You are on page 1of 11

PENGENALAN

Malaysias Best ialah jenama yang melambangkan jaminan keselamatan makanan dan kualiti
yang diperakui oleh Kementerian Pertanian Malaysia bagi maksud meyakinkan pengguna di
dalam dan di luar negara terhadap hasil pertanian negara. Penggunaan jenama ini dapat
meningkatkan imej hasil pertanian negara bagi mewujudkan permintaan di pasaran
antarabangsa.

Jenama Malaysias Best dikeluarkan oleh FAMA setelah pengusaha hasil pertanian memenuhi
skim penggredan dan spesifikasi kualiti yang telah ditetapkan. Hasil pertanian untuk tujuan ini
mestilah diperoleh dari ladang yang menyertai Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) di
bawah kawal selia Jabatan Pertanian Malaysia supaya menepati kualiti yang dikehendaki.

Hasil yang berkualiti perlu memenuhi kriteria tertentu yang telah dipersetujui oleh kedua-dua
pihak iaitu pengeluar dan pengguna. Antara kriteria yang dikehendaki termasuklah hasil yang
mempunyai kualiti seperti saiz, rupa dan warna, kesegaran, bebas daripada kerosakan dan
sebagainya, yang selamat untuk dimakan, iaitu tidak mengandungi sisa racun dan logam berat
yang melebihi aras yang dibenarkan, serta bebas daripada organisma yang berbahaya.

Betik merupakan satu pengeluaran hasil pertanian eksotik yang telah dan sedang mendapat
permintaan pengguna luar negara dan tempatan. Untuk mengekalkan permintaan tersebut,
adalah menjadi hasrat negara untuk menjenamakan buah tersebut sebagai Malaysias Best.
Kaedah pengendalian yang memuaskan amatlah perlu diamalkan oleh mereka yang terlibat.

KULTIVAR

Betik yang nama saintifiknya Carica papaya dipercayai berasal dari kawasan tropika benua
Amerika dikenali sebagai pawpaw atau melon zapote. Buah ini mempunyai berbagai bentuk
dan isinya lembut. Tanaman jangka pendek sesuai ditanam di kawasan tropika di antara garis
lintang 32U dan 32S.




Gambar 2.
Penyauk dilapik plastik bagi mengelakkan
Kecederaan pada buah




1
















Gambar 1. Buah matang dipetik menggunakan
penyauk bagi mengelakkan buah daripada
terjatuh atau terecedera




PENUAIAN

Penuaian boleh diberi perhatian sewajarnya kerana penuaian yang kurang cermat akan
menjejaskan kualiti buah. Buah perlu dipetik pada tahap kematangan yang sesuai dan bekas
yang digunakan untuk mengisi buah mestilah selamat digunakan.

Mengenal Kematangan

Betik boleh dipetik selepas 5 bulan berputik, bergantung pada varieti. Walau bagaimanapun,
penuaian berdasarkan kiraan hari sukar dilakukan kerana peringkat tumbesaran buah tidak sama
pada satu pokok. Indeks kematangan berasaskan wana kulit telah dibentuk.


Ada enam (6) indeks kematangan untuk betik:


Indeks 1 Seluruh permukaan kulit berwarna hijau sepenuhnya.
Tidak sesuai dipetik.



Indeks 2 Permukaan kulit berwarna hijau dengan sedikit jalur
kekuning-kuningan. Sesuai dipetik untuk eksport.



Indeks 3 Permukaan kulit yang berwarna hijau melebihi permukaan
yang berwarna kuning. Sesuai dipetik untuk eksport.


2










Indeks 4 Permukaan kulit yang berwarna kuning melebihi
permukaan yang berwarna hijau. Sesuai dipetik untuk eksport melalui
udara.


Indeks 5 Seluruh permukaan kulit berwarna kuning dengan sedikit
hijau. Sesuai dipetik untuk pasaran tempatan sahaja.



Indeks 6 Keseluruhan permukaan kulit berwarna kuning hingga
kuning oren. Sesuai dipetik untuk pasaran tempatan sahaja.




Langkah-langkah penjagaan kualiti semasa penuaian

a. Penuaian seelok-eloknya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang.
b. Buah dipetik dengan cara memotong tangkai atau menolak buah ke atas sedikit untuk
mematahkan tangkai buah. Elakkan buah daripada terhempas ke tanah.
c. Buah yang dipetik hendaklah diletakkan di dalam bekas yang dialas dengan bahan kusyen
supaya tidak tercedera.
d. Buah yang dipetik dikumpul pada tempat yang teduh sebelum diangkut ke rumah
pembungkusan.
e. Buah yang dipetik hendaklah dielak daripada tersentuh dengan benda asing yang boleh
menjejaskan kualiti buah.

PENGASINGAN

Buah yang berkualiti dipilih dengan mengasingkan buah yang tidak mencapai tahap yang
diterima oleh pasaran seperti tidak matang, rosak, cacat, kotor dan sebagainya. Pengasingan
dilakukan di ladang atau di rumah pembungkusan.

Contoh-contoh keadaan buah yang mengalami kecacatan, kecederaan dan kerosakan yang
menjejaskan kualiti buah, jangka hayat simpanan, persembahan dan kualiti pasaran seperti
berikut:

3










Kesan getah yang kering dan tidak dibersihkan meliputi hampir
keseluruhan permukaan buah.


Kesan karat melebihi 50% permukaan disebabkan makhluk perosak
semasa peringkat awal tumbesaran.



Kesan berbintik-bintik yang teruk pada permukaan kulit buah.



Buah yang cacat, tidak seperti varietinya.



Buah berbonggol disebabkan kekurangan bahan nutrien tanaman
(boron).



Buah berkarpel. Tidak sesuai untuk pasaran.



Buah berbilang iaitu pembentukan isi buah yang tidak sempurna.


Kesan merekah disebabkan faktor semula jadi termasuk perubahan
cuaca dan suhu persekitaran.


4










Kesan kecederaan yang dalam sehingga ke bahagian isi.



Kesan kecederaan pada bahagian pangkal disebabkan penuaian yang
tidak betul.


Kesan lebam disebabkan hentakan, geseran dan himpitan semasa
dikendalikan.


Kesan kecederaan mekanikal yang sampai ke bahagian isi seperti
tercucuk.


Kesan kecederaan mekanikal yang menjadi kering dan tidak menjadi
busuk.


Kesan kecederaan sejuk pada suhu rendah.




Kesan gigitan perosak seperti burung dan sebagainya.



Tanda awal penyakit pada bahagian hujung buah.


5










Tanda penyakit reput pangkal.





Tanda-tanda penyakit pada buah.



Kecacatan fisiologi menyebabkan proses pemasakan yang tidak
seragam.



PEMBERSIHAN DAN RAWATAN

Buah hendaklah dibasuh dengan air untuk menghilangkan kekotoran seperti habuk, tanah, getah,
sisa racun perosak dan benda asing yang lain. Kemudian buah tersebut dirawat untuk
mencegah atau mengurangkan jangkitan penyakit dengan mencelup ke dalam dua peringkat air
panas pada peringkat pertama buah dicelup ke dalam air panas. Pada peringkat pertam buah
dicelup ke dalam air panas pada suhu 48C selama 20 minit. Buah dicelup sekali lagike dalam
air panas pada suhu 52C selama 5 minit dan seterusnya buah disejukkan dan dikeringkan pada
udara biasa.











Gambar 3. Sarung tangan Gambar 4. Span lembut digunakan
digunakan apabila memegang buah untuk menghilangkan kesan kotoran
bagi mengelakkan kecederaan pada buah





6













Gambar 5. Buah dikeringkan di atas rak
yang beralas





PENGGREDAN


Buah yang sudah dirawat dan dibersihkan hendaklah digred mengikut skim penggredan yang
diluluskan oleh FAMA seperti dalam Jadual 1 dan jadual 2

Jadual 1. Pengelasan gred dan saiz betik eksotika

Gred Spesifikasi Kelonggaran
(Maksimum)

Premium Ia mestilah daripada vaieti yang Kematangan 5%
sama, segar dan bersih. Segar 5%
Mempunyai saiz dan kematangan Rosak 3%
yang seragam. Ia juga mestilah Kecacatan 5%
bebas dari kecacatan atau kerosakan. Keseragaman saiz 5%

1 Ia mestilah daripada varieti yang Kematangan 5%
sama, segar dan bersih. Segar 5%
Mempunyai saiz dan kematangan Rosak 5%
yang seragam. Ia juga mestilah bebas Kecacatan 5%
dari kecacatan atau kerosakan. Keseragaman saiz 10%

2 Ia mestilah daripada varieti yang Kematangan 10%
sama, segar dan bersih. Segar 10%
Mempunyai saiz dan kematangan Rosak 10%
yang seragam. Ia juga mestilah bebas Kecacatan 10%
dari kecacatan atau kerosakan. Keseragaman saiz 10%



Pengelasan saiz betik eksotika ditentukan oleh berat dalam unit gram seperti dalam jadual
berikut:

Saiz Kod Berat (gram)

Lebih besar XL > 850
Besar L 651-850
Sedang M 451-650
Kecil S 250-450



Jadual 2. Pengelasan gred dan saiz betik panjang/sekaki
7










Gred Spesifikasi Kelonggaran
(Maksimum)

Premium Ia mestilah daripada vaieti yang Kematangan 5%
sama, segar dan bersih. Mempunyai Segar 5%
saiz dan kematangan yang seragam. Rosak 3%
Ia juga mestilah bebas dari kecacatan Kecacatan 5%
atau kerosakan. Keseragaman saiz 5%

1 Ia mestilah daripada varieti yang Kematangan 5%
sama, segar dan bersih. Mempunyai Segar 5%
saiz dan kematangan yang seragam Rosak 5%
Ia juga mestilah bebas dari kecacatan Kecacatan 5%
atau kerosakan. Keseragaman saiz 10%

2 Ia mestilah daripada varieti yang Kematangan 10%
sama, segar dan bersih. Mempunyai Segar 10%
saiz dan kematangan yang seragam. Rosak 10%
Ia juga mestilah bebas dari kecacatan Kecacatan 10%
atau kerosakan. Keseragaman saiz 10%



Pengelasan saiz betik panjang ditentukan oleh berat dalam unit kilogram seperti dalam jadual
berikut:

Saiz Kod Berat (kg)

Besar L >2.0
Sedang M 1.0-2.0
Kecil S <1.0



PEMBUNGKUSAN

Buah daripada gred yang sama dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat
memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan
pengangkutan.

Buah dibalut dengan kertas jenis bebas asid atau jaring polistirena dan disusun dalam satu
lapisan di dalam kotak. Kotak pembungkus perlu dilabel dengan keterangan tentang hasil seperti
jenis, nama dan alamat pembungkus, varieti, negara asal, gred, saiz buah (berat minimum dan
maksimum) dan bilangan buah mengikut peraturan-peraturan dalam Akta FAMA. Buah disusun
menegak dengan bahagian tangkai menghala ke bawah. Berat bersih yang dibenarkan bagi satu
unit pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg.



8










Gambar 6. Buah dibalut dengan jejaring
polyethane dan disusun dalam kotak yang
berlapik dengan plastik gelembung udara





















Gambar 7. Racikan kertas sebagai Gambar 8. Betik yang telah dibungkus,
alas bahagian dasar dalam kotak ditimbang untuk menentukan berat

PENYIMPANAN

Buah kadangkala disimpan sementara sebelum diangkut atau diedarkan ke pasaran.
Penyimpanan sementara ini diperlukan kerana:

1. Buah tidak dapat diedarkan dengan segera kerana masalah teknikal dan logistik.
2. Menunggu kuantiti konsainan yang mencukupi.
3. Buah yang berlebihan daripada permintaan pada hari tersebut.

Buah betik pada tahap indeks 2-3 disimpan pada 10-15C dengan kelembapan bandingan 85-
90%. Buah disimpan sehingga 14 hari pada suhu tersebut.





Gambar 9. Kotak disusun mengikut saiz
untuk memudahkan pengedaran




9










PEMERAMAN

Proses pemasakan buah masih belum diamalkan dengan meluas disebabkan permintaan
pengguna yang kurang menekankan keseragaman warna masak.

Proses pemasakan

i. Suhu yang baik untuk menghasilkan warna kulit yang menarik ialah di antara 20-25C.
ii. Kelembapan bandingan semasa pemasakan perlu dikawal di antara 85-90% untuk
mendapatkan mutu dan warna buah yang baik.

Taknik aliran udara (flow through system) boleh diamalkan menggunakan gas etilena (Gred
teknikal pada kadar kepekatan 5 bpj) untuk jangka masa dedahan selama 24 jam. Gas
hendaklah dialirkan berterusan supaya dapat beredar dengan sempurna dan menyeluruh. Buah
betik yang diaruh dengan gas etilena boleh diedarkan selepas 12 jam dan sedia untuk dimakan
setelah 1-2 hari.
10

You might also like