perjanjiandengan pihak pengguna atau pemegang kad.Kesimpulannya, kad kredit dapat difahami sebagai kad yang membolehkanpemegangnya memperolehi barangan, perkhidmatan dan wang tunai melalui kontrakdan perjanjian yang dipersetujui antara pemegang kad dan syarikat pengeluar kadberdasarkan syarat-syarat tertentu melalui pengeluar kad kredit utama sepertiMasterCard atau VISA, pemegang kad dibenarkan melakukan transaksi pembelianbarangan atau perkhidmatan secara kredit iaitu salah satu kaedah pembayaranalternatif selain pembayaran secara tunai atau cek.