• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
SITI AISHAH BINTI ABDUL LATIFF
(D 20081032348)

Perkataan ICT atau Information and Communication Technology pada hari ini menjadi semakin sinonim terutamanya di sekolah-sekolah. Pada asasnya, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah menjadi semakin penting dan perlu untuk dilaksanakan oleh setiap guru sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Penggunaan ICT pada hari ini merupakan salah satu strategi kerajaan ke arah mencapai Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia sekaligus melonjakkan kecemerlangan Institusi Pendidikan.

Sebagai usaha untuk menaikkan taraf pendidikan kebangsaan, kerajaan telah memperuntukkan belanja yang sangat tinggi supaya hasrat negara dalam menghasilkan modal insan \u2018Minda Kelas Pertama\u2019 ini dapat dicapai secara maksimum dan menyeluruh. Ramai dalam kalangan masyarakat hari ini yang mula menganggap bahawa kaedah pengajaran menggunakan kemudahan ICT adalah cara yang baik dan perlu dilestarikan. Namun, masih ramai yang belum menyedari bahawa pelaksanaan ini mampu mendatangkan kesan yang buruk akibat daripada kekangan-kekangan yang wujud secara sedar mahupun tidak.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunaan ICT dalam P&P memerlukan kos yang sangat tinggi. Hal ini menimbulkan kebimbangan apabila memikirkan setakat manakah keberkesanan penggunaan alat ICT ini dalam P&P di sekolah. Persoalan ini timbul kerana tidak semua guru yang mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan alat-alat ICT tersebut. Secara tidak langsung, kerajaan bakal menanggung kerugian sekiranya alat ICT tersebut dibiarkan sepi tanpa dimanfaatkan sebaik mungkin.

Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, pelbagai kursus dan latihan telah dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi melahirkan guru yang berkemahiran dalam ICT. Kursus dan latihan yang dijalankan ini bukan sekadar percuma, tetapi kerajaan perlu mengeluarkan belanja yang bukan sedikit bagi membolehkan semua guru mahir dalam menguruskan alat bantu mengajar yang canggih ini. Malahan, seperti yang kita sedia maklum, profesion keguruan hari ini lebih banyak dipelopori oleh golongan yang dianggap berumur. Rata-rata dalam kalangan mereka yang kurang mahir menenai ICT disebabkan kurangnya pendedahan mengenai

of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...