You are on page 1of 3

Contoh Penulisan Kertas Cadangan ( Proposal ) Kajian Tindakan

1. Tajuk Kajian Meningkatkan penglibatan murid-murid kelas 5 Arif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Kajian Tempatan menggunakan kaedah peneguhan 2 dalam 1 (positif dan negatif).

2. Nama Penyelidik Muhd Nabill Fakhrie Bin Md Rapee

3. Nama dan Alamat Sekolah SK. Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan, 56000, Kuala Lumpur,

4. Refleksi Situasi / Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu Pada tahun 2013, saya telah melalui dua sesi praktikum, iaitu fasa pertama selama sebulan dan fasa kedua selama dua bulan. Pada sesi praktikum fasa pertama, saya ada mengajar Kajian Tempatan tahun lima dan begitu juga pada fasa kedua. Disepanjang kedua-dua sesi praktikum ini, dapat saya simpulkan rata-rata pelajar tahun lima kurang gemar untuk belajar subjek Kajian Tempatan. Ada diantara mereka menganggap bahawa topik ini tidak menyeronokkan, mala hada murid juga yang berani menyatakan bahawa subjek ini bukanlah subjek teras, maka ia tidak begitu penting untuk belajar. Murid juga banyak bergantung kepada guru untuk mendapatkan maklumat terutamanya dalam ujian bulanan yang lepas. Semasa ujian pre-tast yang pertama, 16 orang pelajar telah gagal kerana tidak memiliki maklumat yang secukupnya terutamanya dalam dalam topik kesan perubahan lanskap.

5. Isu Keperihatian / Fokus Kajian Fokus kajian ini ialah memastikan murid dapat memahami topik dengan corak pembelajaran yang lebih menarik dan berpusatkan murid.

6. Objektif Kajian Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid- murid diharap akan mencapai objektif berikut:

i.

Objektif Umum Murid dapat memahami topik kegiatan ekonomi dan pencemaran dengan lebih cepat dan seronok. Murid dapat melibatkan diri di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif dan berkesan. Murid dapat meningkatkan lagi kemahiran motor halus dengan menggunakan kaedah tanah liat. Murid dapat melihat pelbagai jenis pencemaran yang ada secara lansung. (sebelum dan selepas).

ii.

Objektif Khusus Murid dapat memahami topik kegiatan ekonomi dan pencemaran dengan lebih cepat dan seronok.

7. Kumpulan Sasaran Kajian ini akan melibatkan 35 orang murid tahun 6 Kenanga yang terdiri daripada 8 orang murid perempuan dan 27 orang murid lelaki.

Tindakan Yang Dicadangkan i. Tinjauan Masalah Apabila saya melihat guru Kajian Tempatan mengajar topik ini, murid tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Mereka lebih banyak melakukan kerja sendiri dan bermain. Malah selepas itu, ada murid yang tidak dapat memahami topik itu dengan baik. Selepas itu, saya telah mengadakan ujian pre- test untuk menguji tahap kefahaman murid. Hanya 8 orang sahaja yang

tidak dapat menjawab dengan betul. Saya juga ada menemuramah muridmurid mengenai topik ini.

8. Jadual Pelaksanaan Kajian Bil. 1. 2. Ujian Pra Mengenal pasti masalah dan mengumpul data 3. 4. 5. Menulis Kertas Cadangan Merancang Aktiviti Majalah KU Refleksi Majalahku 6. My Akses Refleksi My Akses 7. Mujami Refleksi Mujami 8. Ujian Post Refleksi Kajian Keseluruhan 9. Menulis Laporan Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

10. Pembentangan

9. Kos Kajian ( jika berkenaan )

You might also like