You are on page 1of 2

Antara

Pendekatan Konstruktivisme dengan Pendekatan Masteri, yang manakah lebih relevan kepada pengajaran dan pembelajaran anda dan murid anda? Beri justifikasi kepada jawapan anda

Sebelum menjawab persoalan ini, perlu kita ketahui apakah yang dimaksudkan dengan Pendekatan Konstruktivisme dan juga Pendekatan Masteri. Pendekatan Konstruktivisme boleh dianggap sebagai satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia belajar manakala Pendekatan Masteri merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di mana guru merancang kaedah pengajaran secara sistematik bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke satu unit pembelajaran yang seterusnya.

Kedua-dua pendekatan ini boleh diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran. Bergantung kepada kesesuaian serta kekondusifan sesi pengajaran dan pembelajaran seseorang guru itu. Dalam persoalan ini, pada pandangan saya antara Pendekatan Konstruktivisme dan juga Pendekatan Masteri yang lebih reliven yang saya gunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya adalah Pendekatan Masteri. Melalui pendekatan ini murid dapat menerima pembelajaran serta kemahiran dengan lebih berkesan. Ini kerana setiap topik telah dipecahkan kepada unit-unit yang kecil yang membantu murid menguasai dengan lebih mudah dan berkesan. Dengan cara ini murid akan lebih mudah memahami topik yang dipelajari kerana lebih mudah dan ringkas sebelum beralih kepada topik seterusnya.

Selain daripada itu, Pendekatan Masteri juga memberi peluang kepada murid untuk mempelajari sesuatu kemahiran itu dengan lebih berkesan kerana murid diberi masa yang mencukupi untuk menguasai kemahiran yang telah diberi oleh guru. Melalui cara ini murid akan lebih fokus serta mengetahui matlamat serta impak setiap langkah kemahiran yang dijalankan.

Pendekatan Masteri ini juga akan memastikan peranan dan tanggungjawab seorang guru berada pada tahap yang optimum. Mana tidaknya, guru haruslah merancang setiap pengajaran sebelum menyampaikannya kepada murid. Dengan itu guru akan membuat perancangan yang sistematik bagi memastikan murid menguasai kemahiran yang akan disampaikan oleh guru. Natijahnya, guru akan lebih disiplin dalam perancangan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Guru juga perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kaedah pengajaran yang menarik serta berkesan. Ini kerana dalam Pendekatan Masteri ini guru haruslah menyampaikan arahan yang jelas serta menggarap idea yang berkesan agar aktiviti pembelajaran lebih bermakna, berkesan, menarik dan menggembirakan murid. Melalui persiapan ini guru akan lebih mudah mengenalpasti murid yang lemah dan murid yang mencapai 80% kemahiran yang telah diajar pada setiap topik. Murid yang lemah akan dibantu oleh guru melalui aktiviti pemulihan sehingga murid mencapai tahap Masteri.

Secara keseluruhannya, murid dan guru yang terlibat dalam Pendekatan Mastri ini akan menjalakan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan.

NAMA

: JUMRAH BINTI SULTAN ( 811013125654 )

NO. MATRIK : D045313 NO FON EMAIL : 013-2870087 : jumrah045313@siswa.upsi.edu.my

You might also like