You are on page 1of 39

Kaedah Teknik

TOPIK 3:

Kaedah merujuk kepada prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa harus berlandaskan teori linguistik dan psikologi. Semua kaedah yang digunakan tidak boleh bercanggah dengan pendekatan.

Langkah Pengajaran tersusun rapi


Berkesinambungan dan perlu dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran

Suatu prosedur yang membolehkan pelaksanaan satu pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik.

KAEDAH

Kaedah Kaedah Kaedah Kaedah Kaedah Kaedah Kaedah

nahu terjemahan (tradisional) bacaan terus fonetik/linguistik eklektik audio-lingual komunikatif

Namununtuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur hanya hanya kaedah yang bertepatan sahaja digunakan.

Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Contohnya, sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.
Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara lain:

Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut.

Sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain.

Aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai.

Murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif

Guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan


linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul

Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi.
Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbualan tersebut.

Kelebihan kaedah terus

Kelemahan kaedah terus

murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.

terletak pada bahan pengajarannya. Bahanbahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.

Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik.

Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu: contohnya

coffee

- kopi school - sekolah radio - radio bicycle - basikal biscuit - biskut

Subjek

Kata kerja

Objek

Saya I Dia He

Pergi Go minum drinks

ke sekolah to school susu milk

Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran.


Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut. Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa. Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.

Kaedah audio-lingual ini menggunakan alatalat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsipprinsip berikut:

Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan. Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman. Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan diajar tentang pengetahuan bahasa Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif Bahasa berbeza antara satu sama lain.

Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan.


Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Namun demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut:

Murid mendengar dialog dalam bahasa asing.


Murid meniru dan menghafal dialog tersebut. Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog. Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.

Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.

Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:

Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif. Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah,perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.

Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana. Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.

Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.

Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, Kaedah komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.

Wanita : Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke? Kakitangan pos : Pak cik? Wanita : (terdiam) Kakitangan pos : Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak cik? Wanita : Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya. Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin pun belum.

Dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa. Bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan.

Teknik pengajaran merupakan taktik atau caracara yang digunakan oleh guru untuk mencapaikan hasil pengajaran. Setiap teknik dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap teknik yang digunakan adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan. Teknik juga boleh dirujuk sebagai alat yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan bahanbahan pengajaran kepada murid-muridnya.

Terdapat

banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antara lain ialah teknik:

Latih

tubi Bercerita Bersoal jawab Perbualan / dialog/ wawancara Perbincangan Berbahas/ debat Main peranan dan simulasi

Sumbang

saran Drama atau lakonan Melapor berita Permainan bahasa Pengajaran puisi Penyelesaian masalah Tunjuk cara

Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid.

Bola. Ali menendang bola. Murid-murid, ikut cikgu sebut. Ali menendang bola di padang.

Bola. Ali menendang bola. Ali .

Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza.
daki tari laki lari

malu

balu

Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid.

Misalnya, kelemahan menyebut fonem /p/ - Pandang pandan tepi pagar depan padang. - Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.

Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh muridmurid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyibunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.

Selamat datang. Sila masuk ke dalam. Mari kita duduk. Apa khabar sekarang. Sudilah minum. Janganlah segan-segan. Minum air kopi. Makan kuih di pinggan.

Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambargambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan.

i. Pak Abu seorang petani.

ii. Dia bekerja di sawah.


iii. Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah.

Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan.

Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur , dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan.

You might also like