You are on page 1of 1

PENGENALAN Istilah golongan kata sama dengan jenis kata atau kelas kata.

Pergolongan kata merupakan proses menjeniskan dan menggelompokkan kata berdasarkan kriteria tertentu. Antara kriteria yang digunakan untuk menggolongkan perkataan ialah ciri-ciri persamaan yang dimiliki oleh kategori kata tersebut,makna kata,kesempurnaan bentuk,taburan kata dan fungsinya dalam ayat.Dalam bahasa Melayu perkataan boleh dimasukkan dalam golongan kata yang sama berdasarkan ciri-ciri persamaan. Ciri-ciri semantik atau makna juga digunakan untuk menggolongkan perkataan. Kata-kata dimasukkan dalam golongan masing-masing berdasarkan makna perkataan tersebut. Umpamanya dalam tatabahasa tradisional,kata nama didefinisikan sebagai kata yang merujuk nama orang atau benda. Selain menggolongkan kata dari sudut morfologi dan semantik, pergolongan kata berdasarkan ciri sintaksis dijadikan panduan. Cara ini membolehkan pergolongan kata yang lebih tepat. Ciri sintaksis merujuk kepada sesuatu kata itu dalam struktur frasa atau ayat. Perkataan yang mempunyai fungsi yang sama dimasukkan ke dalam golongan yang sama. Golongan kata nama,kata kerja dan kata adjektif merupakan kata major iaitu kata yang dapat menjadi inti frasa dalam prediket ayat. Ia juga dirujuk sebagai kata leksikal, iaitu kumpulan kata yang mempunyai makna yang agak jelas dan boleh ditentukan. Selain itu, ketiga-tiga golongan kata ini termasuk dalam kelas terbuka, iaitu berpotensi menambah bilangan kata baharu yang tidak terhad jumlahnya,dapat dicipta dan ditambah pada kelas katanya. Oleh itu, sesuatu perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa, dan ayat. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa predikat pula dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Frasa-frasa ini disebut frasa utama ayat.

You might also like